Bulan Ramadhan hampir sahaja berlalu, kini tinggal 8 hari lagi.tapi say ,sedih dan bimbang masih menghantui diri. ingat mak kata dulu-dulu kalau lepas Ramadhanpun tiada perubahan kepada diri kita baik dari segi akhlak, ibadah mahupun apa sahaja, maksudnya, pada Ramadhan tersebut, kita tidak mendapat keistimewaannya. kerana sebelum dan selepas Ramadhan kita adalah orang yang sama, perangai yang sama, tabiat buruk yang sama. dan sudah pastinya orang itu tidak mendapat malam lailatulqadar.huhuhuuh..sedihnya rasa di hati ini.
* perasaan amarah saya masih lagi membakar diri terutama kepada individu2 tertentu yang terlibat dalam hidup saya dan ibu saya.
* saya masih mempunyai sifat black list kepada certain parents yang juga bersangkut paut dengan kerja x rasmi saya di sekolah sebagai seorang pengajar.
* percakapan saya masih tidak bersih dari segi mengumpat, menceritakan keburukan orang lain (walaupoun untuk melepaskan geram yang terbuku di hati, atau supaya orang lain tahu dan mark seseorang itu yang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh di tolong)
sekali fikir jahatnya saya...dua kali fikir..sedih kerana saya pasti Ramadhan ini tidak menjanjikan saya untuk mendapatkan malam seribu bulan itu kerana saya rasa diri ini masih belum suci daripada segala kejahatan diri yang lalu dan kini...namun saya akan tetap berusaha agar Allah menerima segala doa saya termasuk keinginan saya untuk berubah kepada yang lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan muamalat dan dll yang bersangkutan dgnnya...aminnn...
No comments:
Post a Comment