Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.



Selamat menempuh tahun baru 2015 buat semua kenalan, rakan-rakan dan sahabat semua.semakin bertambah tahun, automatik bertambahlah umur kita. semakin bertambah umur, semakin bertambahlah wringkles di wajah kita. oh, no, no , no.... itu yang xsedap nak akui tu. tapi sebagai  manusia biasa, itu memang terjadi.. aging.. dimamah usia..redha ajalah. apa yang lebih tidak sedap adalah semakin bertambah usia, tak bertambah baik pula amalan kita kan.

Berapa ramai diantara kita yang melengahkan solat ( aku kah itu.. kura-kura dalam perahu huh..)

Berapa ramai yang gagahkan diri bangun sepertiga malam untuk solat taubat, tahajut dan sebagainya???  sedangkan setiap detik kita menambah dosa.. supliment detox badan  laris bagai pisang goreng, tapi berapa kerat sahaja yang detox diri dari dosa????  (krik..krik..krik..sendiriku rasa pedas, makan cili)

Selalunya pada tahun baru ini, dalam tv, dalam corong radio memang sibuklah bertanya kat selebriti dan individu-individu popular tentang target atau azam tahun baru. nah, kita cuba senaraikan apa kelemahan kita tahunni. senaraikan yg mencakupi 2 alam terus.. bukan nk suruh jadik katak.. tapi alam dunia dan akhirat maksudnyaaaa. dan terus tulis apa azam kita tahunni.

azam saya tahunni...

jeng..jeng..jeng..

1. akan berhentikan segala kerja dan solat sebelum pukul 3.. huk..huk..huk.. tadi berasap nasihatkan orang suruh awal solat.. kan elok kalau azamnya lepas azan terus melompat ke tikar sejadah... hohoho. ya..itulah sebaiknya..


2. nak lari dari mengumpat rakan sejawat. kadang-kadang bukan kita yang nak mengupat, tapi cuping telinga kitani disondol-sondol aja dgn kes-kes rakan sebaya di tempat kerja kan.adeh.. nk laripun nanti dikatakan sombong.. pepandaila kita lari agar tidak bersama mereka melahap daging buruk, jijik, bernanah dan busuk di akhirat kelak..

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, ...

sedikit peringatan dari Hadis. saya paste dari ini

العجلة من الشيطان

 ( رواه الترمذى)

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” 
(Riwayat Tirmizi)

Ulasan Hadis: 
1.        Melalui hadis ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita bahawa sikap gopoh gapah atau tergesa-gesa, terburu-buru adalah daripada sifat syaitan. 

2.        Sifat bergopoh-gapah adalah sifat yang buruk, sikap ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam beberapa keadaan, iaitu tidak sabar, tamak, tidak mahu berfikir panjang, menanguh kerja dan bertindak kerana mengikut nafsu. 

3.        Orang yang memiliki sikap ini kebiasaannya mereka yang tiada ketenangan dalam diri. Dan sifat ini berlawanan dengan sifat orang yang bertenang dalam melakukan sesuatu urusan, mereka ini bertindak setelah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu malah memikirkan akibat baik dan buruk sesuatu perkara atau tindakannya. 

4.        Sikap gopoh gapah akan melahirkan penyesalan di kemudian hari. Berkata Syeikh Muhammad Soleh Al Uthmaimin : Sifat tenang yakni tidak bergopoh –gapah dalam semua urusan, betapa ramai manusia yang binasa dan tersilap langkah dengan sebab gopoh-gapah dalam urusan hidup mereka. Sama ada memindahkan berita, menghukum apa yang di dengar atau berita lain-lain. 

5.        Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” ( Riwayat Muslim). 

6.        Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersikap tenang dan berusaha mendidik diri agar tidak besikap tergesa-gesa, jangan terlalu cepat mengambil keputusan atau bertindak sehinggalah kita meneliti dan mempelajari terlebih dahulu sesuatu perkara. WALLAHU’ALAM



3. nak kurangkan ataupun hapuskan ( susah juga kaalu nak bagi zero ni)  kelam kabut dan terbolah saya.
    haaa, sapa tahu maksud tebolah, angkat kaki semua!!!
    ia adalah satu kelebihan yang saya ada dan selalu memalukan saya. sungguh memalukan. ...memalukan saya di tempat kerja, di hadapan bos dan kawan-kawan.


4.  nak gunakan sebaik mungkin masa untuk dibahagikan kepada anak-anak, tugasan sebagai guru dan bisness alhaddad.. eceh... eceh.. insya Allah, tahun 2015, saya akan menjadi stokis mobile. duit nak buat beli stok barang permulaanpun xdak lagi... nak jadi stokis  jugak?? apa kelebihannya??  apa syarat-syaratnya?? ok..nanti kita cerita.


5.  ke 5 tak pikir lagi.. rasanya berkisar pasal tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, ibu dan pendidik kepada anak-anak saya.. satu bab nie pun dah senget bahu menanggungkan.. kita abaikan dahulu. Nak buat azam utk tip topkan layanan kepada suami ???... krikkkk...krikkkk...krikkkk
masyaAllah, tabarokallah, subhanallah... hanya Allah yang mampu menolongku dan ibu-ibu semua..dia doa kat Allah ya. xapa.. yang tu xleh reveal.. tulis dalam hati aja  mak-mak kannnnn.


Untuk menjadi ibu dan pendidik kepada anak-anak.. harus sikit nih.. masa dan kepenatan, dengan laptop utk business...waduh..waduh.. ngak punyai masa bukkkk... tapi insyaAllah, saya berazam berusaha untuk meluangkan masa sebaik mungkin untuk hafazan dan quran anak-anak. kurangkan marah-marah, banyakkan motivasi, hapuskan ancaman, sebarkan semanagt kepada anak-anak.. insyaAllah..amin..

semuani kononnya proposalla kan.. kat dalam kertas kerja..amboi.. hebatttt.. macam duduk atas kayangan aja.. semua perfect.. bila nak implement.. rasakan kau.. hahahhha

oklah.. saya mengundir diri dlu..membebel banyak. xada yg bernas langsung. ada yang xelok, jangan diambil. sedut yang agak-agak boleh pakai aja ya!

Kepada yang nak jadi ahli alhaddad, nak   beli tamarcocoa dan supplimet sunnah dari alHaddad, bolehla hubungi saya untuk bertanya.. tanya tanya, selagi saya oleh jawab , saya jawab..xbolej jawab, bagi otai alHaddad jawab.

tak sabar nak ada pasword stokis dan dapat keyin sendiri belian ahli-ahli dowlines. doakan saya berjaya ya .


ini adalah di antara suppliment yang dipasarkan oleh Al-Haddad, halal kapsulnya,dari syarikat halalgel. no artificial added. semua asli yang Allah buat, kami cuma pemudah cara untuk anda menikmatinya sahaja.

(klik gambar untuk besar kan)






Tapi kita guna ada pasarkan dalam bentuk cecair seperti minyak zaitun yang tak ditapis (unfiltered olive oil 250ml)

Bagus untuk dicampur sesudu dua dalam masakan berlemak, bersantan dan gulai gulai daging, kambing dan sebagainya. insyaAllah, bila makan, kolestrol jahat di dalam gulai tersebut tidak akan diserab oleh badan.

saya selau masukkan dalam lempeng dan cucur anak-anak..ore kelate panggil jeput.
jeput pise boleh, jeput ikan bilis boleh, jeput malah boleh...
(jeput malah- cucur udang ;) 
bagus untuk perkembangan otak anak.


Bagus untuk buat minyak selusuh kan..
untuk ibu mengandung, elok makan minyak kelapa dara ni. mudah  bersalin dengan izin Allah. kalau tak lalu nak telan, boleh beli yang kapsul. untuk umur kat perut, elok beli yang ni terus. kalau rajin, boleh aja ibu ibu nak picit  VCO yang dalam kapsul tu kat perut.heheheh


yang kapsul ada 60 biji -rm18
yang cecair gini 120 ml- rm26


ok, saya dan secawan tamarcocoa + kopi kacip fatimah hari ini.. jom bersarapan.
JOM SARAPAN!!!!


NAK CUBA:
SHAFIDA
0192298791
COD sekitar gombak, batu caves
pos ke seluruh Malaysia.

datang pick up sendiri dialu-alukan


1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Selamat Tahun Baru 2015.... semoga tahun ni memberi kebahagiaan untuk kita semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails