Friday, January 3, 2014

SUKA DUKA TAHUN BARU

Alhamdulillah masih bernafas di tahun baru. 1/1/2014.... adakah semua orang bahagia bila menyambut tahun baru? Tentu sekali ada juga yang masih berduka ...sedang berduka...baru mula berduka..

Kenalan saya dari alam blogger masih berduka kerana ank perempuan yang disayanginya masih lagi lumpuh seluruh badan dengan kerosakan bahagian otak selepas koma semasa bersalon ank kedua pertengahan tahun 2013 yangblepas. Sangat berduka dengan nasib yang meninpa ank perempuannya yang masih muda, cantik, bekerjaya sebagai seorang doktor,punyai seorang suami dan 2 anak lelali yang hensome dan ciut....walaupun tiada masalah kewangan..hati tetap berduka....

Ada insan yang baru berduka kerana barubkematian suami.. hilang tempat bergantung. Punyai 4 orang anak dan dia sendiri masih muda ...semuda saya yang masih memerlukan belaian seorang suami... masih memerlukan seorang teman hidup untuk menjaga ank anak yang masih kecil.

Ada insan yang berduka...bersedih di atas kenaikan harga barang juga... tahun baru...yuran persekolahan anak anak meningkat. Yang terpaksa menyekolahkan anak anakndi sekolah swasta ...amat merasa bebanan nya... tidak bmyak pilihan untuk ibupada yang mahukan pendidikan akademik,diniyyah dan tahfiz yang di tanggung oleh kerajaan buat masa sekarang... swasta memang semuanya berbayar.. yuransekepala di naikkan sehingga rm100... yuran makanan juga terpaksa di naikkan berikutan kenaikan harga barang dan bahan api juga. Gaji guru guru awasta juga mahu di naikkan  walaupun tudak selumayan gaji guru so sekolah kerajaan... yuran bas dan transit juga terpaksa di naikkan kerana mereka juga manusia biasa yangvterkesan dengan kenikan semua perkhidmatan dan barangan sejak akhir akhir ini...

Oleh kerana bebanan bebanan ini ada diantara ketua  keluarga yang tidak mampu mwmbayar sewa ...sewa rumah tertunggak hampir 4bulan. Bagaimana dengan tuan rumh sewa. Juga bukan dari kalangan orang senang. setiap bulan perlu bayar ansuran rumah sewa itu kepada bank juga. Pemilik rumah sewa terpaksa mengutip segala sisa yang ada untuk melunaskan bayaran bulanan kepada bank tetapi penyewa tak mampu melangsaikan sewa yang tertunggak... di mana keadilannya.. mahu dihalau penyewa, lasihan menebal di dada. Orang susah, punyai isteri dan anak. Tapi diri sendiri juga punyai masalah bila sewa 4bulan tidak diterima. moga Allah memberikan rezeki yang halal dan berkat untuk kedua dua nya.

Keluarga yang menghadapi masalah kewangan ....amungkin bahagia kah? Suami terpaksa meminta gaji isteri.mungkin terpaksa dihabiskan.nah...di sinilah pentingkan komunikasi berkesan, ambil hati, agar tiada pihak yang terasa dipergunakan. Suami hendaklah merendah diri untuk memberitahu isteri akan jjmlah jumlah duitbyang digunakan. Bukan berlagak di hadapan kawanatau keluarga lain dengam duit isteri sedangkan iseri tidak tahu ke mana duit gajinya dihbiskan. Tidak susah mengambil hati isteri jiga pandai caranya.. bukankah isteri itu sudah banyak korbankan diri dan hartanya untuk keluarga.. sekurang kurangnya jagalah perasaanny di saat suami mengambil duit gajinya untuk keperluan keluarga.

Bagi kami pula.... tahun baru ini  terasa sempit sekali. Dengan yuran ank ank yang naik, barangan dan ubatan juga naik. Bayangkan semalam bawa 2 orang anak yang demam dan alergik ke klinik swasta... bayarannya adalah rm91 ..klinik juga sudah menaikkn harga ubat dan servisnya.... aduhai.. wahai pemimpin...siapa yang tersepit sekarang nie... kami rakyat maheran yang tersepiy.. bermula dengan kenaikam baham api..kemudian kenaiakan harga elektrik..terus kepada kenaikan harga barang makanan dan bahan mentah....

Semoga tahun 2014 ini masih diberikan Allah rezeki yang halal dan melimpah ruah unyuk kita semua... semoga pimpin punyai cara untuk meningkatkan luasa beli rakyat maheran... turunkn harga barang atau naikkan gaji agar sesuai dengan kenaikan  harga barang.. bukan bonus sekali setahun yang kami minta..bukan brim yang kami damba kerana bahanakanan dan ubat ubatan bukan sekali setahun ai guna..malah seyiap saat kami perlukannya... moga Allah bukakan hati pemimpin ki untuk membela nasib rakyat. Bukan tembolok sendiri sahaja.

Jom amalkan doa untuk jadi kaya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails