Wednesday, April 25, 2012

horayyyyyy

"mama...jom keluar malamni..kita tgk-tgk barang....mama ambik barang apa nak..abah belanja".."horayyyyyyy...hatiku melonjak keriangan... disamping boleh cuci mata...dapat barang free ..hubby belanja...dapat cuci tention dari kerja juga......horayyyyy..... sempena hari lahirku yang ke 31..

happy birthday to me....24/4/1981..
terima kasih ummi kerana melahirkan aku...mendidikku hingga berjaya....terima kasih Allah kerana membantuku untuk tidak terus  berada di jalan yang hina...salah dan berdosa....ya Allah...janganlah tinggalkan kami walaupun sesaat ketika kami terjerumus kami ke jalan yang hina....bimbinglah kami ke jalan kebenaran...aminnnn

Allah Maha Pemurah

Alamak...terbalikla pula gambar di atas.xapalah ye...hehehehehe..dgn hp ni susah nak rotate gambartu....


Alhamdulillah...syukur di atas nikmat Allah...sesugguhnya Allah maha pemberi rezeki..saya dapat memiliki kasut ini....


Tetapi bila teringatkan nafsu yang nak macam-macam ni....teringat satu kata-kata hikmat yang di share oleh kawan fb



when you get little, you want more,

When you get more, you desire even more,

But when you lose it you realize LITTLE was enough......"


Astagfirullahalazimmmmm.....ampunilah segala dosa dan ketamakan ku....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Dulu Bulat....Sekarang dah lonjong


Published with Blogger-droid v2.0.4

Upin Ipin Muzikal

Saya tinggal seorang diri di rumah bersama baby umar....saya ditinggalkan cik hasben utk ke tempat di atas . Muaz,Faqihah dan asma' ikut ke sana...


Alhamdulillah...kawan sekolah saya invite kami sekeluarga ke sana..ada tiket free. Tp bila saya fikirkan nk meriba UMar di dalam istana budayatu selama 2jam...hai.....lenguhnya..kalau Umar menangis nk susu atau nak tidur???...jadi saya mengambil keputusn utk melepaskan mereka sahaja yang pergi....dan saya...huhuhuhu bersendirian di malam birthday saya yang ke 31..huhuhuhu


Ye....harini 24/4 hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 31.....terima kasih ummi kerana telah menjaga dan memdidik saya sehingga menjadi seperti sekarang...sihat...dan berilmu...chewahh..bukannye berilmu sgtpun..tp alhamdulillah...daPat membentuk saya untuk sedar tentang Yang Maha Pencipta.....Alhamduulillah.....


Cadangannya untuk mengisi masa, saya akan mencuba untuk siapkan kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun darjah 5malam ni juga...saya nak kena submit esok...diberi masa selama 4hari sahaja.huhuhuhu....saya cuba buat yang terbaik.....


Buat anak-anak mama...malamni..berhiburlah dengan teater muzikal upin ipin tu ye....semoga dapat memberi sesuatu moral value yang bermanafaat dalam persembahan itu nanti...aminnn...dan selamatkanlah semua anak2dan suamiku pergi dan balik..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anda Adalah Apa yang Anda Makan

saya temukan  info ini bila berjalan-jalan ke sini...beliau anbil dari sini. Mungkin bermanfaat untuk kita semua:

Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya. Jom kita melihat contohnya:

karot
Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.
tomato
Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.

anggur
Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.

kacang walnutKacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.kacang bunus
Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.
sayur saderiSayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat
avokadoBuah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.buaharaBuah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?keledekKeledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.


buah zaitunBuah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.


buah orenLimau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


bawang besarBawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.

Sunday, April 22, 2012

Samsung Y saya

saya amat senang dengannya..biarpun ramai kawan-kawan yang telah memakai samsung W,samsung sII dan kini baru nak keluar yang terbaru samsung sIII, saya masih selesa dengan Si Y saya...


pertama rasa muda aje sentiasa kerana modelnya Y.Y bermaksud Young..hanya young people ajer yang guna..ekekekeke


kedua...sememangnya amat selesa dengan budget....walaupun berharga rm499 sahaja..dengannya saya boleh berfb...saya boleh update blog setiap kali ada rasa rajin...(mcm malamni saya terajin wat 2entry skali..wahahaha...) jadi kat bawahtu kita akan nampak edit by android..wahahaha..padahal orang xkisahpunn android ke pc ke tablet ke...kan..kan..tp saya sukeeee ;)


ketiga...walaupun samsung Y adalah yang paling cikai diantara hp samsung android atau smart phone yang sewaktu dengannya,dengan si Y ini saya sememangnya boleh dapat semua yang pengguna "samsung smartphone lagi canggih" dapat....contohnya boleh jadikan hp ini sbgai modem yang xperlukan sambungan wayar..dipanggil hotspot..on kan aje..terus gadget lain boleh dapat .boleh surf intenet sama2.....hehehe


keempat..saya boleh menghubungkan perisian picasa dari pc ke hp saya.saya juga boleh edit gambar jadi lebih menarik dgn program camera360.cari aje dalam market .download..terus boleh guna


cuma hp ini....


agak kecil untuk simpanan data yang besar..yelah..namapun anak kan...kenalah lagi kecil berbanding sII...tp setakat ini boleh lagi nak simpan picture dalam 100 keping tu..kalau banyak sgt...jadik tong sampah pula..semua nak di simpan...


kedua..alahai...memang kena langgan internetla kalau hp nama android atau smartphone ni..kalau tak...mms pun xleh hantar dan terima tau..terpaksala kan...tapi byk juga jasa guna internet bergerakni...heheheh..up to date aje di mana-mana. tak perlu ke pc. hurm....atau lebih tepatnya.. selalu buang masa seach itu ini yea..yang pastinya ....tanggungjawab kerja kena dilaksanakan..jangan curi tulang...curilah isinya..kakakakakaka....baru kenyang makan isi..;)


keempat..dah namapun young....mega pixel nyapun oklaaa...tp tidaklah se sharp sII..ramai kawan saya kata bila pakai SII atau samsung note atau samsung tablet..mata mereka terasa sedikit kabur dan rasa tak selesa bila drive....adakah disebabkan warna dan pencahayaan yang terlalu terang dari gadget2 tersebut...Allahu a'lam...masih belum terbukti dengan kajia. saintifik..yg pastinya...alhamdulillah...hp y saya tidaklah terlalu memancar2...org kelantan kata ceroh jerilohhh gambarnya sehingga menyakitkan mata..sedang2aja..wasatiyah..wakakakaka


kelima..dia didatangkan khas dengan (kalau xsilap) 4 penutup belakang warna yang berlainan..sekarang saya gunas warna pinki...pinki...dah jemu..boleh tukr warna lain plk....


last sekali...sebab young kan selalunya lebih kecil molek dari dewasa atau orang tua..maka screen dan keypad nyapun comei aje..jari jemari saya tak secomel screennya...maka banyaklah terjadi typing error...kalau nampak saya eja salah tu maafkan saya ye...tersalah tekan keypad touch screen le tu...ditambahlg kesukaran untuk membaca dan meng edit semula...


apa-apapun...terima kasih Allah kerana masih memberiku peluang untuk sama-sama menyelongkar ilmu Mu dengan gadget kecil ini..semoga ia mendatangkan banyak kebaikan kepada saya......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ummi....

ummiii,

bila ku lihat wajahmu,

terasa bahagia sarat dihatiku,

tenang damai dikalbu,

limpah kasih sayangmu,

yang tidak bertepi,

membuatku merindui ketiadaanmu disisi,

sehingga terpanggil-anggil akan dirimu dalam tidur dan jagaku setiap hari......


keikhlasan kasih sayang ibu tiada seorang anakpun yang dapat menidakkan......

tapi kasihmu ummi pada kami melebihi dunia dan isinya....

sehingga tidak lalu makan jika diketahui kami sakit atau kesempitan ...

aku sanggup menipu agar runsing dihatimu tidak bertamu...agar tidurmu lena usirlah imsomniamu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Hai Spek mato......

Payah juga nak cari kaca mata yang sesuai dengan muka kitakan.. jarang di jedai kaca mana yang berminat untuk suggest kan kaca mata yang sesuai untuk bentuk mata..


Akhirnya...kalau tersalah pilih...mukapun jadi tak sedap di kelih...(hehehehe kelih tu lihat.maksudnya kita sendri yag tak sedap tengok muka dalan cermin...


Dulu saya pakai kaca mata takada frame...sekarang oleh kerana yang tak de bingkai tu sangat manja..saya buat lagi satu yang tahan lasak...orang kat kedai tu kata boleh lentur...cuma saiznya yag mengangkang.dan cerminnya agak lebar...melebihi hujung mata..(tudung jadik lebar)....


Bila tengok dalam cermin...alahai....tak syok pula...tengok yang kawan ounya kat sekolah..lawa ajer...bentuk sedikit bulat dan kecil..mana dia buat cermin dengan bingkai sebegitu ye...


sekarang saya pakai yang lama ke sekolah dan yang baru kat rumah...power tak berubah sangat....nak tengok cermin mata saya?..hehehehehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

SUDAH GENAP 4 BULAN...

Alhamdulillah anak lelaki sya Umar...sudah genap usianya 4 bulan ..semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi tahfiz yang berjaya di dunia dan akhirat...


Begitu kuat sekali keinginan hati saya ingin melihat dia menjadi salah seorang penjaga alQuran ....menghafaz dala dadanya...dan berjaya dunia akhirat..


sejak saya menerimanya buat kali pertama..nurse letakkan dia di atas dada saya dlm keadaan masih diselaputi darah kelahiran...air mata saya berguguran...ssambil saya mengazankannya..hati kecil saya kuat berdoa agar dia dijadikan Allah seorang hafiz yang bakal menolong saya  di akhirat kelak....aminnnn..ya Allah....aminnn...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 9, 2012

Mari Mengaji

Abang Muaz dan kakak Faqihah...sekarang abang Muaz dah terkebelakang sedikit..kakak Faqihah dah masuk iqrak 5....


Saya cuba sedaya upaya untuk merajinkan Muaz supaya dia tetap dihadapan dalam apa jua..supaya dia tidak merasa rendah diri dan berusaha agar menjadi contoh untuk adik-adik..risau dengan abang muaz...selalu sebut muaz tak pandai..myazni lemah..nak buka plastik kopok pun tak boleh....alahai abang Muaz....keraskan semangat....kuatka usaha....janganla buat mama sedih


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails