Monday, June 27, 2011

yay...hari ini saya cuti lagi


Assalamualikum, lama bebenor saya tak hup date blog saya. malas......senangkan alasannya, tapi saya selalu BW blog rakan-rakan yang banyak menceriakan hidup saya.

kenapa saya belum tido lagi? encik husben sejak magrib tadi keluar rumah, khabarnya ceramah yang diadakan malam nie sudah dikepung polis di 6 tempat. saya dan anak-anak duk rumah. entah macammana saya pula terbongkang tidur dalam bilik, tinggal anak-anak 3 orang kat luar dengan tv terbuka.mengantuk sangat rasanya. sedar-sedar aja dah pukul 1 pagi.

kat sebelah saya,hehehehe, amboi.....si asma' tidur bogel..entah bilala asma' buka pampers nya saya tak sedar,entah minum susu ke tak, saya pun tak ingt. sayapun mengagau bangun mencari dua orang lagi anak saya..ish..ish.kesiannya abang muaz...terlentang tidor atas lantai. kak faqihah pula tido atas kerusi panjang. teruk betul emaknya...biarkan ank-anak berjaga lewat. sah-sahla mereka lewat tido melayan tv channel 611 yang xpernah habis mengulang tayang kartun yang sama. nampaknya esok anak-anak akan bertambah liatla nk bangun sebab malamni tido lewat.

kembali kepada tajuk..heheheh. saya? esok cuti peristiwa sempena hari sukan yang diadakan sabtu (semalam) yang meleret-leret sampai pukul 2 tengahri.bukannya apa, majlis dilewatkan agar mendapat persetujuan Guru Besar yang tak pernah kesah dengan kebajikan guru-guru tu( weh..kalu di baca talibarut guru besar...nahas saya) maka berkat kesabaran kami semua...kami dapat hadiah cuti 1 hari.yahoo....maka setelah bagun dari tido..saya layan dvd tajuk PRIEST- cerita hantu orang putih, sambil menunggu incik suami balik.. alhamdulillah ceritanie sangat clean dari semua adagen 18SX walaupun banyak karut marut tentang adanya vampire.

Sedang asyik menonton, (kat screen PC ajer, xleh kat TV, tkt terkuat pula) incik husben pulang..hahhaha esok dia kerja, maka xlehla dia menonton sekali...diapun masuk tido. sepatah ajer berita daripada incik suami dari tempat kejadian:ceramah BERSIH, tapi isi ceramah ISrak Mikraj sebab polis dah kepung tempattu suruh tukar tajuk hahhha. dan lagi katanya seorang lelaki pakai baju bersih tapi pakai vest kat luar telah di tangkap polis. kesalahannya sebab pakai baju BERSIH warna kuning itu...hok aloh laaaa...polisnie dah jadi tertekan dah sekarang, takutnye kat baju BERSIH, macam nampak hantu..dahtu pula isterinya seorang lecture uia ada bersama seorang anak kecil, tengah sarat mengandung pula tu. si suami pula khabrnya sedang sambung PHD ...naik pula alphat...(ejapun xreti..apatah lagi nak naik alphat hahahahah) nampak gayanya bukan rakyat biasa yang ditahantuuuuu...orang edukatot juga..entahla...kita tunggu dan tengok lah apa yang bakal terjadi nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails