Monday, July 1, 2019

PENGASUH BARU THORIQ

Umi telah balik kampung. dan datuk saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Zohor hari jummat minggu lepas. alhamdulillah, umi saya sempat berjumpa dengan ayahnya yang dalam keadaan sedar tapi  antara kenal dan tak kenal semua anak-anaknya. alhamdulilliah.


kini, kehidupan baru buat Thoriq ( 7 bulan) dan Anas ( 4 tahun). harini ini 1 Julai 2019, sahlah Anas akan masuk ke sekolah Pasti untuk kelas 4 tahun ( ayahnya yang akan hantar pagi-pagi) dan Thoriq ke pengasuh baru, pengasuh kawan anak rakan guru sama mengajar di sekolah. 

Thoriq masih pereti itu, tak mahuu minum susu dalam botol . dan berita paling sedih buat saya adalah, saya dengan rasminya melepaskan penyusuan penuh susu ibu buat Thoriq. saya terpaksa bekalkan dia dengan susu S20 ke pengasuh. supaya lebih mudah mengasuh memberi Thoriq minum susu. saya sudah rasa down sangat-sangat kerana setiap susu yang saya pam, Thoriq tak nak minumpun. akhirnya ia basi dalam botol atau dibuang kerana terlalu lama. hati tak usah dicerita, sedihnya.  tapi tak apalah , saya akan top up juga di rumah dengan susu ibu kepada Thoriq. maafkan mama kerana tidak dapat menyusukan kamu sepenuhnya dengan susu ibu seperti yang diingankan.

harini Thoriq  balik dalam keadaan bunyi di hidung dan dia selsema. rasanya berjangkit selsema dengan Faqihah. risau rasanya. kerana bila selsema Thoriq akan batuk dan akan lelah..Nauzubillahiminzalik. saya tak nak Thoriq masuk ward lagi.

rumah pengasuh agak kecil yang menyukarkan  Thoriq untuk berguling-guling kerana ada 3 orang lagi anak asuhannya berada di ruangan yang sama.tapi saya cuba husnu Zon. ya Allah ya Malik, ya Hafiz, jagailah hambamu yang kecil ini dengan sebaik-baik penjagaan. hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa, Ya Rahman, ya Rahim yang penurah lagi mengasihani. jaganlah ada apa-apa yang mernahaya menimpa semua anak-anak ku ini. 

Thoriq tidur tehagari ini, beberapa kali mengigau menangis kuat. mesti dia banyak menangis di rumah pengasuh tadi. terpaksa duduk atas  pengenjut* itu sepanjang masa utk di buai. moga Thoriq diberi pilihan untuk bergolek di atas toto yang luas dan lapang di rumah pengasuh dan mudah tidur dengan kenyangnya.. Aminnnn.. Allah Maha berkuasa.bersangka baiklah kepada ALlah.

Rambut anak-anak saya sama aja masa kecil . gambar buka depan blog ni adalah anas. berbaju merah yag saya tengah dukung. rambutnya macam Thoriq kan.. kechabian Anas tu juga macam Thoriq.  alhamdulillah terima kasih atas rezekimu ya Allah.

* pengenjut- apa bahasa modermnya ya.. hehehh

yg mcm gini.


Thoriq

Anas dulu

jap... saya nak cari gambar paha Thoriq. susah juga. rupanya tiada gambar thoriq yang menampaknya drumstiknya..hehehhehe.

ayokkkk,patutla tak jumpa. rupanya dah berguling masuk bawah kerusi

haiiiii auty and uncle semua... now you can see my chick. but for few month from now, it will be gone you know.. so do not miss my chick yaaa.

bye-bye.. Thoriq nak tidur dah...

Monday, June 24, 2019

HAMPIR KEMALANGAN 2 KALI WAKTU BALIK SEKOLAH

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan saya nyawa untuk hidup atas muka bumi ini. 
balik sekolah pukul 2 tadi saya hampir kemalangan 2x di sepanjang perjalanan balik rumah. semuanya gara-gara nak cepat sampai untuk susukan Thoriq.

seperti yang telah diberitahu minggu lepas, kami ada mesyuarat HEM harini. sesi petang adalah pukul 12.30 tengahari dan sesi pagi adalah pada 1.00 petang. saya [ula sudah habis semua kelas pada pukul 11.50.

saya mendapat misscall daripada umi di rumah. hati rasa tak sedap. mungkin Thoriq menangis kelaparan. semalam saya ke klinik untuk dapatkan injection Punimococol dokse ke 2 Thoriq dan sejak balik, badannya dedal-dedal. peel pun berubahm tak mahu duduk. atas dokonganpun dia merengek-rengek. selamam Thoriq tak lalu makan, mungkin kah harini langsung Thoriq tak makan? jadi saya cuba untuk masuk meeting awal agar boleh balik seperti biasa pukul 12.15. kalau nak tunggu masuk meeting bersama rakan sesi pagi pukul 1 petang, tentunya pukul 2 juga boleh balik.. kasihan Thoriq , lamanya menunggu di rumah.

make teh story short, saya tak dapat keluar dari mesyuarat sehingga habis. jdi saya bergegas keluar punch card dan terus balik.

dalam perjalanan menaiki bukit yang agak tinggi, 2 kenderaandi depan saya adalah kenderaan yang besar. jentolak dan juga lori sampah. slownyalah. bila saya lihat tiada kereta dari depan ke sini, saya teris memotong. tak sangka di kemuncak bukit, mucul 1 kereta. nasib baik ada ruang antara jentolak dan lori, saya masuk ke situ.. marah juga kereta yang mahu turun bukittu. siap lagi hon lagi. fuhhhh lega. tapi saya tahu, mungkin kenderaan2 itu banayk marahkan saya. huhuuh. maaf ya pakcik2 dan abg drebar. saya kecemasan sebebnarnya.

bila naik buit lagi 1 yang dah hampir sangat dengan rumah, 2 buah motor murid sekolah menengah bergerak secara bersaing penuh 1 jalan kedepan. bila taksabar, saya terus melintas, rupanya muncul lagi seorang kereta lain di hadapan. seperti tadi juga, kenderaan itu berhenti supaya saya boleh masuk ke lorng yang sepatutnya. 

selamba badak aja budak sekolah menengahtu gelak ketawa atas motor bila saya bagi hon 2 kali.

sampai sahaja di rumah, saya terdengar Thoriq menangis nak tidur. kasihan umi saya , kepenatan menjaganya yang menangis dari pagi tadi.

bagainama nak ditinggalkan kepada pengasuh. hujung minggu ini mak nak kena balik kampung kerana tok chek sakit ( jantung dan lelah) di hospital kuala krai kelantan. umuarnya sama dengan tun Mahadhir Mohammad. dah tua benar. risau juga. jadi Umi nak balik. makanya saya perlu fikirkan ke mana Thoriq hendak di hantar atau siapa yang akan menjaganya.. Cik Linda ataupun ke rumah mengasuh. Allah sesungguh nya ia sesuatu yang amat berat untuk di putuskan. memandangkan Thoriq juga tak mahu langsung minum dalam botol sekarangni menyulitkan saya membuat keputusan.

kawan-kawan pembaca mohon doakan Allah lorongkan jalan penyelesaian untuk masalah saya iniya.. amin.. saya selalu berdoa moga Thoriq nak minum susu dari botol. aminnnn

Saturday, June 22, 2019

THORIQ DAH MULA MAKAN

Assalamualaikum semua.

Rajin pula saya ber blog sehari dua ni. Hehe. Walaupun tiada pembaca, saya lebih suka mengabdikan gambar anak-anak di sini, dengan cerita ceriti yang tak berapa hot dan adakalanyanyang sudah basi. Hahaha. 

Harini dah 3 hari Thoriq mula di beri makanan. Tok umi masak gandum buat Thoriq. 

Kueh gandum

Bahan-bahan: 

Gandum 2 cawan. ( buat lebih, simpan dalam bekas kedap udara.  senang bila- bila boleh guna) 
Gandum di goreng atas api tanpa minyak. 
Goreng sampai perang. 

Cara memasak
1. Ambik beberapa sudu yang diperlukan utk makan 1 haritu. Boleh masak utk 2x makan terus. Separuh simpan. Separuh makan. 
2. Campur beberapa sudu air masak. Kacau. Tengok sehingga adunan melekat sedikit pada sudu. 
3. Masak di dalam periuk kecik@ ceper
4. Kacau kacau dan masukkan sedikit madu@gula perang@kurma lenyek, kacau sehingga likat. Jangan terlalunkeras.  Biar adunan keras sikit macam kuih  talam. Sejukkan sebelum diberi kepada bayi. 

Alhamdulillah. 3 hari ini nampaknya Thoriq berselera makan. Yang lucinya Thoriq senang minum dalam cawan. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan kami menjaganya. 

Kena letak dia atas car seat. Kena lapik , kalau tak kotorla car seatnya. Tak larat nak pegang. Lenguh 🤣🤣🤣🤣




Dah kenyang suka hati. 😋😋😋






Kekenyangan sudaaaa. Alhamdulillah.

Thursday, June 20, 2019

IBU MENYUSU JANGAN TERTIPU LAGI

Assalamualikum semua ibu-ibu.  Post ini dikhaskan kepada semua ibu-ibu yang sedang menyuskan anak. Tahniah kepada semua ibu-ibu kerana anda sedang berusaha gigihuntuk menyusukan anak anda ealaupun kepenatan bekerja, mengepm,menyimpn stok bukanlah suatu kerja tang mudahkan. Mencuri curi masa itu amat perlu. Kalau tak curi masa dan mengirbankan rasa malas, kami ibu ibu tidak akan berjaya untuk menyukan bayi kami secara ekslusif. Dia doakan kami berjaya hingga ke 2 tahun. Aminnnnn

Bila kita seorang ibu yang bekerja, buat stok , mengepam dan mengepam adalah wajib. Jadi mula kita mengeluarkan perbelajaan yang tidak sedikit.  Beli pam. Beli hotol stok susu, plastik simpan susu, beli pam kedua incase tertinggal@ untuk sesuaikan dengankeadaan  semasa mengepm dan lokasi untuk pam. 

Saya guna 2 jenis pam. Pam lacte duet yang dibeli dengan harga rm5++ pada tahun 2016 dan oam cup  untuk handsfree brand tpucup. Semuanya untuk memberi hasil terbaik dan untuk sesuaikan dengan masa penghunaannya. 

Bila melihat akan kegiguhan kita membelibeli ni kan, sudah tentu kerisauan terhadap kualiti susu juga selalu diminta ibu ibu. Jadi berapa ramai ibu ibu yang menggogle untuk mencari apa nak buat untuk dapatkan kualiti susu yang terbaik,anak cepat kenyang  dan susu pekat. Sapa pernah buat sila angkat tetek. Opsss. Hehehehe. Gurau je. 

Ik saya dpat article ni kat website pama. 

Saya snapkan dalam bentuk gambar untuk mudah di baca.





Thursday, May 9, 2019

PENGORBANAN

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh semua. 

Alhamdulillah hari ini hari k3 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Mak-mak semua pastinya sedang sibuk di dapur kan. Saya ni memang pemalaskan. Hehehe. Baik mengaku ajolah. Saya. Tak masak. Sepanjang 3 hari berpuasani, saya hanya masak sahur 2x   Berbuka saya makan lauk beli aja. Suami
Belikan utk saya sebungkus. Saya kongsikan dengan anas ( anak lelaki saya berumur 4 tahun) memandangkan Thoriq maaih perlu dikuarantinkan, saya perlu menjaga nya di rumah dna kurangkan seminima yang mungkin dari contact dengan orang luar. Tragedi 7 hari masuk ward kali ke dua betul-berul membuatkan saya perit. Crk di situ saja sudah habis 6 hari. Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk sepanjang tahun ini. 

Demi Thoriq juga, saya sudah tidak menghantar nya ke pengasuh. Saya mencari seseorang yang boleh menjaganyandi rumah saya bersama Anas, abangnya. Saya tahu, ada dikalangan iparduai yang mungkin akan berkata saya keterlaluan menjaga bayi saya. Orang tak tahu betapa saya berhabis rubuan duit untuk kesihatan anak saya. Berhabis cuti rehat khas tahunan saya, duduk di ward 7 hari dan 3 hari di HUSM masa masuk ward kali pertama duku dan tidak lupa juga dengan bayaran yang perlu saya bayar untuk personal care kat rumah dengan bayaran rm20 sejam selama sebulan untuk Thoriq di bulan puasa ini..... perluke saya  mendedahkan bagi saya kepada jangkitan lain hanya kerana nak ambil hati akan kata2 perli sanak saudara????? No.  A big no. Biarla apa yang orang kata. Mereka tidak duduk di tempat saya melahirkan bayi pra matang yang sudah menerima jangkitan pnenomonia  dan sekarang masih bergantung kepada 2 jenis inhaler 

Saya masih tidak dapat fikirkan tentang penjagaan Thoriq untuk 2 bulan selepas Ramadhan ini. Hati sangat berat untuk menyusahkan umi lagi. Saya selalu berdoa gaar Allah bukakan jalan untuk mencari penjgaa untuk Thoriq di rumah yang sesuai dengan kewangan saya. Sekarang pengasuhnya alhamdulilah baik tapi agak besar juga budgetnya walaupun hanya dtg dari pkul 7-2 prg yang hanya menjaga Thoriq dan Anas sahaja. No kemas rumah dan lain2 hal. 

Hati masih tak boleh nak selesa kan, bila kita xpernah ada orang lain di dalam rumah especially orang luar , perempuan muda setahundari saya pula tu. Dan berstatus janda 4 anak yang kematian suami. Cantik??? Sudah tentu. Hahahahaha. Hati mana tak berdebar. Dia lebih segala-galanya dari saya terutamnya kecantikan. Tapi alhamdulillh dia seorang wanita yang snagat baik dengan budak-budak. Dia membuat pekerjaan ini di bawah syarikat yang bernama kiddocare. Bayaran nya ditetapkan per hour berkhidmat. 

Short the stoey cut, selepas segala pengorbanan yang saya buat ini, perlukah saya berlembut hati dan masih ingin menjaga hati sanak saudara untuk datang bertandang ke rumah orang?, buat gathering, berjumpa- jumpaan, bersama2 dan beramai2 berbuka puasa di sana sini???? Huhuhuhu. Ya Allah kecalkanlah hati ini

Pengorbanan terbesar tahunni saya tak akan balik kampung dengan Thoriq dan anas. Kami bertiga akan beraya di sini sahaja. Saya bagi cadangan kepada suami supa membawa semua anak yang lain balik beraya di kampung sehari dua. Kasihan juga dengan anak-anak yang nak merasa beraya di kampung bersama sepupu sepapat. Lagipun mertua lelaki juga kurang sihat semenjak mertua perempuan meninggal awal tahun haritu. Saya????  Tak kisah dahhhhh.  Demi tak nak Thoriq kena jangkitan apa2 lagi. Daripada saya bercuti tanpa gaji@ separuh gaji 3 bulan lagi seperti saranan 2 doktr pakar, lebih elok saya gajikan sahaja orang datang jaga anak di rumah waluapun mahal dari hilang 3 bulan gaji. Betul tak

So, rutin harian saya adalah vacium dan mop lantai untuk pastikan tiada debu , pasangkan penapis udara yang baru beli sejak Thoriq keluar wad haritu dan diffuse kan segala essential oil yang berkaitan dengan menolong pernafasan, membersihkan udara dari kuman dan juga meningkatkan imunisasi nya. Semuanya dari brand RONELLA. saya sudah menjadi ahlinya demi mendapatkan harga yang lebih murah. Brand ini setanding dengan brand Young Living dan brand lain dari kuar negara. Tapi untuk membuat minyak ikut keperluan sendiri , saya banyak merujuk kepada kawan2 Rinella yang oakar untuk campuran pelbagai essentials oil supaya menghasilkan  remedies terbaik. Ia bukan ubat tapi 1 cara lain selain ubatan modern. Seperti juga perubatan 

Monday, April 29, 2019

SELAMAT LAHIR MAMA


H

Heheheh tanggal 24 April hari lahirku yang ke38 tahun tua dah dgn anak 7 ( sorg meninggal lahir cukup bulan due to anencephaly) alhamdulillah masih sihat dan punyai suami yang masih menyayangi.  Moga hingga akhir hayat dan hingga ke syurga. 

Terima kasih buat suami dan anak2 kerana bagi hadiah yg suprise ini. Hehehe bagi kat sekolah. Nasib baik xdok org tgk. Pokok kaktus 🤣🤣🤣🤣 dengan cekelat ferero rosye 3 ketul. Nasib baik balik kerja tu suami wat balik kek sikret resepis 5 slice pelbagai perisa hohohoho

Monday, April 22, 2019

MAKAN DI KPJ TAWAKAL

Alhamdulillah. Namapun berbayarkan. Mestilah lain sikit jenis makanannya. Tapi biasala di hospital. Mestilah less sugar and lest salt hahaha

Menunya boleh dipilih  untuk sarapan, makan tengahri dan makan malam. Kudap mudapan sebelum makan malam juga ada iaitu milo dalam bentuk sachet dan seketul kuih. 


Oppsss ini air kopi di pilik fisioterapi. Mamanya minum dulu kopi segera mesin ini. Nak menghilangkan gemuruh dengar baby Thiroq meraung kat dalam tengah kena suction kahak. Huhu. Meruntun hati. Bagi yang tak tahan dengar aak menjerit , mahunya hiba hati. Tapi mama kena kuat semangat. Nak anak cepat baik kan.  Mak nak balik. Nak g kerja. Nak juga bby sihat selamanyaaa. Huhu

Ni menu lunch ke dinner xtahula. Lupa. Byk yang xter snap. Malas. Dah lama xblogging kan. Rasa xada mood. 

Ni sarapan. Roti lembut and scramble eggs.  Sekali sekala sarapan dengan menu org puteh. Oklaaaa.  Bolehla juga mengenyangkan perut

Ni menu makan malam. Lupa minta apa. Menu dalam basa orang puteh. Tak berapa reti pun buat buat reti ajalah. Hahahahah. Tapi yang penting boleh try nasi perang. Tak pernah makan saya nasi beras perangni. Rupanya sedap juga. Maksud saya biasa2 ajala. Xderla kata tak sedap ke, tak kenyang ke. Kenyang macam biasa je. Agaknya sebab besarnya agak costly kot. Sebabtu ramai tak makan. Ok. Lepasni kat rumah kita guna beras perang untuk mak bapak je. Anak2 kena beras biasala. Kalau tak lari budget dapur hahahahahah. 

Menulisni atas tikar sejadah. Azan subuh sudah. Orang nya xsudah2  taip hp. Menunggu umi datang jugani. Ya Allah sihatkan lah umiku   Panjangkanlah umurnya dalam kenerkatan. Tenangkan lah hatinya. Lembutkan hati suamiku untuk terus menyayangi dan menghormati serta mengenang akan segala pengorbanan ibuku dan menyayanginya seperti dia saya gkan ibunya sendri. Aminnnnnn. 


Sunday, April 21, 2019

MASIH DI SINI


Assalamualaikum,

Kami berdua masih di sini. 
Berdua dari hari Selasa minggu lepas dan hari ini adalah hari Ahad. Esk hari Isnin. 
Kami di mana???? 
Kami di ward Lavender bilik 705 KPJ TAWAKAL KL. 
Selepas 3 kali  bertukar bilik dan bilik ketiga ini adalah bilik single room kerana terpaksa diselamatkan dripada kea yang baru masuk iaitu pesakit Influenza. Ni pun pilih bilik single room yang paling murah.  Bilik di ward maternity. Rm230 sehari. Jika nak ambil single room di ward kanak-kanak harganya adalah rm300. Heheheheheh lumayan kan.  Walaupun kami masuk dengan insuran tempat kerja suami, kami haya layak untuk mendapat bilik berharga rm200 sajaha. Jadi bayarla lebihan tu. Semuanya utk kesohatan Thoriq 

Ini adalah pemandangan melalui tingkat bilik kami. Kelihatan dari kejauhan bangunan pencakar langit KLCC dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam. Penuh warna warni. Sejuk mata memandang. Namun bila kita amati dari dekat, ia penuh dengan demu2 kota, asap kenderaan dan kesibukan  kota. Haiii bilala org nak belanja makan si restoran berputar di menara KL tu agaknyaya. Mahaiiii kan.  Hahaha. Dalam mimpu pun tak dapat nak merasa. Tak apa la.makan kat kedai mamak pun kenyang dah jugakkan. Sama aja memanapun 

Thoriq audah kali kedua maauk ward due to Broncolitis. Tapi kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.  Kali pertama di HUSM KELANTAN, semasa balik sewaktu kenduri ke 40 hari arwah mertua saya. 

Pagi esk mak saya dari Kelantan akan sampai. Suami akan ambil dari stesen bas dan terus ke ward. Saya telah memohon untuk bertukar sesi mengajar dengan kawan sesi petang, dia akan ke pagi hari Isnin esok. 

Baby Thoriq? Ya. Sangat merisaukan. doktr yang merawat Thoriq adalah seorang berbangsa Cina namun sungguh mengambil berat. Dia sangat bimbang jika saya akan menghantar semua baby Thoriq kepada pengasuh sedia ada kerana pengasuh menjaga ramai orang. Dan boleh menyebabkan jangkitan selsema yang kerap. 

thoriq due to the comlecation of pre matured born, paru paru nya tak matang dan antibosi lemah tak boleh dijangkiti apa2 kuman. Jika dijangkiti, ia akan terus menjadi teruk seperti tidak boleh bernafas, kahak yang banayk dan lekuk di bahagian paru parunya apabila bernafas.  Mungkin umi akan menjaga Thoriq beberapa hari lagi sebelum kami mencapai keputusan untuk menghantar Thoriq ke rumah pengasuh cuma akan dikuarantinkan di dalam bilik @ mengupah orang datang jaga di rumah@ umi jaga hingga Thoriq berusia 6 bulan yg sepatutnya dari tarikh due. Maknanya ada 3 bulan lagi. 

Doakan segala urusan kesohatan dan menjagaan Thoriq mudah dan diberi petunjuk dari Allah
apa yg terbaik. Kami sudah buntu sebenarnya kerana pengasuhnya samgat baik  dan sangat berharap untuk menjaga Thoriq. Tapi doktor Lee tak setuju. Kak ipar saya yang juga doktor Pakar Kanak-Kanak di Kelantan juga tak setuju untuk dihantar ke pengasuh. 

Nampak sangat penatkan. Kahaknya maaih banyakndi kawasan hidung, kerongkong dan di saluran pernafasan. 

KAMI KINI BER LAPAN

Alhamdulillah, kini kami ber lapan sudah. Macam taknpercayq kan. Saya sudah melahirkan baby ke 7 saya pada 22/11 yang lalu pada usia kandungan 33 minggu 1 hari. Alhamdulillah saya dan bayi sihat walafiat. Inilah kali pertama saya bersalin secara operation. 

Takut sungguh bila dapat tahu saya terpaksa emergency operation kerana bleeding yang banyak dan jalan dah buka full term 10cm. Jdi mahu tak mahu terpaksa redha dalam masa 5 minit terus di tolak ke operation room. Injection dexa pun sempat ambil dlm masa 5 minit sebelum di tolak ke OR tu. Suami saya dtg sign dan sempat kucup dahi saya.  Bahagianya rasa bila suami kucup dahi dlm keadaan kecemasan seperti itu. 



Friday, November 2, 2018

SAYA BERJANJI......

Assalamualakum semua,

sihat kah pembaca dan silence reader di luar sana. saya dan keluarga alhamdulillah.. cuma diuji dengan sedikit  selsema dan batuk.  sayala yg paling teruk skit.. dalam keadaan kandungan 30 minggu, bila batuk teruk, perut turut sakit. tekak luka kerana banyak batuk. namun, tiada ubat yg kuat utk hilangkan batuk untuk orang mengandungni. saya cuma bertahan dgn minum air suam campur limau kasturi aja.. kadang2 teguk jugs ubat batuk gamsat plus tu, utk hilangksn gatal takak... 5 minit sjs bertahan pun..
bila batuk aja syik terkencing.. penat tau membilas kain kencing orang tua ni. hahahahahhhahhaahhhhaha.


well, bila mengandung ni, macam-macamkan.. saya dah beberapa mingguni , selera turun betul. mkan nasi di sekolah aja, tupun sebab gigil menahan lapar. kalau ikutkan selera, masakan kantintu mcm kertas pasir aja... dialog upin ipin kan.. dgn biskut yaya..hahahha. balik rumah mmg tak masak dah sekarang. balik rumah, banayk masa saya tidur , baringkan perut yg beratni juga. perut xderla berat sgt sebenarnya. tapi sejak saya angkat 1 kotak tamarcocoa tempohhari, badan saya sakit, urat punggung, paha dan ari-aripun sakit. berdiri paling lama 10 minit aja.. rasa mcm nak jatuh. kaki dah lenguh.

lepas bersalinni saya kena banayk pantang dan berurut.
insyaAllah

pasal janji pulak ya.
 ðŸ”ºdengan ini saya berjanji pada diri saya untuk tidak lagi membaca cerita2 kisah benar tentang poligami kerana ia membuatkan saya fikir yang bukan-bukan sekarang. emosi ibu mengandungni sungguh fragilekan. tetiba dia sedih.. tiba2 dia akan bertukar jadi takut.. tak kurang juga dia suka menangis.. aduhai... mula pandang negetif aja pada setiap whatapp suami yang  berlawanan jantina.. 

🔺🔺saya juga berjanji dgn diri sendri tidak akan lagi cuba mencari dan berfikiran negetif tentang apa2 perkara yg melibatkan poligami, perempuan2 yg mgkin akan mencuri hati suami saya dan dll tentang bab ini.


bukan apa, ada kawan saya yg berumur  pertengahan 30an, dia dimadukan masa pantang. org ust ustazah tu..suaminya bukan calang2 manusia.. sekarang dah berjawatan , menang pilihanraya aritu. tapi kawan saya kata mmg puas hati kasih syg dan  pembahagian masa oleh suaminya sb suaminya mmg warak. tapi kadang2 cemvuru memang tak boleh ditepis katanya. ya saya tahu.. tapi hati ini tetap tak boleh  blahlaaaa....degan itu, saya cuba tenteramkan hati saya dgn google ceramah2 ustaz2 terkenal tentang poligami. ingtkan makin tenteram hati saya..makin teruk jadinya..

mungkin juga pengalaman keluarga sendri, mak saudara, kawan2 lain menyebabkan saya makin fobia.. seterusnya stress. 

saya pun pelik. pipi saya cengkung kebelakangan ini. sebab saya dah xlalu nak makan di rumah especially waktu mlm. saya cuit2 aja makanan yg suami bawa balik.. saya banyak minum air cicah biskut aja utk hilangkan lapar. 

saya skrg suka sgt nampk cantik..ahahha jangan tak tahu sebelum g  sekolah, wajib saya pakai foundation, loose power, lipstik dan blusher. hahahaa itulah penangan mengandung baby boy.. memg suka berhias. nk berhias depan suami, siap kat saya perasan.. saya rasa malu. jdi saya suka berhias masa nak gi sekolah, tak sempat dia nak tgk muka saya.. tapi takla keterlaluan..ustazah kang. tapi masih nampakla skit saya pakai pemerah pipi.. rata2 kawan2 perempaun kata saya cantik sb marykay..hehehe rasa saya kalau semua melawa mmg akan lawa, tak kira guna produk apapun..tapi yang saya perasan, kulit maka saya sgt lembut dan mudah sgt apply sebarang foundation dan loose powder sejak menjaga muka dgn set marykay. lagipun saya xpayah risau tentang bahan kimia berbahaya.. arykay sgt selamat. sebenarnya bila kulit buka sihat bila pakai bedak, kita akn nampak lebih glowing.

pernah tak , dulu, kita pakai bedak nampak  kusam @ gelap. mcm foundation tu xkena dgn tone kulit kita??? hahahahha mgkin betul, kita salah pilih tone kaler, tpi salah satu penyebabnya juga, kulit muka kita kusam sb tidak menjaga dgn baik, kulit mati banyk di muka menyebabkan bedak kita menjadi tak sekata dan mudah hilang. kita hendaklah rajin scrub muka kta agar sel kulit mati cepat tanggal dan sel kulit baru akan tumbuh cepat. dalam marykay pun ada set ini..namanya set microdermabration. ada krim yg penuh benda2 halus seperti pasir, utk scrub muka. guna 2x sahaja seminggu utk scrub.tp pore minimizer tu kena guna hari2, 2x sehari..dan juga calitkan vitamin c. bila kuit mati dah di remove, guna pula pore minimizer kemudian guna pula vitamin c.. sedapnya vit c tu masuk dlm kulit muka yg dah bersihkan..

mehla cuba, tak rugi utk cantik..menambahkan konfiden org kata. suami nk kata perasanpun, lantaklaaaaaaaaaaa. diatu kalau isteri melawa skit dia kata perasan, tpi bila dia jumpa perempuan lawa di luar, hatitu bergetar juga.. mesti mengaku peremuan tu lawa walaupun dalam hati, kannnnnn.. bukanke depa pun melawa juga  ke. klu tak, xder lawa sgt pun.


si hidung penyek.. rasa sedikit semangat bila nampak muka ada seri walaupun sebenarny memang huduh..hahahhhahha


lepas sihat bersalinni, saya akan cuba

masuk kelas bersenam untuk kuruskan badan..kecilkan mana yg kena kecilkan agar body mantab dan seksi dari dalam..hahahhaahhaha.. punyala tekad nak tambat hati suami,kan. jgn pulak lepas kurus kita makin seksi nk tunjuk kat org luar.. dlu masa gemok mcm lembu, pandai plk pakai baju besar2 nak tutup. bila kurus mcm nk telanjang pula plakai baju..xsyukurkan???


saya akan peruntukkan sedikit duit gaji utk ke spa sekurang2nya 1 x sebulan untuk service muka @badan. biar awet.. baru suami terkenang2..eh...iyeke terkenang2..takut makin naik menyampah sb isteri makin gatal dgn dia??? hahahhahahahah

oklah kawan2. saya kena beransur..nk solat asar.. dh terkucil lagini,batuk..kenaambik wuduk baru.. nk ujanni, n k kena ambik anak cepat. yg
jumpa lagi ya



Assalamualaikum semua, saya bersiaran sekali lagi tentang produk ang aya sedang guna, pakai dan jual.. Marykay. Produk penjagaan muka anda.


kulit muka saya banyak kesan parut entah apa-apa zaman remaja dulu, parut jerawatpun ada juga, walaupun sebiji dua shj, tapi agak besar juga, selain itu ada juga jeragat -jeragat maklumlah dah menginjak 40an dan dulu-dulu tak suka pakai pelembab, kulit jadi kering, menggalakkan pertumbuhan jeragat. yang paling nampak jelas adalah liang roma yang besar.

di Marykay, kita ada set Microdermabrasion. set ini terdiri daripada 3 item iaitu:
i. Microdermabrasion
ii Pore minimizer
iii serum -c

i. Microdermabrasion- seperti deep cleanser, ia ada bead yang halus sangat untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan membinaan sel kulit.Selepas kita gunakannya, kita akanrasa kulit muka sedikit pedih, jangan risau, kulit bukan luka, tp ia telah menyingkirkan sel kulit mati dan kulit menghantar info kepada otak untuk meningkatkan kolegen untuk menggantikan sel kulit yang baru. (ingatan: perlu dipakai 2x seminggu sahaaja)

ii. gunakan freshtoner, dap2 ke muka, keludian applu pore minimizer pula. ia boleh digunakan 2 kali sehari ya. manapun pore mnimizer kan, untuk mengecilkan pori-pori2 kulit dan menutup kembali liang roma yg terbuka tadi.

iii. yang last sekali, apply serum -c, yang kaya dengan vitamin C. serum c ini, dipakai 2 kali sehari juga. sepanjang 6 bulan shj.. dalam 2 minggu penggunaan, anda akan dapat lihat perubahan kullit muka anda yang semakin glowing.





ingin mencubanya? PM@ whatapp 0192298791 saya untuk harga 3 item ini.


Saturday, September 29, 2018

MEMBELI DAN MEMBELAH

Assalamualaikum, pagi tadi saya ada buat posting tentang marykay. tengahrini pula post pasal baju pulak..hehe.

Dalam pkul 11 pagi tadi suami ajak saya  membeli belah baju mengandung.. hureyyyyyyyyyy... sukanya hatikan bila suami ajak membelibelah... kami kami pun ke Ong Tai Kim Gombak. Ada kedai ibu manja ( kedai mengandung)  di belakang kedai ong Tai kim tu... tingkat 2. memula nampak kecil aja dari bawah..Kedainya pun di tingkat 3.. menapaklah saya dengan semangatnya fuhhhhh.

rupanya bila masuk, ramainya oranggg, kesemuanya ibu-ibu mengandung dan ditemani suami.. maka crowdedla  kan..tapi of course meriah wehhhh.💕💕💕💕💕💕💕💕


pandagan dalam kedai.


ada space untuk para suami main hp👅 atau jaga anak-anak kecil .

luas rupanya kedai tu. pekerjanya pula ramah dan tamah. melayan aja saya minta baju blose yang saiznya tak ada di tempat display. maklumlah orangnya setinggi 148 ajo.. tapi berat 60kg.. tentunya macam ikan buntal.. susahla nak cari baju yang sepadan.. muat badan, bahu pula menggelebeh,, nak cari yang bahunya ngam-ngam, ukur lilit badan pula sendat dengan perut.. ni baru 6 ulan. kalau dah ngam-ngam, nak cukup 9 bulan mahunya jadi barut nangka you alll....😓😓😓😓 maka , terpaksalah rasa redha, ambil saiz xl, besar di bahu tapi ukur keliiling yang selesa. xapala.. nati saya otterla sikit tang bahu tu.. jahit bagi kecil bahu dan pendekkan bahagian tangan... syukur you alls yang cukup saiz.. senang beli baju. tak perlu nak otter bagai.

ok nak cerita promosi ni.. untuk baju blouse, lawa2 juga.. ada yang beli 3 harga rm150..  Ada juga beli 3 helai  harga rm180. ada juga skrit dan seluar & palazo untuk ibu mengandung dijual dengan harga rm150 untuk 3 helai. kalau beli sehelai harganya RM67 sehelai.

wing sebelah kanan dan kiri pula penuh dengan barangan bayi.. tak sempat saya nak melilau ke 2-2 wing itu, nak memilih bajupun dah lenguh betis berdiri. lain kalilah.. dekat-dekat bersalin nanti kita datang lagi. tadipun dah habis rm300...kui..kui...kui... dan yang paling tragisnya...huhuuhuhuuhhuhuh, suami suruh bayar sendiri... gulpppp.. nyesal pula ambil skirt.. dah ada pun kat rumah 3 sebenarnya.. tp bila terasa ada orang nak tolong bayar, rasa tak rugi membeli, lepas mengandung pun boleh pakai sebab skrit tu boleh laras.. tiba-tiba kena bayar sendiri ni..rasa membazir pula.. boleh pulak gitu????? hahahhahahhahahahhaha.

xapala..moga rezeki saya abertambah dengan Marykay dan Ronella.. 
oh ya,..  dan-dan sebutni.. saya adalah beauty consultant Marykay  dan juga penjual produk Essential Oil brand Ronella... brand malaysia tapi kualiti setaraf produk luarnegera.  emmm semuanya saya join sebab nakkan barang yang sihat tanpa bahan kimia dan yg paling penting kalau ia adalah ori dan alami... marykayni mungkin ada juga bahan kimianya skitkan. mana boleh sesuatu produk tubertahan setahun dua, kalau tak bubuh bahan utk bai tahan skitkan.. seminggupun akan berkulat..dan takkanla semua set penjagaan muka nak kena sumbat peti ais.. mcmnerla nk bawa travel kalau kena buh dlm peti aja..ehhe. 

saya berani jamin Marykay ini adalah antara set penjagaan muka dan kosmetik yang selamat tau.. sebab tu syarikatnya dah lebh 60 tahun bertahan di peringkat antarabangsa. dan tiada satupun produknya yang di sita atau di laporkan merbahaya.. jaga2 ya puan-
puan.. set penjagaan bayi brand jonsan&jonsan pun dah byk yang ditarik balik dan dilaporkan mnyebabkan alah  dan kanser kepada kulit bayi.. 





jom ibu2, kita cuba untuk tidak menggunakan sebarang bedak @ apa2 produk dari jonson&jonsin untuk bayi kata kali ini.. gunakan produk seperti minyak dan balm yang selamat untuk bayi sahaja.. bukan utk mewangikan ya, tapi untuk jangan bagi masuk aingin sudaaaaa... barangan Ronela ada menyediakan pelbagai jenis balm yang sesuai untuk bayi tau.. guna tanpa was-was. jom beli dengan saya.

 pm saya untuk tahu lebih lanjut tentang harga dan kegunaan balm ini ya. besar balm ni..puasla pakai besar tapak tangan jugala.. berat dalam 38.16 gram.

boleh bayang tak besar mana bila tengok gambarni.. kedalamannya pun boleh bayangkan kan.. tak macam krim timbang yang kita kat kedai.. nampak dalam, rupanya adehhhh nipis ajoo huhu





saya dulu tiada ilmu, bila bayi selsema, duk bubuhla benda lah ni kat dada, rupanya tak boleh ya guna vaporub ni kat baby.. uk hukhuk..itulah pentingnya ilmukan..

Rawat kulit berjerawat dengan Marykay



Wahhhhhhh, ada set promosi dari Marykay untuk bulan ini sahaja... sehingga 30 september 2018 sahaja tau..

Beli 4 percuma 1

Jom cepat grab pelunagni.. sememangnya ke lima2 beradikni sangtalah penting untuk menjaga kulit muka kita yang berjerawat

KULIT MUKA ANDA BERJERAWAT???

Assalamualaikum semua....



  • Ada jerawat banyak di muka? 
  • Muka jadi berminyak sesangat?
  • Nak keluar rumah pakai bedakpun rimas bila tengok kulit muka berjerawat dan bernanah?   


''Oh, sabarlah seminggu lagi keringla jerawat ni.... 
( pujuk hati sendiri)
  • 4 hari kemudian...... ''lambatnya nak kering jerawatni, picitla sikit bagi keluar nanah''

  •  Seminggu kemudian... anda ber huhuhuhu di depan cermin kerana kulit bekas jerawat dah berlubang.

  • esoknya..." hai, naik anak jerawat baru pula????" gerrrrrrrram + sedih

Adakah ini masalah anda?
jom PM saya (shafida 0192298791) untuk saya tolong anda.

saya dah guna Marykay untuk kulit kering dan jeragta.. alhamdulillah kulit saya telah jadi lembap dan akan menghalang jeragat beranak lebih banyak.. insyaAlllah, bila pakai secara consisten, jeragat akan pudar dan akhirnya akan hilang.. jangan guna produk penghapus jeragta yang  ada bahan kimia ya. ia akan memburukan lagi jeragat anda bila anda berhenti memapai produk tersebut.. 

untuk yang berjerawat, saya sangat yakin produk Marykay ini akan dapat menolong anda.  tak rugi mencuba. pelaburan berbaloi dan kulit anda tidak rosak dengan bahan kimia berbahaya dengan 5 step ini..

sayangi kulit muka anda.


Friday, September 14, 2018

SUATU KETIKA



Suatu ketika, saya sangat mengharapkan suami saya dapat menolong saya dalam kerja rumah , mengajar anak-anak mengaji dan dalam pelajaran anak-anak juga. saya juga bekerja dan selalu diuji Allah dengan sakit-sakit badan . mungkin kerana saya kerap jatuh dan lasak semasa kecil, ia memberi kesan kepada saya di waktu usia merangkak asar ini.


bila suami saya tidak seperti yang saya harapkan,  ( biasala kan, byk duk tgk cerita melayu yang  mcm dalam syurga kat tv tuuu), dengan anak 5 dan mengandung kali ke9 ( gugur 2, bersalin meninggal sorang), emosi yang tidak stabil membuatkan saya sangat stress. saya kemudian asyik mencari kesalahan suami dan kelemahannya. saya sering menangis sewaktu mandi. di bawah pancuran air saya menangis semahu-mahunya, berharap agar pancuran air dapat mengelap segala sakit hati dan duka hati, menghilangkan kesan sembab mata saya yang menangis  serta wipe away sakit badan saya.

ia menjadikan saya lebih memendam dan dendam. sikap saya dengan anak-anak juga menjadi lebih garang, tiada masa mahu mendengar resahan hati anak-anak kerana hati saya sendiri berkecamuk menenangkan gelodak di jiwa. 

saya terfikir sampai bila saya harus menyiksa jiwa saya. merosakkan emosi saya, memalitkan amarah saya kepada anak-anak yang sedang membesar???? tidak... saya tidak mahu anak-anak saya rosak kerana kemarahan dan dendam saya . saya perlu cari jalan untuk memperbaiki kesemua ini..untuk lebih bahagia bersama di dalam keluarga ini..jauh lagi perjalanan kami .. kami baru berusia 37 tahun dan ank2 pun sedang membesar.

langkah pertama, saya akan cuba menjimatkan tenaga saya dengan dryer sahaja baju dan semua pakaian jika saya tak mampu melakukannya. saya cuba untuk tidak lagi membebel atau menyuruh suami untuk melakukannya. perangai saya , saya akan minta tlg sekali sahaja, bila orang dah tak nak tolong, saya akan buat sendri tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya remuk redam hati ini dengan kemarahan dan kesedihan. kadang-kadang saya oleh jadi terlalu sedih dengan perkara yang kcil sahaja... mungkin keran akita sudah lama memendam kannn.. jadi saya tidak lg mahu ia berterusan merosakkan emosi saya. xlarat, saya dryer sahaja, lantaklah bil elektrik mencanak naik.. kalau rajin saya akan lipat. kalau xrajin saya akan guna sistem lambak dlm bakul dan atas katil bujang yg dah xguna ataupun hanger aja..melayut sanggut nya.. apapun2 xkisahlah. suami pun bukan heran bersepahke tidak..jadi dia xmarah. nak suruh buat, mungkin  dia tak suka buat..jdi kita buat bila senang aja..

keduanya, saya dengan mengambil langkah menghantar anak ke kelas pro-huffaz. ia sebuah kelas mengaji al-Quran dan tahfiz. jadi steress saya akan berkurangan bila anak2 boleh tasmik hafazan dan betulkan tajwid dengan ustaz2 shj.. ia adalah kelas 2 x seminggu ..okla kan.. xperlu sakit hati bila  kita penat, nak menyemak tasmik anak-anak lagi dan bila ayahnya tak mampu mengajar anak2 mengaji @ terlalu sibuk tgk hp.. 

ketiga, saya planning 11 10 ini, nak hantar nak2 belajar kelas berenang.tunggu nak saya habis UPKK dulu. jadual kelas tambahannya bertembung dengan jadual kelas renang. moga anak-anak lebih berani dan yakin diri disamping boleh enjoy . kelas berenang tu saya ambil dengan coach yang mengajar kanak-kanak berenang di sekolah rendah setia budi. rm120 seorang jika masuk adik beradik.kalau sorang rm150. diadakan setiap ahad setiap minggu pukul 11-12 tengahari. hujung mingguni misi mencari baju renang..yeayyyyy!!!! habis lagi duot mak oiiiii. 💃💃💃💃💃

saya masih tidak dapat menghadam kata2 kawan saya dik wan Nor Fadhilah 
" cinta tanpa syarat , baru hidup tenang dan tiada dendam"  dengar pun nak muntah. mungkin kerana hati saya sudah penuh dengan kesedihan dan saya tak pandai untuk membuangnya pergi. 

saya mengharapkan agar keluarga saya lebih bahagia dan anak-anak akan berjaya dalam akhlak, pelajaran dan hafazan...aminnnn


saya yang ingin mengubah diri untuk jadi ibu yang lebih bahagia.
no more toilet cries, no more heart bleeding, smoking, puting beliung atau sebagainya.. fooging jarang2 tu okla kot kan..mana ada hidup yang tiada bergolak.. macam fogging adies tu bolehhhhhhlaaa...huk huk huk 

Friday, September 7, 2018

Kandungan ke 9 dan anak ke 7

alhamdulillah, saya mengandung lagi untuk kali ke 9 selepas 2 kali keguguran pada tahun lepas dan awal tahun ini. kalau ada rezeki saya kali ini, anak no 6 lah..xbyk pun  kan..9 tu baru banyak..hehhehhehe


Semalam saya ke hospital Besar untuk scan dengan doktor pakar untuk mengesan sebarang masalah dengan bayi. alhamdulillah. 80% doktor pakar kata tiada masalah dengan bayi saya ini..alhamdulillah

tapi pedihnya mcm nk berdarah telinga saya ni bila diceramahkn oleh doktr. seorang doktor berbangsa Sikh . doktor perempuan. dia memarahi saya kerana tidak menjaga jarakkehamilan, katanya dari tahun lepas gugur, awl tahunni gugur lagi dan tak sampai 5 bulan sudah mengandung lagi sekali.. kamu mengandung 3 kali dalam masa 2 tahun berturut-turut. doktor bagitahu tentang kesihatan rahim saya, keadaan rahim kita megandung terlalu kerap dan juga kebarangkalian untuk bayi cacat makin naik persen nya selari dengan kenaikan umur bila menjangkau 35 tahun. seelokny, take care of your self, your body, your emotional, your womb. sudah-sudahla kerjanya duk menjaga orang lain. tiba masanya untuk jaga diri sendiri.

sememangnya kecatatan, kesihatan dan dll adalah daripada Allah. tapi kita juga diberi pilihan untuk merancang hidup kita agar hidup lebih sihat, lebih bahagia., rumah tangga dan anak-anak lebih terurus dan sebagainya.

so, lepasni kenalah pasang sesuatu.. yang terbaik adalah IUCD ataupun implan. yang laintu doktor pun xyakin kita boleh konsisten atau tak...welll....... kena ceramah kepada suami dulu ni bagi dia kasihankan kita dan faham ...

tapi suami kasihanke ke kitani ya.?????? hahahaahhaha

SUDAH BERKAHWIN TAPI MASIH TERJEBAK DENGAN BAHAN LUCAH?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh semua.

moga di hari Jumaatyang dingin sesudah hujan ini memberikan kita kesihatan, kenikmatan, kedamaian dan bertambah ketenangan di hati.

berikutan tajuk di atas, mungkin memanggil ramai pembaca yang "terjebak" ataupun "tidak terjebak"  utk membacanya.. alhamdululillah.... yang belum terjebak, alhamdulillah, tak perlu terjebak wlaupun dgn apa sebab sekalipun. kerana ada Hadis Rasulullah bermaksud,  NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.  jadi apa sahaja sebab untuk anda melihat, membaca, atau mengoogle banhan lucah adalah TIDAK BOLEH. dan JANGAN MULAKAN 

Ada beberapa kawan bertanya secara berseloroh kepada saya, boleh tak kita melihat atau membaca bahan lucah untuk menaikkan nafsu syahwat.  Sungguh ini adalah masalah biasa kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana kita terikat dengan emosi, kepenatan kerja, hormon dan faktor umur. jadi kita mencari sesuatu agar perasaan kedinginan itu dapat di atas untuk memberi kebahagian kepada pasangan masing-masing. 

Kalau di google pasti jutaan jawapan sudah ada di dalam talian , dalam bentuk video mahupun tulisan daripada ustaz2 di seluruh dunia. tapi di sini saya ingin mengetuk pintu kesedaran semua tentang bahaya bahan lucah ini dari perspektif berbeza.

jika di tanya adakah ia akan membantu menaikkan keinginan kita?  jawapannya adalah YA< SANGAT BETUL. namun ada TAPINYA.....

- ia akan menyebabkan anda sukar untuk mecapai kepuasan bersama pasangan. Imaginasi anda akan terikat dengan apa yang anda baca sehingga keinginan anda untuk diperakukan seperti yang telah anda baca. ketahuilah yang di baca adalah tokok tambah dan khayalan semata-mata. kemampuan sebenar tidak mungkin mencapai tahap yg dibaca@ ditonton. anda akan berakhir dengan hampa. percayalah.

-ia juga akan menyebabkan anda terlalu ghairah sehingga uncontrol, dan ini juga akn membawa kepada kehampaan untuk mencapai kemuncak kepuasan seperti yang diharapkan. kerana keghairahan itu dipacu daripada ingatan benda luca, rembesan pelbagai hormon akan menjadi tidak terkawal sehingga mengganggu rasa anda. yang lagi soheh adalah  sudah tentu hilang berkatnya.. jika ditakdirkan ALlah kurniakan zuriat dengan asbab pada ketika itu, bolehkah kita bayangkan zuriat bagaimana yang akan dilahirkan nnti. bila anak besar dengan pelbagai masalah, degil, lawan cakap, sukar solat... itu bukan kesilapan mereka.  pokok pangkalnya kembali kepada induk yang m enghasilkannya. jalan berkat atau tidak.

- jangan terkejut jika kita ada terbaca bahan lucah boleh melemahkan otak .. percayalah. dan sekamin banyak bahan lucah yang dibaca@lihat, ketagihan akan makin menjadi2 . ia seperti ketagian dadah.. you want more and more.

- yang paling letih adalah, bila ingatan terhadap benda kotor itu mula mengejar anda ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda buat. ia lebih teruk dari dikejar hantu. emosi anda akan terganggu. jagan tak percaya ia juga akan muncul dalam solat anda saat anda mengadapa ALlah , di dalam sujud, rukuk, iktidal dan salam juga. tak malukah kita di depan Allah. Hadir di hadapannya dengan mengucapkan kata2 pujuan untukNya tetapi di dalam minda  seperti wayang benda lucah itu berputar. huhuuuhuhu. nauzubillah kan.


Maka, kembalilah kepada agama dan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah. mulakan dengan doa, harapan, dan sebagainya.. bukan dengan yang lain. 

jangan terkejut, berdoa bukan hanya masa nak minta anka pandai, anak malas mengaji, ada masalah duit dan sebagainya. Tapi untuk mencapai kepuasan juga perlukan doa sebenarnya dan jauhi benda2 yang tak elok.

maaf jika olahan ayat saya nampak sedikit lucah juga.


untuk lebih maklumat tentang kesan buruknya, boleh layari link ini.. keterangannya sangat bagus.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails