Saturday, December 25, 2010

esok hari Krismas utk penganut Kristian

Assalamualaikum n selamat pagi semua...

sedang saya syik blog jumping... ;) saya mendapat article ini di sini....saya copypastekan ...

selamat membaca...

tetapi kawan-kawan muslim sekalain, janganlah percaya bahawa Nabi Isa dilahirkan pada 25 desember seperti yang didakwa oleh penganut kristian...sebenarnya mereka telah tersalah tafsir....

ia tiada kaitan langsung dengan kelahiran nabi Isa..... mereka merayakan perayaan hanya kerana ikutan n adat.


“Amir, awak rindukan Krismas?” saya bertanya.

Di satu sudut masjid, Amir duduk bersimpuh tersenyum mendengar soalan saya.

Tengah hari itu cuaca di Belfast sungguh sejuk. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Krismas tiba. Di sana sini lagu-lagu Krismas berkumandang. Teringat saya kepada suasana Aidilfitri di Malaysia, manusia bagai dipaksa-paksa untuk beremosi dengan lagu raya. Sama ada untuk melakukan barangan, menyuruh anak perantau pulang ke desa, atau dipasang sekadar menandakan musim raya sudah bermula.

Lisburn Road yang selalunya comot lagi suram dengan sentuhan cuaca Ireland Utara, indah berhias dengan pelbagai dekorasi, tidak mengalah dengan kemeriahan di sekitar pusat membeli belah Castle Court di tengah bandar.

“Tidak. Tiada rasa rindu. Tetapi rasa lebih berhubung” jawab Amir dengan tenang.

Amir adalah anak tempatan. Sudah lama memeluk Islam dan tiada gelaran ‘saudara baru’ untuknya lagi.

“Bagaimana pula lebih berhubung?” saya kurang jelas dengan maksudnya.

“Dulu-dulu, saya sekeluarga menyambut Krismas tanpa sebab yang jelas. Malah tanpa sedar, seperti ada kekeliruan antara Jesus dan Santa Claus” jelas pemuda itu.

Amir menggambarkan kepada saya betapa Krismas disambut lebih kepada sebuah adat yang sekular. Tiada intipati agama yang jelas. Hadir ke perhimpunan di gereja pun tidak dirasakan sebagai ritual agama.

“Di Belfast ini, hidup sebagai minoriti menjadikan Muslim lebih menghargai Aidilfitri. Tetapi di negara saya, Ramadan semakin disudahkan dengan perayaan yang semakin sekular. Hilang roh agamanya” saya berkongsi.

“Itulah perbezaan agama minoriti dan majoriti barangkali” Amir menyambung mesej saya tadi.

“Selepas memeluk Islam, awak masih menyambut Krismas?” saya ingin tahu.

“Ya dan tidak” jawabnya ringkas.

“Bagaimana begitu?” saya tidak pasti.

“Ya, saya masih menyambut Krismas dengan pulang menziarahi keluarga saya dan menyertai perhimpunan keluarga kami. Ada hidangan yang saya makan, ada yang tidak. Tetapi saya tidak lagi menyambut Krismas dengan jiwa yang sama seperti mereka kerana saya rasa saya lebih Kristian selepas memeluk Islam!” jelas Amir.

“Oh! Lebih Kristian selepas memeluk Islam? Unik tu!” saya terpinga-pinga.

“Tentu sahaja. Jika dahulu, status Jesus sukar untuk saya hadam ke dalam jiwa dan keyakinan. Tetapi kini segalanya jelas. Maryam dan Isa lebih indah dan suci di dalam Aqidah Islam” ujar pemuda Irish itu.

Amir membacakan kepada saya firman Allah di dalam al-Quran, surah Aal ‘Imraan:

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]

“Versi Islam untuk Annunciation?” saya menyoal.

Amir tersenyum.

Dia memang tidak banyak berbicara.

“Eh, saya perlu beredar sekarang. Maafkan saya, Imam. Kita jumpa lagi Insya Allah” Amir tiba-tiba bangun. Teringatkan sesuatu barangkali.

“Baiklah. Merry Christmas?” saya memberi ucapan dalam nada menyoal.

“Islamic Christmas?” beliau juga menjawabnya dengan nada menyoal.

Kami ketawa.


selamat bercuti dihujung minggu ye kawan-kawan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails