Wednesday, March 13, 2013

KURANG KASIH SAYANG?

Assalamualaikum semua. Semoga pembaca semua dalam lindungan Allah selalu. Berhati-hatilah dalam melangkah. Fikir dahulu apa tujuannya. Agar langkah kita tidak sia-sia jika tiba-tiba sahaja Allah ambil nyawa.

Berbalik kepada tajuk di atas... saya petik dari fb: pakar Psychology, kata mereka orang yang kuat marah, selalu dan mudah marah adalah orang yang kurang mendapat kasih sayang. Mungkinkah....

Hummm..saya seorang yang senang marah. Iya...;) ayah saya memang seorang yang sangat garang semasa kami kecil-kecil dahulu. Kalau dipukul memang tak main-main. Di dalam kereta kami adik beradik memang tidak buat bising. Bila ayah tidur, kami berjalan menjinjing kata orang.. bukan anjing.. tapi ber tip toe...takut ayah tersedar dan akan marah.

Bila tiba waktu maghrib kami akan mandi dan bersedia solat magrib. Ayah pergi masjid. Bila bunyi aje motor ayah balik dari jauh, berlari kami mengambil quran dan mengaji dengan sura yang kuat. Baca kena kuat kalau tak, "kena" juga. Time mengadap ayah untuk revise bacaan adalah situasi yang paling mengecutkan perut. Redha dan pasrah sahaja.

Satu perkara yang saya amat arif dan paham serta mesti berjaga-jaga adalah pada waktu ayah hendak menggunakan bilik air. Saya dan kaklong akan  menjauhi kawasan bilik air, malahan ruangan dapur ( kerana tandas berada dibkawasan dapur). Kami arif benar, ayah tidak suka kalut-kalut, org kelantan sebut "gele₩ak" berebut dengan dia untuk masuk tandas. Kerana pernah terjadi insident kepada kaklong yang dilibas dengan wayar getah air kerana sibuk nak masuk tandas bila ayah nak masuk . Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila ingin ke tandas.

Tetapi adakah saya kurang kasih sayang? Rasanya tidak. Ummi masih bersama kami bila kami memerlukan. Ummi selalu menasihati kami bila kami dimarahi ayah dan menyayangi kami. Maka saya simpulkan orang yang pemarah sebenarnya terikut-ikut akan ketidak sabaran penjaganya dahulu.

Sebagai contoh, kami dulu jika ayah hendak kan sesuatu, dengan segera kami akan mencari walaupun arahannya kepada umi. Kami risau kalau-kalau ummi akan dimarahi ayah kalau lambat jumpa. Emosi itu kekal di dalam hati kami. Bila saya menyuruh anak-anak atau suami mendapatkan sesuatu, saya maksudkan right now, bukan 2minit kemudian dan bukan esok. Apa akan jadi bila mereka tidak faham akan kehendak saya, saya memendam dan berlarutan 2,3,4hari bahkan seminggu sehinggalah ia dilakukan.

Saya juga cepat angkat tangan pada anak-anak sekarang. Saya tak boleh menyalahkan cara didikan ayah dulu, tetapi ia bagaikan melekat dan menghantui saya. Kadang-kadang saya cuba melepaskan kepada suami. Suami akan cool kan saya. Huhuhu..terima kasih suamiku.

Namun dalam Islam telah diajarkan cara menundukkan rasa marah.
1. Menyebut Astaghfirullah hal azim.

2. Kalau tengah berdiri, sila duduk. Kalau sedang duduk, kena baring. Ini untuk merendahkan api syaitan yang sedang membakar kita. Kalau saya maraklhkan anak, memang saya akan baring, ini boleh slowkan kemarahan saya dan nak bangun untuk tibai ank pun lambat sikitkan...hahahaha

3. Mengambil wuduk. Kerana marah adalah dari syaitan. Syaitan dibuat dari api.sebab itu kita rasa panas bila tengah marah. Air wuduk yang KHUSYUK  dapat mematikan api kemarahan. Dengan syarat kena khusyuk ye masa ber wuduk. Kalau xkhusyuk xjadi jgk (ini pengalaman saya)

4. Ingat semula...anak-anak hanaya pinjaman. ALLAH PINJAMKAN SEKETIKA. KALAU Nak ambil semula kita tiada kuasa unyuknmenahannya. Maka barang pinjam kena jaga elok-elok. Kalau dah di ambik balik menyesal tidak sudah ;) (untuk diri ini yang selalu naik angin bila anak2 nakal)

Ahli psychology juga ada memberikan pendapat cara meredakan kemarahan.

1. Atur pernafasan dan bernafas dengan perlahan. Selalunya kalau kita marah, darah kita akan laju menyebabkan jantung berdegup kencang. Cuba perlahankan pernafasan. Tarik nafas panjang dan hembus... macam orang tarik nafas kelegaan. In sya -ALLAH kita akan rasa lapang dan ringan sedikit.

2. Berlalu buat seketika. Bila marah, tinggalkan dulu tempat itu. Ke dapur ke atau ke halaman rumah. Bagi emosi tenang sikit baru masuk balik dan hadapi situasi itu dengan tenang.

3. Makan benda manis seperti coklat kerana mengikut kajian, benda manis dapat memberi ketenangan kepada emosi.

4. Menenangkan saraf. Boleh dilakukan dengan cara meminum teh atau melihat dan menghidu harumnya bunga bungaan.

5. Cuba ketawa (ini saya tak boleh buat. Kalau dah marah bagaimana ada rasa nak ketawa.huhu) mengikut kajian, ketawa boleh mengubah emosi kita serta merta kepada cool. Cubalah....

Tetapi jquh di sudut hati saya, walupun kita divesarkan dalam keadaan begitu, kita diberikn allah aqal yang waras untuk berfikir baik buruk kesan dari nafsu amarah kita terhadap orang sekeliling lebih2lgi kepada anak-anak. Adakah kita mahu anak-anak membesr dan menjadi clin kita di masa hadapan??? Tidak bukan.

Iya..saya tak mahu anak-anak menjadi  pemarah dan cepat tangan seperti saya. Saya mahu anak -anak menjadi orang yang penyabar dan rasional bila marah. Maka bagaimana???? Kita harus berubah agar anak-anak akan menjadi clon yang mempnyai nilai2 penyabar juga....

ُ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ 
  Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"-hadis sahih muslim

Panjang sungguh celoteh saya pagi ini. Tiada kelas. Baru habis kelas relief...rehatlah sekejap. Ok..semoga berjumpa lagi ke rakan2. Jangan segan silu melontarkan komen. Kerana saya ingin mendengar pendapat sahabat sekalian

Budak di bawahni sangat garang...bimbang juga saya kalau dia terlebih garang dari saya...semoga menjadi wanita solehah penyejuk mata mama abah,suami dan keluarga nanti..amiinnn

2 comments:

Anonymous said...

ish2 bengkeng sungguh relek n cool

SHAFIDA said...

HENG, MASO TU MU KECIK LG...MEME XPERNAH TAHU SEBEKENG TU AYAH MU. HAHHAAHHA TAPI SEKARANG K,DA NAPOK XBEKENG LANGSUNG DGN ANAK 2 BINI DIA. ;(

DGN BINI DIAPUN XMCM DGN UMI DULU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails