Assalamualaikum...
... seperti tajuk di atas....rasanya semua kawan kawan dah tahu bahawa saya sedang berbadan dua, kandungan anak ke 5. Alhamdulillah, bak kata orang, seronok melihat saya orang yang mudah 'lekat' dan punyai anak yang comel dan balance lelaki serta perempuan....ya Alhamdulillah... syukur ya Allah atas pinjamanMu itu.
Ketika kandungan menginjak usia 14+15 minggu ...saya ke klinik kerajaan ibu dan anak untuk membuka buku. Oleh kerana tiada scan yang telah dilakukan ,maka saya dikehendakki berjumpa doktor untuk scan...
Di sini kejutan dan kepasrahan bertukar ganti...3 doktor wanita lama memerhati monitor skrin scan mereka...mencari cari di mana kepala bayi saya.... kemudian mereka berbicara sesuatu yang pada hemat saya amat mencurigakan....
Akhirnya saya dikhabarkan ketidaknormalan kandungan saya dan kesukaran mencari kepala bayi... saya di refer ke hospotal selayang ke bahagian O&G.. maka petang tadi selepas pulang dari sekolah, suamipun ambil cuti separuh hari untuk temankan saya..kami tercanggak di hadapan kaunter pakar O&G... setelah hampir sejam, nama saya dipanggil dan diberitahu hari ini hanya dibenarkan ambil appointmemt sahaja.. suami agak kesal kerana doktor di klinik kesihatan smalam mencadangkan agar saya datang pada waktu petang.namum...akhirnya hampa...
Maka.suami mengajak saya ke klinik fadzilah, wira damai.
Alhamdulillah Doktor fadzIlah ada...maka setelah scan dijalankan..doktor fadzilah mengiakan bahawa bayi saya hidup dengan tiada pembentukan tulang kepala i.e. tulang tengkorak...
Kecatatan ini di namakan Anencephaly dan kebarangkalian untuk bayi ini meneruskan kelangsunagn hidup selepas dilahirkan adalah hampir 0%. tiada perkataan yang mampu saya ceritakan betapa hancur nya hati saya, kacaunya jiwa dan perasaan saya. seharian saya menangis hingga bengkak mata. namun sebagai seorang Muslim, saya merangkak dalam kesamaran malam, menadah tangan kepada RAbbul Izzati, agar dikurniakan ketabahan menerima apa sahaja ujian dariNya. Alhamdulillah, hari ke tiga saya mampu menerima hakikat. di bawah adalah sedikit kajian mengenai kecacatan ANENCEPHALY.
Jika ada ibu-ibu diluar sana yang menerima ujian yang sama seperti saya, tabahkanlah hati, anggap sahaja ini adalah saham kita untuk akhirat sana. dia tunggu kita di sana. dia sudah tentu penghuni syurga dan akan tunggu untuk heret kita ke dalam syurga nanti, insya Allah.
banayk website luar negara dan dalam negara yang saya rujuk,. dalam FB pun ada group sokongan untuk ibubapa yang mengalami masalah ini, maka saya cuba untuk compile kan di sini.. maaf jika bahasa saya kurang difahami..
Ringkasnya kecacatanini sudahpun berlaku sebelum ibu itu sedar bahawa dia telahpun mengandung.
Jika ada ibu-ibu diluar sana yang menerima ujian yang sama seperti saya, tabahkanlah hati, anggap sahaja ini adalah saham kita untuk akhirat sana. dia tunggu kita di sana. dia sudah tentu penghuni syurga dan akan tunggu untuk heret kita ke dalam syurga nanti, insya Allah.
banayk website luar negara dan dalam negara yang saya rujuk,. dalam FB pun ada group sokongan untuk ibubapa yang mengalami masalah ini, maka saya cuba untuk compile kan di sini.. maaf jika bahasa saya kurang difahami..
Apakah anencephaly
Anencephaly
adalah kecacatan kelahiran kongenital . Ia terjadi pada
saat terjadinya percantuman sel di dalam rahim.
anencephaly bermaksud "
tanpa encephalon satu ", encephalon adalah 1 setsaraf pusat yang terdapat di dalam otak. tetapi definisi
ini tidak tepat kerana bayi yang lahir dengan anencephaly memang dilahirkan
tanpa kulit kepala , tanpa tengkorak ,
tanpa meninges , tanpa otak hemisfera dan tanpa otak kecil , namun biasanya bayi ini dilahirkan dengan
sebahagian daripada serebrum ( Müller
1991). Bayi dengan anencephaly mungkin masih mempunyai sebahagian korteks
serebrum ( Stumpf et al 1990)
Hampir
75% daripada bayi yang dilahirkan di anencephaly dijangka hidupbeberapa jam atau beberapa hari ( Jaquier 2006).
Kira-kira 20 peratus
daripada bayi ini mempunyai kecacatan kongenital tambahan ( Botto 1999).
Apakah peranan yang
otak ?
Ia mempunyai saraf
tunjang, untuk mengawal banyak fungsi
Pergerakan luar
kawan badan seperti denyutan jantung dan
coordinates most voluntary movements.
KEKERAPAN
BERLAKU
Kira-kira1/1000
kelahiran ( Eropah Tengah ). Kadar ini berbeza-beza
mengikut populasi. ( Sadler, T.W. 2005)
Kanak-kanak yang
paling terjejas :
Anencephaly kerap berlaku kepada bayi perempuan
berbanding bayi lelaki .
BOLEHKAH
IA DIRAWAT:
Dengan teknologi
sekarang, tiada rawatan yang boleh
mengubati kecacatan ini, samaada di dalam rahim mahupun setelah dikeluarkan.
Ibu bapa juga kebanyakkannya akan redha dengan pemergian bayi mereka apabila
ketidaksempurnaan yang dianugerahkan kepada bayi tu. Di situlah keredhan akan
muncul bila ibubapa memikirkan
kesensaraan yang bakal dilalui oleh si anak dan mereka sendiri jika
Allah tidak mengambil anak mereka. Jiwa akan tenang bila iman bersuara, mereka
akan di tempatkan di syurga kerana lahirnya mereka tanpa secalit
dosasekurang-kurangnya sudah ada syafaat untuk mereka di akhirat nanti…
Allahualam..
Tetapi
di negara barat banyak hospital menawarkan penjagaan
perinatal. Pendekatan psychology kepada
ahli kluarga yang terlibat untuk menemani
mereka melalui proses sepanjang kehamilan , kelahiran, dan kematian ,
menghargai bayi dan juga keluarga bayi
itu . Ia sebenarnya bukanlah sejenis hospital yang sebenar tetapi lebih
kepada pusat bimbingan. Ia adalah satu
cara memberi nasihat, sokongan kepada ibu hamil, bayi, bapa, dan semua yang
terlibat dengan pendekatan psychology. Tapi di Malaysia,
ibu bapa bolehlah mendapatkan nasihat dan
rujukan serta pertanyaan kepada unit psycatries dan sebagainy. Yang lebih
megkagumkan Muslim yang redha dan
mererima Qada dan Qada' Allah tidak
terlalu memerlukan semua itu, cukup dengan iman yang meyakinkan bahawa
semua ini adalah ujian dan dugaan daripada Allah sebanagi penghapus dosa,
meningkatkandarjat mereka di sisi Allah dan hadiah dari Allah untuk mereka di
akhirat dimana semua orang mencari pertolongan di segenap penjuru dan bagi mereka telah tersedia seorang anak yang
menunggu untuk merarik mereka ke dalam syurga.. Allahu akbar.
manifestasi :
Anencephaly
terjadi dari kecacatan tiub neural. kecacatan tiub neural ( NTD ) adalah kecacatan kongenital yang
berlaku antara hari ke-20 dan 28 selepas persenyawaan ( Sadler 1998). Sel-sel
plat neural membentuk ' sistem saraf janin. Dalam perkembangan yang normal,
mereka akan berganda-ganda untuk menjadi tiub neural, yang kemudiannya menjadi
tulang belakang dan saraf tunjang. Selepas beberapa transformasi, bahagian
atasan akhirnya menjadi otak. proses ini
boleh disamakan dgn duit syiling yang
bergabung di tengah-tengahnya . Dalam hal suatu NTD , tiub neural tidak dapat
menutup sepenuhnya . Anencephaly berlaku apabila hujung kepala tiub neural
gagal untuk menutup . Bayi yang mempunyai masalah ini dilahirkan tanpa kulit
kepala dan sebahagian nedar otakdideoan dan tengahl . Meninges mereka, kedua-dua hemisfera otak dan kranium
daripada tempurung kepala / tengkorak juga hilang , walaupun mereka biasanya
mempunyai sebahagian daripada otak . Baki tisu otak hanya dilindungi oleh membran nipis. ¼ bayi anencephalic mati sebelum atau semasa
kelahiran ; bayi yang hidup semasa bersalin akan mempunyai jangka hayat
beberapa jam atau beberapa hari selepas dilahirkan
APAKAH
PENYEBAB BERLAKUNYA ANENCEPHALY
Ia
masih tidak diketahui apa yang menyebabkan anencephaly . Ia mungkin dicetuskan oleh gabungan faktor genetik dan persekitaran
( Sadler 2005). Namun kita tahu bahawa mengambil Asid Folik boleh MENGURANGKAN
RISIKO anencephaly . Sesetengah ubat ( pil, asid valproic , dadah dan lain-lain
antimetabolic ) serta tahap Asid folik yang lebih rendah dalam badan , dengan
itu mengambil mereka meningkatkan risiko melahirkan anak dengan anencephaly (
Sadler , 2005).
95%
bayi dengan anencephaly dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah
kecacatan neural - tiub. Apabila seorang bayi dengan
anencephaly telah dilahirkan, risiko meningkat 2 hingga 5 peratus pada
kehamilan berikutnya ( Stumpf 1990)
Chromosomal
abnormalities, single-gene mutations, and teratogenic causes are indentified in
fewer than 10 percent of affected infants (Holmes 1976)
tambahan dari
saya: janganlah ibu-ibu menyalahkan diri sendiri yang tidak makan ubat
asid folic dan sebagainya sehingga terjadinya kecactan terhadap bayi.
mengikut Doktor Joe (pakar O&G Selanyang) yang merawat saya, kita
ada Tuhan, sebenarnya kecacatan ini Tuhan nak uji kita, jangan salahkan
diri sendiri. Asid folic dipercayai boleh mengurangkan risiko kecacatan
sahaja, tetapi emak-emak kita dulu berapa ramai yang menelan aisd folic 3
bulan sebelum mengandung. dan semasa mengandung, berapa kerat sahaja
ibu-ibu yang boleh menelan asid folic tip top seperti yang diarahkan?
yang tak pernah jumpa asid floic pun ramai yang dapat bayi sihat,
sempurna. ada juga yang dah telan asid folic, tapi dapat bayi anen
juga. maka serahkan kepada tuhan sahaja.. bagus betul dokrot Singh tu.
dan kalau kita yang beragama ISlam nie masih menyalahkan siri dan
bersedih alangkah nipisnya iman kita.. kalah dengan singh ni ... Allahu
Akbar Allah maha Besar.
saya
bertanya adakah disebabkan saya adakencing manis? ( saya tiada kencing
manis, tapi dikhuatiri saya ada kencing manis tanpa sedar? Dortor Joe
menafikannya. kencing manis yang tinggihanya akan menyebabkan kecacatan
sebahagian besar anggota badan bayi seperti kecacatan tangan atau kaki dan bukan kecacatan tiada tempurung kepala. sekali lagi ibu-ibu...jangan menyalahkan diri..ingat!!!!!!!!!!!!!!!! ini ujian dari Allah! HASILNYA iNSYAaLLAH BUAH YANG SANGAT MANIS. BAYANGKAN DIA YANG TELAH ALLAH GANTI DENGAN KESEMPURNAAN DAN KEJELITAN SERTA KE HENSOME MAN, MENUNGGU KITA DIPINTU SYURGA..
DARI : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a1/Anencephaly-web.jpg.
ADAKAH
AENCEPHALY DISEBABKAN OLEH IBUBAPA?
Tidak, tiada siapa
yang harus dipersalahkan berlakunya anencephaly
HAYAT
BAYI ANENCEPHALY?
Kira-kira 7 % mati
semasa mengandung (kematian pranatal ), 20 % mati semasa kelahiran ; 50%
mempunyai jangka hayat antara beberapa minit dan 1 hari, 23% hidup lebih
daripada 1 hari ( Jaquier 2006).
Hanya sedikt kes
bayi anen boleh hidup beberapa minggu atau bulan.
Dapatkan maklumat
lanjut: Laporan tentang kelahiran dan kehidupan bayi dengan anencephaly
BILAKAH MASALAH KECACATAN INI BOLEH DIKENALPASTI?
Anencephaly
boleh dikira didiagnosis pada 11-14 minggu kehamilan melalui imbasan ultrasound
(Johnson SP et al. 1997). Dengan kemajuan dalam
teknologi ultrasound , diagnosis boleh dilakukan lebih awal.
Tahap
AFP boleh diukur melalui ujian saringan serum ibu ( ujian darah). Jika tahap AFP yang tinggi, terdapat risiko bahawa kanak-kanak
mungkin mengalami NTD.jika Ujian lanjut
perlu maka dijalankan ( imbasan ultrasound atau amniosentesis ) untuk
menentukan sama adabayi itu benar-benar
ada masalah. Pemeriksaan mesti berlaku antara hari ke 15 dan minggu ke-20 ,
masa yang terbaik adalah pada minggu ke-16.
Apakah AFP ?
melalui air kencing ibu yang mengandung, ada cecair protein amonia.. Ia dikenali sebagai alpha- fetoprotein (AFP). Tisu bayi yang mengalami NTD mengeluarkan kuantiti yang lebih besar
AFP ke dalam cecair amnion. AFP kemudian memasuki aliran darah ibu melalui
plasenta dan dengan itu boleh diuji kandungannya.
PERATUS
KETETAPAN DIAGNOSIS
Anencephaly
adalah kecacatan yang sangat mudah untuk melihat pada imbasan ultrabunyi. Jika seorang pakar yang berkelayakan telah membuat diagnosis imbasan
ultrasound selepas minggu ke-11 , kemungkinan
kesalahan dalam diagnosis adalah sangat jarang.
Dengan
"A positive maternal serum screening test" npleh menunjukkan
terdapatnya risiko yang lebih tinggi
bahawa bayi itu mempunyai Trisomi 21 atau 18, atau kecacatan tiub neural. Kebanyakan wanita yang menguji kelahiran memberi positif kepada bayi
yang sihat. Ujian tambahan perlu dijalankan untuk menentukan sama ada bayi itu
mengalami salah satu daripada penyakit.
ADAKAH KANDUNGAN INI MEMBAHAYAKAN NYAWA IBU?
Kehamilan tidak terjejas .hanya 1/4 daripada kes,mengalami
masalah terlalu banyak cecair ammonia di
dalam rahim( polyhydramnios ). Ini kerana
bayi anen yang dikandung ibu tidak mempunyai tindak balas reflek
untuk menelan cecair amnion. Jika isi
padu cecair berlebihan , ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa untuk ibu .
Bkelahiran awal dari jangka boleh
berlaku, atau air ketuban pecah terlalu awal juga boleh terjadi. Satu
amniosentesis boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah cecair ( amniodrainage
); cecair ini boleh dikeluarkan dengan picagari dengan cara
tusukan melalui pusat ibu terus ke kantung bayi untuk menyedut keluar cecair
tersebut. Ini boleh memberikan keselesaan sementara kepada ibu ( lebih kurang 3
minggu- sebulan) kemungkinan kaedah ini perlu diulang kerana cecair itu akan
bertambah semula
BAGAIMANA RUPA DAN BENTUK BAYI ANENCEPHALY?
Bentuk
badan bayi anencephalic tidak cacat sepenuhnya. hanya
tengkorak kepala dari atas dahi ke atas
sahaja yang tiada.. Tepi kepala sehingga ke belakang kepala biasanya dilindungi
oleh kulit dan rambut. Terang gelap tisu neural merah dilindungi oleh membran
nipis yang dapat dilihat melalui ruang yang terdedah di kepala. Saiz bahagian otak yang terdedah
ini berbeza-beza dari satu anak yang lain. Bola mata boleh tersembul kerana
kecacatan daripada mata soket, itulah sebabnya kanak-kanak kadang-kadang
anencephalic pejoratively digambarkan sebagai kelihatan seperti katak.
Apakah daya kemampuan bayi anencephaly?
Doktor
akan memberitahu ibu bahawa seorang bayi anencephalic tidak melihat dan tidak
dapat mendengar, juga merasa sakit. . Walau
bagaimanapun,pengalama dari banyak
keluarga yang mempunyai anak anencephalic mengatakan bahawa bayi mereka
dapat bergerakbalas kepada sesetengah ransangan . Otak yang terjejas berbeza
pada setiap bayi yang dilahirkan. maka tisu otak boleh mencapai peringkat
pembangunan yang berbeza. Sesetengahbayi dapat menelan, makan , menangis ,
mendengar, merasakan getaran ( bunyi yang kuat ) , bertindak balas untuk
menyentuh dan juga kepada cahaya. Namun yang paling penting , mereka bertindak
balas terhadap cinta kita : anda tidak memerlukan otak yang lengkap untuk
memberi dan menerima kasih sayang -apa yang anda perlukan adalah hati yang !
Apa
yang berlaku semasa kelahiran anak anencephalic ?
Biasanya
, bayi normal akan membantu untuk mencetuskan contraction dengan kelenjar
pituitari dan suprarenals (kelenjar buah pinggang) . Walau
bagaimanapun , bayi anencephaly mungkin kehilangansepenuhnya daya untuk mencetuskan contraktion ini, oleh
itu ibu kebanyakkan tidak mampu merasai kontaksion secara semula jadi. Maka ramai ibu yang meminta untuk di induce pada
akhir kehamilan mereka. Oleh kerana vault of the
cranium daripada tengkorak yang hilang , air ketuban
tidak perlu dipecahkan terlalu awal supaya ia boleh memberi tekanan yang
diperlukan pada serviks untuk membuka jalan keluar untuk bayi membesar .
Jika cecair ketuban mencukupi maka kelahiran bayi anen ini akan normal seperti
kelahiran bayi yang lain . Pengalaman
ibu-ibu kanak-kanak anencephalic telah menunjukkan bahawa pemecahan air ketuban
terlalu awal oleh doktor boleh mengurangkan peluang bayi yang dilahirkan hidup
( Jaquier 2006).
Apakah
kadar berulang ?
Dalam
kebanyakan kes, tidak mungkin akan
berlaku lagi dalam keluarga yang sama . Statistik,
kadar berulang bagi seorang wanita yang telah mempunyai anak anencephalic ialah
4%.
Anencephaly boleh
dicegah?
Pada
masa kini, hasil kajian mendapati bahawa
Kecacatan Neural Tube adalah disebabkan diet dan faktor persekitaran. Kajian klinikal telah mengesahkan bahawa pengambilan vitamin yang
dikenali sebagai Asid folik mampu mengurangkan risiko kecacatan Tube yang Neural. Jika semua wanita
dalam usia melahirkan anak mengambil 0.4 SKM Asid folik setiap hari sebelum
mengandung dan sekurang-kurangnya sehingga akhir tempoh pertama kehamilan , 50
hingga 70 % daripada kes-kes potensi anencephaly dan spina bifida boleh dicegah
( Ceizel dan Dudas , 1992).
Apa
penyelidikan yang sedang dilakukan ?
Institut
Gangguan neurologi dan menjalankan Strok dan menyokong pelbagai kajian yang
meneroka mekanisme kompleks perkembangan otak yang normal. Pengetahuan yang diperoleh daripada kajian ini asas menyediakan asas
untuk memahami bagaimana proses ini boleh pergi jauh menyimpang dan oleh itu,
menawarkan harapan untuk cara baru untuk merawat dan mencegah gangguan otak
kongenital termasuk kecacatan tiub neural seperti anencephaly .
maka kepada ibu-ibu yang membuat keputusan untuk terminate kandunganmereka, itu adalah pilihan ibu-ibu sekalian, saya hormati keputusan itu. tak kira apapun keputusan ibu, terus hingga term atau terminate, kedua dua keputusan itu sangat berat dan hanya satu sahaja resultnya: kita tetap akan kehilangannya..now or letter. maka dengan mengambilkira beberapa sebab saya dan suami bertekad untuk meneruskan kandungan ini hingga term jika diizinkan Allah. cuma doa saya agar Allah permudahkan hari-hari mendatang saya tanpa sebanrang risiko kepada saya dan Allah memeberi saya rezeki untuk melahirkan bayi ini secara normal, mudah dan selamat, Amin ya Robb.
PLEASE PRAY FOR ME TOO.
DUE DATE SAYA 9/7/2014
SAYA MUNGKIN BERSALIN DI KAMPUNG HALAMAN SAYA, KELANTAN UNTUK MEMUDAHKAN SEGALA PROSES PENGKEBUMIAN DAN LAIN-LAIN HAL...
(SENYUMKU BUKAN TIADA DERITA, CUMA MEMUJUK HATI NAN LARA.. MOGA ALLAH MENJADIKAN SAYA SEORANG HAMBANYA YANG TETAP BERIMAN, SABAR DAN REDHA)
WASSALAM.
MUNGKIN SELEPAS INI SAYA CUBA KONGSIKAN HASIL PENCARIAN SAYA MENGENAI HUKUM TERMINATE KANDUNGAN YANG TIDAK SEMPURNA ATAU BERPENYAKIT PULA, INSYA ALLAH
14 comments:
Shafida..sabar ye..Allah pilih awk utk mnjadi ibu kpd ahli syurga..i.allah..dia akn menunggu awk nnti..
Terima kasih ummu fathi. Insya Allah saya telah redha dn sedia men handing Lanny a sehinnga ahkir. Doakan semoga says tetap bersemnagt Dan tabah hingga akhir....terima kasih at as semangat Dr ummu fathi
Sy rajin bc blog awak..silent reader..tau gk perkembangan kwn2 uia..seronok tgk msg2 ank dh 2,3,4..nk jumpa semula entah bila..at least bila ada blog ada fb boleh gk tau berita terkini msg2..sy tau shafida boleh terima ujian ni..kuatkn hati..serahkn pd Dia apa yg akn jd nnti..i.allah sm2 smg dipermudahkn sglnya...terima ksh jln2 blog sy ^_^ - k.aishah a.k.a k.ju..
K.ju..huhuhuhu... mcmner k.ju bleh tahu blog sy nih..hehehe...ala malu plkko k.ju... blog bodo2 jer..luahkn rsa hati..xleh nk luah kt org luah kt blog..heheeh..tq k.ju dtg bertangdang ke sini tinggalkan nasihat.. sob sob. saya tak setabah k.ju melayari bahtera hidup yang berombak kencang..namun insya allah..k.ju boleh...saya pun insya Allah cuba kuatkan semanangt jd mcm k.ju...
Salam sis..saya baru dpt tahu semalam yg anakanda yg dikandungi mengalami anen..doc suggest sy induce awal..tapi sy xsanggup nk lepaskan dia sebelum tiba waktunya walaupun doc dah explain mcmane keadaan baby..saya baru teruja nk merasa tendangannya dlm rahim..berbanding dgn akaknya, dia lg kuat menendang..rupanya doc sahkan baby sy boy kali ni..ikutkan edd saya ramadhan ni..saya redha dgn ketentuan Illahi..insyaAllah sis, nnt kt dpt bsama anakanda kita di sana nnt..thanks for sharing the info..it was really rare to find any info in malay or in malaysia..semoga kt berdua tabah..
Terima kasih ketana bertandang dan berkongsi kisah.. saya juga due bln puasani.. lebih kurang seminggu puasa. Doktor kata mungkin bby saya girl... alahmdulillah ala kullihal... terasa kekuatan dan ketabahan masuk dlm jiwa saya bila tahu ada yg lebih tabah gg sedg senasib dengansaya.. terima kasih krn ziarah ke sini
Assalamualaikum..saya pernah melahirkan bayi syurga ni pada 2012..fullterm..hayatila dan bermesrala semaksimum mungkin dgn dia selagi dia bergerak dalam kandungan, insyaAllah lepas deliver kita rasa puas dapat laksanakan tanggungjawab setakat yang boleh..insyaAllah akan rasa bangga dengan ujian diberi..semoga kita sentiasa tabah..
Assalamualaakum..Saya sabrina.Sebenarnya sy juga sedang mngandung 29 mggu..Doc dah scan sy bbrapa kali..Memang x nmpk kpla..Sy prnah ke rumah bidan kampung..Bidan tu pgang2 prut..Kata ada..Sy drefer pkar 8/12 ni.Hati sy x tnang slagi xtau kputusan y btul..Sdih..Sb sy tgok sdri bdan dan kaki tangan baby brgerak..Mintak2 xde pape.
assalammualaikum mummy2 semua..saya zarina
t.kasih juga pd shafidamama atas nukilan ank syurga ni..banyak info saya dapat
saya mngandung 5bln (ank ke2) ank NTD ..
saya jumpa 2 doktor .. dua2 memberikan jwp yg sama .. sedih,kecewa, bcelaru keliru semua ade dlm kepala ni ..allah saja yg tahu
permasalahan nya skg .. mcm mana saya nak terangkan pd ibu ttg pekara ni .. tak ayat yg sesuai utk saya luahkan pdnya.. saya jd sedih bila pandang wajah ibu..
bg mummy2 dah lalui & tgh lalui pekara ini .. beri sedikit pencerahan bagaimana saya nak terangkan pekara ini kpd org tua ..
waalaikumsalam Zarina Zulkefli,
masa saya memberitahu ibu saya, ibu saya tampak terkejut dan istighfar banyak kali. sebalik kita menenangkan dia untuk menjelaskan apa yang berlaku, ibu terlebih dahulu menenangkan saya. sungguh dia kecewa dan marah dengan doktor yang sebelum ini merawat saya kerana tiada inisiatif untuk mengesan masalah yang berlaku pada anak saya terlebih awal tapi sebagai hamba Allah, saya memujuk ibu dan mengatakan ini semua takdir yang dah dititipkan buat kita. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. kandungan saya ketika itu mencecah 7bulan dan saya proceed sehingga tiba masa. 3hari selepas bersalin, anak saya meninggal dipangkuan saya seusai azan subuh. seorang ibu akan faham apa yang dilalui oleh anaknya. tambahan dia seorang ibu. Alhamdulillah, keluarga banyak memberi sokongan. Jangan takut dan serba salah. semua yang jadi atas kehendakNya juga. harap dapat membantu puan. sekian, dari saya setia.
terima kasih buat puan Setiia kerana memberikan kata nasihat kepada kam di sini. Mungkin sekarang Puan Zarina Zulkefli sudah melahirkan bayi syurganya.. alhamdulillah.. Moga Puan Zarina Tabah dan redha.. InsyaALlah.. Allah akan gantikan bayi yang sihat dan comel buat Puan nanti... aminn..
Admin....kemungkinan besar disebabkan virus zika. Hasil kajian di sepuluh buah negara mendapati virus zika wujud dlm sperma lelaki yg dijangkiti zika dan boleh menjangkiti pasangan semasa hubungan seks.
Anon 1.04 : zika sbg satu punca microcephaly, bayi berkepala kecil. Buat puan,smg sabar & tabah menghadapi ujian. Bayi saya diuji dgn mikrocephaly tapi bukan bpunca dr zika...kuasa allah blake..
Salam Kak, saya pun baru lepas gugur bayi anen pada 4 bulan lepas. Anak sulung, perasaan masa tu hanya Allah yang tahu. Di sini saya nak Tanya, berapa lama ye kene jarakkan kehamilan seterusnya? Lagipun saya dah consume 3bulan asid folik dan mcm² lagi vitamin.
Post a Comment