Monday, October 20, 2014

WATERPROOF BEDSHEET I

Assalamualikum ,






Saya mengalami masalah anak kencing malam sekarangni.  sebenarnya bukan sekarang aja, sejak dulu dulu lagi sehingga ank  5 orang  4 orang ni :( saya masih mengalami masalah anak kencing malam.

sebelum ini, zaman faqihah dan abang muaz kencing malam, memang jahanamla sebidang tilam queen kami kat rumah lama. dah tak larat nak basuh, kami biarkan sahaja. bila nak pindah ke rumah baru, kami panggil bangla pengumpul besi untuk canaikannya, sedekahkan besi kat mereka.

setelah berpindah rumah sendiri, time asma' pula kencing malam. walaupun dah berumur 5 tahun, tahun depan  6tahun, asma' masih terkencing malam. saya jarang pakaikan pampers untuknya. dah besar kan.  saiz adik umar yg L pun mana nak muat. tak kuasa nak beli pampers khas untuk asma pula..budget budget...kadang-kadang kalau saya pakaikan pampers, asma' tak kencing, bila saya tak pakaikan, dia kencing pula.

budak kencing malam :)
kakak Asma' dan Umar



Alhamdulillah, kawan saya Doc Asma' telah memperkenalkan waterproof bedsheet ini kepada saya..sangat berguna sekali. pada mulanya Doc Asma' ini belikan untuk anak anak dia yang selalu terkucil atas tilam. doktor kang, mestila cari yang branded dan selesa.. dia jumpa dari pasaran Canada. Dia rasa bedsheet tu bagus, lalu import dalam 1000 helai untuk dijualkan. Saya tolong pasarkan juga kerana sangat berpuashati dengan kualiti materialnya.



zaman saya dulu, kalau kencing malam, ummi akan hamparkan tikar getah, umi beli kat kedai cina plastik berbunga untuk  meja makan tu.. sejuknya bila tengah malam walaupun dah dilapik dengan cadar. bila kencing, tetiba menggigil di tengah malam..

kasihan pula kat anak-anak kita bila kesejukan waktu malam kan... zaman dulu memang tiada pilihan. sekarangni kita sudah ada pilihan untuk memberi keselesaan kepada aanak anak kita. Bila anak dah kencing, bedsheet ini akan menyerap air kencing dan hanya lembab. Langsung  tidak menggangu tidur si manja. Yang paling penting, tilam tak basah dan hancing. tak perlu nak angkat, siram dengan air panas dan jemur untuk hilangkan bau hancing tu.

saya rasa setiap rumah patut ada bedsheet ini. bukan sahaja berguna kepada ank kencing malam, tetapi untuk kegunaan yang punyai ibu ayah yang terlantar sakit, atau ibu baru lepas bersalin, ataupun untuk kegunaan wanita uzur pada malam-malam aliran banyak.


material waterproof bedsheet ini adalah:

waterproof
materialnya dari cotton bamboo ( seperti towel gebu anda) dan pul
anti dust
allergic free
senang di basuh, campak masuk mesin basuh aja
mudah kering
jenis fitted yang punyai getah sekeliling dan tak perlu bimbang terbuka atau terselak, ia cover hingga ke belakang tilam anda, tidak berbunyi dan tidak panas

tang harga pula.....
tidaklah terlampau mahal sehingga tidak mampu dimiliki.. harganya setanding dengan mutunya. bedsheet ini dari canada dan untuk di jual di canada dan di export ke jepun.  jadi kita dapat tahu bagaimana materialnya kan... ia bukan buatan china atau thailand.

ada saiz untuk tilam single, queen dan king

single   rm 79
queen   rm 89
king       rm99


pilihan

 warna : pink, biru dan kuning

   Gebu macam towel dan selesa

litupan penuh hingga ke belakang, tidak akan tercabut kerana getah keliling bedsheet.



Kawan- kawan nak cuba ?

hubungi saya sebelum stok kehabisan.

UMMU ASMA' 

0192298791

Wednesday, September 10, 2014

OH TAMAR COCO

Assalamualaikum...


Apa khabar semua malam ini.. saya bersiaran di rumah saya bertemankan nak anak yang sudahpun tidur.. Alhamdulillah..

Saya telah mencuba tamar coco.. produl alHaddad dari 
TERENGGANU. cawangannya sudah tumbuh rata riti di Malaysiani.. yelah.. produk tengah hangat dengan kelazatan nya..sehingga tak toleh dah ke milo sekarang ni. Memang mengenyangkan sebab ada tamar di dalamnya.

Oleh kerana kesedapannya.. saya cuba bagitahu rakan rakan yang lain di sekolah dan kepada rakan mengaji.. bukan nak menjual, tapi lebih kepada mahu rakan rakan memboikot barangan Israel.. sekurang kurangnya boikot milo. produk orang Islam sendiri sudah ada yang lagi sedap dan berkhasiat.

Tapi itulah.. memang tiada untungpun kalau kita tolong jual.. tapi kalau anda menjadi stokis maybe ada sedikit untung. jika anda ingin membeli dengan harga ahli..anda hendaklah berdaftar sebagai ahli dahulu dgn bayaran rm3. Duit ahlitupun kena bagi kat stokis. kami sebagai agen hanya menjual rm21 kepada yang bukan ahli dan rm18 kepada ahli.. no untung untung. untung hanya boleh di ambil melali komisyen belian aja. 1 pack yang kita beli kita dapat 70 sen.

Tapi saya tak kisah.. selagi ada daya untuk saya menyertai kempen boikot barangan israel ini.. saya akan teruskan... walaupun tiada untung
Jom kawan kawan... jom membeli  COCO TAMAR dengan mana mana agen alhaddad marketing .

Dan jika anda menjadi ahli..anda layak membeli dengan harga ahli iaitu rm18 sepeket dan 70 sen akan dikembalikan ke dalam akaun anda dengan setiap pek tamarkoko yang anda beli.

Maka jika anda hendak menjadi ahli, jangan lupa berikan:

Nama anda:
Ic anda:
Alamat anda:
No akaun bank anda: ( untuk syarikat masukkan 70sen per pack yang anda beli) 

Mudah dan seronok bukan
. Minum sambil mengumpul duit. Walaupun ciput..alhamdulillah..

Boikot tetap boikot..duitpun dapat.. boleh kumpul untuk beli koko 
tamar lagi..

 Jangan bimbang.. harga coco tamar semuanya sama walaupun dlm bentuk papan/ satche/ cedok manual dgn sudu :) iaitu rm21 untuk yg belum jadi ahli dan rm18 yang sudah jadi ahli

Ayohhhh.... nikmati koko tamar berkhsiat dan mengenyangkan hari ini...




 Jika anda berada di kawasan batu caves... bolehla hubungi saya untuk mendapatkan coco tamar .. COD boleh...

Shafida 019-2298791 (sms/whatapp/telegram)

Bilala korang nak delete program whatapp korang tu.. saya yg dh delete ni pun kena download balik.. ramai yg sms xleh guna telegram. Whatapp tu israel jgk tu...


lagi tentang kebaikan tamarcoca---- DI SINI-

Monday, September 1, 2014

KARIPAP DI PAGI HARI

Hari nie masih cuti... semalam kita menyambut hari merdeka.. moga kita bebas daripada penjajahan jiwa juga..bukan sahaja bebas dari penjajahan  pentadbiran malah juga tidak dijajah minda

Pagi ini..Muaz ada di rumah.. semalam bawa balik dia dr asrama.. ustz kata demam panas.. doktor kata demam virus kot. Darah blum di uji lagi sebab baru sehari demam. Kalau dah 3 hari baru bawa ke hospital utk ambil darah.. sekarang musim denggi .

Ok..sebab semua anak ada di rumah dan bahan pun ado..yang xderpun xper..xpayah bubuh.. saya cuba buat karipap kentang.

Inti karipap.. 
Potong dadu 2,3 biji kentang yang telah dibuang kulit- revus bersama sedikit garam sehingga 2/3 masak.

Bawang merah besar 1 biji
Bawang putih 2,3 ulas .. di dadukan.
Setengah paket kari ayam atau daging
Ayam 2,3 ketul ayam  di dadu.
Sedikit daun kari
Secubit garam..gula

Cara caranya:
1. Tumis bawang berah dan bwg putih sehingga naik bau..masukkan daun kari. 
2.  Masukkan ayam dadu.. dan campurkan air sedikit.bila gelegak dan separuh masak, masukkan kentang yang telah di rebus tadi.. perasan dgn garam dan gula. Kacau sedikit sedikit.. jangan ganas sangat..nati kentang  byk yg hancur .. x best.
3. Biarkan emndidih sehingga inti kita kering..sesuai untuk di jadikan inti

Bahan karipap
3 cawan tepung gandum
2 sudu minyak dan 2 senduk kecil mentega ( panaskan sehingga cair)
Sedikit air garam.

Cara cara

1.Masukkan tepung ke dalam besen kecil..lubangkan di tengahnya.
2.Curahkan minyak dan mentega cair ke dalamnya ( kema suam suam utk merapuhkan karipap nanti)
3.Uli dan masukkan sedik demi sedikit air sehingga adunan todak melekat di tangan..
Bulat bulatkan doh besar skit ari ibu kaki orang tua..hehehehe


Ambil sebiji doh yg dah dibulatkan.. gunakan penggelek ..pengelek saya hilang.. saya tekan dgn tapak tangan aja..tp pstikan sama nipislakannn.leperkan bentuk bulat.. jangan nipis sangat..jangan tebal sangat

Masukkan inti di tengah tengahnya.. tutup dan bklimkan dengan jari..
Kalau xpandai..beli ajer sarang kapit untuk buat karipap kat kedai jual bahan kek..mesti ada lah..

Buat semua sekali sampai habis.
(Perlu diingat doh dan karipap yang sudah siap hendaklah di masukkan dlm plastik atau jagan dibiarkan terdedah lama.. nanti doh keras.



Dah siap... blehla menggoreng.. elok guna minyak banyak.. biar karipap tu dive  dalam kuali dan minyak tu.. ala ala korang dive tengok ikan kat langkawi.
 Saya buat karipap besar.. makan sebijik dah kenyang. Ni yang belum di goreng
Saya sembunyikqn doh dan karipap yang selesai di masukkan inti dalam plastik macamni.. haha.. org kampungkan. Xder bekas canggih manggih.. guna yg mana logik aje 


Resepinya sy ambil dari fb. Fb saya sekarang banyak pasal resepi.. deko rumah dan kabinet dapur.

Pagini dah goreng 5 biji. Suami makan sebijik kot.. tapi xder cakap apapun..xperla dia xpujipun 
 Biar saya puji diri sendiri. Sedapppp sangat. Hahahahah. Suami bagi komen inti dah sedap. Kulit karipap katanya xberapa menjadi lagi. Saya ada resepi karipap pusing. Tp malas nak buat mcm renyeh aje


 Di bawah ni plk adalah resepi puding roti coklat belang putih.. ambik kat fb.. simpan sini dlu.. 

Kira bertunang dlu.. bila ada masa dan bahan..kita kawenla... la la la la....







Monday, August 18, 2014

PASIR KINETIK

Assalamualaikum
Selamat menyambut syawal yang ke berapa belas hariye harini? Yang pastinya tepat seminggu lagi saya akan kembali bertugas. 

Jumaat 22/8 saya kembali berkejaran dengan saat dan jam. Kembali  sibuk di waktu pagi menggerakkan anak anak untuk mandi. Berkejaran ke dapur untuk sarapan dan meng iron pakaian kerja dan uniform anak anak. Merempit bersama umar dan asma ke sekolah. 

Tipulah kalau saya katakan saya sangat bersemangat untuk menggalas tugas seterusnya. Tengahari tadi posmen datang ke rumah   Sign sikit. Bagi nama dan ic. Dapat satu kotak yang agak berat. Mesej suami tanye barang apa dia beli. Katanya pasir. Hah....pasir pun beli abang oiiii. Pasir berlambak kat pantai. Kita pi beli. Ok saya buka. Siap bagi bekas untuk buat bentuk. Maka anak anak pun terus ekplore. Saya pula yang bersilat kutip sana sini yang tumpah. Adeh. Penatt.  

Malas nak taip
Layan gmbar lah 



Dah bagi punyala besar dulang. Tumpah jugakk.
Pasirnya halus. Tapi mudah dibentuk ikut kreativiti kita. Daya dan anak anak belum jumpa apa yangboleh di bina. Tak kreative la katakan. Sebab tu kot abahnya beli pasir ni untuk menggalakkan kekreatifan anak anaknya berimaginasi. 

Harga. Untuk harga bila di tanya suami tak mahu cakap. Ada  mahai  letuew. Selalu kalau dia beli barang  yg agakmahal. Dia xnak bagitahu harga. Cuma dia ckap 5 kg dlm harga rm250. Yg kamini mgkin dalam sekilo setengah. Dalam rm1++ La kot. 
Lepas budak budak ni penat main. Haaaaa kerja saya la pulak mengemas dan menyapu pasir yang terkeluar dr dulang dan tikar nya. Bila sapu sapu. Dapat setengah cawan pasr. Aii. Kalau sekali main dah setengah cawan yg tumpah .agaknya dah 10 kali main tinggal secawan jela kot. Sayang kan. Benda mahal, lepas sapu saya buang segala smpah rambut dan bendasing dari pasir kemudian campur balik ke dalam pasir tu. Xkisahla ada habuk sikit sikit tu. Sayang rsa nak buang. Benda mahal kan. Huhuhu. Saya je yg anggap mahal ada org yang xkisahpun. Duit berkepukk kepukkk

Monday, August 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Alhamdulillah. Semalam kami dah selamat sampai dari kelantan setelah seminggu pulang berhari raya. Pantang???? Sudah tiada pantang bagi saya. Berjalan sana sini mengalahkan orang sihat. Huhuhu. Orang beraya. Mesti!!!! ziarah menziarahi tu penting. Saya cuma elakkan mAkanan sejuk , berangin dan ais aje. 
Selamat hari raya semuaye. Maaf zahir batin. Maaf atas segala salah silap. Terkata. Termengumpat walaupun di alam maya ini. Dosa tak mengenal tempat dan cara. Ampun maaf dipinta. Agar dosa dihapuskan oleh yang Esa.  

Sedikit  foto dari kami sekeluarga di hari raya.  

Pagi hari raya. Kami nak pergi solat hari raya aidilfitri di masjid muhammadi kota baharu
Beraya tumah tok lah
Rumah umi. Ank dan anak k. Lg baby talhah k. Lg je yg xder kt sini. 
Umi duk dlm rumah. Heng tukang ambil gambar
Itu dia bby talhah. Terinagt bby mohammad. 
 
Di terengganu. Asma tu buat muka. Merajuk ape tah. Spoil gambar raya. Mood dia susah nk agak. Ank ke 3 keng. 

Sunday, July 20, 2014

SAYA RINDUUUUU

Malam ni mata saya tak mengantuk lagi... sejak beberapa harini keras je mta bila pkul 1.. sebenarnya saya rindu... rindu dengan baby Mohammad... harini hari ke 25 saya kehilangan dia.. rindu ingin menyentuh kaki tangannya.. Rindu ingin mengucup pipinya yang tembam..

Wahai doktor .. ketahuilah.. bagaimana sekalipun keadaan bayi yang meninggal itu.. serahlah barang seketika kepada ibu yang melahirkannya.. kalau rasa bimbang akan emosi ibu.. tanyalah dulu.. nak pegang ke tak... janganla menyebabkan ibu itu terkilan.. ya.. saya agak terkilan.. saya merinduinya.. merindui masa mengandungkannya... rindukan tendangannya...

Mama rindu baby mohd .... bilakah kita akan bersua kembali.. ..moga mama diterima Allah untuk masuk ke syurga dengan Rahmat dan kasih sayangNya.. bolehlah kita berjumpa semula ... 

Walaupun mama dlm gambar ni sgt tidak lawa. Tapi ada sentimental value di situ. Tang perut mama tu. Jelas. Nampak kamu ada di dalamnya kan. Bahagianya mama ketika itu. 

Maaf kalau gambar ini sangat tidak sesuai. Huhu. Tp saya bahagia melihat mohd dalam kandungan saya :( harap tak nampak seksi. 

Hanya tanah kubur mu dan gambar gambar mama mengandungkanmu sahaja menjadi penawar rindu.. sebenarnya bukan penawar.. tapi makin di tatap makin merinduimu sayang...perlukah mama buang semua gambar ini... agar rindu ini tidak lagi bertamu.. tidak.. tidak.. hanya inilah kenangan diantara kita sayang...


Ya Allah jadikanlah rindu ini semanagt dan pendorong untukku terus mengejar keredhaan dan kasih sayangMu.. moga aku dan ahli keluargaku mati dalam husnul khotimah dan dapat masuk syurgaMu...dan bertemu dengan insan-insan yang aku sayangi.. amiinnn


Sunday, July 13, 2014

CARA PALING SENANG NAK MASUK SYURGA

Sekejap tadi saya terbaca dalam muka buku post seorang ustaz berkenaan dengan cara paling mudah untuk masuk syurga.. katanya di akhirat nanti orang yang nak masuk nerakapun susah juga.. banyak nak kena adili... nak masukpun kena beratur sehingga malaikat yang jaga neraka hairan.. kenapala orang macam kamu ni boleh masuk neraka.. tak pernah baca al quranke .. tak der peringatan ke... tak ada penndakwah ke.. tak pernah dengarke dahsyatnya siksa neraka itu...??? Malaikat pun naik hairan...


Maka nak kongsikan di sini.. cara paling senang adalah sebelum tidur.. maafkan kesalahan semua orang yang telah buat salah dengan kita dan nak buat salah dengan kita...sekali  aku pikir-pikir rasa tak adil... kita menangis sakit hati akan perbuatannya.... jiwa sakit memikirkan kesalahannya.. kita susah dibuatnya.. tapi itulah... syurga itu balasannya.. tak rugi kan... buang segala dendam jauh jauh dan maafkanlah mereka...

Yelah.. saya akan belajar memaaafkan semua orang....

 ya Allah sebelum aku tidur malam nie.. lembutkanlah hatiku untuk memaafkan semua orang dan jadikanlah ingatan.. dendam dan kemarahan aku hilang dan luput dari ingatanku sebaik sahaja aku melelapkan mataku.. agar tiada sakit hati.. dendam dan kemarahan lagi keesokan  harinya... aku ni suka kumpul  dan pendam... ampunilah dosaku ya Allah.." amiinnnn. 

Tapi ya Allah.. Kau masukkanlah kesedaran ke dalam hati hati mereka agar mereka memahami hati orang yang mereka akan..sedang dan telah sakiti. Moga mereka tidak akan mengulanyinya lagi...amin....

Oopss.. aku ada baca ...cara untuk membuang ego masing masing adalah dengan cara membasuh dan sental tandas... ego sendiri boleh ditundukkan.. kita guna tandas.. ahlinkeluarga guna tandas... sesedap orang guna..reti duduk..buang air.. mandi aja.. kita pula yang ikhlas untuk menyentalnya... MasyaAllah sungguh berat bagi orang orang yang besar egonya untuk putvaside their ego or laIness just to clean the toilet...

Ala..xhabis habis  sedih pasal tandas... ko sendiri tulis yg di atas ko sendiri yang dendamkan pasal tandas..

 yela... yela.. orang nk maafla dan lupakanla sebelum tido malam ni.. skrg bukan nak tido lagi.. huhuhuhu

Saturday, July 12, 2014

CATATAN PANTANG DALAM RAMADHAN 2014

          Mata saya tak mau tido.. keras saja.. mulala  menggogle apa sahaja.. saya google bengkong modern.. elok sangat bengkong moderm yang saya jumpa tu.. material nya bukan dari latex.. imported.. menyerap peluh.. xmenggatalkan kulit.. regenya.. rm230..  yang 4 panel.. kalau pakai boleh meliputi pinggul.  Dan boleh dipakai selepas bersalin juga untuk di buat korset untuk meneruskan pengecilan perut yang vuncit selepas bersalin.. cuma perlu lipatkan satubbahagian ke dakam dan jadikannya 3 panel...sangatttt lah saya berkenan.. tp kewangan tidak mengizinkan... huffffff......


        Maka saya google plk bahan bahan bertanggas.. saya ingin bertanggas macam bersalin dulu dulu... ada jenis daun daun yang elok digunakan dalam acara tanggas basah.. basahni maksudnya bertanggas dari wap air rebusan daun daun herba tu. Antaranya adalah daun inai, daun mengkudu, serai wangi, pandan, daun limau purut, manjakani, daun ape lagi tah..lupa.. sapa nak tahu bleh google sendiri ye.   Mmg kat sekitar sini ada daun daunni.. tapi biasala nak suruh org ambilkan... tentu orangtu rasa malas sikit.. kalau saya dh boleh bawa kereta.. mmg saya akan pergi ambil sendiri... senangkan... ada juga orang jual secara online.. rm24 sebungkus.  Boleh pakai 3x.. aduiii..tak tergamak nak beli bila daun daun tu ada je bersepah.. jadi baja tanah jepun kalau tak di kutip.. tapi buruh kasar yang nak pi ambil tu xadalah.. saya jenis tak suka mengarah dan menyusahkan orang lain...rebus mengkudu dan daun limau tu je lah.. daun pandan bleh minta sedekah dgn jiran belakang runh.. hohoho..tupun kalau kulit muka saya ni tebal...



         Dahtu sb mata tak mengantuk.. saya membelek nota  zaman saya mengandung... terjmpa dengan puisi ini... puisi tatkala hati berkecamuk la ni.. bila baca... alahai.. rsa macam dalam mimpi aje saya nengandungkan muhammad ibrahim dan sekarang dia sudah di syurga....moga mnjadi kenangan nnti..

Air tenang di sangka selamat
Tidak terduga pusarnya bahaya
Senyum di bibir sungguh memikat
Hati di dalam menangis hiba

Tangis di hati siapa yg tahu,
Telan sendiri bersama zikir
Moga sabar sentiasa bertamu,
 Di seka tangis hingga berakhir

Diluah xboleh di pendam xboleh
Hati sebak memendam pilu
Di buang xboleh di simpan pun xboleh
Moga ia cepat berlalu

Rasa ramai tapi satu
Bila satu rasa pilu.
buat apa ramai jika tak sebulu
Baik seorang dari beribu

Hati sama merah
Darah sama mengalir
Ujian tiada searah
Belajar redha dgn takdir

Semasa saya mengolah puisi ini..saya benar benar rasa keseorangan.. tiada siapapun mengerti derita jiwa saya. di sekolah, saya rasa sendiri. di rumah juga rasa sendirian ditemani Muhammad IBrahim yang bergerak aktif dalam perut. Bila kita rasa sedih, memang kita rasa keseorangan..biasala bila manusia dirundung duka nestapa..
padahal Allah itu lebih dekat dari urat saraf kita .. huhuhu..

Ok..nk cuba tidurla.. harap boleh jaga menemani ank utk sahur nanti.. entah nk masak apalah utk sahur.. suami dh masakkn nasi dan lumur ayam dgn garam kunyit...xlalula tekak ank nak mkn nasi dgn ayam goreng kunyit jer hehari.. adeh..  Esok puasa hari yang ke berapa ya, hurm.. kena hitung harini.. nanti nak kena ganti.. hai, anak ku Mohammad Ibrahim.. kamu buat apa di seberang sana agaknya....

Wednesday, July 9, 2014

CATITAN PANTANG- ALAHAI KATIL PANASKU

Abang ipar datang susah susah tolong buatkan katil panas untuk saya ... orang tua tua dulu buat dapur api untuk orang bepantang... try dua kali.. huyooo... panas weh... kak ipar kata kena tidur situla 24jam.. kalau panas sangat tengahari xpayah baring situ... dia dlu masa berpantang 24jam duk atas katil panas tu... siap bertungku lagi..hadeh...

Dan aku.... tutup apinya.. naik atas katil dunlop ini .. pasang kipas no 3 dan zzzzzzzzzz.. ewah ewah.... banyak lemak betulkan.. patutla kak ipar slim.. adik iparnya tong drum.. kak iparnya urat dawai tulang besi.. adik iparnya berdiri 10minit dah sakit betis.... huhuhu..apakan daya...
aku bukanlah insan yang cekal lagi tabah.. nak mencekalkan diri 9 bulan 10 haripun rasanya.. Allahu...Allahu..Allahu...kepada Allah sahaja tempatku mengadu..

Bagaimana dengan nasib katil panas tu..ahhh.... biarkan dia di situ.. dia bukan bernyawapun.. tak minta makan pun.. dan aku.. masih di katil empuk. tanpa bengkung pada malam ini.miahhhahahah


saya punya katil besi.. dipasang dapur gas di bawahnya. bawah katiltu pula di pasang zink supaya api tak terkena kayu.. zink akan bantu kumpulkan haba dan naik ke atas. no tilam ya.. hanya tikar mengkuang...







MALAM SELASA


Malam selasa

Malam ni orang putih panggil malam selasa .... sebab siang tadi hari selasa.. hari dalam islam pula panggil malam ni malam rabu sebab perkiraan hari dalam kalendar islam, hari baru bermula saat azan magrib berkumandang... bila sajaha azan maghrib.. maka pertukaran haripun berlaku.. nampak tak bagaimana Islam mahu kita terus pandang ke hadapan.. walaupun waktu malam.seawal malam...Allah tidak ciptakannya untuk tidur sahaja... bahkan itulah saat kita bersiap-siap untuk perjalanan hari esok....jangan esok baru nak pikir apa yang nak dibuat...

Marah faqihah



Saya menyesal malam ni saya memarahi ank kedua saya Faqihah kerana tidak melihat umar yang telah terpijak air kencingnya sendiri menyebabkan seluruh ruang tamu rumah kami  bernajis mutawassitoh... saya dah tak larat nak ingatkan suami supaya pakai selipar selepas ambil wuduk untuk solat... baruje panggil bibik basuh rumah haritu.. 3 jam bibik basuh rumah dari tingkat ats hingga ke bawah gara gara air kencing umar..xsampaipun sebulan.. kami terjebak dengan was was lagi... geram betul.. kaw kaw saya marah anak td.melihat faqihah tidur.. kasihan menyelit di hati... alahai anak mama.. padahak dialah satu satunya yang boleh diharapkan untuk tengokkan adik adik bila ayahnya keluar berterawih.. kemas rumah ..susun rak buku.. maafkan mama ye Faqihah...sob..sob.. aku sedih....

Menyampah dengan Fb

Saya dah mula fed up dengan fb ni.. macam macam isu yang ada.isu dan info berita terkini.. palastine dan isu dunia okla... yang paling menyampah bila ada takzirah untuk suami supaya berbuat baik kepada isteri atau sebaliknya.. mulalah pasangannya komen... tepek nama suami dengan caption sila baca... rasa macam entah hape hape.. bagi sy... kalau orang tag kat saya suruh buat begitu begini kepada pasangan.. dan sengaja di tag kan.. makin saya menyampah.. rasanya biarla orangtu cari sendiri cara layanannya kepada pasangan nya.. (adakah aku seorang yang tinggi egonya ????)

Tadi saya terbaca isu yang di share oleh pasangan masing masing  bertajuk... wahai suami, peluklah isterimu... sudah tentu yang suka share dan tag tu adalah para isteri kepada suaminya....bila difikirkan.... agak agak suami dia yang naca tu akan sedar diri dan ikut nasihattu ke...kalau saya la... saya akan lagi menyampah...

Mengikut  seorang motivator...untuk bahagia.. kita perlu terlebih dahulu menghargai orang lain...bukan mengajar orang lain untuk menghormati kita...pasangan perlu ada rasa ingin memberi kepada pasangannya.. bukan saling mengharapkan pasangannya membuat sesuatu kepadanya... contoh suami nak balik kerja... mengharapkan isteri kat rumah sediakan kopi dan keropok goreng... isteri pula mengharapkan agar suami berhenti belikannya rojak sebelum pulang ke rumah sebagai buah tangan... bila mengharapkan pasangan itu dan ini...kita akn terlupa apa yang patut kita beri kepada pasangan kita..maka bila suami balik kerja.. tiada kopi dan keropok di atas meja..dan isteri yang menunggupun kecewa tiada ole ole dari suaminya.... kama bermasam mukalah keduanya..cuba terapkan sikap salung nak memeberi bukan mengharapkan.. isteri rasa nak sediakan minuman kat suami..dan suami pula rasa nak memberi kepada isteri..maka tak adala sikap nk tunggu dan tengok apa yang pasangan masing masing nak bagi. Kalau bukan yang macam diharapkan maka timbula sedih..marah dan sebagainya. Maka rsanya tak perlula nak tag tag suami atau isteri dengan perkataan sila baca ye.... nampak macam pentingkan diri sendiri... kalau tag ilmu ilmu dan info lain xapala...

Maaf ye kalau pendapat sayani salah di mata korang.... semua orang ada pendapat sendiri....korang boleh buat entry sendiri dalam blog korang untuk menyanggah pendapat saya ini.. hahahahahaahhaah..

Jangan pendam nanti makan hati

Jangan sesekali para isteri memendam rasa tak puas hati beberapa hari ye... puan puan akan rasa sedih... benci dan geram kepada tuan tuan masing masing... sedangkan tuan tuan memasing tak tahu pun apa yang ada dalam hati dan pedal puan puan sekalian.. maka puan puan akan rasa lebih stress kerana tuan tuan menunjukkan muka selamba toya kat puan puan.. tak boleh salahkan mereka sebab Allah ciptakan  mereka sejenis makhluk yang slow dan payah paham... apa apa aje  just them directly... itu lebih senang.. dan masa cakaptu janganla beremosi sangat.. cakap dengan bersahaja... baru tuan tuan terima mesej yang ringan.. pendek dan mudah di fahami. kalau terlalu beremosi... dengan air mata.. tuan tuan pun tention..macamla besar sangat salah mereka.. apa apapun cara penyampaian tu akan membezakan natijah penerimaan dan perubahan tuan tuan memasing.. ok.. bye...


SUAMI KENA PUJUKLA KANNNN

Thursday, July 3, 2014

CATATAN PANTANG-HARIKE 10- MOHD IBRAHIM DLM KENANGAN

Entah nak bubuh tajuk hape tah entry yang tak berapa nak enter neh... 

Harini hari ke sepuluh.. hari ke 9 susu keluar..saya dah makan ubat kering susu 3x sehari selama 8 hari dah.. ubat tu dah habis ..harinke 9 susu keluar... masyaAllah... kenapa begitu berat untuk saya... rasa nak nangis... bukan sebab sedih baby tak ada.( itupun ada dlm kepala tapi xsedih sgt) yg paling sedihnya.. saya rasa tak larat nak pam ..tak larat nak tadah.. kemudian buang???? Ya Allah...

Tadi misi datang untuk kali ke5 dan kali terakhir. Dia suruh saya berhenti dah makan ubat kering susu kerana ia akan memberi kesan jangka panjang untuk penghasilan susu pada masa depan. Susu tidak akan keluar kalau bersalinlg tahun tahun tahun tahun depan... banyak kali tulis tahun tuuuuuuu... hhahaahaha. Makanya saya akan setia memerah susu ini.. 

xapalah nakkk... orang tua tua kata kalau ibu rasa susu keluar..maksudnya baby nya tengah lapar.. betulkah... dalam deraian air mata ini.. mama tahu kamu lagi bertuah dapat merasa susu  dari sungai dalam syurga.. lebih sedap dan lazat dari susu mama ini... mama sapu air mata ini.. mana mungkin seorang ibu merasa sedih jika tahu yang anaknya  sedang mendapat yang terbaik yang ibu itu sendiri tak mampu bagi kepada anaknya kan... ya.. mama pun begitu.. i'am happy for you my son.. moga kita bertemu lagi ye nakk... assalamualaikum

Tuesday, July 1, 2014

NAK BOROI TAK???-CATATAN PANTANG 2014

Hah.....sapa nak boroi angkat tangan????? Tiada siapa nak kan?saya pun tak nak... makanya.....sekarang saya dalam kepompong.. mcm kepompong beluncas dah saya tengok.. seNdiri pakai... bergumpal gumpal .hahhahaah.saya try sapu minyak panas ajer yang panasnya 10minit nanti akan hilang...


Tak tahula mana nak cari minyak panas yang orang guna khas untuk barut perut. Kawan kata minyak unta... xpernah nampak macammana rupa minyak untatu..ni saya guna minyak kambing .. eleh kambing la sangat... namanye ada lemak kambing...macam losyen ajee.. hentam jerla labu.. janji xnak serbuk kuning barut perut tu
. Siksa weh....

Ok.. bila dh jadi coccoon ni.. xleh gerak gerak dah..baring aje diam diam.. ramai kata saya dah tiada anak kecil nak jaga.. makanya wajib berbarut sampai jadi kerengga.. huyoooo....kerengga tu... mana saya mampu.. mengandungpun body dh macam tong drum

Dari kecil kulit perut memang dah berlapis lapis..mak kata kulit perut tebal. mana bleh nak kecut jDi kerengga.. mak kata xkecut banyak, kecut sikitpun jadila.. sekurang kurangnya maintain buncit macam dlu.. jgn menambahkan kebuncitan yang sudah ada.. iyalah mak.oiiiiii......

PERUT OIII PERUT -CATATAN PANTANG 2014

harini sudah masuk hari ke 7 hari saya berpantang. Berpantang sendiri .... maknanya pantang malas... tinggalkan barut.. pantang rasa malas... betungku pun ala ala kadar aja... tengokkan perut ni.. aduhai... xnak kempis la... saya dengan yakin sekali lepas pantangni.. perut masih mengembang... 

Limau nipis dan kapur...itu pesanan mak.... limau dah habis... malas nak suruh abg belikan... orang yang nak barut pun dah rasa kegatalannya...kemalasan...keengganan... apatah lagi orang yang hendak di suruh belikan..ubat barut perut yang dibeli semasa lahirkan umar ada lagi... tp panasnya mengalahkan panas tungku.. mak kata tak elok ubattu..campuran bahan kimia..panasnya hanya di kulit luar.. bukan ke dalam... saya oakai juga 2,3x tapi dah tak tahan ..nak nanges ajer bila panas begitu.. menggeliat macam cacing kena bakar.... nampak ajer ubat debu kuningtu terus rsa nak menangis...tolong.. aku mahu perut kempis.. tp aku xmampu nak hadap benda yang  mensensarakan itu... tolongggggg....

Hari ke 8
Hari ini hati saya kembali kebiruan wajah bayi saya..mohd ibrahim... dlu nk letak mohd syahid.. sekarang mohd ibrahim plk... kenapa hati saya tak boleh nak lupakan wajah montelnya yg kebiruan.... rasa bersalah saya makin menebal... oerkataan kalaulah... kalaulah...dan kalaulah hebat berperang dalam.hati saya  walaupun pada mulanya redha itu sudahpun mantab di hati ini..

 Astaghfirullah... saya nak dengar bunyi suaranya.. sayamahu sentuh dan cium kaki serta jari tangannya.. saya mahu riba dia ... mahu merasa berat badannya dlm timangan saya.. saya patut minta untuk mendukungnya dari doktor itu walupun sekali sahaja.. saya tidak punyai peluang itu walaupun 9 bulan mengandungkannya... saya tidak punyai peluang itu.. ya Allah.. makin lebat air mata ini.. sudahlah..air mata ini harus ku hapuskan.. agar redha yang bertamu di hati tetap utuh...tapi makin di seka.. makin laju ia keluar.. ya Allah berikanlah aku sebuah mimpi untuk bertemu dengan anakku..agar dapatku oegang dan cium dia... agar dapatku kucup pipi montel dan tangannya... moga  terubat rindu ini ya Allah... sekalipun cukuplah.....amin amin yaAllah..Kau Maha Berkuasa... keringkanlah air bah rinduku ini....

Saturday, June 28, 2014

ADUHAI.....

Hari ini dah masuk hari ke 5 saya berpantang.. ramai rakan sekolah.. rakan suami yang datang bertandang.pagi tadi ummi dah balik kampung. Sedih rasanya bila dia tiada . 
Mana suami sayani.. entah ke masjid kot.. cepatla abg.. saya nak makan nasi sebelumtu saya nak barut perutni.. limautu belum di hancurkan dengan kapur..

Mohd ibrahim..apa khabar dirimu  di sana nak.. maafkan mama.. teringat wajahmu nan membiru kerana lemas.maafkan mama kerana tak terfikir untuk suruh abah berhentikan kereta dan tolong mama melahirkanmu.. semoga wajahmu sehensome nabi Allah yusuf... rindu untuk pegang kaki dan tanganmu nakk.....



Maaf jika foto foto di bawah membuatkan rakan rakan terganggu. Saya nak simpan di sini. Tkt kena gan ini hilang jika dlm hp sahaja.  Tutup mata ek.  Ini uri mohd ibrahim.

Di sinilah mohd ibrahim membesar.  Menendang.  Makan. Minum dan bergumbira.  Abah basuh dan tanam di tepi rumah kita nakkk.

Abah ambil kain perca langsir rumah kita nakkk. Hehh


Abah letak bunga raya nak.  Kalau pokok itu hidup. Adalah tanda kenanagn kami denganmu.  Besarlah pokok bunga raya. Ku bajai dengan kasih sayangku sekeluarga. Moga anakku bahagia di sana urinya di sisi kami buat memori sebagai tanda mama pernah bersamamu nak selama 9 purnama.  Sedih. Hiba. Tangisan dan senyuman bahagia.  Moga bertemu kembali di jannah.  

Friday, June 27, 2014

SEMUA DAH SELAMAT

Assalamualaikum semua...

Akhirnya semuanya sudah selamat.. bayi saya sudah dipanggil Allah ke sana.. ni hari ke tiga saya bersalin.. ya... saya bersalin awal sikit dari due.. 38minggu.. due sebenar 5/7... alhamdulillah.... dipermudahkan Allah segalanya... majlis  pengkebumian..mandi dan kafankan sangat mudah...

Bayi lelaki seberat 2.66kg dilahirkan secara normal serentak dengan azan asar 24/6. Masa lahir Allah terus panggil.. masa keluar memang dia tak der bunyi.. saya agak Allah dah panggil balik.. 10minit kemudian doktor datang tunjukkan jenazahnya... mungkin masa duk push keluartu Allah ambil kot sebab masa sakit perut tu memang dia gerak lagi.....segala puji bagi Allah.. Allah tahu yang terbaik buat saya.. kalaulah dilahirkan hidup dan saya mendengar tangisan.. gerakan dan pernafasannya yang  tak teratur..mungkin air mata saya akn tumpah lebat.. dan mungkin memori saya dengannya juga banyak.. dan kematiannya selepas itu memberikan kesedihan mendalam buat saya... menari nari  diruang memori saya nanti.. sebab tu Allah terus ambil sebaik bayi keluar... agar tiada memori diantara kami.. jenazahnyapun saya xsempat pegang.. ralat juga kerana tidak dpt menyentuh kaki dan tangannya yang comel putih gebu...

Saya perhatikan... bayi saya berisi.. munggil. Putih kuning... ya kepalanya seperi yang sedia maklum... tiada tempurung kepala..tapi tidaklah menakutkan seperti yang saya khayalkan sebelum ini.. dari dahi hingga ke belakang tiada tempurung.. tetapi otaknya masih ada... hanya itu sahaja kecacatannya.. tubuh badan yang lain..masyaAllah...lengkap dan sangat comel...jarinya panjang2...kakinya juga panjang.. umi kata bdkni tinggi... wajahnya sebijik macam umar tp lebih putih.. yang paling saya tak boleh lupa.. birdnya yang kecil macam paruh burung dan telurnya yang sejemput... teringat doktor perempuan ketika scan 5 bln .. baby girl... dan makluman doktor masa scan 8 bln.. its a boy.. tgk burungnya yg kecil tu.. masa doktor tunjuk jenazahnya.. mata saya terus ke birdnya..alahai anak mama.. kamu begitu sempurna.. hanya sedikit sahaja kekurangan di kepalamu..tidak sedikitpun mencacatkan kecomelanmu nakkk...... 

30 minit selepas itu jenazahnya terus diserahkan kepada umi dan di bawa ke masjid sungai tua baharu untuk dimandi dan dikafankan... terus penggalian liang lahad siap..liang untuk bayi tak dalam.. sedalam paha orang dewasa aja.selepas azan isyak..terus solat jenazah dan terus ke tanah perkuburan... alhamdulillah.Allah melancarkan jalan untuk hambanya yang tiada dosa ini... di perkuburan ada pula hamba Allah yang  sedekahkan nasi untuk hadiran yang datang.... terima kasih wahai tuan budiman..moga Allah merahmati kamu dunia akhirat.

Suami saya menyertai mandi..kafan dan dia sendiri turun ke liang lahad untuk membaringkan jenazah ank lelakinya ke sana..menghadap kiblat...dia juga yang membasuhkan tembuni bayi... terima kasih suamiku kerana kuat untukku...

Masih teringat saya akan wajah dan tubuh putih kuningnya.. anakku.. mama lihatmu sangat ciut.. langsung tiada apa yang tidak kena dgnmu... maafkan mama atas kesedihan mama sepanjang mengandungkanmu.. mama harap kamu tidak mendengar segla jeritan kesedihan dalam hati mama walaupun kamu lah insan yg paling rapat dengan hati mama di alam rahim sana.. sehingga kita berjumpa lagi wahai anakku... bermainlah di taman syurga ...bergembiralah bersama bidadari dan rakan rakan mu yang lain... di bawah jagaan nabi ibrahim Alaihissalam.... sehingga mama dan abah ke sana menemuimu anakku.. sehingga itu..mama tetap menyayangimu walaupun kita di dunia yang berbeza.... assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh wahai ankku...

Maaf.. tiada gambar kenangan wajah bayi istimewa kami... kerana abahnya gugup dan kalut dengan situasi itu sehingga lupa untuk snap walaupun sekeping.. tapi gambar dari orang lain keadaan di majlis pemakaman ada... nanti saya pastekan kat sini.. ralat juga saya bila tiada gambarmu nak.. xapalah.. Allah maha tahu.. mungkin itu juga satu hikmah.. agar saya tidak terus mengingati dan menatap gambarmu nak...terima kasih Allah atas segala dugaan.. ujian.. rahmat dan kasih sayangMu kepada aku dan keluargaku.






Wednesday, June 18, 2014

Air mata kenapa xmahu berhenti!!!!!

Assalamualaikum kawan kawan... pernah baca post saya berkenaan Mas Rahayu dlu.. di sini dan di sinun.. ya... alahmdulillah, sekarang beliau juga sedangn berbadan dua dan ini adalah peluang terakhirnya untuk mendapatkan baby memandamgkan  sudah 3 kali beliau menjalani operation untuk bersalin..dan yang ke empat nie..insyaAllah juga akan memalui pembedahan... dan baby ke empat ini juga adalah boboy... syukur ya Allah... moga baby ini sihat dan menjadi rezeki buat kak mas rahayu dan suami. 

Tengahari tadi kak mas rahayu  menghantar msg ke whatapp saya.. bertanyakan tentang individu yang akan kematian bayi masa lahir nnti.. dia merasakan bayi itu adalah bayi saya...saya tersentap.. perlukah saya berterus terang dengannya.. saya risau emosinya akan terganggu nanti.. sekarang ini.pun kak mas sudah tertekan dan fobia membawa kandungannya yang sudah menjangkau 6 bulan .... anak lelaki ke 3 nya dlu dilahirkan tak cukup bulan... dia bimbang jika ia berlaku lagi.. saya tidak sanggup melihat kak mas rahayu terganggu dan memberi kesan kepada kandungannya.. smbil membalas  whatapp nya.. air mata saya bercucuran.. antara  menahan kesedihan di dalam.hati dan juga xsanggup meluahkan kepadanya....maafkan saya k.mas... biarlah saya menanggungnya sendiri.. bila sampai masanya nanti kak mas  rahayu akan tahu sendiri.. pada masatu kandungan akak dah menjangkau 7 bulan.. moga  baby kak ayu sihat walafiat.. doakan saya tabah..sabar dan redha menghadapi ujian Allah ini..

Sedih ini terbawa2 sampai ke magrib pula... penantnya nak menyapu air mata ini.. alahai..kenapala air matani xnak.kering...

Semalam suami mengajak saya  membuat scan 3d... adeh..saya bimbang kalau kalau saya tidak.dapat control emosi semasa doktor tengah buat scan tu.. malu pula menanges  nanti.. bukan itu aja.. kalau dh mula keluar air mata...payah saya nak.berenti...nanti teringat inagt dan terbawabawa samapi dua tiga hari.. penat saya menelan sebaknya nanti..apa pendapat kawan kawan... elok tak kalau saya melakukan scan 3d tu.. bleh masuk dlm cd.. buat kenangan.. masa lahir nanti kelam.kabut...mesti xsempat nak ambil.gambar.. lagipun rasanya kurang manis mengambil.gambar jenazah... ...bukankah elok kalau ada kenangan... sekurang kurangnya saya mampu menatap.wajahnya walaupun tuan empunya sudah di syurga sana.. adeh...keluarlg air mata... penatnyaaaa

Monday, June 16, 2014

3 MINGGU LAGI




Assalamualaikum,
apa khabar rakan maya saya sekalian. harap semuanya sihat dan gumbira di samping keluarga tercinta. di saat kita bergembira dan bahagia, ingatlah ada rakan kita di luar sana yang sedang mengalirkan air mata.. aisehhhh..... nak minta simpati pulak ye... saya terkenangkan seorang bogger juga berstatus seorang ibu yang setiap hari menangisi nasib ank perempuannya seorang doktor yang koma ketika proses melahirkan ank keduanya. kini hanya terbaring di atas katil seperti mayat bernyawa..sungguh pilu. ada isteri yang kematian suami dengan meninggalkan 4 orang anak yang masih di sekolah rendah dan salah seorang anaknya autism...beratnya dugaan si ibu...

kami baru pulang dari kampung sabtu 2 hari yang lepas. pulangpun sebentar sahaja kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara suami disamping ingin berjumpa mak dan ayah mertua yang sedang uzur. selama 2,3 hari itu juga saya kuat berfikir tentang tempat berpantang unutk kali ini. akhirnya saya membuat keputusan untuk berpantang di selangor saja dan bersalin di hospital selayang. setelah keputusan itu dibuat, saya mula merisik khabar prosedur untuk menuruskan jenazah serta kos kos nya.. rupanya mahal juga unutk urusan kematian nikan. memang mencecah dan melebihi rm1k juga. saya terbayangkan bagaimana orang yang susah dan tiada simpanan di bank sebanyak itu untuk urusan kematian, memang agak membebanka. patutla di hari kematian tabung duit sentiasa ada.. rupanya untuk belanja urusan pemakaman latu. tp tengoklah juga, kalau yang matitu kaya raya, bini pun dua, projek beratus ribu, rasanya tak payahla nak l;etak botol kan.... xpasal-pasal orang susah nak menziarahi si matipun susah hati..huhuhhuhuhuhu. adalah kisahnya dulutu...tapi tak mahulah saya mengaibkan sesiapa di sini..cukuplah jadikan pengajaran.

ok, saya ceritakan bab servey untuk persediaan kematian. bolehlah kita berkira-kira untuk membuat persediaan diri sendiri, jangan pula membebankan anak isteri nanti. elok juga kalau  masuk khairat kematian di kampung atau kawasan kita menetap tu.. tak adalah anak isteri garu kepala mana nak cekau duit untuk uruskan kematian kita kan.

kalau nak mandikan jenazah di hospital dan dikafankan di sana, kita kena berurusan dengan majlis agama islam. di setiap hospital, ada satu pejabat khas majlis agama islam untuk menguruskan jenazah yang tidak dituntut atau pesakit aids. tapi  mereka juga boleh uruskan  jenazah biasa kalau ada permintaan daripada pihak keluarga yang sukar untuk melakukannya di rumah. 

di hospital


  • mandi dan kafankan +- rm700
  • bawa ke masjid untuk di solatkan + sediakan nasi bungkus untuk jemaah yang solatkan jenazah
  • upah ustaz yang mengimamkan solat dan segala-gala di kubur +-rm100
  • upah gali liang lahad +-rm100 
Jumlah  anggaran= +-rm1200

kalau nak mandikan dan kafankan di masjid, saya belumlagi bertanyakan kepada orang yang arif bab tu, insyaAllah nanti saya minta suami call. ikutkan hati, mahu sahaja saya sendiri yang call abang Aziz yang uruskan liang lahad tu tapi rasanya tak manis pula... baik suami saya yang call. lagipun bila bertanya tanyakan hal ini, masuk bilik , saya akan menangis sendiri.. alahai hati, kenapalah engau sungguh lemah.. sudah  lelahkah  bersabar ????  sudah 6 bulan lebih bersabar, cekalkanlah hatimu,  telanlah  sendumu... hanya 3 minggu lagi rahimmu mengandungkannya....

saya berpesan kepada suami agar kali ini, biarkah dia sendiri yang uruskan uri ank kecil kami ni sehingga di tanam...setelah 4 orang anak , dia tak perah tengokpun rupa uri itu..apa lagi menemani saya yang sedang kesakitan untuk melahirkan....mungkin kali ini abg berpeluang menemani saya keika sakit dan sempat menjadi orang tukang azan untuk si kecil..juga buat kali pertama..amin









Tuesday, June 3, 2014

AIR MATA SEDIH ATAU GEMBIRA

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI DUNIA INI.. GURUYANG MAKAN GAJI ATAU GURU YANG TIDAK MAKAN GAJI A.K.A IBU2 SELURUH DUNIA.

hari ini sekolah saya mengadakan hari guru... buat 1 sesi lagi..sangat meriah.. sebelumni sudah beberapa tahun kami tidak berkumpul bersama guru sesi pagi dan petang..semuanya gara-gara ikut MRI la sangat....tahun ini sanagt happening

Pagi ts juga umi call... bagitahu kaklong saya sudah melahirkan  bayi lelaki nya pkul1 pagi mlm td di hospital Zainab Kota Baharu.Alhamdulillah, kali ini Allah bagi kaklong untuk bersalin dengan mudah..tak berjahitpun dan sakitpun tak lama.. alhamdulillah atas rezeki Allah...

Selepas umi letak talifon.... air mata saya mula.mengalir.. saya pun konfius kenapa saya menangis.. sepatutnya saya sangat gembira kerana kali ini kaklong tidak sakit lama dan dipermudahkan  kelahiran bayinya.. tidak seperti sebelum sebelumnya... mungkin sudah banyak dugaan Allah berikan kepadanya... ujian kelahiran ini Allah mudahkan kaklong..

Saya teringatkan bayi dalam perut ini.. senangkah saya melahirkannya nanti dengan kondisi kepala yang taklengkap dan tajam..bagaimana kalau rahim saya betul2 koyak atau terpaksa di buang...nampaknya inilah bayi bongsu dan penutup nya....

Bagaimana saya mampu untuk menghadapi dan memangku bayi kaklong balik cuti nanti sedangkan bayi dakam perut ini tiada peluang untuk hidup... perlukah saya meminjam barangan bayi kaklong memandangkan bayi saya tidak mampu hidup lama....semua persoalan itu melebatkan lagi air mata saya...

Saya call suami..tidak memena mena.. tangisan saya makin laju sehingga saya tersedu sedu tidak boleh bercakap..suami saya panic sebentar bila dengar suara saya tersedu sedan memikirkan apalah yang sedang berlaku.. huhuhuhu..... selepas reda..saya memberitahu berita gembira itu kepadanya... tapi lepastu..air mata saya mengalir lagi...

Bila dah menangistu.. bengkakla muka..hidung dan mulut.. segan mahu ke tapak perhimpunan sekolah..semua guru lain sedang bersedia umtuk buat persembahan... saya membawa diri ke makmal komputer untuk meredakan kebengkakan mata dan kesan kesan menangis..burukkan muka saya..hahahah

Saya bersyukur kerana kaklong sudah selamat melahirkan bayi dan diberi kemudahan kali ini.. dan saya juga bersedih mengingatkan bayi sendiri....moga Allah juga berikan kemudahan kepada saya untuk melahirkan bayi istimewa ini dengan mudah Dan selamat . 





Sunday, June 1, 2014

IBU MENGANDUNG SEKSI???

Assalamualaikum,

Orang yang mengandung ni seksi?????

Sebenarnya siapa dan kenapa ibu mengandung di anggap seksi??? 

Suka lah yea bila ibu mengandung dengar orang kata orang mengandungtu seksi????? Sesungguhnya hatimu salah tempat wahai teman.... seksi itu akibatnya seksa di sinun... tidak bokeh salahkan sesiapa bila orang memandang ibu mengandung tu seksi... kerana dengan perut yang memboyot ke depan, sudah tentu bontot akan menjongkit ke belakang dan membesar bagai buah nangka yang mengembang kan.payu dara juga membesar. kulit orang mengandung juga makin mulus.. cerah  putih bersinar kerana hormon estrogen yang dirembeskan dan juga kerana berat bertambah... sebab itu orang kata ibu mengandung itu berseri seri....

Tetapi ingatlah wahai teman, untuk tidak meramgkul gelaran itu di luar rumah dan mengumpul dosa2 yqng memungkinkan kita susah nak.bersalin nanti... jagalah pemakaian kita... kebanyakan pakaian menganeung yang di jual sekarang tangannya senteng...bukankah aurat wanita itu dr pergelangan tangan ke atas dan seluruh tubuh.. maka ketika membeli baju mengandung..kita kena make sure lengannya menutup dan dan sampai ke pergelangan tangan.... kalau nk pakai stongan pun xapa utk menutup yang terdedah...selain itu jaga2.. walaupun baju tu labuh..kekadang 
Kain depannya mnjongkit dan menampakkan atas dari buku lali.. bila berjalan.. aurat kita nampak. Sila pakai seluar panjang atau kain di dalamnya... panas ??? Sikit ajer.. tak sepanas di sana dan bila xder dosa.. mudah beranak bukan...

Bila saya ke hospital..ramai ibu2 mengandung yang Muslim... waduh.. sendat pakaiannya... teman teman.. walaupun perut dah memboyot besar... carilah baju yang xsendat dengan perut... kalau nak pakai seluar.. make sure naju tu melepasi bontot... tp banyak yang pakai macam orang cina.. cina pun ada yang pakai longgar.. bajunya bawah bontot... terbalik sungguh.... kita nak beranak.. kumpul pahala bebanyak.. agar mudah bersalin..ni auratpun dah dapat dosa free.... seksinya melebih2 dr orang cina pulak... please ye teman teman... moga kita dapat rezeki melahirkan bayi dengan mudah... normal dan cepat bersalin.. xnak sakit lelama... huhuhu...

Maaf jika post ini mengundang sakit hati ibu ibu mengandung sekalian.....yang elok jadikan nasihat.. yg buruk jadikan sempadan...
   Ù‚ال الحق ولو كان مر -    berkata benar sekalipun pahit

Wassalam 

Saturday, May 31, 2014

KANCIL SAKIT


Accessories websites optimization
Alahai... kancil tunggangan saya ke sekolah tu dah lama sakit... bila bawa ajer bunyi macam air menggelegak dalam Bonet depan.. seriau saya setiap kali naik.. bila cakap dengan baginda bos..dia kata nak bawa pi pomen. Tapi disebabkan sibuk dan ketentionan sejak seminggu dua di tempat kerja beliau.. beliau terus terlupa alkisah kancil saya....

Rabu lepas hujan lebat... nak ambil ank kedua saya di sekolah nya.. tinggalkan anak dalam kereta... enjin di pasang sebab nk pakai aircond..tetiba jer saya nampak asap.keluar dari kereta... saya terus tutup enjin... risau memikirkan berita dua beranak mati kereta terbakar.. adeh... ngeri bila tengok asap tu keluar.. call baginda yang mulia.. baginda cadangkan supaya saya tutup aircond.. ok.. kita tutup aircond...

Untuk perjalanan yang dekat saya selalu susah hati kerana bunyi air menggelegak tu semakin kuat kedengaran... nasib baik jalan dekat2 aje... sekadar 15minit perjalanan.

Alkisahnya zohor tadi baginda nak ke.masjid saya syorkan naik ajer kancil saya.. yelah demi menyahut seruan poket bulan nie yang agak mengecil dengan cepat.....sampai sekarang xbalik balik lagi.. cek hp ada 2.misscall dr baginda... ..saya cuba call balik xdapat..

Cek.whatapp baginda dan rakan 2 taman..rupanya baginda tengah tersadai di sebelah zoo negara... kancil saya sakit tenat.. demam panas sehingga temperature naik tinggi dan air menggelegak dlm enjin...kawan kawan baginda kata kalau jalan jugak mybe enjin akan terbang... haa.. baru tahu betapa berdebarnya hati saya setiap kali mengunggang si kancil ke sekolah demgan bunyi menggelegak itu setiap hari... nasib baik saya xpadam sekali dengan si kanciltu..huhuhuhu

Dan alhamdulillah.. Allah selamatkan baginda.. sibjancil ajer yg tersadai... bagianda tiada apa2 aral.. alhamdulillah ya Allah...bunyi guruh dah sabung menyabung neh... tanda hujan lebat akan turun..di kl sekarangni ..pantang pukul 4...hujan akan melebat.. dan pantang hujan turun mencurah... akan jadilah pkul 4..ekekekekekekek... harap2 baginda dapat tempatbnerteduh dan kereta berjaya di baiki.. tapi... merisaukan poket baginda saya tu rasanya dh bocor pun harini..smlm oun meminjam kembali alaun bulanan saya.. hohoho.. kesian bagianda.. moga dia ada duit utk bayar separuh atau 2 paruh dari harga pomen baiki tu..

Eh... td saya kat jemuran..mahu jemur pakaian... hehehehe.. janganla pandang gitu kat saya.... saya mengakula saya memang sungguh malas sekarang.. bukan sekarang ajer.. memang dah berkarang kurun saya malas... kekadang baju 2 hari  dlm mesin... tak berjemur..adehla.... terpaksa spin balik bubuh softanla utk nyahkan bau  hapak kain yg xbersidai ituw.. ok ker nk berjemur ni.. malu alah plk dgn jiran belakang dan jiran tepi.. pagi td masa terang benderang xmahu bersidai.. dah bunyi guruh baru nak sidai.. huhuhuhu....xapala labu.. janji ko sidai ye.. kalau xkeringpun sekurang kurangnya bila baginda balik nampak  juga baju bajan bersidai.. hohohohoho....org kelantan kata better late then never ..kan..kan..oklah... slmt beristirehat semua ye...

Thursday, May 29, 2014

Dua hari ini...

Dua hari ini saya suka menyebut 2 rangkap lagi frozen ini...

"Do you want to build a snow man...it doesn't have to be a snow man"

Bila saya nyanyikan lagu itu... hati saya menangis .....

Tadi suami saya menegur... mama nie 2,3 harini nampak suka hati sungguh... menyanyi saja....

Hatinya mungkin tidak pernah memahami akan derita dan tangisan di jiwa saya....

Mungkin jiwa saya terlalu rumit untuk difahami....

Do you want to build a snow man????????Saya sebenarnya   merayunya agar sertai saya ..memahami jiwa saya dalam melalui kesedihan ini.......
Dan jika abg xdapat menangis bersama saya..cukuplah berada di belakang saya dan mengusap  belakang saya .sekurang kurangnya menghilangkan sarat di dada dan meringankan sakit pinggang saya ini.. xperlu menangis bersama sama saya..itupun sudah memadai.. it doesn't have to be a snow man....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails