Thursday, March 22, 2012

Membentuk anak buluh

Membentuk buluh biar dari rebungnya. Selalu terdengar peribahasa ini. Begitu mencabar bila guru menerima 40 murid sekelas dan ingin mendidik mereka yang dari latar belakang yang berlainan dan seribu satu cara tarbiah dari keluarga mereka...masya Allah...memerlukan kesabaran. Gambar ini adalah diantara anak murid saya. Sangat aktif dari segi pergerakan dan juga mulut....memang memerlukan kesabaran yang tinggi..... Jom ambil gambar...melompat mereka..terus naikke pentas dan posing masing-masing....ni baru habis kelas tasmik. Buat kat dewan. Sebab bilik jqaf ditutup sementara waktu kerana akan digunakan untuk tempat vvip istirehat...maka kami rakyat-rakyat jelatapun bertebaran di serata sekolah..surau...dewan..kelas-kelas kosong...termasuk kaki lima yang kosong....sabarjelahhhh

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Lemak Meningkat di Sini


uitsss..kenapa mukaku terlampau putih..ekekekek...terlebih tampal bedak kah...hehehehe


semalam hari Ahad kan...tiba-tiba teringatkan cheese cake..huhu..selesai sahaja cik somi balik dari meetingnya jam 3.30 petang...saya terus menghulurkan cadangan.....echeh......hulur dengan lembut yee......untuk mencari barang seketul dua slices of the cheese cake atau sewaktu dengannya. Dengan segala kasih sayang cik Somi mengarahkan semua tentera nan 3 beradik mandi dan pakai baju tido. Semua anak sibuk bertanya kenapa baju tidur abah? bukanke kalau nak berjalan kena pakai baju lawa-lawa ke?
hahahahahha..lawala sangat...hahahahah.maksud mereka baju bejalanla..ni tak, baju tidur pula...dan saya tersenyum memandang abahnya..sahla perjalanan makan agin kami akan berlangsung sampai malam..yahoooooo...jerit mak nya dalam hati ...ngeh..ngeh..ngeh...

maka bermulalah kami dengan kancil kami menyusuri jalan ke Sri Gombak..nun di restoran bewarna merah darah....harap-harap regenya tidaklah mencekik darah....huhuhuhu....dan alhamdulillah..anak-anak dan emaknya boleh menjamah barang 4 slices kek yang sedap dan berlemak...mood untuk diet sudahku buang ke tengah laut.

selesai makan dan minum tiba-tiba...gulppp..apa dlm gelas tu...melekat dicelah-
celah ais....cik lalat!!!


tapi bila fikirkan ia sudah tenggelam of course dengan kesemua badan dan sayapnya...(teringat hadis pasal sayap lalat) kamipun tawakkal sahaja. malas nak besarkan masalah...kamipun berlalu dengan redha...merekapun tak sengaja


sudah kenyang dan bergumbira...cik Somi pergi membayar di kaunter..tidakku berani bertanya tentang regenya...bimbang sedih pula bila mengempiskan wallet dia... ;)
terus saya memberi idea dengan berkata.....baju adik Umar makin sukar nak di cari sekarang nie...nak beli baju baru utk Umar lerr tu.....jam menunjukkan pukul 7.30....maklum sudah..kami akan ber solat maghrib di mana-mana Petronas.....

DI STESEN PETRONAS........

selesai saya solat di ruang solat petrons, tiba-tiba baru teringat nak menjenguk arah kiblat...alalawehhh...tersalah kiblat pula..huhuhuhu...skali lagi ulangi solat yang tidak sah sebentar tadi...

terus ke gedung pakaian dekat-dekat situ....alhamdulillah...dapat baju adik Umar 5 helai untuk di bawa ke rumah pengasuh. pilih punya pilih...bayar..terus pulang. mode: keletihan mengejar Asma' yang suka menyelinap ke rak-rak barang....husss, bepeluh satu badan mama nie...

Rotavirus

Assalamualaikum semua....

bila ada anak kecil..masa berblogging pun terpaksa dikurangkan. nak tidurkan dia..nak mandikan dia, nak pakaikan baju si dia..kena letak minyak telon kat perut si dia agar tak msuk angin....sekarang saya pakai minyak musika baby punye...( hahahah,ini iklan tak berbayar) kerana minyak nonaroguy yang sanagt wangi itu sudah habis.....xtaula bila lagi nak ke booth nonaroguy....

sudah 2hari Umar demam teruk..panasnya membimbangkan saya sehingga 2 harini tidur saya tak menentu. berjaga untuk lapkan badan dan kepalanya. Umar susah nak makan ubat. kat botol doktor tulis kena makan 2.5ml ubat demam warna oren tu...huss...saya sempat bagi 0.5ml ajebila nk masukkan lagi 0.5ml ,umar terus muntah dengan banyak. habis sume susu dalam perutnya keluar.makanya terpaksalah saya guna manual iaitu: lapkan badan dan kepala dengan air ramasan pucuk daun rambutan..alhandulillah, cepat sejuknya.

tadi terbaca tentang virus yang sedang menyerang anak-anak kita di Perak dan semakin menular ke negeri lain iaitu ROTAVIRUS...serius saya risau kalau-kalau Allah nak menguji kami dengan penyakit ini, memandangkan tadi Umar muntah 2 kali dan membuang air besar sekali. walaupun tanda-tandanya belum ada..risau itu pasti ada...jadi semua moms....sila cek anak anda dan pastikan ke klinik jika bayi atau nak-anak anda mempunyai tanda-tanda ini:

* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak

Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit

* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
* Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan

terima kasih kepada blog iniye..akak copy.


Thursday, March 8, 2012

Buang lagi...

Banyak benda yang kita membazir di dunia ini...Orang di Somalia kekurangan makanan...tiada air....tiada harta dan duit juga....namun orang di Malaysia pula melimpah ruah segala-galanya....


Inipun dikira membazir juga...

Sudah expired di dalam peti ,Umar masih minum skit setiap hari.lebih kurang 3oz saja dari pagi sampai 2ptg..manalah nak di simpan kalau dah penuh 1peti...jom kita mandi susu ye harini..pokok bunga sayapun banyak dah yang jadi ank susuan...heehe


Ya Allah...bukalah selera Umar untuk minum susu dengan lebih bersemangat..semoga membesar dengan kuat dan sihat...aminnn...


Kadang-kadang saya panaskan dan berikan kepada kakaknya Asma' yang berumur 3tahun..heheheh.tapi kena bagi masa dia tidur atau mamai2 waktu malam. Kalau tak...dia akan muntah..katanya susu baby busuk..hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Menyesal

Setiap orang tentu pernah membuat satu atau dua atau berkali-kali tindakan bodoh dan merugikan diri sendiri di sepanjang hidupnya..namun...jika ia tidak menyakiti sesiapa,tiada dosa dicatit...jika ia membuat sesorang rasa sakit atau mengambil hak orang lain baru malaikat mencatat dosanya.


Walaupun tiada dosa..rasa bersalah dan malu pada diri  tetap ada..itulah yang terjadi pada diriku hari ini.


Melatih budak yanng kurang talent amat sukar. Sudah tentulah..sebabtu saya dipanggil guru..kalau dah ada talent xperlu lagi dilqtih..bukqnkah beitu.maka saya harus brsabar dengan segala karenah mereka...cuba sedaya upaya untuk mengawal perangai mereka yang semakin naik lemak bila nampak saya berbuat baik dan boleh bertolak ansur dengan mereka..saya harus dengan sabar menegur kelakuan mereka yang semakin hilang hormat pada saya....


Allahu Akbar...Allah maha besar. Semoga perjuangan saya tidak disalah ertikan oleh rakan guru yang lain..walaupun sebenarnya saya dah mula tunjukkan rasa menyampah kepada perangai budak-budak itu..


Kenapa saya malu? Kerana bila saya menunjukkan rasa tak senang kepada perangai mereka..ada rakan guru yang kagum dengan persembahan mereka...dan tiba2 murid itu menangis di hadapan perhimpunan kerana tidak dapat menyanyikan satu lagu dari cerita tersebut...membuatkan rakan guru lain kasihankan dia. Sedangkan tadi saya ada memberi komen negetif pada murid terbabit..saya rasa bersalah dan malu..kerana sudah tentu rakan guru yang lain memgatakan yang saya salah membuat penilaian..Ya Allah...memang salah saya terlanjur memberi komen dan memberitahu mereka.sepatutnya saya diamkan sahaja. Saya malu dan malu...sekarang saya buntu dan semua kerja lain tergendala.kerana saya asyik memikirkan akan hal itu.

Tak sabar mahu hari ini berlalu dengan cepat dan perkara ini hilang dari kotak fikiran saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Perempuan bernafsu 99

assalamualaikum pembuka bicara,
tengah-tengah malam saya membuka komputer,
ingin bergurindam , ingin berseloka,
agar hilang nafsu bergelore

sunnguh kata-kata orang,
tidakku tahu dari mana asalnya,
xboleh kata hadis ataupun Qaulu hukama yang sebarang,
tetapi perempuan 99 nafsu ada betulnya

memula dulu saya gilakan mesin jahit,
masa mengandung ia datang bergelora,
ingtkan bby girl dalam perut yg sempit,
keluar2 bby boy ghupenya.

gilakan breast pumps setelah itu,
mata kelabu tgk pam di internet,
tgk harga memang garu kepala yang tak berkutu,
bila dah dapat 1, senyumpn meleret-leret.

2minggu lepas datang cina ke sekolah,
dia ambik tempahan kasut
rege mahalpun ada yang tetap tempah,
oh kasut but......aku terpaut

gila plk saya dengan botol breastmilk storage,
suami baik diturunkannya juga,
banyak kedai baby saya jaje,
akhirnya dapat jua cap antumzz punye.
siap dgn cooler bag & plastic liner pula.
of coure budgetpun berganda2 lebihnya..... :(

lepas botol kini sekali lagi gila...
ada ke gian nak beli breast pump yang manual pula,
dengan manual avent sudah jatuh chintaaa ,
nengokkan harganya cuma rm 182....... (huhuuhuhuuhuh)
ditambah dgn senang nak pasangnya,
,xperlu cari plug, boleh guna di mana jua
sbb yg hubby beli tu elektrik dan batry punye.

malam ini sekali lag salahkan mata....
buka facebook terlihat abaya,
lawa sungguh fesyen A cut punya
waduh regenya mencecah dua ratus duit malaysia.

sungguh nafsu 99 ada pada ku...
nasib baik tak mengigau-ngigau
dah puas di pujuk hati kecilku
tak semua yg kita nak,kita boleh cekau
engkau bukn donald trumph pnya anak angkat tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

huhuuhuhuhuhuh...
semoga Allah melindungi saya dari keburukan2 kehendak-kehendak saya yang tidak putus ini...aminnnnnnn




Thursday, March 1, 2012

Pertandinga MTQ peringkat sekolah

Hari oertandingan kian dekat...saya ditugaskan untuk membuat teks dan melatih murid perempuan untuk bercerita..well...as always la kan...every year.muka saya aje kalau latih murid bercerita mtq. Tambahan saya memang minat benda krwatif mcm gubah lagu guna irama lqgu2 lamani...


Tadi baru dapat tqngkqp 3murid peremouqn.sorang darjah 6,2orang lagi darjah 5.so far...saya belum menilqi mereka secara terperinci utk dijadikan satu-satunya calon untuk membawa cerita tersebut.


Bestnya kalau dapat calon yang berpakaj lengkap,boleh bercerita,pandai membuat gaya,ada suara untuk menyanyi sekali.husss.


harap-harap saya boleh melatih mereka untuk membawa cerita siti khadijah dengan baik...risau juga...kalau dapat murid bagus tapi cerita yang saya karang hampeh...tak kemana jugakan..


Doakan untuk kejayaan murid-murid kami...yang lebih merisaukan lagi sekolah saya menjadi tuan rumah umtuk pertandingan Majlis Tilawah alQuran untuk tahun ini nanti.Guru Besar dah menyebut...malulah kita jika sorangpun peserta dari tuan rumah tudak ada yang berjaya ke peringkat kebangsaan...hussss...saya kena gigih nie...


Esok akn saya titipkan berita terbaru mengenai latihan bercerita kami.harapnya murid-murid itu dapat menghafal barang dua tiga perenggan untuk dilatih nada gaya dan tone deringan lagu esok hari.heheheheh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails