Monday, September 23, 2013

Abang Umar

Haip. Nape mama nya dah panggil umar sebagai abang umar. Wahahahhaha.   Jangan.   Jangan. Jangan.  Kerana abahnya selalu sangat menyebut abang umar ni sudah besar.   

Sejak akhir akhir ini.  (Selepas umar demam teruk tonsil bernanah minggu lepas) makin menjadi jadi perangainya. Awal dia makin bertambah. Dan perangai manjanya makin menjadi jadi. Makin nak di dokong ajer. Memalam pula bila nak susu menangis macam kena sengat. Terpaksa dokong ke dapur untuk buat susu. Huhuhuhu. 

Abah umar dah nak baby baru nampaknya. Amat mendebarkan mama nya. Semalam kaklong mama call bagitau berita mengejutkan dan mnggusarkan hati. Dia mengandung lagi. Mama risau akan kesihatan dirinya memandangkan 3 kelahirannya yang lalu menyebabkan kesihatan dirinya berada di tahap kritikal. Ya Allah Kau Maha Kaya. Ya Allah,Kau Maha Kuasa,Kau berilah kesihatan dan keselamatan kepada kaklongku. 

Mengikut sejarah 3orang anaknya juga saya akan terjangkit sama. Adakah kali in juga saya akan terjangkit.  Huhuhuhuhuhu. Tak mahu. Tapi mahu. Serba salah pula. Mahu kerana mahu lari dari kesakitan period setia bulan. Tak mahu bila memikirkan kepenatan menguruskan anak anak dengan sakit urat yang sangat hebat tatkala banyak berjalan. Mahu menguruskan plajaran anak anak juga amat mencabar sekali. 

Ya Allah apapun yang telah Kau rancangkan buatku, akau berilah aku hidayah, petunjuk serta permudahkanlah segala urusanku. amin. Amin. Amin. Di sini di tempek gambar abang Umar yang sukakan basikal. Mama dqn abah belum cukup duit untuk belikan abang Umar basikal sendiri. Maka dia suka mngheret basikal kakak Asma' nya. Ragam mengalahkan pomen basikal kat kedai ramasamy beskal kat batu caves.  Heheheeh  membesarlah anakku. Moga menjadi Seorang huffaz alQuran yang berjaya dan muslim hebat dinmasa depan. Teringat akan niat semasa memangkunya buat kali pertama dan saya sendiri mengazankannya seusai "mengeluarkannya" kedunia ini.  Saya wakafkan dia, Umar, anakku untuk menjadi huffaz al quran. Semoga Allah perkenankan. Aminn. 
 






Friday, September 13, 2013

Tanpa sedar

Tanpa saya sedar anak sukung saya akan menginjak umur 9 tahun..tahun depan..... masya Allah.... 

Saya dapati dia sangat lemah dalam bahasa inggeris dan matematik.... pelajaran lain juga lemah tapi semua yang laintu boleh di terrer kan dengan pembacaan... namun 2 subjekni memerlukan bimbingan..latihan.... kesabaran...waktu....semangat, minat kerajinan dan pengorbanan dari mama nya jua...

Muaz masih terkulat kulat dalam darab kerana tidak menghafaz ssifir..... malas??? Ya..memang dia malas hafal sifir...saya ada menbeli buku teknik hafalan roya...guna jari tangan je...namun... tak pernah sempat untuk study..maka xpernah ajar anak guna cara tu..yes... my laziness. 

Saya tidak peduli langsung akan penguasaan bahasa Inggeris nya...salah saya...memang salah saya....buku cara membaca tupun saya ada... faqihah pernah gunakan buku tu di sekolah...tapi saya sering mencipta alasan kepenatan untuk tidak mengajar abang muaz membaca mengikut buku itu....

Saya sudah membuat kesalahan yang besar terhadap amanah Allah ini.. saya kena berubah..saya kena lebih kuat untuk tepis kepenatan dan kena lebih kuat menahan sabar setiap kali muaz kemalasan..... itulah sebenarnya penyebab kegagalan ...saya juga banyak bersungut akan tanggungjawab abah unuk menengikkan pelajarannya juga. Ia membuatkan saya membiarkan Muaz tanpa pemantauan. Harapkan abahnya. Memang berharap jerla. (Tgktu..... Semoat lagi menyalahkan orang lain!!!)  abahnya pulang magrib. Sudah capek di kantor dan di jalanan kerna jem teruk. Mana mungkin mau duduk melihat buku ank  dengan semanagt. Huhuhuhuhu. Makanmamanyalah yang harus ke depan. Jangan mikiran orang lain. Kamu sendiri yang kena  jalanin dulu kok.  Huhuhu

YA Allah..... berilah emak yang lemah ini suatu kekuatan agar dapat membimbing dan mendidik anak anaknya yang telah Kau AMANAHKAN....agar mereka berjaya.

Maafkan mama abang Muaz....kerana mama abang  Muaz lemah dalam pelajaran... mama terlalu sibuk dengan benda  yang remeh dan kepenatan. ...semiga Allah tolong kita dengan memufahkan kefahaman Muaz dan kekuatan untuk mama  meraduk kepayahan ini demi pelajaran anak anak...
Maafkan mama

Di zaman ini ibubapa tidak boleh menyerahkan 100% pndidikan anak anak kepada sekolah. ..kalau anak yang dah diberikan kebijakan semula jadi tiada masalah.... tapi kakau ank yang suka main dan sedikit malas....parent kat rumah harus mengambil inisiatif lain agar anak dapat menguasai silibus yang diajarkan....
Keranakutahuajujuaseorangguru...... ; (((




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails