Saturday, January 16, 2010

mandi manda di Bukit Lagong.

pagi Sabtu nie, anak-anak ajak abahnya pergi mandi kat kolam. tu penangan menonton cerita kartun semalam...nampak kartun mandi kolam. Abang Muaz pun mulalah memasukkan barang mainannye ke dalam beg..katanya nak bawa kat kolam....aku pelik..tapi biarlah ...asal dia gembira dan duduk diam atas kereta.sampaije kat air terjun bukit lagong tu...ape lagi ,menangislah dia...katanya nak pegi kolam, bukan air terjun..mengamuklah dia,tak nak turun..alaaaa, bukan boleh tahan lama, melihat adiknya mandi dengan gembira..diapun terjun sekali. aku risau juga bawa baby kecil nie. orang kata tempatnya keras.

suami kawan akupun pernah kena. kebas sebelah badan. sampai ke kelantan berubatnya, alhamdulillah sembuh. ustaz tu kata suami kawan tu terpijak rumah benda yang duduk kat situ.

Faqihah sungguh berani.macam-macam gaya berenang dia cuba. meniarap, terlentang, gaya tidur,kuak lentang,kuak kupu-kupu...semua dia try. alaaa, air nye setakat betis aje. tapi si abangnya punya penakut, xnak dudukpun dalam air..abahnya terpaksa menyiram air menggunakan gelas ke kepalanya,kalau tak, sampai ke sudah tak basah badannya. baby Asma' pula kerjanya nak makan pasir,pantang sentuh air dengan tangan, terus masuk ke mulut..lagaknya macam nak try air tu manis ke masin kot..heheh

aku pula sebenarnya tak nak mandi dan basahkan baju. tandas kat situ tak selesa, terlalu kotor dan berbau. tapi abah memang saje jer simbahkan air dan jirus air dengan menggunakan gelas ke kepala mam. alang-alang sudah basah, mama pun apa lagi, menyelam treus..burrrrrrrrrrrrrr...sejuk menggiggit tulang. sampai berdengung telinga oleh kesejukannya.

sebelum anak-anak menjejakkan kaki ke dalam air, aku cuba membaca 3 QUL, ayat Kursi dan meminta untuk bermandi manda,harap dapat berkongsi tempat sebab semuakan ciptaan Allah..aku bercakap-cakap sendiri..alhamdulillah..kami semuanya selamat dengan kuasa-Nya.

lebih kurang 2jam bermandi manda, mulut Faqihah pun dah biru dan mengiggil, kamipun berkemas untuk pulang.
.


sambil-sambil mandi..abah dia snapp dua tiga keping
gambar...nai dulu ye...xsempat nak upload lagi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails