Tuesday, May 17, 2011

ANDA ALAHAN ????


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.-SAYA XLEH MAKAN BERLEMAK N BERGORENG...PEDAS AMAT DIPERLUKN UTK MENGURANGKAN LOYA..
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.-STIAP KALI MENGGORENG..SAYA AKN JADI BATMAN.....TUTUP IDUNG
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.-SAYA KENA PANAS2, KALAU TAK NKMUNTAH N XLALU
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.-BOLEHLA NK CUBA JUGA
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Saturday, May 7, 2011

aku ingin menjadi lebih baik


assalamualaikum pembuka bicara....selamat berhujung minggu kepada semua muslimat di luar sana..semoga hidup kita sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga kita lebih baik dari semalam.

hidup saya sejak akhir-akhir ini amat tidak sistematik. mungkin disebabkan alahan dari kehamilan ke4 ini. secara jujurnya, selama mengharungi liku-liku 3 kehamilan sebelumnya, saya tidak pernah mengalami alahan, alhamdulillah..namun yang ke 4 ini, barulah saya paham apa maksud alahan, rasa mual, rasa nak muntah dan tak lalu makan. lihat makanan terus rasa mual menerpa dan keluar air liur masam (nak muntah)...Allah maha adil. ada hikmahnya Dia mengatur semuanya ini.

namun, yang menyedihkan adalah saya mengambil kesempatan ini utk bermalasan dalam urusan rumah tangga..hehehehe (jahat betul) rumah tunggang langgang, dapur bersepah, sinki sejak akhir-akhir ini jarang kali kosong...bertambun aja pinggan-pinggan kotor. atas meja makan bersepah. maaf kalau saya bercerita ini ada yang kurang senang, tapi tulisan saya ini hanya utk memotivasikan diri sendiri. maybe esok bila saya baca kembali,saya akan malu sendiri dan cuba berubah.hehehehe... harap k.baiti dan mahani tak datang baca entri ini..malu kepada mereka yang selalu bersemangat dalam rumahtangga dan anak-anak.

dari pukul 3am tadi, mata jadik keras, bangun dan buka PC..ziarah rumah k.baiti dan rumah k.mahani. mata tak mengantuk jugak, saya teringatkan pesan suami magrib petang semalam minta buatkan jemput-jemput pisang kerana ada pisang yang dah lebu..sayang kalau dibiarkan..jadi terus buatkan adunan jemput-jemputnya dan terus simpan dlm peti ais, pagi nnti boleh terus goreng. saya keluarkan siap-siap ayam dan udang, hajatnya nanti sebelum ke padang (bertugas hakim penamat utk sukaneka sekolah hari ini) 7.30am nanti, saya boleh menggoreng bihun untuk anak-anak. tak perlulah abah bersusah-susah utk membeli roti canai..kolestrolkan..tidak menggalakkan makanan berminyak....eceh...eceh....tengok ler..kalau sempat bihun tu..heheheheeh...risau takut malas melanda nanti, sume tak jadi.

sedang melilau-lilau benda dalam peti ais, hati sebak melihat buah mangga yang sudah masak (sedang membusuk dalam peti ais) tuannya sudah tidak peduli dengan barang-barang dalam peti ais...alahan punya pasal...tengokkkk tu...buat alasan alahan lagila tuuuuuuuu) no....no..no...hati sebak kerana teringat betapa bersusah payah suami belikan mangga untuk isteri dan anak-anak makan...akhirnya kerana kemalasan isteri...rosak dan membusuk dalam peti menunggu untuk dilempar ke tong sampah...tidak...tidak..hati saya menangis kesal..saya terus kupas dan potong kecil-kecil dan simpan dalam peti, agar senang anak-anak dan suami nak makan...

saya ingin berubah. kalian semua doakan saya moga tidak malas. dulu-dulupun memang malas di dapur....yang paling saya risaukan sekarang saya amat malas makan obimin untuk kandungan dan malas untuk membaca al Quran. bila sahaja hati terdetik untuk baca al-Quran, mulalah rasa penat,malas dan mengantuk.saya risau kalau-kalau tidak sempat hadiahkan 1bacaan al-Quran untuk bayi ke 4 ini....sedangkan ibu-ibu hamil amat-amat di suruh membaca alQuran khasnya surah Yusof, Maryam dan al-Luqman....doakan agar saya lebih rajin ye kawan-kawan..

sampai berjumpa lagi di lembaran akan datang....

Thursday, May 5, 2011

Teringat kelazatan suatu ketika dulu...

oit...nak...ape ko buat dengan beg murah mama tue..heheheheh rm 1 ader ler nak oiiiii.....

ish..tangan sape tu..hehehehheh..sume sedang menyantap si velvet merah


xsempat balik makan kat rumah, kat taman tu jagk kami menyembelihnya........

hanya gambar ini yang mampu merakamkan segala detik pertemuan kami bersama.......

si RED VELVET......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails