Monday, September 27, 2010

HANDBAG KENA CURI


handbag makcik google-adalah iras2 beg saya....tapi kulit handbag saya menggerutu dan warna coklat gitu

ASSALAMUALAIKUM GENG BLOGGER SEKALIAN

Seperti tajuk yang serius di atas, dikhabarkan kepada ibu-ibu yang hendak menghantar anak ke nursery especially dengan kereta, tolong kunci kereta anda enjin dimatikan dan anak-anak tidak ditinggalkan berseorangan di dalam kereta. pastikan juga hand bag dan barang berharga seperti laptop disembunyikan dari pandanagn org yang berada diluar kereta, sorok bawah seat ke, tinding dengan bantal besau ke, atau jgn tingal letanjang gitu jer dalam kereta...
cerita saya....haaaaa
begini ceritanya ......

tengahari tadi semasa saya keluar menghantar anak-anak ke nursery, saya tidak menguncikan kereta dan terlupa untuk menyembunyikan handbag saya yang diletak di atas seat belakang.....bila saya toleh ke blakang ,seorang remaja lelaki sedang menjinjing handbag saya sambil berlari. berderau darah saya, saya panik. saya menjerit ,

"pencuri, pecuri!" sambail mengejarnya tindakan reflect betui..akupun xtahu macammana aku boleh kejar budak tu....tapi sah-sah bagai pelari pecut negara.tiba diselekoh hadapan, budaktu itu melompat di atas motor kawan dia and terus blah..

menggigil badan saya keteperanjatan dan kepenatan. nasib baiklah duit dalam handbag sedikit sahaja dan saya baru sahaja mengeluarkan kamera baru LUMIX PANASONIC suami sebelum datang ke sekolah tadi. Yang adapun hanya hanphone serta bedak compact saya sahaja....yai..yai...yai...lipstic syeshedo , celak,blusher, foundation tia amelia akupun ada sekali wooo...woooo...kak tia oii..aku xder duit nak beli bar!!!! ..waduh....

saya terus menghubugi suami minta block kan kad ATM dan bil celcom. setelah memenangkan diri lebih kurang 10 minit di Nurseri anak dan kembalikan tenaga yg hilang akibat kejar mengejar td, saya melangkah longlai menuju ke kereta dan terus ke sekolah.

on the way nak ke sekolah,terpikir plk, kat manalah malaun dua ekor tu campak beg aku. saya try pusing sayu kampung Sg. Tua Baharu tu, mana tahu kalau-kalau terjumpa handbag saya ka mana-mana. tapi hampa.terus ke sekolahlah....

tiba disekolah, riuh kengkawan mencari saya....saya berdebar, rupanya dua ekor mala"un tu dah campakkan handbag saya ke kampung sebelah, ada orang jumpa dan trus telefon ke sekolah kerana ada secebis sampul surat beralamat sekolah ada di dalammya..syukur..selamat duit dr beli handbag baru ...hahhahahahah

petang setelah selesaikan menjalankan tugas, saya dan suami pergi ke rumah orang yang jumpa handbag saya itu. makciktu kata dia rasa kenal dengan budak yang meragut itu....katanya dari kampung nakhoda tengah....umur 16 tahun, anak seorang bomba....tak pergi sekolahlah tue....memang itu kerjanya....allahu a'lam.....saya rasa memang betul..sebab mangkuk ayun yg melarikan handbag tengahari tadi bukan mat dadah atau orang tua...memang sah-sah remaja belasan taun, rangka badannya tetap menjadi igaun ngeriku! kurus dan xberapa tinggi, pakai bau coklat dan ber cap.

apa2pun syukurlah,saya dan anak-anak selamat. barang2 seperti ic, lesen memandu, kad ATM, kad sogo ;) masih ada. duit rm1 masih berbaki sebanyak rm4 ;) boleh beli aiskrimpun jadilahh...cuma ralat skit handphone NOKIA N70 ilang.....abang....kena beli barulah nampaknyakan....hubby terus tersenyum sumbing.

bila dapat tahu beg dah jumpa dan segala isi oerutnya yg penting masih ada...aku sujud syukur selelpas solat zohor kat surau sekolah....ya Allah...syukur semuanya selamat terutama anak2 dan dokumen2 penting tu..kalo tak..mahunya aku jadi org siam @ PATI seminggu dua.....tanpa ic sah


melayu serba boleh!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...
mujur ic ngn lesen jumpe balik.
hP tok penting. camera lumix tu penting. handset buruk doh memang patut pun beli baru :P

tapi cepat benar budok tu curi. hebat sungguh, keno belajar ni.

Unknown said...

syukur alhamdulillah shafida dan anak2 selamat. tahniah sebab mendapat beg shafida semua w/pun isi kandungannya dah lesap. memang kena beringat-ingat bila nak tinggalkan kereta dgn barangan penting di dalamnya. satu peringatan agar kita lebih berhati2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails