Peti ais ibu-ibu semua berapa kali di bersihkan dalam masa setahun? Hahaha... nak mengakuni, tahuni bbaru harini nak bersihkan. Kotornya malu nak cakap. Kalau orang datang tengokpun, mesti kata apalah isteri tuan rumah ni, pemalas betul. Jijik melihatpeti ais dia. Bukan setakat orang luar, saya sendiri tengokpun lemah longlai rasanya. Ada niat nak basuh, tapi bila dah mop lantai, masak, basuh semua alatan memasak, si thoriiq dengan karenahnya..... hurmmmm tak ada kudrat dah nak membasuh peti.
Jadi harini, suami cuti. Pagi-pagi lagi dia pergi beli sarapan. Nasi lemak dan nasi ayam gulai.... jadi hati saya riang sekali.. tak payah buat sarapan hari ini. Bab membeli, memang suami saya minat. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang baik dan memahami. Saya nak rehat setelah 1 minggu non stop masak pagi dan mlm kan.
Makanya mulah kami memunggah barang makanan daripada peti ais ke sinki dan cabut semua perkakas dalaman peti ais . Letak di belakang rumah utk di siram air dan basuh kotoran pada semua part tersebut.\suami juga meolong, kemaskan stok makanan mana yang bleh di simpan, dan mana yang perlu di buang. Bab ini saya memang surrender. Kalau tak, mungkin 99% stok makanan tersebut saya akan masukkan balik dalam peti ais. Sayang benda sampai penuh peti ais adalah amalanyang buruk ya. Tapi.. saya lah tu (tak dapat nak ubah) kalau lauk tak habis, selagi tak berkulat simpanlah dalam peti. Nak buang sayang, nak makan tak lalu lagi. Maka berkeraklah peti ais.
Peti yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Umurnya sudah menjangkau 10 tahun . Umur si `umar. Alhamdulillah masih elok dan masih sejuk. Cuma peti bahagian frezzer tu agak longgar sikit dah suction @ magnet masa nak tutup dan buka. Mungkin sebab si `thoriq selalu main buka tutup pintu. Manalah nak cari kunci peti ais`. Ada jual ke? Bertahanla wahai petiku sayang untuk 15 tahun lagiya. Tunggula sampai saya pencen ke... masa tu anak2 semua dah xada. Bolehla saya tukar peti kecik, cukup untuk kami suami isteri aja. Nak kemas pun sonang kalau kecik. Barangpun tak leh nak humban bayank2 sampai berkulat dalam tu.
Hahahahah... adoi malunya mak.. tunjuk kemalasan sendirikan.
Tadaaa... alhamdulillah.. seperti baharu. Barula seronok nak kemas baham makanna lepasnikan. Nk buh semua dalam tupperware. Biar lawa. Kalau xckup tipuwarepun boleh. Buat apa simpan ajakan.. membazir. Baik rosak sb guna.hehehe.