Monday, January 11, 2010

antara 2 biji gula-gula

Faqihah dan Muaz, abangnya pulang dari taman petang Ahad lalu dengan abahnya...sambil menghayunkan plastik kecil berisi aiskrim yang dibeli di kedai Indonesia depan masjid..di tangan setiap anakku...digenggam sebiji seorang gula-gula epal. kata abahnya beli sebiji seorang sahaja sebab tak bawa duit dan tak bercadang nak singgah kat kedai.

macam biasa, anak sulungku Muaz suka menyimpan dulu kat atas meja TV...kemudian baru nak makan katanya.....si adik yang lebih cepat dalam serba serbipun mengambil secara senyap-senyap gula-gula abangnya...aku buat-buat tak nampak je.nak lihat apa yang si adik akan buat.

rupa-rupanya Faqihah buka gula-gulanya dan masukkan dalam mulut.satu biji lagi digenggam erat dtangan kirinya. si abang lihat dan berteriak...adik ambil yang abang punye...lalu si adik kata...tak...yang nie yang adik punye..si abang pun menangis. aku cuba memujuk si adik untuk kembalikan gula-gula yang digenggam kat tangan si adik kepada abang.namun adik menangis dengan kuat dan terus membentak bahawa gula-gula itu haknya...

aku pening dan tak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dua beradik itu. si adik susah sunguh untuk difahamkan..yang dia sudahpun memakan gula-gulanya...
sungguh mencabar untuk menangani keletah si anak. bagaimana agaknya ibu misali akan buat unutk menyelesaikan masalah anak-anak seperti ini ye....aku berfikir sebentar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails