Thursday, November 27, 2014

DILEMA AKU ATAU ANAKKU?

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH.

Hari ini saya terasa sedikit tergugat.. heheh, tergugat bila ke sekolah pagi semalam untuk bersama anak didik untuk mengambil keputusan UPSR.  Oh ya, keputusan UPSR sekolah saya jatuh sedikit tahun ini berbanding tahun lepas, tapi not that badla …. 21 orang murid kami berjaya mendpat 5A dan 24 orang mendapat 4A 1B. anak kawan kawan yang mengajar bersama hanta seorang yang berjaya mendapat 5A, yang lain hanta 4A dan ada yang 2A.memerhatikan wajah teman yang anaknya mendapat 5A, sungguh terasa kemurnian wajahnya, tidak ternampak terlalu gembira, banyak mendiamkan diri namun ketenagan dan helaan nafa sega dapat saya rasa….

Dikala itu, saya melihat Muaz anak sulung saya, yang saya bawa bersama.. bagaimanakah nasib nya… tanpa pendedahan akedemik yang sempurna, tanpa PDP bahasa Inggeris yang mantab, matematik tanpa latihan setiap hari, sains tanpa ujikaji dan penerangan dari guru, bahasa Melayu tanpa buat karangan dan pengetahuan format format yang sebenar..mampukah muaz mengorak langkah ke MRSM tahfiz nanti.. mampukah Muaz ke sekolah Arab dan agama serta tahfiz yang bagus nanti???? Semuatu membuatkan saya sebak… kalau anda bagaimana?

Di saat ini, saya terfikirkan alangkah eloknya tahfiz bergandingan dengan pelajaran adab yang mantab.  Sepertinya seorang Imam besar mengatakan bahawa beliau telah berguru dengan seorang ulamak  selama 20 tahun , 18 tahun belajar adab dan 2 tahun belajar ilmu-ilmu yang hendak dituntutnya. Di akhirnya ia merasa sanagt rugi dan sepatutnya beliau belajar adab selama 20 tahun. Bayangkan jika anank kita belajar adab sama banyak  dengan pelajaran lan… masyaAllah… alangkah indah akhlak mereka..

Rasulullah juga ada mengatakan bahasa “sesungguhnya kau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”…. Rasululllah juga mementingkan akhlak. Lihatlah berapa ramai generasi hari ini yang hidup kurang pelajaran akhlaknya. Walaupun akademiknya bagus, lulusan tinggi, tanpa akhlak, dia bukan membawa keharmonian kepada keluarga, masyarkat mahupun agama….persoalannya..bagaimanakah pelajaran akhlak di Mahhad anak saya.. seorang guru sahaja yang nejada, mendidik anak anak lelaki yang berusia 8-12 tahun itu> mampukah dia?

Perlukah saya bertanya keada guru besarnya tentang hal ini. Saya sedikit ragu….

Astagfirullah.. sebagi manusia, saya selalu berperasangka..bukan nak memburukkan , tetapi ingin mencari kepastian untuk yang tersayang.. tapi itulah silapnya.. terus bersoal sendiri, kepada Allah tidak pula saya berlari utnutk berdoa dan beristikharah.. Ahhalu.. ada baiknya saya tutup ruangan ini sekejap untuk merebut sedikit masa sebelum azam subuhni kan…Ummi selalu pesan, apa sahaja  benda yang nak buat hattayang tidak pentingpun, istikharahlah..kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jumpa lagi di lain ketika ya.. maaf kerana tinggalkan anda dengan sejuta persoalan tanpa jawan … saya sendiri tidak tahu apa jawapan kepada persoalan saya ini…wassalam.

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

saya setuju pasal adab tu... muslim sekarang semakin dijauhi oleh bukan muslim bukan sebab mereka tiada ilmu tapi terlebih ilmu sampaikan mereka tiada kasih sayang dan adab... mereka semakin hari semakin ditakuti oleh bukan muslim... suatu ketika dulu orang2 bukan muslim sanggup tinggal di negara muslim disebabkan akhlak kaum muslim yg lebih baik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails