Wednesday, September 7, 2011

Rumah nan tak terurus

Assalamualaikum,

selamat hari raya aidilfitri buat semua rakan maya yang sudi menjenguk ke rumah saya ini.
seperti mana rumah maya yang tidak terurus, rumah yang saya diami juga tidak kurang bersepahnya. memang setiap hari bersepah sebenarnya, ditambah pula dengan segala barang yang dilambakkan dari kampung setelah bercuti raya selama 1 minggu.

1 kelemahan terbesar saya adalah: saya tidak pandai berkemas. kadang-kadang jelouse bila melihat rumah orang lain tersusun rapi dan sejuk mata memandang dengan hiasan-hiasan. namun, saya sangat-sangat tidak pandai dalam bab itu. dalam rumah saya tiada bunga-bungaan dan pasu-pasuan. cuma barang-barang wajib ada ajer untuk dipangil rumah.

malam ini saya bangun 12.30 pagi, kononnya mahu berkemas. bukan berkemas apapun, sekadar menyusun segala buku-buku dan kertas2 yang tidak berguna...kumpulkan setempat, ikat dgn tali rafia, mana tahu boleh disedekahkan kepada pencari-pencari kertas untuk dijual nanti. mana-mana mainan ank yang bersepah, letak dlm guni mainan mereka.sapu skit-skit..itu ajer....orang xpandai berkemaskan, cukuplah sekadar tidak bersepah dan lantai tidak penuh sampah sarap.huhuuhuhuu,....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails