Monday, March 11, 2013

PANAS

Semua panas ..
Semalam hari panas ke dunia. Sudahnya sedikit aje anak buat salah...marahnya duhai macam anak buat salah yang besar.. kasihan anak-anak kami.
Kakak Faqihah kena marah dengan saya sebab dia nak saya teman di menghafal. Nak saya tick kan hafalan dia. Saya pula baru sahaja nak merehatkan tumit dan betis kaki yang sakit selepas berbaris di dapur menyediakan makan malam..echeh......sedialah sangat. Sebenarnya banyak tention kerana kuah ikan percik saya hangus gara-gara melayan si umar yabg meragam.
Suami pula melihat muaz buat latuhan matematiknya. Aduhai  muaz....rupanya dia sangat lemah dalam matematik. Operasi tambah dan  tolak masih sangat lemah. Muaz belum memahami apa itu kedudukan sa, puluh dan ratus. Masya Allah ...kesabaran ayahnya pun teruji jua. Last sekali ayahnya suruh dia naik tido..
Maka kami tidur kepenatan emosi kerana kegeraman. hati saya terselit  rasa bersalah kepada kakak Faqihah semalam. Pagi tadi saya peluk anak2 masa kejutkan mereka untuk mandi.dan cakap kami sayangkan mereka.. sebab tu kami marah kalau mereka tak bersungguh-sungguh dakam pelajaran. Entah mengapa air mata saya mudah tumpah ketika itu..saya kucup dahi anak-anak dan meminta maaf kepada Faqihah kerana menyakiti nya malam tadi.. ;) saya harap anak-anak tidak mendapat keburukan dari perangai saya yang tidak sempurna ini.
Anak-anak maafkan mama yang selalu tak dapat melayan semua karenah kalian. Mama mudah penat dan sakit urat ;(
Cuti sabtu ahad ni saya bercadang mahu mengajar muaz matematik dari peringkat asas lagi. Walaupun esok saya ada sekolah ganti... moga-moga allah kurniakan tenaga...masa... dan ketenangan serta idea kepada saya untuk mengajar abang Muaz...amminnn.
P/s: sesiapa ada cadangan tak cara termudah nak bagi ank semangat dan minat dengan matemati ni?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails