Monday, July 1, 2019

PENGASUH BARU THORIQ

Umi telah balik kampung. dan datuk saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Zohor hari jummat minggu lepas. alhamdulillah, umi saya sempat berjumpa dengan ayahnya yang dalam keadaan sedar tapi  antara kenal dan tak kenal semua anak-anaknya. alhamdulilliah.


kini, kehidupan baru buat Thoriq ( 7 bulan) dan Anas ( 4 tahun). harini ini 1 Julai 2019, sahlah Anas akan masuk ke sekolah Pasti untuk kelas 4 tahun ( ayahnya yang akan hantar pagi-pagi) dan Thoriq ke pengasuh baru, pengasuh kawan anak rakan guru sama mengajar di sekolah. 

Thoriq masih pereti itu, tak mahuu minum susu dalam botol . dan berita paling sedih buat saya adalah, saya dengan rasminya melepaskan penyusuan penuh susu ibu buat Thoriq. saya terpaksa bekalkan dia dengan susu S20 ke pengasuh. supaya lebih mudah mengasuh memberi Thoriq minum susu. saya sudah rasa down sangat-sangat kerana setiap susu yang saya pam, Thoriq tak nak minumpun. akhirnya ia basi dalam botol atau dibuang kerana terlalu lama. hati tak usah dicerita, sedihnya.  tapi tak apalah , saya akan top up juga di rumah dengan susu ibu kepada Thoriq. maafkan mama kerana tidak dapat menyusukan kamu sepenuhnya dengan susu ibu seperti yang diingankan.

harini Thoriq  balik dalam keadaan bunyi di hidung dan dia selsema. rasanya berjangkit selsema dengan Faqihah. risau rasanya. kerana bila selsema Thoriq akan batuk dan akan lelah..Nauzubillahiminzalik. saya tak nak Thoriq masuk ward lagi.

rumah pengasuh agak kecil yang menyukarkan  Thoriq untuk berguling-guling kerana ada 3 orang lagi anak asuhannya berada di ruangan yang sama.tapi saya cuba husnu Zon. ya Allah ya Malik, ya Hafiz, jagailah hambamu yang kecil ini dengan sebaik-baik penjagaan. hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa, Ya Rahman, ya Rahim yang penurah lagi mengasihani. jaganlah ada apa-apa yang mernahaya menimpa semua anak-anak ku ini. 

Thoriq tidur tehagari ini, beberapa kali mengigau menangis kuat. mesti dia banyak menangis di rumah pengasuh tadi. terpaksa duduk atas  pengenjut* itu sepanjang masa utk di buai. moga Thoriq diberi pilihan untuk bergolek di atas toto yang luas dan lapang di rumah pengasuh dan mudah tidur dengan kenyangnya.. Aminnnn.. Allah Maha berkuasa.bersangka baiklah kepada ALlah.

Rambut anak-anak saya sama aja masa kecil . gambar buka depan blog ni adalah anas. berbaju merah yag saya tengah dukung. rambutnya macam Thoriq kan.. kechabian Anas tu juga macam Thoriq.  alhamdulillah terima kasih atas rezekimu ya Allah.

* pengenjut- apa bahasa modermnya ya.. hehehh

yg mcm gini.


Thoriq

Anas dulu

jap... saya nak cari gambar paha Thoriq. susah juga. rupanya tiada gambar thoriq yang menampaknya drumstiknya..hehehhehe.

ayokkkk,patutla tak jumpa. rupanya dah berguling masuk bawah kerusi

haiiiii auty and uncle semua... now you can see my chick. but for few month from now, it will be gone you know.. so do not miss my chick yaaa.

bye-bye.. Thoriq nak tidur dah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails