Tuesday, February 3, 2015

RUMAH PUN DAH MAHAL

Assalamualaikum, bersiaran sewaktu semua anak sudah tidur. diharapkan moga anak-anak jauh dan dekat akan mendapat tidur yang lena, berkualiti dan bangun semula dengan semanagt yang kuat untuk terus mencari ilmu dan menjadi seorang khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

saja, menjenguk fb dan baca sepintas lalu. terlihat  akan design rumah ini dan itu.. 




Sekarang kat kelantanpun rumah sudah naik harga.  Rumah sebegini kecilpun bernilai RM300 k. Kalau tak salah di kampung panji, Kelantan. hoohohooo.. mahalkan. kalaulah anda ada duit sebanyak itu, tolongla buat rumah dengan tukang. kalau guna tukang rumah, dengan harga RM300, boleh buat banglo yang besar dan sanagt selesa.  BOleh design sendiri nak macam mana.

kalau saya la kan..kan..kan.. tak berkenan dengan design begini. nampak macam moden tapi kepelikan yang amat sangat. tingkat ats macam tergantung aja.. dan kurus-kurus aja designnya..alahai...sangat kecil nampak rumah itu. xtahula kalau ada yang nak beli. tapi mungkin juga ada orang beli dan tambah situ sini. orang banyak duit , boleh sahaja buat macammana nak pun. kita yang tak berapa banyak fulus ni.. beginilah...begitulah, semua dipikirkan cara untuk penjimatan hebat.

Nak wat rumah sendiri dengan tukang pun rumit juga. kena ada tanah sendiri, kena ada duit sendiri untuk mula buat rumah, baru boleh wat pinjaman dengan kerajaan, itupun kalau kita kerja kerajaan. kalau kerja bukan kerajaan atau kerja kampung.. macammana pula. sebab tu sekarang makin ramai pikir senang beli yang dah siap. 

Pening kepala juga kaalu nak buat sendiri. kena selalu pergi jenguk, kena komen sana sini, jangan ikut tukang aja.bagitahu apa yang kita nak. jangan apa yang tukang nak.. kalau tak, ada pula tukang yang ambil kesempatan. biasalah tak semua manusia jujur. menipu banyak juga. yang jujurpun ada..lumrah alam, maka kena barhati-hati.

Kami yang tinggal kat gombakni, nak abeli tanah, mahal bangat. nak buat rumah sendiri, lagila tak pandai, banyak urusannya. maka pilihan yang ada, beli ajalah.. setelah berhempas pulas mencari dana pertolongan dan berjimat sana sini serta korbankan sedikit sebanyak ... dapatlah kami sebuah rumah yang kami tinggal sekarang. hutangnya ..huyooooooo.. sampai saya pencen.. 60 tahun baru habis, kalau ikut setul dengan jumlah bayaran setiap bulan. suami kata kita kena buat sesuatu supaya dapat bayar lebih dan pendekkan tempoh bayaran..

Agak2 nya sayani hidup sampai 60 ke? heheheh.. xtercapai la akal nak memikir. harapan cuma satu.. mati dalam husnul khotimah dan meninggalkan anak-anak yang soleh solehah, mendoakan kami di sana, menginggallam ilmu-ilmu yang bermanafaat dan sedekah amal jariah yang boelh menolong di akhirat kelak.

Amiiin.

coretan yang tidak ilmiah dari saya.. hehheheh
wassalam

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

dalam zaman ni kan Kak... rumah yg murah tu kalau kat ceruk2 jauh2 dari bandar besar... kalau jauh tu boleh lah nak beli tanah murah dan buat rumah... pening dipermulaan tu biasa lah... tapi di Lembah Kelang saya tak fikir ada rumah yg murah2 macam tu... betul tu kalau ada RM300K tu kat kampung dah besar macam masjid dah boleh buat... kalau pandai buat lagi lah besar... itulah hakikat hidup...

Unknown said...

Johor Bahru pun harga rumah mencanak-canak naik kak..

Bukan lagi rumah mampu milik tapi mampu melihat je..hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails