Tuesday, October 15, 2019

KEMPEN BELI MUSLIM FIRST #BMF

Jom sokong produk Muslim.  Alhaddad juga ada. Mengeluarkan beberapa range minuman yang sihat dan yang pastinya halal dan baik untuk badan.
Boleh dapatkan dari kami. 

Stokis Alhaddad 
Beralamat: 
Sri Gombak
Pinggiran Batu Caves

0192298791-Shafida. 







Monday, October 7, 2019

FENOMENA 1 DALAM SERIBU hahahah

Assalamuaaikum  fenomena 1 dalam seribu  bilamana 1 sekolah pakai baju uniform lengkap sekolah ,dan saya terpakai baju uniform kokurikulum PPIM  HUHUHUHUHU   Malu??? Adala kuga   Nasib baik terjumpa  seorang anak murid kelas saya yang memakai baju koko juga  kami sekali tersalah faham akan mesej daripada whatapp kelas   Ingatkan  PKa1 suruh pakai baju Uniform Koku  rupanya uniform lengkap sekolah  adoiiiii    Apa apapun buat tak tahu ajola  bukan dosapun ye dak??? Tutup aurat lengkap ape  hahaha    
Cantikkan mentari yang baru nak menerangi Batu Caves pagi ini. Cantik sangat. Saya gelapkan sikit suasana agar cahaya matahati tampak lebih jelas. Gambar diambik pada pukul 7.30 pagi. Usai menyanyikan lagu NegaraKu. 




Saturday, August 3, 2019

DIGITAL CLASSROOM

Alhamdulillah..... kini segala kegilaan saya beberapa tahun yang lalu telah muncul ke sekolah saya.
bagaimana saya begitu bersemangat bangun malam untuk mencuba dan mencari beberapa aktiviti pdp menggunakan bahan digital seperti  digital ink dan sebangainya sudah sampai dan mengetuk pintu sekolah saya. mmendapat tempat di hati rakan-rakan GPI dan GBA saya.. alhamdulillah.....

saya rasa sangat seronok. teringat kembali 2,3 tahun lalu....usai menidurkan anak dan suami juga tidur saya bangun mengadap internet dan mencari segala bahan... membawa kepada pembelian projector, appple tv gen3, ipad dan mendownload pelbagai aplikasi digital ink dan mencuba pelbagai aktiviti PDPDc yang mggunakan internet... you name it.. PLICKERS, SPINNING WHEEL, QUIZZIEZ dan beberapa lagi. 

tapi sekarang..... baby Thoriq dan umur saya yang meningkat "muda" menyebabkan saya sudah mula hilang semangat. kepenatan dengan pembelajaran anak-anak, kekalutan kerja rumah dan sekolah, saya sudah tidak sesemangat dahulu..malu alah dengan rakan-rakan seangkatan dan adik-adik baru masuk yang sudah mendapat APC daripada pihak pentadbir.....saya mula menyita segala minat saya untuk berdigital ink ini. bayangkan 12 tahun berada di sekolah yang sama, tidak pernah mendapat APC.. bodoh aja rasanya saya ni.. saya lebih suka membuat kerja-kerja bawahan yang tidak nampak dek pentadbir. saya tidak pandai menjadi orang atasan, penyelaras dan ketua. di tambah pula dengan  keperibadian saya yang  jenis kalut, kerja tak kemas, selalu tergopoh gapah, datang lewat ke sekolah..... iam nobody. pengipas??? no!!! no need to put fan to pentadbir utk buktikan kita layak APC. so i am.... an ordinary teacher. 

namun alhamdulillah kini, rakan2 sekerja yang lebih muda sudah mula menampakkan semangat baru..well...... ketua panitia baru kami telah menjemput seorang JU kebangsaan untuk me LADAP kan kami SABTU  27/7 yang lalu..so, semangat tahi ayam saya ni datang lagi..ehhheeh thanks to khairuzzah kerana nampak sangat bersemangat.



ustaz ZAkaria JUkebangsaan bahasa Arab memang terror.. cakap aja device apa  yang berkaitan dengan digital ink.... semua dia ada.. sudah beli pelbagai tab, pelbagai jenis alatan untuk mirorring dari termurah hingga termahal..pelbagai projector juga. fuhhhhhhh berpeluh ketiak bila dengar dia bercerita dan menconggak fulus dia yang digunakanuntuk membeli semua itu... 

projector di atas mejatu, yang saya satu, yang khairuzzah satu..hehehheh. nak interpreme jugakannnnn. projectir saya ni dah beli 3 tahun lepas.sekarang adalgi yang terbaru. pixelnya lagi tinggi. gambar lagi sharp dan terang

mek da ni bulat sungguh . dahla pendek..hahahhahaha









sedikit pasal Google class room
Keistimewaan
  1. Percuma: docs, sheets dan slides.
Xada button save. Kena create 1 fail dan boleh offlinekna dia. Boleh edit di mana2 shj. Kalau ada internet baru dia terus save yg terbaru
  1. Sistematik.
  2. Mesra kebanyakan devices
  3. Mesra pengguna
  4. Mudah dikendalikan
  5. Jimat kertas & masa@fail
  6. Urusan perekodan
  7. Telus
  8. Mudah diakses di mana saja

Friday, August 2, 2019

NAFSU VS KEPERLUAN

Anak selau bergaduh dalam kereta kerana kepanasan.?
 Lubang Aircond xada di belakang?
Blower aircond xsampai nk blow aircond 
Belakang 
Selalu bergaduh sempit
Berebut nak duduk barisan tengah sebab nak aircond
Serabut sampai sanggup g cubit anak yang bergaduh
Mak serabut sampai nak tarik2 rambut sendiri
Nak kena letak carseat untuk baby supaya lebih selamat selepas insiden terlepas bby dari pegangan kerana maknterlalu menganduk. 

Hohoho. Nampaknya ia membawa kepada pencarian tunggangan yang lebih selesa.  Tapi fulusnya juga menyesakkan dada. Perlukah  terus menahan sesak kewangan lagi lepasni. Hohoho
Saya dah bagi warning akan kebimbangan fulus dan beratnya nafas aliran kewangan nanti. . Sang suami kata adalah rezekinya tu nanti  bila masa nak membayar nyeee 




Huhu. Model hidung kembang memakai produk bedak, sunprotection, blusher dan lipstik dari marykay. Nak kata cantik, makcik sebelah rumah lgi lawa, tapi sebab nak rasa  lawo skit dari  mak limah,pakaila skit. Yg penting saya confident dengan keselamatan bahan-bahan maryky yg sudah lam berada di pasaran antarabangsa. Rasa mahal??? Mahal skitja, tapi sgt tahan lama. Bukan pakai mcm tepung gomakpun. Calit nipih2 aja. Nak cuba kosmetik@ produk penjagaan muka. Boleh whatapp saya ya. 0192298791-shafida. 

Sunday, July 28, 2019

LAGI MAJLIS MAKAN KELUARGA BESAR SUAMI

Tempat:teratak kami
Masa:. Masa saya dan Thoriq masuk spital 😭
Terima kasih kepada keluarga kakak2 dan abg2 ipar yang batang membawa juadah masing-masing. Tuan rumah sediakan menu berat saja. Kikiki. Nasi arab. Kek2 dan kueh mueh yang sedaptu semua  depa bawa. Hehehe. Alhamdulillah. Saya kat spitalpun dpaat merasa. Anak sedara datang hntar. Indahnya ukhuwwah ini. Syukur ya Allah. 















P

PAHIT ATAU MANIS UJIAN ITU SEMUANYA AKAN JADI MANIS

Assalamualaikum warohmatullahi wabarojatuh...

Alhamdulillah bersiaran lagi di muka diary ini dengan hp suami saya  hehehehe  huawei pro20  huh.... Macam tak aci je kannnn  memori dia banyak, xpernah tanya pula berapa gig atau tera byte nya. Tp memang rasa nak bite aja dgn kecantikan gambarnya. . Gambar boleh simpan banyak manapun tak risau memori penuh  bila saya godek galery penuh gambar suka duka kami sekeluarga di sini  datangla idea saya utk berblog dgn hp dia  heheheheh. tuannya???  Tidurlaaa  skrg..hehhhhe

So, berkenaan tajuk  pahit manis semuanya manis. Pahitnya ujian dan manisnya nikmat yang Allah kurniakan kepada saya, akhirnya bila diputar balik semuanya terasa manis. Flash back😊kembali suka duka kehidupan, akhirnya ia menjadi memori indah  jangan lupa untuk muhasabah juga.

So semenjak thoriq masuk spital, pelbagai ujian pahit dan manis sebenarnya telah dilalui.. So. Saya abdikan di sini pahit dan manis, semuanya manis.. Moga Allah memberikan hikmah yg baik dan mengampunkan segala dosa saya dan suami
Semasa saya menjaga Thoriq di Hospital pada harike 5, dapat berita berlakunya hujan ais di selayang dan rumah kami tertimpa pokok ara dalam kawasan kilang sebelah. Sebahgian besar batang pokok mengenaik atap bahagian belakang rumah kami   Tempat kami menjemur baju bajan dan letak mesin basuh. Masib baik selamat mesin basuh. Patah kiok atap zink Tu. Sah2 sang punya kilng dtg kata ini bencana alam   Banyak u punya bencana alam. Sblmni 3 kali kami ingatkan dia minta ptg pokok. Membahayakan sebab terlalu besar dan jenis poko akar  serabut. Sekarang memang berabut2 kepala kami nak baiki atap ni. Qkhirnya si india kilang bayar pampasan rm1200. Alhamdulillah rezeki dari Allah dpt juga. Moga Allah bagi lagi banyak lepasni. AMinnn


Alhamdulillah rezeki Thoriq  ada aunty yg jaga anaknya di ward yang sama, bagi 2helai baju kat Thoriq. Peminat Thoriq  geram katanya  bam bam sangat sangat  alhamdulillah  diakan Thoriq sentiasa sihat ya aunty  

kami di ward  abah datang bagi moral support kat mama yang dh gelisah  harike5  huhu

ni secind baju yg aunty tu hadiahkan  oakai kat rumah  pandai aunty budgst saiz Thoriq  baju umur setahun 😂  padan elokk

atap bahagian belakang rumah yang ditimpa pokok  sujud terus. Memang nak kena buang  sebab semua yg di hujungnya dah tertarik dan tercabut  bila hujan, bocor dan terus meresap masuk ke lantai seterusnya bocor  di bahagian daour bawahnya  huuuu  ssriau licinya tile bila basah dan rosak siling kapur yg xberapa nk kapur sgt kat bahagian dapurtu

selamat mendarat juga di atas tiang unify rumah kami   bulan ni sebulan kami xdpt internet . Kepanasan jugakla bontot anak anak  bila internet xada. Elok juga curi internet  kurang masa terbuang dgn tv dan youtube. 

maaf, gambar tak teratur  xpandai guna huawei orangni. Hari ke5, thoriq dah boringgg

gambar dari tepi sebelhm org2 kilang datang bersihkan pokok tumbang depa. 

Monday, July 8, 2019

A NEW CAR SEAT AND A NEW WARDED EXPERIENCE

Assalamualaikum muka diariku.  Saya sedang bersiaran di ward 8A unit. HDC Hospital selayang, tingkat 5 (kot)😀. 

Thoriq masuk ward lagi kerana nafas laju sebab kahak banyak dama paru- Paru. Pengajaran kepada saya, jika Thoriq nampak selsema terus bawa ke klinik utk sedut gas@ sonotron supaya kahaknya tidak berjaya bersarang di paru-paru. Nnti end up mcm ini. 

Saya  hold sampai hari ke 4   Tapi tetap bawa Thoriq ke klinik berdekatan untuk sedut gas  setiap malam, makan ubat  radang paru-paru dan  flush hidung nya dengan saline water.  Tapi pkul 2 pagi hari ke 4 , Thoriq menangis tak berhenti. 3.30 kami ke klinik berhampiran untuk sedut gas. Lepas sedut gas 2x pun keadan tidak bertambah baik.  Refer letter diberi kpd kami supaya serah diri ke Hospital selayang as soon as possible. 😪

So , we are here. Hari ini hari ke 2. Opsss. Lupa nak bagi tahu. Cerita di gustan semula.  Pasal hari k 3, sempat lagi kami ke kedai carseat yg terkenal dengan review yang sangat bagus di Shah alam. Bawa mertua yang  duduk dengan kami sementera waktu ini ke sana. So tadaaaa. Car seat baru kami. 
Koopers Lambada Thoriq. 


 Kenapa sekejap aja kami memilih. Kerana badan sinthoriq yang  agak tembam , hanyaini pilihannya. Yang lain2 agaknslim untuk badan Thoriq dan ia dapat menampung sehingga 36kg. Agak2 untuk beratbitu, berapa tahun ya umur Thoriq. Sekarang Thoriq dah 9.3kg  umur 7 bulan lebih. Harap dia slim skit bila dah besar. 




Bajunintinggal kenangan. Sampai di hospital Thoriq demam panas, misi mintabizin untuk guntingbaju spiderman favorate
Mama untuk
Basahkan badan Thoriq. Mama dengan berat hati mengangguk sahaja. 
Yelah, tangan dah ada line utk drip. Kepala pulak penuh dengan topeng oksigen spiderman tu. Susah juga nak buka baju dia. Huhuhu. Ayang baju tuuuuuuu. 

Hari pertama Thoriq di  sini




Monday, July 1, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA DI OFIS SUAMI

MELAYAN ANAK-ANAK DI PHOTO BOOTH HARI RAYA. 
ماصام-ماصام ادعغان ةولاك بوداك٢ ني.
























 buruk betul tudung saya pakai. tak dan edjust elok tudung nya dengan si Thoriq. nak masuk tandas utk betulkan tudung, tidaklaaaa kan.... huhuhu.bergambarla dengan tudung yang mcm apa tah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails