Monday, December 26, 2011

thinking and thinking........but no answer

Jenis-jenis kereta MPV



Pertanyaan Yang diajukan...
Woofer Storm said...
*nak tanya pasal kereta pulak, antara kereta mpv yang murah,yang manakah satu menjadi pilihan bro?tak kiralah brand apa,janji harga standrd la.heheee dan mengapa?

Jawapan kami
Maaf agak lambat jawab pertanyaan ni.. Kami tak ada pengalaman menggunakan kereta jenis MPV ni... but cuma nak kongsi sedikit infor ajer..

Kereta MPV = multi propose vehical/kenderaan pelbagai guna.., juga dikenali sebagai minivan. Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Trend semasa menunjukkan keluarga sederhana besar dengan tiga atau empat anak juga sudah mula memikirkan MPV manakah yang sesuai dengan cita rasa peribadi, kemampuan kewangan, pakej promosi dan tinjauan pendapat umum mengenai model MPV itu. Dalam konsep nie, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV nie biasanya adalah untuk membawa individu yg ramai

Bagi lelaki yang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai dan praktikal. Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan sekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa, MPV pasti menjadi idaman mereka! kereta tambah besar, ahli keluarga kene tambah lagi la.. Opssss.... he he he he. Biasanya, keluarga yang sudah besar memerlukan MPV ..Pasaran MPV mampu-milik kini makin meriah.....

Apa agaknya pilihan anda?

"Pada pendapat saya, semua pengeluar kerata telah
berusaha membuat yang terbaik dan yang penting telah
memenuhi standart yang di tetapkan, jadi soal yang
mana lebih baik bergantung kepada penguna yang menilainya."

Contoh kereta jenis MPV:-


1. Toyota Estima –
Harga baru anggaran RM325k. Kapasiti enjin 2.4 . ( rasanya kut tak pasti lah, main agak-agak ajer ni) kalu nak pikir jangka masa panjang baik amik toyota estima..8 seaters ada..7 seaters pon ada...boleh bawak keluarga...moon roof ada..sun roof pon ada..

2. Honda Odyssey –
Harga baru anggaran RM236k. Kapasiti enjin 3.5 L( rasanya kut tak pasti lah ) Honda Odyssey pula dikategorikan sebagai MPV besar kerana berasaskan model Honda Accord. Honda Odyssey terbaik dari segi perfomance. Memang laju. Saya pun minat sangat-sangat tapi tak mampu nak beli.kesemua ada 8 passenger seater.. Interior kalau tengok yang baru memang betul-betul lawa siap kerusi Honda tu boleh bawak keluar dari kereta.Tapi paham-paham sajelah kalo honda nyer sparepart tentu ler mahal.

3. Toyota Alphard-
harga dalam RM150K. Alphard ada yang 2.4 dan 3.0 .Alphard memang mewah gila, Alphard dalam sangat la besar,ada 8 seater penumpang kesemuanya. yang tak best duduk depan macam bawak lori, kena panjat naik kerusi driver.

4. Naza Ria –
Harga baru anggaran RM99k.spare part/service mahal.enjin komplex V6, harga 2ndhand rendah.Naza Ria body berat, hampir semua MPV Korea berat,tapi stabil, kalau atau highway, kalau ditiup angin lintang, kurang nak bergoyang, atau bila berselisih dengan bas atau lori besar.Cuma minyak parah la. Dan maintenance tinggi. naza, kalau ikut carnival nyerr spek, ada 7 seaters peumpang , kerusi belakang leh pusing mengahadap satu sama lain. dah tu, ada ruang utk jalan di tgh tgh ..cam bas mini..pastu kat bumbung dia boleh buka & tutup kalau nak keluarkan kepala pun bule tapi kat bhgn depan je la

5.Toyota Vellfire -
Harganya dalam anggaran RM 265k.kereta orang kaya ..tiada perbezaan ketara antara keduanya cuma bila tengok luaran,Grill, lampu depan da belakang tu ajer yang beza. nampak lagi cantik ajer. Beza dari segi pattern dan design.. lagi satu kapasiti tempat duduk sesuai cuma 7 dewasa penumpang (termasuk pemandu) ajer

6.Mitsubishi Grandis
Harga anggaran RM165k.Enjin berkapasiti 2.4 liter Enjin MIVEC Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II. Rasanya 7 orang penumpang boleh masuk dalam satu-satu masa.Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa berikutan ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi kepala. Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya

7. Honda Stream –
Harga baru anggaran RM150k. Honda Stream ada 1.6, 1.8 and 2.0 VVTI timing chain. Honda Stream dikategorikan sebagai MPV padat kerana berasaskan model Honda Civic. Kereta yg di luar nampak sporty.. Ruang dalam yang luas walaupon mempunyai badan yang nampak kecil dari luar. boleh Bawak 7 orang penumpang dalam satu masa..Honda Stream lebih kepada handling, rupa lawa, minyak jimat.Packaging, space utilisation antara paling bagus dalam kategori MPV.lagi satu tertarik dengan dashboard dan segala control panel tu nampak jauh lagi moden

8. Toyota Wish –
Harga baru anggaran RM157k .Wish ada 1.8 import dan 2.0 pasaran Malaysia dan enjin pun ada 2 jenis bagi wish ni...vvti dan d4 vvti timing chain..Wish = 5+2 seater kira 7 orang lah penumpang boleh naik..

Cuma lebih tertarik pada bentuk lebih aero sport dimana ia seakan gabungan SUV, MPV dan kereta sedan bagi mendapatkan ruang seperti sebuah MPV, pemanduan dan keselesaan seperti sedan dan kedudukan poster pemandu seperti di dalam sebuah SUV.

9. Hyundai Starex -
Harga anggaran RM150k. Hyundai Starex didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel bercas turbo.Hyundai Starex ..memang besar bagak ..boleh pangil mini bas dah..MPV Hyundai Starex yang boleh memuatkan 11 penumpang.. boleh lawan Alphard...ruang dalam dia memang mewah.. ..seat paling belakang boleh adjust kedepan dan kebelakang - ini amat menolong kalau kita ade laguage yang agak banyak...

10. Toyota Innova –
Harga baru anggaran RM102k kapasiti enjin 2.0.timing chain.Pickup mpv ni ok la. Ruang pun luas. Innova -boleh duduk kat dalam 8 penumpang..Tapi minyak la yang tak tahan tu, kuat sikit la berbanding dengan mpv yang lain. MPV ni memang laju tapi kurang stabil bila amik korner. Lagipun mpv ni guna suspension belakang jenis blade. Jadi berbuai-buai la bila korner. Enjin memang tip top. Tapi bentuknya lebih kepada oldies sikit lagi satu tak nak pening kepala maintenance murah banding brand lain, second hand value boleh tahan masih tinggi.

11. Proton Exora –
Harga anggaran RM70K Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa memang agak luas cuma 1.6 timing belt ..tidak sesuai jika dibandingkan dengan saiz Proton Exora itu sendiri beban body yang beratnya lebih kurang 1.2tan. tapi still masih boleh bawa. Setakat naik bukit takdehal lah..Kalau ambik yang H-line.. Ada LCD, DVD player, built in hands-free, 2nd and 3rd row a/c blower, leather seat, GPS dll..

12. Toyota Unser –
Harga baru anggaran RM93k..kapasiti enjin 1.8. keluasan agak besar (kalu anak ramai..memang cantekk) spare part banyak, banyak boleh upgrade..unser, cam biasalah, orang belakang nak turun, kena lipatkan kerusi depan.

13. Nissan Grand Livina –
Harga baru anggaran RM97k.Enjin berkapasiti dari1.5, 1.6 Liter sehingga 1.8 Liter sound proof bahagian dalaman memang fantastik! senyap. tapi bumbung rendah lagi sbb GL ni just like a grown-up 7 seater wagon..kira 7 orang boleh naik lah..ride comfort bagus, fuel consumption pun ok.Seat belakang sekali kecik tapi seat tengah boleh slide, jadi boleh edjust. tempat duduk belakang sempit macam alza sesuai untuk bebudak kecik.Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh dibaringkan bagi memperoleh ruang bagasi lebih luas. Kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk dengan mudah.

14. Naza Citra –
Harga baru anggaran RM84k Enjin 2.0 dan CVVT..Naza Citra ada 7 seater...Seperti diperkata orang Citra terkenal dengan kuat makan minyak terutama jalan bandar tapi kalau kat highway fuel comsumption agak reasonable. kelemahan takde air-cond belakang tapi ada sunroof so kalau panas, buka saja bumbung tu Lagi satu masalah korean car ialah second hand value. tapi sekarang rasa diganti oleh Rondo

15. Toyota Avanza –
Harga anggaran RM 77k.. Avanza 1.5 dari 1.3 adalah power. Avanza guna DOHC VVT-i.. .dari segi minyak masih ekonomikal .Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tapi Kalau compare ngan boot tak ada tempat nak isi barang kecik sangat tak leh nak shopping lebih.second hand value boleh tahan tinggi.

16. Produa Alza –
Harga anggaran RM60k..Kapasiti enjin1.5..Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tempat duduk blakang sempit sangat . Alza Walaupun enjinnya kecil, memang sesuai untuk ulang-alik pergi kerja. Yang pastinya first impression saya memang mengujakan.






4 comments:

nik said...

salam..
pndgn nik je ni.
if nak beli kete baru, blh je blh used car. sbbnya harga sgt2 berbeza walaupun usia kete tu baru setahun dua.

SHAFIDA said...

yoko nikk.... saya tkt beli hok second hand,..tkt ado punoh bendo2..duit xberapo ado...

Maz said...

sedihnya exora bkn dlm pilihan ker? sy gune innova...

shafida said...

maz: hhhehe..saya ok jer kalau exora maz..tp kawan2 suamila yang kata exora berat skit kalau nk naik bukit...body besar tapi enjin sedikit kecil..xleh nk bawa badan..allahu a'lam....

itula maz..suami saya sgt berkenankan innova tu....tp maklumlah.....kewangan terbatas...bagi saya plk..besar sgtla....yg pastinya ank2 memang selesala kan..xdela yg berkelahi lg utk idur dgn selesa dan barang2 boleh muat byk...bui yg nk dilaburpun bayakkan....

maz keluarga besar ke? maz ada brapa org anak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails