Monday, July 30, 2012

CAPEkkkkk

Sungguh Canggih dan sistematik sekali dasar pendidikan negara mutaakhir ini...semuanya sudah ISO...terbaru diperkenalkan....SPSK...Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti..

Semuanya kena ada bukti bercetak..berfail keras..nampak gayanya kerajaan bersyak wasangka akan tugas guru yang kononnya goyang kaki sahaja...ada masa rehat (relif time) yang boleh bersembang sembang.gelak2 tiada kerja..bila cuti tiba mereka rasa tak sedap hati melihat guru yang kononnya horay-horay. maka mereka berikan kerja baru...SPSK ..merwka tak tahu sebeban kerja2sekolah.cikgu cikgi terpaksa angkut ke rumah...mana nak layan anak..suami..family.

terbaru juga guru diberi tugas baru mengukur setiap inci bangunan dan kawasan dalam sekolah...nama programnya....daftar aset tak alih..maka gurupun mula memegang pita ukur dan belajar serba sedikit ilmu kejuruteraan...untuk mengukur dan melakarkan plan bangunan yang dipertanggungjqwabkan...bimbang akan ketidakeandahan/keingkaran guru kepada tugas...maka pihak atasan mengeluarkan sijil khas kepada guru atas tanggungjawab yang diperturunkan...sokong membawa rebahlah kepada guru-guru seantero negara.

bebanan kerja yang berlebihan sehingga kepada tugas bukan mengajarpun diberikan kepada guru...macammana guru mahu konsentrat kepada tugas major iaitu mendidik dan membangunkan akhlak murni murid-murid....

sekarang memang kami tak menang tangan...untuk memyelesaikan pelbagai tugasan yang diberi..sedikit sebanyak tugas mengajar....menasihat dan mendidik akhlak terpaksa kami ketepikan dahulu..kerana selalu diberi due date untuk tugasan..kadang kala PPD hendak datang memantau sistem failling..keceriaan bilik khas..merekod alatan bbm yang baru sampai..nak dilupuskira...nombor siri...cop mengecop dan banyak lagi....dan sebagainya....semua itu sudah menjadi tugas guru.tetap dan berpencen.

akhir sekali...kami dihidangkan dengan kenaikan pangkat yang paling lambat berbanding pekerja kerajaan yang lain...guru tidak boleh merotan..menyentuh apalagi mendenda murid..sekarang sudah ada pula sistem murid memberi penilaian markah kepada guru!!!!! sungguh canggih sekali sistem yang kita guna..sekarang guru tiada kuasa untuk memarahi murid..bahkan murid have the power to put gred to their teacher...bagaimanalah bentuk anak-anak yang akan datang....sama-samalah kita renungkan..

kawan saya ada cara tersendiri untuk releasekan tention dari beban kerja yang banyak dan menyesakkan dadanya...nk tengok??? ni dia..koleksi beg berjenamanya...saya boleh tengok aje...tengokpun buat hati gumbira....sekurang2nya udah terubat sedikit keletihan kerja


couch rm1000


Bonia...rm5++


Sembonia rm 4++


jam.tangan CK.rm4++ kot(lupa dah)

dan yang akan dihantar oleh posmen esok...jeng..jeng...jeng.


coach...rm6++

itu beg yang sempat saya ambik pic...yang saya terlepas banyak lagi...rasanya ada 4bijik lagi begnya yang berharga rm4++-6++.. senang hatikan....melihat beg-beg itu..itu koleksi untuk tahun ini sahaja..entah berapa bijik lagi tuan dia akan beli untuk habiskan sehingga bulan 12 ni...hihihi...
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails