Monday, February 3, 2014

RINDU BAYI

Baru baru ini saya membuang masa dengan meneroka semula external harddisk kami. Banyak gambar gambar kenangan yang saya simpan di dalamnya. Antara gambar yang menusik hati saya adalah gambar gambar  anak saya ketika masih bayi terutamanya gambar asma yang baru sahaja dilahirkan dan sedang menyusu di bilik bersalin. Masya Allah sungguh bahagia sekali. Tiba tiba si kecil di dalam oerut saya bergerak. Mungkin memahami perasaan saya ketika itu.

Air mata menitis tanpa sedar. Mungkin saya tidak berpeluang untuk menyusukan bayi ini nanti. Kondisi kesihatannya tidak dapat diduga kerana. Ketiadaan tempurung kepala di hadapan . (forehead). Jika sel sel otaknya banayk yang terhakis,itu akan menyebabkan kegagalannya untuk menghisap serta menelan. Mungkin juga dia akan keluar tanpa roh. Oh. Serba mungkin. Yang paling saya risau jika saya terpaksa mnjalani pembedahan untuk melahirkannya. Masya Allah.  Saya tenangkan hati. Cuba untuk tidak memikirkan mengenai masa hadapan. Saya serahkan kepada Allah

Petang tadi saya pergi check up bulanan di klinik kesihatan ibu .. sungguh saya tidak mampu bertahan dalam situasi dikelilingi bayi bayi comel dan menangis kena inject   ada ya g sedang menyusu..sungguh memggangu emoai saya.. apatah lagi saya terpaksa menunggu lama untuk diambil darah kerana nurse terhilangkan borang ambil darah saya. Dan setiap nurse yang melihat buku merah bertnya kepada saya mengenai kecacatn bayi ini.. saya tidak dapat menahan air mata yg sudah lama saya takung ini..

 saya tidak salahkan nurse dan klinik mengandung.. tapi itu adalah situasi normal untuk ibu dan bayi bayi yang normal.. maka yang tudak normal seperti kes saya terpaksa menabahkan hati 50x ganda untuk menunggu giliran dan berhadapan dengan setiap  step perhentian stesen yg telah di aturkan oleh klinik klinik seluruh Malaysia.. kalaulah ada klinik swasta yang tidak memerlukan saya menunggu lama dan mengadap ramai nurse dengan pelbagai persepsi mereka. Jiwa saya mudah  tersentuh... bemteng air mata saya mudah gugur bila setiap kali disyarahkanmengenai makan ubat dan  terpaksa minum air gula untuk mengesab kencing mania serta mengelakkan bayi cacat. Bayi saya sudah cacat. Nurse kata ia untuk mengelakkan bayi mati mati dalam perut.. jiwa saya meronta berkata apa bezanya mati dalam perut dan mati sejurus seleps byi dilahirkan seperti saya...???? Namun bila difikirkan... akal mempositivekan segalanya.. Allahu Akbar.. dugaan yang besar buat saya yang iman senipis kulit bawang ini... alhamdulillah ala kulli nikmah .....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails