Assalamualaikum warohmatullahi wabarikatuh.
Selamat hari khamis semua, malam ni jangan lupa untuk membaca surah al-Kahfi . selalunya kita baca surah Yasin pada malam Jumaat, tetapi sebenarnya tiada langsung hadis dari Rasulullah supaya kita baca yasin di malam Jumaat. tetapi ada hadis Rsulullah menyruh kita mengamalkan surah al-Kahfi .
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Harini atau esok merupakan bedaran hebat buat kami sekeluarga. Suami saya akan berhenti kerja. bukan berhenti sekarang, tapi 3 bulan akan datang. Surat perletakan jawatannya akan diserahkan samaada hari ini atau esok.
Sterss? ya itu adalah sebab utama. tahun ini adalah tahun ke 8 suami bekerja di situ.Sejak awal tahun 2015, syarikat itu telah dibeli dan diletak di bawah 1MDB berhad, rata-rata pererja sangat stress. di tambah pula mempunyai boss perempuan yang mulutnya lazer dan moody.. fuhh.... sabar ajalah.
Nak melarang, kasihan, nak menggalakkan dia untuk berhenti sememangnya tidak lah.. ekonomi kami sekeluarga bergantung kepada dia. gaji saya hanya tampung situ sini sahaja. INsya Allah ada rezeki lain katanya. suami nak cari bisness yang boleh backup ekonomi kami sekeluarga kerana tahap stressnya sudah di tahap maksimum kerja di situ. kasihan juga melihat dia. bekerja bagaikan nak pergi .
Kami betul-betul bertawakal kepada Allah selepas ini. mungkin suami akan lebih aktif dengan business produk alhaddad ni especially tamarcocoa.. tapi banayk manasanagtlah keuntungannya jika nak dibandingkan makan gaji dan keperluan kami sekeluarga.
Sungguh gerun saya untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa sebarang jaminan.. ya , nyawa kita hari inipun tiada sebarang jaminan daripada Allah akan bertahan smapai esokkan.. apatah lagi rezeki... Allahu.. memang kami bertawakal kepada Allah sahaja kali ini.
Mungkin langkah pertama, kami akan jual kereta MPV yg sangat dikasihi ini untuk mengurangkan jumlah hutang bulanan. Berpisah jua kita akhirnya wahai 744. kami mungkin akan batalkan planning sebelum ini untuk membesarkan ruangan dapur dan memasukkan kabinet dapur. besederhanalah dahulu sehingga Allah memberi rezeki lain. kerana selalu travel, kami memerlukan MPV juga. suami akan beli MPv 2nd hand secara cash .oh..... tidak mahu saya fikirkan apa selanjutnya.... doakan moga kami dimurahkan rezeki, dapat membayar segala keperluan dan yuran-yuran anak-anak sekolah, membayar segala hutang piutang dan mengadakan segala keperluan keluarga setiap bulan. aminnnnn.
moga suami saya tidak stress lagi dan semoga ekonomi kami baik baik sahaja nanti.
2 comments:
bermulalah perjuangan sebenar dari lapangan lain ke lapangan baru yang lebih mencabar... mudah2an berhasil.... belajar lah dari kehebatan pengasas Hyundai.... sangat mencabar kalau di baca.... kecil sangat kita ni berbanding cabaran dia dulu
tq En Najib ;)
Post a Comment