Thursday, September 8, 2022

PENCERAIAN DI USIA TUA…..

Penceraian Aflin Syukri , pelakon dan pelawak terkenal dlu-dlu zaman saya dulu, tidaklah mengejutkan sangat buat saya.

ia biasa....
biasa buat seorang isteri yang sudah lama bersabar dan simpan ...
agar anak-anak membesar dengan tenang dan riang....
belajar dengan cemerlang.....
agar mereka semua hidup berjaya dan senang.

kesabaran isteri itu....
boleh jadi sebentar cuma..alasan, aku masih muda...bekerjaya....
aku mampu hidup sendiri tanpanya di sisi,
buat apa memendam rasa, hidup dalam berduka.
cerai itu lebh baik dari tersiksa merana.

kesabaran isteri itu....
Ada yang bertahan hingga ke tua,
Alasan, aku tidak punya kerja, 
Jika bercerai sudah tentu anak tiada yg biaya,
Kalau adapun mungkin tidak seberapa
Kerana ayahnya pasti sudah berbini muda, 
Juga bimbang anak2 perempuan dicop tiada ayah kerana punyai emak yang derhaka,
 hingga dicerai suami hingga menjanda,
Mungkin perangai ank2 perempuannya juga bak induknya,
Risau tak berkahwin atau terhina anak anaknya 

Maka jenis isteri ke2 bertahan hingga ke tua,
Dari perangai buruk yang dan layanan yang ehsannya tiada, 
Hinggalah sampai suatu masa, bila hati dah remuk kecewa,
Sabar dan takut tidaklag menggugah jiwa,
Rela bercerai diusia tua,
Walaupun tidak akan ada lagi nafkah untuknya,
Demi mencari ruang diri dan bahagia,
Merawat luka dan mencari ketenangan jiwa.








Saturday, July 30, 2022

Sunday, June 19, 2022

PARA ISTERI, MINTA AJA

Saya dari kecil dilahirkan dengan sifatbrendah diri. Rasa diri hodoh , rasa diri tak pandai, rasa diri kurang berbamding orang lain. Inilah saya sehingga dewasa. 
Saya juga dilahirkan dalam keluarga yang sagnat secure. Ayah saya tidak pernah menunggu untuk sya meminta. Semua keperluan saya, duit  perbelanjaan dan pakaian semuanya dia tentuka. Dan sediakan sebelum saya meminta. Jadi saya tidak pandai untuk meminta dan feeling
So much unconfortable kalau perlu meminta. 

MenjDi seorang isteri yang perlu memberitahu suami apa yang diperlukan dan yang disukai sungguh membuatkan saya tak selesa. Ia membuatkan saya banyak memendam dan sedih. 
Apalah lagi untuk meminta suami bersihkan sesuatu atau meminta duit belanja in case poket kering.

Hari ini saya belajar sesuatu daripada anak dara saya.
Asma: mama baju Asma basuh semalam tak sidai lagi. 
( ayahnya lalu lepas habis mandi. Terus dia tembak abahnya.
Asma: abah, tolong sidai baju boleh… dengan suara lunak memujuk..

Haishhh dalam hati saya… eh suruh abah pulak, mujur
A abah kamutu nak sidai. TPi lain yang berlaku….

Tak sidai lagike. (Abahnya)
belum abahhhhhhhh (Asma’)
Saya menyiku Asma’. Tanda tak setuju,
.  “Ala… tak apala abahkan freeeeee” ( Asma’)

10 minit kemudian ayahnya muncul dan terus turun ke bawah… ayahnya sidai habis 1 mesin basuh…. Wahhhhh bagusnya.

.ASMA’ : Ma… kita ni kadang- kadang kena minta tolong juga.
Saya : senangnya nak minta tolong sebenarnya.

Para isteri.
 Sekalian…minta tolonglah daripada suami anda bila nampak dia free. Nescaya anda akan lebih tenang daripada menunggu- nunggu tindakbalas dia bila melihat sesuatu yang tak siap… dada duk berdebar, duk berteka yeki.. abah buat tak.. dia nak buat tak…. Dia rasa nak buat tak..
Itu nama nya sudah memancing untuk hati menjadi sedih… atau juga memancing kita sendiri sama muka atau sakitbhati

Saya akan belajar untuk eminta tolong seperti Asma’. Adeih. Kena belajar buat suara lunak macam asma’. Hahahahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails