Monday, June 24, 2019

HAMPIR KEMALANGAN 2 KALI WAKTU BALIK SEKOLAH

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan saya nyawa untuk hidup atas muka bumi ini. 
balik sekolah pukul 2 tadi saya hampir kemalangan 2x di sepanjang perjalanan balik rumah. semuanya gara-gara nak cepat sampai untuk susukan Thoriq.

seperti yang telah diberitahu minggu lepas, kami ada mesyuarat HEM harini. sesi petang adalah pukul 12.30 tengahari dan sesi pagi adalah pada 1.00 petang. saya [ula sudah habis semua kelas pada pukul 11.50.

saya mendapat misscall daripada umi di rumah. hati rasa tak sedap. mungkin Thoriq menangis kelaparan. semalam saya ke klinik untuk dapatkan injection Punimococol dokse ke 2 Thoriq dan sejak balik, badannya dedal-dedal. peel pun berubahm tak mahu duduk. atas dokonganpun dia merengek-rengek. selamam Thoriq tak lalu makan, mungkin kah harini langsung Thoriq tak makan? jadi saya cuba untuk masuk meeting awal agar boleh balik seperti biasa pukul 12.15. kalau nak tunggu masuk meeting bersama rakan sesi pagi pukul 1 petang, tentunya pukul 2 juga boleh balik.. kasihan Thoriq , lamanya menunggu di rumah.

make teh story short, saya tak dapat keluar dari mesyuarat sehingga habis. jdi saya bergegas keluar punch card dan terus balik.

dalam perjalanan menaiki bukit yang agak tinggi, 2 kenderaandi depan saya adalah kenderaan yang besar. jentolak dan juga lori sampah. slownyalah. bila saya lihat tiada kereta dari depan ke sini, saya teris memotong. tak sangka di kemuncak bukit, mucul 1 kereta. nasib baik ada ruang antara jentolak dan lori, saya masuk ke situ.. marah juga kereta yang mahu turun bukittu. siap lagi hon lagi. fuhhhh lega. tapi saya tahu, mungkin kenderaan2 itu banayk marahkan saya. huhuuh. maaf ya pakcik2 dan abg drebar. saya kecemasan sebebnarnya.

bila naik buit lagi 1 yang dah hampir sangat dengan rumah, 2 buah motor murid sekolah menengah bergerak secara bersaing penuh 1 jalan kedepan. bila taksabar, saya terus melintas, rupanya muncul lagi seorang kereta lain di hadapan. seperti tadi juga, kenderaan itu berhenti supaya saya boleh masuk ke lorng yang sepatutnya. 

selamba badak aja budak sekolah menengahtu gelak ketawa atas motor bila saya bagi hon 2 kali.

sampai sahaja di rumah, saya terdengar Thoriq menangis nak tidur. kasihan umi saya , kepenatan menjaganya yang menangis dari pagi tadi.

bagainama nak ditinggalkan kepada pengasuh. hujung minggu ini mak nak kena balik kampung kerana tok chek sakit ( jantung dan lelah) di hospital kuala krai kelantan. umuarnya sama dengan tun Mahadhir Mohammad. dah tua benar. risau juga. jadi Umi nak balik. makanya saya perlu fikirkan ke mana Thoriq hendak di hantar atau siapa yang akan menjaganya.. Cik Linda ataupun ke rumah mengasuh. Allah sesungguh nya ia sesuatu yang amat berat untuk di putuskan. memandangkan Thoriq juga tak mahu langsung minum dalam botol sekarangni menyulitkan saya membuat keputusan.

kawan-kawan pembaca mohon doakan Allah lorongkan jalan penyelesaian untuk masalah saya iniya.. amin.. saya selalu berdoa moga Thoriq nak minum susu dari botol. aminnnn

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails