Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang mematikan dan menghidupkan, yang menurunkan hujan dan menyuburkan tanah, Dia juga yang yang berkuasa menghembuskan angin kering, panas lagi membakar. Dia berkuasa menyempurnakan kejadian dan memusnahkan apa sahaja yang Dia kehendaki.
Alhamdulillah, sempena hari cuti wilayah hari ni (suamila cuti), sesudah balik dari sekolah (sek saya xcuti), ajak suami unutk ke klinik Fadzilah di pinggiran Batu Caves untuk buat first check up. saya perlu memberanikan diri kali ini. sampai bila saya harus berteka teki dan berada dalam ketakutan.
Nasib baik doktor Fadzilah ada di klinik dan saya adalah patience nya yang last sebelum dia pulang. alhamdulillah, doktor masih mengenali saya. katanya sangat awal kalau saya pregnant lagi, tapi xapa, rezeki Allah katanya... insyaAllah.
Saya berterus terang yang saya tidak pernah buat urine test, cuma terasa macam mengandung.. doktor blurr juga bila dengar begitu, tapi sebab kita bayarkan, xadala dia nak membebel macam kat klinik kerajaan. dia paham, saya belum bersedia untuk tahu jika ada something wrong dengan status kandungan ke enam ini.
Alhamdulilllah, setelah di scan, positive saya mengandung dan yang lebih mengejutkan kandungan sudah berusia 3 bulan.. wakakakkakaka.. apalah ibunnya sendiri tidak sedar tarikh terakhir datang kotor.doktor kata alhamdulillah, nampaknya kandungan saya bebas dari anenchephaly kali ini.. alhamdulillah ya Allah. tapi doktor menasihati saya agar tetap dengan asid folic atau obimin untuk perkembangan otak dan saraf baby. Insya Allah doktor, saya akan makan dengan tetap dan teratur.
Mengikut scan, due saya adalah 21/8/2015. Alhamdulillah, walaupun dah terpikir kena naik sekolah juga bulan 10 tu, xapalah, asaal saya bersalin dalam keadaan selamat ibu dan anak serta bby saya sihat, sempurna dan comel.. insyaAllah..
Buat kawan-kawan yang masih menunggu cahaya mata, insyaAllah, teruskan berdoa dan berusaha, InsyaAllah, Allah maha mengetahui apa yang aterbaik untuk kita.
Allah ambil anak saya yang ke 5 mungkin kerana Allah tahu, saya tidak mampu untuk menjaganya kerana iman saya tidak cukup kuat untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Allah lebih tahu saya hanya mampu untuk menahan gelora kedukaan hati selama 9 bulan 10 hari sahaja,maka ALlah kurniakan saya nikmat mengandungkan Mohd Ibrahim bin Md Zulkifli.
Sepupu sebelah suami, mengandungkan baby dengan tiada masalah, bila bersalin, baby nya disahkan jantung berlubang. Bila umur baby menjejaki setahun. baru di buat operation, bayangkan betapa derita dan tabahnya sang ibu menjaga baby nya di samping 2 anak kecil lain, terpaksa cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk tumpukan perhatian untuk jaga bby nya. setelah di operate, alhamdulillah, berjaya, bayinya sekarang sudah sihat, namun ada berita sedih lain pula di terima, rupanya bayi nya tadi adalah sindrome down. Allahu akbar. bila saya temui emaknya, emaknya sempat mententeramkan hati saya yang baru 40 hari kehilangan Ibrahim. katanya, Allah tahu antara kita yang mana mampu menjaga anak yang sakit dan yang mana sabar menahan sabar dengan mengandungkan bayi yang disahkan akan meninggal sebaik sahaja dilahirkan.. ya.. alhamdulillah atas semua ketentuan Allah. sahabat yang masih belum dikurniakan bayi, jangan mengeluh, jangan marahkan diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha tahu akan kekuatan dan kelemahan kita.
Minggu lepas, beberapa orang ustazah datang posting ke sekolah saya. salah seorangnya ada masalah anak sakit. Dengar cerita anaknya demam dan ada jangkitan kuman ke paru-paru, dimasukkan ke wad. selang sehari, keadaan nya kritikal, terus dimasukkan ke ICU. doktor mengesahkan kuman telah merebak ke otak ada ada nanah di otaknya. sekarang baby itu masih di ICU dan tidak sedarkan diri.. masyaAllah.. kuat betul dugaan si ibu. dan bayinya adalah seusia dengan arwah ibrahim, anak saya. 3 kisah, tiga masalah berbeza dan 3 ketentuan berlainan yang diciptakan Allah buat saya, sepupu suami dan juga ustazah berkenaan. anda juga mungkin sedang diuji ALlah, tapi dengan cara yang berbeza. moga kita tetap tabah, kuat dan redha di atas segala ujiannya. amin..
Coretan saya pada kali ini tidak bergambar , untuk menghormati dan sangat memahami antara kita, ada sahabat yang masih menunggu cahaya mata, yang mungkin sedang bersedih atas ujian yang sedang diterimanya. Moga semuanya tetap tabah menghadapi ujian Allah..ingatlah hujan tidak selalu turun. ada masa ia akan berhenti jua.. Allah akan kurniakan kita pelangi di pengahkirannya.. doakanlah agar kita tetap istiqamah di jalannya dalam kesabaran.
sehingga berjumpa lagi ya.
2 comments:
Salam
Syukur Alhamdullilah dan mudah2an bayi yg dikandung akan lahir sihat dan memudahkan... Allah tak akan menguji melebihi dari kemampuan kita... mudah2an kita menjadi insan yang tabah...
doa kami semua untuk Puan...
Salam Singgah
Puan,ank ke5 puan meningal smasa dilahrkn?sy juga hami 19mgu.dan ank disahkn anencephaly.luluhnya hati sy
Post a Comment