Sunday, July 28, 2019

LAGI MAJLIS MAKAN KELUARGA BESAR SUAMI

Tempat:teratak kami
Masa:. Masa saya dan Thoriq masuk spital 😭
Terima kasih kepada keluarga kakak2 dan abg2 ipar yang batang membawa juadah masing-masing. Tuan rumah sediakan menu berat saja. Kikiki. Nasi arab. Kek2 dan kueh mueh yang sedaptu semua  depa bawa. Hehehe. Alhamdulillah. Saya kat spitalpun dpaat merasa. Anak sedara datang hntar. Indahnya ukhuwwah ini. Syukur ya Allah. 















P

PAHIT ATAU MANIS UJIAN ITU SEMUANYA AKAN JADI MANIS

Assalamualaikum warohmatullahi wabarojatuh...

Alhamdulillah bersiaran lagi di muka diary ini dengan hp suami saya  hehehehe  huawei pro20  huh.... Macam tak aci je kannnn  memori dia banyak, xpernah tanya pula berapa gig atau tera byte nya. Tp memang rasa nak bite aja dgn kecantikan gambarnya. . Gambar boleh simpan banyak manapun tak risau memori penuh  bila saya godek galery penuh gambar suka duka kami sekeluarga di sini  datangla idea saya utk berblog dgn hp dia  heheheheh. tuannya???  Tidurlaaa  skrg..hehhhhe

So, berkenaan tajuk  pahit manis semuanya manis. Pahitnya ujian dan manisnya nikmat yang Allah kurniakan kepada saya, akhirnya bila diputar balik semuanya terasa manis. Flash back😊kembali suka duka kehidupan, akhirnya ia menjadi memori indah  jangan lupa untuk muhasabah juga.

So semenjak thoriq masuk spital, pelbagai ujian pahit dan manis sebenarnya telah dilalui.. So. Saya abdikan di sini pahit dan manis, semuanya manis.. Moga Allah memberikan hikmah yg baik dan mengampunkan segala dosa saya dan suami
Semasa saya menjaga Thoriq di Hospital pada harike 5, dapat berita berlakunya hujan ais di selayang dan rumah kami tertimpa pokok ara dalam kawasan kilang sebelah. Sebahgian besar batang pokok mengenaik atap bahagian belakang rumah kami   Tempat kami menjemur baju bajan dan letak mesin basuh. Masib baik selamat mesin basuh. Patah kiok atap zink Tu. Sah2 sang punya kilng dtg kata ini bencana alam   Banyak u punya bencana alam. Sblmni 3 kali kami ingatkan dia minta ptg pokok. Membahayakan sebab terlalu besar dan jenis poko akar  serabut. Sekarang memang berabut2 kepala kami nak baiki atap ni. Qkhirnya si india kilang bayar pampasan rm1200. Alhamdulillah rezeki dari Allah dpt juga. Moga Allah bagi lagi banyak lepasni. AMinnn


Alhamdulillah rezeki Thoriq  ada aunty yg jaga anaknya di ward yang sama, bagi 2helai baju kat Thoriq. Peminat Thoriq  geram katanya  bam bam sangat sangat  alhamdulillah  diakan Thoriq sentiasa sihat ya aunty  

kami di ward  abah datang bagi moral support kat mama yang dh gelisah  harike5  huhu

ni secind baju yg aunty tu hadiahkan  oakai kat rumah  pandai aunty budgst saiz Thoriq  baju umur setahun 😂  padan elokk

atap bahagian belakang rumah yang ditimpa pokok  sujud terus. Memang nak kena buang  sebab semua yg di hujungnya dah tertarik dan tercabut  bila hujan, bocor dan terus meresap masuk ke lantai seterusnya bocor  di bahagian daour bawahnya  huuuu  ssriau licinya tile bila basah dan rosak siling kapur yg xberapa nk kapur sgt kat bahagian dapurtu

selamat mendarat juga di atas tiang unify rumah kami   bulan ni sebulan kami xdpt internet . Kepanasan jugakla bontot anak anak  bila internet xada. Elok juga curi internet  kurang masa terbuang dgn tv dan youtube. 

maaf, gambar tak teratur  xpandai guna huawei orangni. Hari ke5, thoriq dah boringgg

gambar dari tepi sebelhm org2 kilang datang bersihkan pokok tumbang depa. 

Monday, July 8, 2019

A NEW CAR SEAT AND A NEW WARDED EXPERIENCE

Assalamualaikum muka diariku.  Saya sedang bersiaran di ward 8A unit. HDC Hospital selayang, tingkat 5 (kot)😀. 

Thoriq masuk ward lagi kerana nafas laju sebab kahak banyak dama paru- Paru. Pengajaran kepada saya, jika Thoriq nampak selsema terus bawa ke klinik utk sedut gas@ sonotron supaya kahaknya tidak berjaya bersarang di paru-paru. Nnti end up mcm ini. 

Saya  hold sampai hari ke 4   Tapi tetap bawa Thoriq ke klinik berdekatan untuk sedut gas  setiap malam, makan ubat  radang paru-paru dan  flush hidung nya dengan saline water.  Tapi pkul 2 pagi hari ke 4 , Thoriq menangis tak berhenti. 3.30 kami ke klinik berhampiran untuk sedut gas. Lepas sedut gas 2x pun keadan tidak bertambah baik.  Refer letter diberi kpd kami supaya serah diri ke Hospital selayang as soon as possible. 😪

So , we are here. Hari ini hari ke 2. Opsss. Lupa nak bagi tahu. Cerita di gustan semula.  Pasal hari k 3, sempat lagi kami ke kedai carseat yg terkenal dengan review yang sangat bagus di Shah alam. Bawa mertua yang  duduk dengan kami sementera waktu ini ke sana. So tadaaaa. Car seat baru kami. 
Koopers Lambada Thoriq. 


 Kenapa sekejap aja kami memilih. Kerana badan sinthoriq yang  agak tembam , hanyaini pilihannya. Yang lain2 agaknslim untuk badan Thoriq dan ia dapat menampung sehingga 36kg. Agak2 untuk beratbitu, berapa tahun ya umur Thoriq. Sekarang Thoriq dah 9.3kg  umur 7 bulan lebih. Harap dia slim skit bila dah besar. 




Bajunintinggal kenangan. Sampai di hospital Thoriq demam panas, misi mintabizin untuk guntingbaju spiderman favorate
Mama untuk
Basahkan badan Thoriq. Mama dengan berat hati mengangguk sahaja. 
Yelah, tangan dah ada line utk drip. Kepala pulak penuh dengan topeng oksigen spiderman tu. Susah juga nak buka baju dia. Huhuhu. Ayang baju tuuuuuuu. 

Hari pertama Thoriq di  sini




Monday, July 1, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA DI OFIS SUAMI

MELAYAN ANAK-ANAK DI PHOTO BOOTH HARI RAYA. 
ماصام-ماصام ادعغان ةولاك بوداك٢ ني.
























 buruk betul tudung saya pakai. tak dan edjust elok tudung nya dengan si Thoriq. nak masuk tandas utk betulkan tudung, tidaklaaaa kan.... huhuhu.bergambarla dengan tudung yang mcm apa tah.


PENGASUH BARU THORIQ

Umi telah balik kampung. dan datuk saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Zohor hari jummat minggu lepas. alhamdulillah, umi saya sempat berjumpa dengan ayahnya yang dalam keadaan sedar tapi  antara kenal dan tak kenal semua anak-anaknya. alhamdulilliah.


kini, kehidupan baru buat Thoriq ( 7 bulan) dan Anas ( 4 tahun). harini ini 1 Julai 2019, sahlah Anas akan masuk ke sekolah Pasti untuk kelas 4 tahun ( ayahnya yang akan hantar pagi-pagi) dan Thoriq ke pengasuh baru, pengasuh kawan anak rakan guru sama mengajar di sekolah. 

Thoriq masih pereti itu, tak mahuu minum susu dalam botol . dan berita paling sedih buat saya adalah, saya dengan rasminya melepaskan penyusuan penuh susu ibu buat Thoriq. saya terpaksa bekalkan dia dengan susu S20 ke pengasuh. supaya lebih mudah mengasuh memberi Thoriq minum susu. saya sudah rasa down sangat-sangat kerana setiap susu yang saya pam, Thoriq tak nak minumpun. akhirnya ia basi dalam botol atau dibuang kerana terlalu lama. hati tak usah dicerita, sedihnya.  tapi tak apalah , saya akan top up juga di rumah dengan susu ibu kepada Thoriq. maafkan mama kerana tidak dapat menyusukan kamu sepenuhnya dengan susu ibu seperti yang diingankan.

harini Thoriq  balik dalam keadaan bunyi di hidung dan dia selsema. rasanya berjangkit selsema dengan Faqihah. risau rasanya. kerana bila selsema Thoriq akan batuk dan akan lelah..Nauzubillahiminzalik. saya tak nak Thoriq masuk ward lagi.

rumah pengasuh agak kecil yang menyukarkan  Thoriq untuk berguling-guling kerana ada 3 orang lagi anak asuhannya berada di ruangan yang sama.tapi saya cuba husnu Zon. ya Allah ya Malik, ya Hafiz, jagailah hambamu yang kecil ini dengan sebaik-baik penjagaan. hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa, Ya Rahman, ya Rahim yang penurah lagi mengasihani. jaganlah ada apa-apa yang mernahaya menimpa semua anak-anak ku ini. 

Thoriq tidur tehagari ini, beberapa kali mengigau menangis kuat. mesti dia banyak menangis di rumah pengasuh tadi. terpaksa duduk atas  pengenjut* itu sepanjang masa utk di buai. moga Thoriq diberi pilihan untuk bergolek di atas toto yang luas dan lapang di rumah pengasuh dan mudah tidur dengan kenyangnya.. Aminnnn.. Allah Maha berkuasa.bersangka baiklah kepada ALlah.

Rambut anak-anak saya sama aja masa kecil . gambar buka depan blog ni adalah anas. berbaju merah yag saya tengah dukung. rambutnya macam Thoriq kan.. kechabian Anas tu juga macam Thoriq.  alhamdulillah terima kasih atas rezekimu ya Allah.

* pengenjut- apa bahasa modermnya ya.. hehehh

yg mcm gini.


Thoriq

Anas dulu

jap... saya nak cari gambar paha Thoriq. susah juga. rupanya tiada gambar thoriq yang menampaknya drumstiknya..hehehhehe.

ayokkkk,patutla tak jumpa. rupanya dah berguling masuk bawah kerusi

haiiiii auty and uncle semua... now you can see my chick. but for few month from now, it will be gone you know.. so do not miss my chick yaaa.

bye-bye.. Thoriq nak tidur dah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails