Assalamualaikum
semua.
Apa khabar
semua ya. Bulan januari sudah mula redup dan matang. Bulan februari pula akan
sirna beberapa hari lagi. Bagaimana dengan laluan kehidupan ibu dan bapa
pada bulan januari ini. Sudah berez kah semua perihaL persekolahan anak-anak?
Sudah langsaikah segala yuran bulanan, yuran tahunan, yuran pendaftaran dan
segala mak nenek yuran pengajian anak-anak anda?
dua anak dara sayani belajar di sekolah yang sama.
tahun depan anak bujang tu pulak
Ya…
untuk anak-anak yang melalui persekolahan di sekolah kerajaan… yuran semua
sudah beres, kan? Sekolah kerajaan tiada
lagi yuran yang akan dikenakan. Tapi di pihak PIBG pula, ibubapa masih ada
sedikit jumlah yang perlu dibayar. Ia dipanggil yuran PIBG. Di sekolah saya pada
tahun in, yuran PIBG dinaikkan lagi menjadi rm50. Hehehhe, biasalah, bila ibu
bapa dimomokkan oleh kerajaan dengan yuran persekolahan FREE, tetapi akhirnya dikehendaki membayar yuran
PIBG, sudah tentu kebingungan, kan. Sebenarnya yuran PIBG itu adalah untuk
menampung program-program untuk
murid-murid seperti kelas tambahan murid tahun 6, makan minum maurid tahun 6
sepanjang peperiksaan berlangsung, nak membeli beberapa kelengkapan alat tulis
murid semasa UPSR. Jangan ingat duit kerajaan banyak untuk disalurkan ke
sekolah ya adik kakak. Di pandangan mata kasar, nampak banyakkkkkk.. walhal,sangat ciput dan sekarang semakin compresssssssss…jadi dari mana guru nak adakan
beberapa perkara yang tidak tersenarai dalam budget kerajaan ini,ya.. melalui
yuran PIBG itulah. Maka, ringankahlah tangan untuk membayarnya . pada hemat
patik, RM50 tidaklah besar mana, anggap sahaja amal jariah kita untuk pencari
ilmu, besar pahalanya, kan.
Ya..
short cut, 3 orang anak saya sudahpun ke sekolah mulai 12 januari yang lalu.sekarang
baki yuran wajib dibayar dan tak terbayar untuk tahun ini adalah+- RM3++
selepas ditolak duit BRIM..alhamdulillah.. terima kasih juga kepada BRIM
walaupun ia beragenda sulit. No one knows
Kakak
asma’ juga nampaknya makin selesa di sekolah itu. Mungkin kerana satu sekolah
dengan kakak Faqihah, maka masa panjang
7.30-5.00 itu dirasakan tidak terlalu lama. Alhamdulillah, punyai guru-guru
yang berpengalaman dan pandai menarik perhatian anak-anak kecil ini.. kakak
asma’ belum pernah merungut mengenai
“kelamaan masa” nya berada di sekolah ( jangan tiru bahasa Melayu
saya yang
dpt gred A2 dlm SPM ini. Muahahhaha.
Tinggallah
umar di rumah pengasuh mak cik siti nya. Seorang yang cantik, muda, bertenaga,
cerdag cergas serta rajin membuat makanan. Wah, abang Umar membesar sihat di
situ. Makanan mak cik sitinya
mengalahkan makanan emak nya di rumah. Hehehehe. Semua kuih makcik sitinya
pandai buat, sedap pulaktu. Kadang kadang saya pula jelos dengan ank-anak yang
duduk di situ.. mahu rasanya bertukar jadi anak kecil, hanya untuk makan semua
kuih2 yang mak cik siti buat setiap hari.. sedapnya..apakah daya, ketuaan dan
kekedutan kulitku tidak berupaya lagi untuk daku bertukar watak. Hahahahha..
boleh dengar dan tengok ajalah dari anak-anak transit menu cik siti yang selalu
mengancam itu. Rm200 untuk umar sebulan, membuatkan aku tidak lokek untuk langsaikannya
setiap kali dapat gaji.. alhamdulillah ya Allah berikan aku pengasuh yang
bagus.
Tahun baru ini juga ada cabaran untuk saya.
Alahan teruk.. maybe alahan memandangkan permulaan sekolah ini tidak boleh bau
apa saya jenis sabun, tidak boleh bau minyak gorengan dan menggoreng, asyik
terasa mual dan tanda-tanda lain. Namun saya masih tidak gagah untuk buat urin
test.. kerana hati ini kuat mengatakan saya terkena buatan orang
lagi..kui..kui..kui.. untuk men scan nya jga saya masih tidak kuat.masih belum
bersedia untuk terima berita yang tidak dapat saya terima.. biarlah dulu
sehingga saya betul-betul terpaksa melakukannya. Untuk ke klinik kerajaan..
saya tangguhkan dulu. Fobia masih menebal. Saya doakan moga kandungan baby ini
sihat, sempurna dan selamat di lahirnya di dalam suasana yang aman damai dan di
KATIL DALAM BILIK LABOUR ROOM. No more dalam kereta. No more atas katil yang
sedang di tolak. No more semasa tergesa- gesa nk sruh saya berguling dari katil
tolak ke katil labour room.. no more semasa doktor pecahkan air ketuban di
ruangan nak cek bukaan jalan.no more ya ALLAH…permudahkanlah kelahiran ankku
yang ke6 ini… aminnnnn