Sunday, October 11, 2020

TERASA KESEORANGAN


Saya sering kali terasa keseorangan di sekolah. Saya memang tahu, saya jenis yang tak pandai berkawan sangat. Dan sebab itu jugalah saya selalu keseorangan. Lone ranger ke tu??? Lone ranger juga mmg terasa kesepian dalam perjalanan hidupnya , di tempat kerja mahupun di mana sahaja yang dia hadir. 

Di sekolah, saya tersepit di kalangan 3 golongan. Golongan adik2, golongan sama baya dan golongan guru guru yang bertaraf gpk ( samaada memang sudah apply gpk@ yang tak mahu apply GPK ats semua sebab2 ). 

Di sekolah ada kumpulan guru2 muda yang sangat aktif dalam semua gerak kerja yang diberikan. Selalu cepat siap dan sempurna. Saya selalu bertanya apa lagi yang terbaru dan yang dah nak due date, kerana saya selalu ketinggalan. Di rumah dah tak boleh buat kerja. Di sekolah pun asyik kelur pkul 12.30 kerana nak ambil anak. Paling lambatpun sejurus selepas mesin punch kad nyanyi menandakan dah boleh punch out. Untuk duduk stay back selesaikan kerja2 lain memang tak dapatlah. Kadang-kadang adik adik ni suka berseronok dengan kawan-kawan. Suka keluar ber me time, pergi spa bersama2 untuk sauna dan facial treatment. Sesekali teringin untuk ikut serta , tapi jadual ambil da hantar anak2 tidak mengizinkan. Rata2 adik2 ni anak baru 2. Bukan 6 macam saya. Kadang2 terpinggir melihat mereka memapainbaju sabella cantik sedondon. Lupa mengajar saya katanya. Saya sedar diri saya sudah tidak semuda mereka utk terus berjimba. Sedih itu saya letak ke tepi sambil mengeluh kecil. Bila diberitahu suami, suami kata depa tak apala anak2 sikit lagi. Kita dh ramai. Ya ramai. Sebab di rumahpun saya dilayan seperti saya seorang wanita bertulang besi , berurat dawai dan tanpa hati dan perasaan. Dia boleh main hp bial-bila masa. Saya nak duduk pun sekejap2 sahaja. Suami mungkin terlepas pandang akan perasaan saya kerana pandangannya adalah kepada hal2 yang lebih penting dari itu dan kepenatannya sangat teruk berbanding kepenatan saya yang balik tengahari bukan seharian suntuk di pejabat sepertinya. 

Guru seusia saya juga ada beberapa. Namun mungkin pencapaian saya dan sifat tak matang saya tidak memberikan saya tempat untuk berada dalam group selfie mereka, group me time mereka dan juga group sambutan birthday mereka.  Jangan tak percaya tidak pernah sesiapapun yang pernah wish harijadi saya. Kecuali memang ada program sekolah penyayang yang menjemput guru yang birthday bulan tersebut untuk bersama2 menyambut dengan murid2 di atas pwntas. Itupun tahun lepas aja buat. 
Yup. Saya selalu ketinggalan. Dalam kalangan group seusia saya, mereka sudah menjadi KP, ketua bahagian2 tertentu dan sebelah kaki sudah berjinak2 ke kumpulan GPK walaupun mereka belum ada keinginan untuk menyunting jawatan itu. Mereka selalu ber piknik beramai2 di jeram2 , projek potluck dan sebagainya. Suami saya memang tidak akan join kumpulan begitu. Alasannya tidak mengenali sesiapa dan tidak pandai nak cakap apa. Dan golongan ini semestinya sudahpun memegang sijil Augerah Cemerlang dalam prestasi. Walaupun dicanangkan mutu kerja di mata Allah bukan diukur dengan Anugerah di atas sekeping sijil dan rm1000 saguhati APC, namun untuk guru yang mencakupi umur 40an, tanpa sijil itu menampakkan mutu kerjanya amat lemah, tiada keistimewaan dan sebagainya. Ya. Itulah saya. 

Jika tidak dapat meletakkan kaki ke group seusia, apakah mampu saya untuk meletakkan diri ke dalam golongan mereka yang berbisa, ada kaklong kawasan, banglong kawasan , menanti pnggilan GPK, sudah  mencair ilmu dalam menjadi penyelaras, PK dan sebagainya. 

Jadi saya adalah makhluk yang terpinggir di sekolah, di rumah dan juga di mana mana jua. Saya terasa orang tidak memandang saya sebagai seorang yang istimewa. Apatah lgi seorang yang berguna.  di rumah juga begitu. Saya ini apa sahaja., tiada rasa dan jiwa yang boleh dimarahi dan diarah sesuka hati. Tidak penting untuk ucapan kemaafan jika pernah tersinggung hatinya, tidak perlu difahami golakan kemarahan dan kepenatannya. bila merajuk sendirian,saya tetap memulakan bercakap selepas 3 hari kerana berpegang kepada peringatan Nabi tidak boleh tidak bertegus sapa melebihi 3 hari, saya keringkan air mata yang dah 3 hari tumpah senyap2 itu. Saya cuba berlakon bagai tiada apa yang berlaku dan cuba memujukhati melupakan.

Ku usir segala rajuk,
Ku usir segala hiba,
Ku usir segala amarah di dada ,
Ku telan segala rasa tidak adil semua kerja rumah dan jaga thorq khasnya  
Tidak diambil tahu sakit tubuh badan dan kepenatanku. 


Ya Allah saya hanya berserah kepadaMu atas segala semua yang berlaku. Saya tidak bodoh untuk diperbodohkan. Saya cuma selalu belajar melupakan pada apa yang saya selalu diperlakukan supaya hidup saya diteruskan dengan tenang tanpa dendam dan kesedihan. Namun selalu sedih itu datang kerana memori hiba itu berulang2 berlaku kepada saya.  Kerana 
tiada yang  memahami isi hati saya, keluhan saya, permintaan tolong saya, apatah lagi rajuk sakit hati @ kemarahan saya. .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails