Monday, August 17, 2020

HAPPY SATURDAY

Permulaan hari sabtu semalam, suami keluar beli nasi berlauk. Heheehe. Saya bangun lewat dengan gembiranya bersama Thoriq kerana Allah bagi cuti solat subuh. Lepas bangun,, makan nasi gulai ayam dan ada pula kuih cek mek molek, hati meronta2 nak makan. Air liur tak sudah2 keluar. Dalam hati bila lagi nak makan cek mek mklek ni. Sure air fangan orang kelantan yg buat. Kuih cekmeknya cantik di goreng garing dan tidak berminyak. runcing tajam dikedua2 hujungnya. Makanya intermmited fasting saya tertunda lagi buat kali ke 3. Susah betul nak sihat dan kurus ni. Adehhhhhhhh.

Tengahari dalam pukul 12.30, asma' memujuk ayahnya untuk keluar berjalan. Terus abahnya kata bersiap!!!!!!. Saya tgk jam haihhhhh dah nak zohorni.. Tengahari pun onnn ke nak berjalan?? Sayapun tukr baju yg selesa sikit. Tgk baju bajan yang belum selesai.... Haihhhh bila masa nak settlekan hanger yang dah dibasuh dan nak basuh, yang belum di basuhni. Yang derhaka bakulpun adoooo.... Macam busut di tepi bakul dek acara menggali baju oleh umar dan anas. Haihhhhhh

Kenderaan kami menghala keluar dari gombak. Mcm menuju ke bentong. Eh abahnya.... Nak cari mUsang king ke, pandang saya berkerut kepada abahnya.  Senyum simpul abah kata kita makan situ harini ya... Hahaha.. Jauhnya cari lunch.

Adehhh... Kalori bukan berkurang dah ni. berhuhu saya dengan lemang, rendang dan ayam bakar cicah yang sedap. Umar pula lepas habis lemang terjenguk-jenguk ke arah nasi orang sebelah. Abahnya pi tanya umar nak nasi ke.. Melebar aja senyuman umar. Abah ambik  nasik sepinggan rumbu bHasa kelantannya. Maksudnya 1 pinggan penuh. Digandingkan pula dengan semangkuk ikan patin masak tempoyak bahagian kepala. Memula jemput ikan skit dgn hirupan kuah kuningnya sesudu. Adeh... Sedap lemak manis masam masinnya sedap sekali. Xpernah makan patin rasa lemak macamtu. Heret satu pinggan kosong. Akhirnya saya yang menhabiskan saki baki keoala ikan. Sayang sebab abahnya tak mahu makanpun. Tengokkkkk!!!!!!? Siapa yang tambah kalori???? SAYA JUGA. Tapi perut happy. Huk huk huk. 

On the way balik, Asma tanga dah nak baljkke abah ? Saya kata iyelah.. Perut dah kenyang. Asma muncung cepatnya nak balik dah. Tak nak balik lagi. Nak jalan-jalan. Hummm mengada punya asma'. 

Tak perasan pun jalannya, tiba-tiba abahnya kata eh.... Kita kat mananiπŸ˜‚πŸ˜‚?? Buat2 terkejut. Kami menjenguk ke liar tingkap. Asma verslrsk riang.. Abah nak pergi genting highland😝😝😝😝. 

Maka kamipun ke GPO. tak beli apopun.. Cari aiskrim ajkla. Sambil merasai kedinginan suhunya yg dah xberapa dingin.. Macam aurcond dalam kereta ja. Tapi tetap gembira dengan pemandangan cantik hjfsn dan bukit bukaunya. 
Si asma' ambil gambar kami πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„. Gerammmm
Mama ambil gambar dia cantikjeeee
walauoun muka gelap  hahaha

Sesi beraiskrim.


 Saya kongsi dengan si Thoriq. Kongsi??? 😏😏😏😏 ok fine. Bkleh jilat sekali je. Mengepaw yang anas punyalaaa  sebab anas kata xlalu makan aiskrim. Tertindih2lemak yang masuk tambah yg sudah ada.. Huhuhu. Matanya dah nampak kedai toys yg mahal2 si situ. Hurmmmmm. Memang tak dapat belila kannnnnn. Jadi abah belikan anas waffer stick rm5 sebatang  woiiii kayala abang bangla tu.... Waffer sama mcm passr malam ajapun. Tp bentuk lain skit. Mcm stick... Stick je punnnn. Abah pulak menambah karbo nya dengan ubi maddu bakar. Xapa😍😍😍ubi madu seketul rm10, walaupun mahal bagi says, saya tak marah  sebab maddu nya pada ubi   hekekekekeke. 

Sekali lagi bergambar. 1st time adik Thlriq angkat tangan nak tiru buat peace  tp jdi tiang 2 batang  hahaha. 



Pengajarannya= kalau nak diet makin kuat sebenarnya ujian makanan yang datang memggoda. Huhuhh. Semua baju dan kain dah ketat. Nasib bajk boleh sendal dengan zip lock. Aternyaaaaa bila nak mula dietniπŸ€”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails