Sunday, February 2, 2014

TAB UNTUK MUAZ

assalamualaikum semua. 
Mingguni Muaz boleh balik ke rumah kerana asramanya ada sedikit renovation bagi memberi keselesaan untuk anak anak tahfis di situ dan juga bagi guru baru mereka. 

Apa lagi, bila pulang ke rumah, mulutnya sibuk meminta dibelikan psp. Adeh..... Geram pun ada, budak sekarang ni terutamanya lelaki susah betul nak paham bila ibubapa kata tak ada duit. Boleh dia kata pergila ambil kat bank, ada beribu ribu tapi kedekut....masya Allah, mahu jatuh air mata mendengar perkataan si anak. Namun jauh di sudut hati, saya pujuk hati memikirkan dia masih belum matang.  Bukan tak mahu beli, tapi sudah tentu kita semua tahu keburukannya kepada anak anak. 

Tapi, oleh kerana dah tebal telinga saya ni mendengar permintaan da setiap bulan dan tangisan serta rajuknya, semalam kami suami isteri bersetuju untuk membelikannya tab.  Kenovo A1000 $4++ di kedai di subang jaya. Di sana rata rata handphone dan tab memang murah. Kedainya penuh dengan pembeli. 

Begitulah keadaan bila adalah alat yahudi ini. Anak saya asyik nak download game. Main tak berapa reti. Main sekejap kalah. Main sekejap boring sebab selalu kalah. Last last nk download game lain. Kami hanya pakai p1wmax. 5 gb ajer setiap bulan. Dan storage tab tu pula tak berapa banyak. Hanya 2 game shaja yang boleh di download. Tu pun makan masa dari malam sampai ke pagi. Aduh. Adeh.  Habisla data pakej saya bulanni. Untuk anak. Sabar ajerla. 

Kemang dah namanya keburukan. Buat macammana pun buruk juga. Mulut bisng mengomen game tak best, cepat kalah, beli tab storage sikit,  kenapa gak beli  memori kad yang banyak sikit. Allahu Akbar. Dugaan untukhati dan teliga saya. 

ya allah, jadikanlah semua anak anakku anak soleh solehah, yang menghormsti orang tua, mudah menerima Nasihat dan tetap solat dan sujud kepadaMu. Mungkin ini kifarah dosa saya yang bertimbun.  Ya allah cepatkanlah matangkan abang Musz, agar dia boleh memahami isi hati dan keadaan kamiini... Sudah penat mulut saya menasihati dia, dah sampai line nak naik tangan dan marah dah bila mulut dia sesedap rasa mengomen mengenai ketidakmampuan kami untuk belikan ipad@psp yang dia mahukan. Dia selalu membandingkan apa yang kawan kawan nya ada. Lain kan dengan zaman kita dulu. Nak beli pen barupun kasihan kepada orang tua. Pen bukannya mahalpun dlu sekitar 80sen sahaja sebatang. Dan dulu kita sekolah kerajaan. Belanja tidak semahal sekarang. YaAllah hanya kepadaMu kami memohon doa, berilah petnjuk kepada semua anak anak dan keturunan kami agar mereka berjayabdunia akhirat. Aminnn





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails