Thursday, March 8, 2012

Menyesal

Setiap orang tentu pernah membuat satu atau dua atau berkali-kali tindakan bodoh dan merugikan diri sendiri di sepanjang hidupnya..namun...jika ia tidak menyakiti sesiapa,tiada dosa dicatit...jika ia membuat sesorang rasa sakit atau mengambil hak orang lain baru malaikat mencatat dosanya.


Walaupun tiada dosa..rasa bersalah dan malu pada diri  tetap ada..itulah yang terjadi pada diriku hari ini.


Melatih budak yanng kurang talent amat sukar. Sudah tentulah..sebabtu saya dipanggil guru..kalau dah ada talent xperlu lagi dilqtih..bukqnkah beitu.maka saya harus brsabar dengan segala karenah mereka...cuba sedaya upaya untuk mengawal perangai mereka yang semakin naik lemak bila nampak saya berbuat baik dan boleh bertolak ansur dengan mereka..saya harus dengan sabar menegur kelakuan mereka yang semakin hilang hormat pada saya....


Allahu Akbar...Allah maha besar. Semoga perjuangan saya tidak disalah ertikan oleh rakan guru yang lain..walaupun sebenarnya saya dah mula tunjukkan rasa menyampah kepada perangai budak-budak itu..


Kenapa saya malu? Kerana bila saya menunjukkan rasa tak senang kepada perangai mereka..ada rakan guru yang kagum dengan persembahan mereka...dan tiba2 murid itu menangis di hadapan perhimpunan kerana tidak dapat menyanyikan satu lagu dari cerita tersebut...membuatkan rakan guru lain kasihankan dia. Sedangkan tadi saya ada memberi komen negetif pada murid terbabit..saya rasa bersalah dan malu..kerana sudah tentu rakan guru yang lain memgatakan yang saya salah membuat penilaian..Ya Allah...memang salah saya terlanjur memberi komen dan memberitahu mereka.sepatutnya saya diamkan sahaja. Saya malu dan malu...sekarang saya buntu dan semua kerja lain tergendala.kerana saya asyik memikirkan akan hal itu.

Tak sabar mahu hari ini berlalu dengan cepat dan perkara ini hilang dari kotak fikiran saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

SHAFIDA said...

Tadi saya panggil budaktu...talk heart to heart..dia kata dia nanges sbb terlalu menghayati dan sebak bila nak menyanyikan kagutu..perlukah saya ketawa.....saya twrmenung sendirian...

SHAFIDA said...

Masih dalam penelutian..antara mereka bertiga..siapakah yang layak untuk menyertai pertandingan MTQ 21/3 ini nanti

shafida said...

akhirnya keputusan MTQ..kalah..hahahahah..nak tahu sebabnya :

KP sek saya silap bagi tajuk tahun 211 punya..huhuhuhuuhhuhu

nak menangispun ada, nk ketawa pun ada....

apa2pun itulah pengalaman.. tahun depan saya tetap bersemangat untuk cipta teks bercerita dan melatih budak lagi..seronok karang lagu untuk cerita.hehehhehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails