Friday, April 17, 2015

URI RENDAH


Assalamualaikum.

Apa khabar semua nya di sini.
Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Kalau sekadar merasaan geram, marah , sedih…tak perlula kan.. hehehehe. Lainla kalau ada pengalaman menarik semacam nk buat dokumentari dengan pics yang menarik… harus dilaporkan segera.

Makanya.. kandungan saya kini mencecah 5 bulan. Dari 3 bulan doktor kata uri saya rendah. Tapi tidak menyatakan dengan tepat stage 1,2 atau 3. Mungkin kandungan masih awal..insyaAllah, ia boleh berpusing semula
 Isnin lepas saya ke OnG selayang untuk scan kandungan bagi mengesahkan bayi saya tidak mengalami sebarang masalah kali ini. Alhamdulillah, semuanya normal. Cuma doktor berpesan sekakli lagiuri saya masih saya. Nak naik. Xapa katanya bila dah 7 bulan nanti kita scan lagi..kalau masih rendah dah bahaya, dia nak warded kan saya sehingga bersalain..hohohoohoh.. xmahu saya. Kawan saya warded dari 7 hingga bersalin. 3 bulan dalamward… nehi heeeea… xnak saya.

Apa yang tak boleh kita lakukan kalau uri rendah ya? Angkat beratpun xboleh ya? Ke tak apa? Ada kawan saya uri rendah. Tak boleh melakukan sebarang aktiviti . tapi dia buat juga, akhirla bleeding dan kena operate. Nauzubillah. Paham-pahamla aktiviti apa untuk orang yang dah kahwin ni.

 says copy dari blog ini. terima kasih kepada empunya blog.


Oh yer, uri di bawah ni dipanggil "Placenta Previa" di dalam bahasa doktor la. Ada beberapa type placenta previa. 




gambar menunjukkan perbezaan diantara uri normal yang berada di atas dan uri rendah yang berada di bawah 

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


bersambung ke bahagian 2 ...kenapa terjadinya uri rendah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails