Rajin pula saya ber blog sehari dua ni. Hehe. Walaupun tiada pembaca, saya lebih suka mengabdikan gambar anak-anak di sini, dengan cerita ceriti yang tak berapa hot dan adakalanyanyang sudah basi. Hahaha.
Harini dah 3 hari Thoriq mula di beri makanan. Tok umi masak gandum buat Thoriq.
Kueh gandum
Bahan-bahan:
Gandum 2 cawan. ( buat lebih, simpan dalam bekas kedap udara. senang bila- bila boleh guna)
Gandum di goreng atas api tanpa minyak.
Goreng sampai perang.
Cara memasak
1. Ambik beberapa sudu yang diperlukan utk makan 1 haritu. Boleh masak utk 2x makan terus. Separuh simpan. Separuh makan.
2. Campur beberapa sudu air masak. Kacau. Tengok sehingga adunan melekat sedikit pada sudu.
3. Masak di dalam periuk kecik@ ceper
4. Kacau kacau dan masukkan sedikit madu@gula perang@kurma lenyek, kacau sehingga likat. Jangan terlalunkeras. Biar adunan keras sikit macam kuih talam. Sejukkan sebelum diberi kepada bayi.
Alhamdulillah. 3 hari ini nampaknya Thoriq berselera makan. Yang lucinya Thoriq senang minum dalam cawan. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan kami menjaganya.
Kena letak dia atas car seat. Kena lapik , kalau tak kotorla car seatnya. Tak larat nak pegang. Lenguh 🤣🤣🤣🤣
Dah kenyang suka hati. 😋😋😋
No comments:
Post a Comment