Wednesday, March 20, 2013

SUKAN PASTI 2013

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Bersiaran pada pkul 3.19 am. Kakak Fqihah deman panas. Entah mengapa. Mungkin tongsilnya bengkak. Sudah 2 hari kakak faqihah batuk-batuk kecik. Hari ini batuknya semakin kuat beserta kahak sekali. Saya risau bila tgk dia demam.

Mata dah tak mengantuk. Maka saya nak upload beberapa pics semasa hari sukan Pasti ahad lalu. Kira berita dah basi nie.

Di sana ku lihat hijau nan besar. Sungguh Gah sekali. Sejuk mata memandang. Semasa hari kejadian saya terserempak dengan dengan anak murid. Yang seronoknya dia pernah bagitau emaknya kuat UMNO. Siap cakap dengan saya "emak saya kata Anuar punya rancanganlah orang sulu serang Lahad Datu tu" Ternyata dalam bencikan PAS dan PKR, emaknya tetap memilih PASTI untuk pendidikan awal anaknya sendiri. Alhamdulillah.

Ada juga emak emak yang togel kepalanya. Kurang kemaluan sungguh mereka ya ....sekolahkan anak di pusat asuhan Islam, 100% yg datang berhijab. Dia datang togel wal ketat bajunya. Macam-macam orang ada. Tapi Alhamdullah juga. Mereka mengakui kebagusan sistem pendidikan awal Islam juga yang terbaik. Moga Anaknya dapat berdakwah kepada emaknya suatu hari nanti. Insya Allah.

Si Asma' pula dengan mukanya yang masam. Humm. Sebijik mengikut pesen saya waktu kecil. Tak pernah senyum kat orang. Trade mark saya lertu. Tak main banyak permainan pun. Dapat r 1 medal. Bolehla buat obatt. Baru 4 tahun kan.

Ok. Moga. Dapat jumpa di lain hari. Wassalam.









Sunday, March 17, 2013

BELI VITAMIN ?

Assalamualaikum.. berjumpa semula sidang pencari maklumat dan blogger sekalian.

Baru tadi saya berbual di alam maya bersama kawan lama saya se sekolah menengah dahulu. Perbualan kami berkisarkan suppliment untuk kesihatan badan.

Duit lagi kan.... hurm...anak nak sekolah... nak tuition..nak beli macam macam. Kitapun nak macam -macam juga.. bila difikirkan memang akan rasa "nantilah dulu".... begitu juga dengan saya. Tapi kalau tak mmbeli suppliment pun akan habis jgk duittu ke tempat lain..maybe yang xberfaedah. Baik beli suppliment utk kita. Kita makin tua, kalsium penting. Paling malaspun kalau dah xlalu nak telan susu, ambil aja kalsium @ vit c.

Di dalam fb saya terjumpa kawan share keratan akhbar brkenaan lambakan vit c yang tidak berdaftar di pasaran. Yang sudah tentu tiada cop KMM. Berbahaya tu.

Kepada kawan-kawan sekolah sayang yang giat makan rumpai laut memang akan tercari-cari vit c utk mem power kan lagi penyerapan rumpai laut aka kolegen ituw, namun di ingatkan agar cek dahulu status nya. Ada cop KMM tak? Bimbang kalau2 bahan lain yang beracun nanti. Cantik entah ke mana, penyakit pula yang kena.

Untuk jumlah vic c yang ok bagi tubuh bolehlah ke sini. Jangan overdose pula. Biasalah...benda buatan manusia, tentu ada side effect nya kalau mkan tak ikut jumlah yang betul...

Vit c ni puka ada banyak jenis.. sintetik. Ekstrak buah sebenar dan organik.. kalau nak tahu..sila lah tanye prof google ye... ilmu di hujung jari anda...

Semoga beroleh manfaat.....

ASSALAMUALAIKUM...

P/S: ni tiada kaitan dgn vit c ye. Tp mereka mmg pemakan tegar rumpai laut aka kolegen.

HARINI KAMI ADA MESYUARAT PIBG DI SEKOLAH.. GURU DIKEHENDAKI MEMAKAI  BAJU BADAN KEBAJIKAN GURU (BKG) WARNA KELABU... SAYA AJER YANG SEMPOI..KAWAN LAIN..HUSSSS SULAM ADO...TAMPAL BUNGEE DAN REBEN PUN ADO..KERAWANG PUN ADO...

di bawah saya paste kan antara 3 top three yang menang pencalonan paling rajin menampal..heheheheh..saksikan.

Saya suka bungee warna pink sweet dan soft aje.

Wednesday, March 13, 2013

KURANG KASIH SAYANG?

Assalamualaikum semua. Semoga pembaca semua dalam lindungan Allah selalu. Berhati-hatilah dalam melangkah. Fikir dahulu apa tujuannya. Agar langkah kita tidak sia-sia jika tiba-tiba sahaja Allah ambil nyawa.

Berbalik kepada tajuk di atas... saya petik dari fb: pakar Psychology, kata mereka orang yang kuat marah, selalu dan mudah marah adalah orang yang kurang mendapat kasih sayang. Mungkinkah....

Hummm..saya seorang yang senang marah. Iya...;) ayah saya memang seorang yang sangat garang semasa kami kecil-kecil dahulu. Kalau dipukul memang tak main-main. Di dalam kereta kami adik beradik memang tidak buat bising. Bila ayah tidur, kami berjalan menjinjing kata orang.. bukan anjing.. tapi ber tip toe...takut ayah tersedar dan akan marah.

Bila tiba waktu maghrib kami akan mandi dan bersedia solat magrib. Ayah pergi masjid. Bila bunyi aje motor ayah balik dari jauh, berlari kami mengambil quran dan mengaji dengan sura yang kuat. Baca kena kuat kalau tak, "kena" juga. Time mengadap ayah untuk revise bacaan adalah situasi yang paling mengecutkan perut. Redha dan pasrah sahaja.

Satu perkara yang saya amat arif dan paham serta mesti berjaga-jaga adalah pada waktu ayah hendak menggunakan bilik air. Saya dan kaklong akan  menjauhi kawasan bilik air, malahan ruangan dapur ( kerana tandas berada dibkawasan dapur). Kami arif benar, ayah tidak suka kalut-kalut, org kelantan sebut "gele₩ak" berebut dengan dia untuk masuk tandas. Kerana pernah terjadi insident kepada kaklong yang dilibas dengan wayar getah air kerana sibuk nak masuk tandas bila ayah nak masuk . Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila ingin ke tandas.

Tetapi adakah saya kurang kasih sayang? Rasanya tidak. Ummi masih bersama kami bila kami memerlukan. Ummi selalu menasihati kami bila kami dimarahi ayah dan menyayangi kami. Maka saya simpulkan orang yang pemarah sebenarnya terikut-ikut akan ketidak sabaran penjaganya dahulu.

Sebagai contoh, kami dulu jika ayah hendak kan sesuatu, dengan segera kami akan mencari walaupun arahannya kepada umi. Kami risau kalau-kalau ummi akan dimarahi ayah kalau lambat jumpa. Emosi itu kekal di dalam hati kami. Bila saya menyuruh anak-anak atau suami mendapatkan sesuatu, saya maksudkan right now, bukan 2minit kemudian dan bukan esok. Apa akan jadi bila mereka tidak faham akan kehendak saya, saya memendam dan berlarutan 2,3,4hari bahkan seminggu sehinggalah ia dilakukan.

Saya juga cepat angkat tangan pada anak-anak sekarang. Saya tak boleh menyalahkan cara didikan ayah dulu, tetapi ia bagaikan melekat dan menghantui saya. Kadang-kadang saya cuba melepaskan kepada suami. Suami akan cool kan saya. Huhuhu..terima kasih suamiku.

Namun dalam Islam telah diajarkan cara menundukkan rasa marah.
1. Menyebut Astaghfirullah hal azim.

2. Kalau tengah berdiri, sila duduk. Kalau sedang duduk, kena baring. Ini untuk merendahkan api syaitan yang sedang membakar kita. Kalau saya maraklhkan anak, memang saya akan baring, ini boleh slowkan kemarahan saya dan nak bangun untuk tibai ank pun lambat sikitkan...hahahaha

3. Mengambil wuduk. Kerana marah adalah dari syaitan. Syaitan dibuat dari api.sebab itu kita rasa panas bila tengah marah. Air wuduk yang KHUSYUK  dapat mematikan api kemarahan. Dengan syarat kena khusyuk ye masa ber wuduk. Kalau xkhusyuk xjadi jgk (ini pengalaman saya)

4. Ingat semula...anak-anak hanaya pinjaman. ALLAH PINJAMKAN SEKETIKA. KALAU Nak ambil semula kita tiada kuasa unyuknmenahannya. Maka barang pinjam kena jaga elok-elok. Kalau dah di ambik balik menyesal tidak sudah ;) (untuk diri ini yang selalu naik angin bila anak2 nakal)

Ahli psychology juga ada memberikan pendapat cara meredakan kemarahan.

1. Atur pernafasan dan bernafas dengan perlahan. Selalunya kalau kita marah, darah kita akan laju menyebabkan jantung berdegup kencang. Cuba perlahankan pernafasan. Tarik nafas panjang dan hembus... macam orang tarik nafas kelegaan. In sya -ALLAH kita akan rasa lapang dan ringan sedikit.

2. Berlalu buat seketika. Bila marah, tinggalkan dulu tempat itu. Ke dapur ke atau ke halaman rumah. Bagi emosi tenang sikit baru masuk balik dan hadapi situasi itu dengan tenang.

3. Makan benda manis seperti coklat kerana mengikut kajian, benda manis dapat memberi ketenangan kepada emosi.

4. Menenangkan saraf. Boleh dilakukan dengan cara meminum teh atau melihat dan menghidu harumnya bunga bungaan.

5. Cuba ketawa (ini saya tak boleh buat. Kalau dah marah bagaimana ada rasa nak ketawa.huhu) mengikut kajian, ketawa boleh mengubah emosi kita serta merta kepada cool. Cubalah....

Tetapi jquh di sudut hati saya, walupun kita divesarkan dalam keadaan begitu, kita diberikn allah aqal yang waras untuk berfikir baik buruk kesan dari nafsu amarah kita terhadap orang sekeliling lebih2lgi kepada anak-anak. Adakah kita mahu anak-anak membesr dan menjadi clin kita di masa hadapan??? Tidak bukan.

Iya..saya tak mahu anak-anak menjadi  pemarah dan cepat tangan seperti saya. Saya mahu anak -anak menjadi orang yang penyabar dan rasional bila marah. Maka bagaimana???? Kita harus berubah agar anak-anak akan menjadi clon yang mempnyai nilai2 penyabar juga....

ُ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ 
  Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"-hadis sahih muslim

Panjang sungguh celoteh saya pagi ini. Tiada kelas. Baru habis kelas relief...rehatlah sekejap. Ok..semoga berjumpa lagi ke rakan2. Jangan segan silu melontarkan komen. Kerana saya ingin mendengar pendapat sahabat sekalian

Budak di bawahni sangat garang...bimbang juga saya kalau dia terlebih garang dari saya...semoga menjadi wanita solehah penyejuk mata mama abah,suami dan keluarga nanti..amiinnn

Monday, March 11, 2013

PANAS

Semua panas ..
Semalam hari panas ke dunia. Sudahnya sedikit aje anak buat salah...marahnya duhai macam anak buat salah yang besar.. kasihan anak-anak kami.
Kakak Faqihah kena marah dengan saya sebab dia nak saya teman di menghafal. Nak saya tick kan hafalan dia. Saya pula baru sahaja nak merehatkan tumit dan betis kaki yang sakit selepas berbaris di dapur menyediakan makan malam..echeh......sedialah sangat. Sebenarnya banyak tention kerana kuah ikan percik saya hangus gara-gara melayan si umar yabg meragam.
Suami pula melihat muaz buat latuhan matematiknya. Aduhai  muaz....rupanya dia sangat lemah dalam matematik. Operasi tambah dan  tolak masih sangat lemah. Muaz belum memahami apa itu kedudukan sa, puluh dan ratus. Masya Allah ...kesabaran ayahnya pun teruji jua. Last sekali ayahnya suruh dia naik tido..
Maka kami tidur kepenatan emosi kerana kegeraman. hati saya terselit  rasa bersalah kepada kakak Faqihah semalam. Pagi tadi saya peluk anak2 masa kejutkan mereka untuk mandi.dan cakap kami sayangkan mereka.. sebab tu kami marah kalau mereka tak bersungguh-sungguh dakam pelajaran. Entah mengapa air mata saya mudah tumpah ketika itu..saya kucup dahi anak-anak dan meminta maaf kepada Faqihah kerana menyakiti nya malam tadi.. ;) saya harap anak-anak tidak mendapat keburukan dari perangai saya yang tidak sempurna ini.
Anak-anak maafkan mama yang selalu tak dapat melayan semua karenah kalian. Mama mudah penat dan sakit urat ;(
Cuti sabtu ahad ni saya bercadang mahu mengajar muaz matematik dari peringkat asas lagi. Walaupun esok saya ada sekolah ganti... moga-moga allah kurniakan tenaga...masa... dan ketenangan serta idea kepada saya untuk mengajar abang Muaz...amminnn.
P/s: sesiapa ada cadangan tak cara termudah nak bagi ank semangat dan minat dengan matemati ni?

CIS KUTU!!!

ASSALAMUALAIKUM

maaf kerana tajuknya agak biadap. "cis" berada di permulaan tajuk...ingin menunjukkan kegeraman.

Kenapa? Sebabnya kepala saya sudah terasa kegatalannya...ingatkan kelmumur menyerang, rupanya kutu sudah bertandang..dah beranak pinak agaknya.

Dah seminggu saya lihat faqihah pakai tudung herot berot. Rambut tersembul ke luar. Katanya gatal kepala. Semalam dia tunjukkan kepalanya. Ada kudis katanya. Bila di selak....masya Allahhhhhhhh..... penuh telur kutu..selak lagi, anak-anak kutu bertempiaran lari.. patutla kepala sayapun gatal rupanya dah berjangkit.

Serta merta teringatkan Faqihah yang setiap hari tidur di sekolah pada waktu rehat tengahari di sekolahnya. Mesti berjangkit dengan kawan-kawan pra dua nya. Mendidih betul bila kepalaku juga terasa merenyam..sudah tentu kutu2 itu sudah mula bertelur dan menetas atas kepalaku ... uwawawawa..tiba2 naik meremang bulu romaku...

Malam tadi saya mulakan projek me "nyah" kan si kutu itu. Nasib baik ada kapur ajaib. Kapur ini elok untuk semut, lipas dan kutu. Mengikut testimoni kawan yang guna, kalau kepala berkutu, goreskan saja di kulit kepala dan di atas rambut. Nescaya kutu akan panas dan akan naik ke permukaan rambut. Ada yang mati tergolek. Bila Sikat mesti jatuh punye.

Malam tadi memang nampak banyak ibu-ibu serta anak-anak kuru naik ke permukaan. Tapi tak mnang tanganlah saya nak mengutip dan "menindas" ke semuanya. Saya ambil serkup dan biarkan mereka di dalam tu. Insya Allah dengan kapur ajaib ini terus kutu pun akan jadi hampas. Malam ini saya akan buat lagi.

Bagaimana dengan kepala saya. Sape yang nak tolong goreskan kapur? Huhuhu..nampaknya tengahari ini rambutku terpaksa ku potong pendek. Dah tak tahan gatalnya lebih-lebih lagi bila pakai tudung dan dalam serkup. Huhuhuhu...

Jagalah kau kutu..aku perangi kau habis habisan.

Menindas: tenyeh dengan kuku sampai bebunyi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails