Assalamualaikum....
Semalam anak mendapat jajan dari guru kelasnya. jajan dalam hamper . Suka betul budak budak bila di beri hadiah oleh gurunya..sekilas pandang gsmbar depan jajan seiras gambar tiger coco crunch tu.
Maka sebelum saya membuka jajan saya skodeng logo halal di plastik depannya. Alahai.... tiada logo halal la pula.. sah-dah dari syarikat cina. Dan bulatan untuk logo halal ada tapi di dalamnya di lukis bunga raya laaaaa.....mana pergi logo halal?
Saya memujuk Asma' untuk buang jajan ituw.. mju r memang anak-anak dah terbiasa dengan memerhatikan dahulu logo halal sebelum membeli makanan di pasaraya. Alhamdulillah...dia dengar kata. Kalau tak haru juga mahu memujuk untuk digantikan jajan lain.
Cerita pasal hadiahni....Alhamdulillah...semalam abang Muaz imtihan ( peperiksaan bacaan alQuran juzuk 39) lulus juga akhirnya walaupun hanya dapat Maqbul. Bolehla. Kasihan saya dengan abang Muaz.. ketinggalan jauh dari adiknya Faqihah... risau kalau-kalau abang rendah diri. Terima kasih kepada Pak Long ( mudir/gur u besar) kerana menaikkan semangat abg Muaz dengan memberi hadiah duit.
Sukahati betul Abg Muaz balik rumah semalam. Tidak sabar dia menunjukkan sampul surat yang dia buat sendiri untuk membungkus duit hadiah Pak Long itue. Alhamdulillah. Kalau lah saya berpeluang untuk berjumpa dengan Pak Long, saya ingin saya ucapkan terima kasih kerana memembuatkan anak saya rasa dihargai dan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan pengajiannya kepada juzuk 29.
P/s: semalam saya bermimpi dapat bercuti di sebuah challet. Yang lebih menyeronokkan lagi..udang galah besar-besar datang merangkak menyerah diri untuk dibakar..wah...manisnya bila ia dipanggang dan di ratah..waaaa
Dan mimpi itu membuatkan saya keras mata. Mula berfikir tentang kesihatan diri. Sejak akhir akhir ini, saya tak sihat;selsema, sehingga sakit semua gusi gigi dan urat. Trasa bahagian pinggang dan rahim berdenyut, panas dan membengkak. Ya Allah...berilah aku kesihatan yang baik dan jauhilah aku dan keluargaku dari segala penyakit.
Mengenangkan susur galur keluarga yang ada sejarah ketumbuhan rahim dan otak... (nauzubillah) terfikir adakah kesakitan ini permulaannya..saya pejam mata dan berdoa agar semua itu dihindarkan dari saya dan keluarga. Saya masih ingin menambah zuriat. Adakah saya perlu cuba sekarang memandangkan makin lama risiko mkin banyak. Kalau lah saya terlambat dan ditakdirkan saya diuji dengan penyakit seperti nenek dan emak saya dulu... mungkin tiada peluang untuk saya mendapat cahaya mata lagi.
Ish......merepek betul saya ni kan....tapi saya dah mula memikirkan tentang having another baby....alahai...Umar baru 1 tahun 4bulan....pray for the best to Allah
Antar logo halal yg dipercayaidan digunakan hibgga akhir2 akhir ini
No comments:
Post a Comment