Friday, February 21, 2014

Check up ke 3 semalam

Alhamdulillah, semalam check up saya berjalan lancar walaupun sedikit kelambatan.. naik lenguh betis saya duduk atas kerusi dari pukul 7.30 sehingga 11.45 pagi. Saya dapat bertemu doktr Joy tupun 15 minit aja... huhuhu..menunggunbetrjam..suami saya sial ambik EL lagi.. huhu

Hasil pertemuan semalam
1. Bayi saya sudah masuk 5 bulan.
2. Bayi saya kemungkinan adalah girl sebab xnampak bird dan telur doktot joy cakap.
3. Dia sihat sejahtera di dalam perut saya.

Yang agak menakutkan saya:
1. Doktor menunjukkan saya tengkorak bayi saya..dengan jelaa saya dapat melihat 2 biji matanya... seperti gambar dalam internet... dan juga dipanggil eyes frog... mirip rupa mata .K***k.Sedikit  kesedihan menyelinap di hati saya... saya akur..redha dan faham.ia sememangnya sedang berlaku kepada bayi saya.. kebiasaannya bayi anen memang begitu. Baru 5 bulan..of course keadaannya sedikit menakutkan.. i.Allah bila dah 9 bulan nanti wajahkan akan sempurna.. insya allah..cuma tanpa tempurung dan otak.

2. Doktor memberitahu yang otak bayi sudah mula terhakis. Tak apalah anakku.. Allah maha kuasa yang tidak membiarkanmu merasai sebarang kesakitan. Mama bersyukur sangat kamu tidak sakit.
3. Bila masa kelahiran tu nanti doktor tidak akan memecahkan air ketuban awal kerana bayi anen tidak kuat untuk keluar kerana ketiadaan tulangvtengkorak.. dia hanya akan meluncur keluar dgn bantuan air ketuban yang banyak.. aku mohon doa ya allah..permudahkanlah aku untuk melahirkan bayiku ini.
4. Doktor memberitahu yang bayi anen kebiasaannya akan keluar bontot dahulu..masyaAllah..saya rasa sungguh bimbang.. punggung dlu?!!!!!!!!... tp doktor kata jangan bimbang kerana kita akan memgutamakan keselamatan ibu. Operation tidak akan dilakukan kecuali bayi dalam keadaan melintang sahaja. Sedih juga..alahai... janganla layan bayi saya macam tu.  Kalau boleh selamatkanlah kedua dua kami ini..huhuhu.
5. Air ketuban saya sedang bertambah dan ia mmg biasa dengan kandungan bayi anen ini. Tp doktor kata ibu tak.usah bimbang. Tidak membahayakan. Nauzubillah. Teringat akan kawan saya yang mengandungkan bayi anennya dlu.. terpaksa keluarkan air ketuban dari pusat sebanyak 2kali dan setiap kali buat 2 botol.mineral besar air ketuban di sedut melalui jarum yang di tebuk dr pusat ibu.. adeh...nauzubillah..mohon dijauhkan buatku ya Allah.

1 comment:

SHAFIDA said...

Oleh kerana kepalanya tiada separuh..maka kepalanya akan jadi ringan.. bontot akan jdi berat.. dan mmmg hukum alam..benda berat akan berada di bawah.. dan kalau keluar nnti.. bontotla yang akan keluar dlu.. xbetaninsy naknbayangkan keadaan saya dlm proses nknbersalin itu nanti.. ya Allah..permudahkanlah segalanya buatku dan bayiku ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails