Sunday, August 30, 2015

PANTANG HARI KE 25

Assalamualaikum.

Hai dah hari ke 25, cepat betul Masa berlalu.. Risau pula. Risau cepatnya berlalu hari hari berpantang tapi tidak secepat badan saya nak kembali sihat. Makin tak sihat aja Rasanya. Baby Makin suka menangis. Sehari hari kena duduk aja ditepinya. Nak masuk tandaspun rasa tak sempat.. Nak memerut pun Xdan habis. Menangis aja dia. Nak sendawa lah, nak naik air lah.. Entahla..walaupun dah ditepuk2 dan sendawa, bila letak aja, nanges nak sendawa lagi. Kalau lambat angkat, air susu akn keluar ikut mulut dan hidung. Mulala hidung tersumbat. Kalau tak nak sendawapun dia terus akan nk hiccup..
Badan makin ngilu, pinggang sakit aja, peha sebelah Jadi sengal. Bila bby dah ragamnya begini, nak bengkungpun Serabut.huhu..



Anas selesa baring untuk menyusu di atas bantal c nya




Terpaksa ditidurkan begini untuk elakkan air masuk hidung.




Kalau tidur gini, mulala merengek2, seminit tak angkat, Makin kuat dia nanges.. Pastu air naik hidung.. Huhu


Letih mama nak oii.
Ibu ibu di luar Sana, bila ada baby nie, ramai tak yg rasa penat macam saya?

Tuesday, August 18, 2015

Part 2 Kelahiran anas



Abang muaz balik sekejap jwnguk baby anas. Gembira abang Muaz dapat baby Boy.




Dalam kereta kawan menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Jam 10.30 pagi. Hati berkecamuk Antara Takut sakit dan risau apa yang akan berlaku nanti sebab suami tiada di sisi. napela mata saya sepet aja, macam xleh buka..hahahaha menahan gelora dan kerisauan.


Gambar kenangan. Bby anas masih dlm perut mama.. Bahagia mama rasa.


Alhamdulillah, berjaya masuk ke ward walaupun hanya ward ke3. Hilang satu kebimbangan akan kenangan tahun lepas dihalau balik walaupun jalan dh terbuka 3cm. Terus dipakaikan jarum. Nurse kata in case tumpah darah atau nak masukkan air atau ubat lepas/sblm bersalin.. Sakit sangat. Nak solatpun susha. Tawakal.ambil wuduk hanya sebagai syarat utk solat yang wajib. Lepas bersalin, kena qada semula. Moga Allah ampunkan mama.



Terima kasih kawan dan sahabat.
K.noriah dan kak hartini noh kerana sudi menghantar mama ke hospital.. Rindu abah di Saat ini.. Mama really need him.


Assalamualaikum dunia..
nama saya Anas bin Md Zulkifli.
Berat saya Memula keluar 2.99kg.
Hari ke 14 baru tanggal tali pusat. Jenuh tok umi dan mama service tali pusat saya.
Jaundis saya pada hari k13 adalah 148. Hari ke 14 tak pergi ambil darah. Abah sibuk. InsyaAllah 2,3 harilagi baru nak pergi. Mama bagi susu kambing dengan harapan kuning akan hilang..InsyaAllah...

Tanggungjawab suami

Assalamualaikum..berikutbadalah panduan untuk para suami yang akan mendapat cahaya mata.

1. Sebolehnya kosongkan jadual anda sekurang kurangnya seminggu sebelum tarikh due isteri anda. Luangkan masa bersamanya. Bantu isteri anda meregangkan badan,bersenam dan menenangkan mereka. Cuba tenangkan akan ketakutan mereka menanti hari2 genting itu. Ketepikan perkara yang kurang penting.

2. Gembirakan hari isteri anda selepas dia melahirkan bayi anda. Perkara perkara yang simple dan mudah untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pengorbanannya seperti mencium dahinya dengan ucapan Terima kasih. Jika ada budget lebih belikan hadiah, jika tiada budget, cukup dengan keperihatinan anda terhadapnya dengan meluangkan masa. Sebelum dan selepas dia bersalin.. Amaran keras..Jangan berperangai bodoh menyibukkan diri dengan hp sewaktu Melawat isteri anda di wad@ menunjukkan anda letih dengan ingin menumpang tidur sekatil dengan isteri anda yang baru melahirkan ( walaupun anda sebenarnya sememangnya lebih macam baru lari maraton 10 pusingan)

3. Gunakan cuti 7 hari yang diberikan majikan kepada anda untuk meluangkan masa dan menolong isteri menguruskan hal rumah tangga walaupun anda ada penolong di rumah Samaada bibik atau adik atau mertua anda. Jika mertua yang datang, Jangan anda bersenang lenang membiarkan mertua uruskan semua dr kerja membersihkan rumah, membasuh baju, menyidai, dan segala sagalanya.. Mertua datang untuk Menjaga bayi dan isteri anda sahaja. mungkin juga utk menolong memasak dan bertungu ataupun Berbengkung. Anda Jangan menyibukkan diri dengan hal luar rumah, orang lain selain dari isteri, anak anak lain dan rumah tangga. Ingat mertua bukan datang untuk menjadi bibik di rumah anda.. Apa guna cuti 7 hari anda jika semuanya memgharapkan mertua dan anda sibuk dengan aktiviti dli luar pula.jangan biarkan mertua atau isteri anda merasa anda pemalas dan langsung tidak menghargai susah payah mereka dtg menolong, Malah anda Makin culas menjaga rumah tangga.

5. Jangan sesekali menyakiti hati isteri anda di saat melahirkan dan berpantang. Hanya suami yang dungu sahaja yang mementingkan orang lain di Saat isteri melahirkan.

6. Gunakan masa cuti yang diberikan untuk belajar menunggu isteri. Walaupun anda tidak pandai dan tidak biasa, Cuba lihat dan tunjukkan minat hendak belajar semasa Bidan/mertua datang bertungku. Anda boleh menolong isteri sendiri selepas itu. Sampai bila hanya mengharapkan Bidan atau mertua yang datang menungku isteri anda bersalin. apa yang anda buat untuknya, Itulah yang amat dihargai dan diperlukan oleh isteri anda dalm berpantang.

Selamat menjadi bapa yang penyayang.

Thursday, August 13, 2015

Beza bos di Malaysia dan bos mat salleh

Bos mat salleh tak akan pernah mengganggu cuti khas yang diambil oleh pekerjanya. Mc atau cuti khas.. Tidak akan di ganggu walaupun dengan sms atau email atau whatapp

Bos di Malaysia, pekerjanya cuti khas seperti isteri bersalinpun dipanggil bekerja. Tak ada sensitiviti langsung. Tak fikirkan kesukaran si isteri dan anak anak, masalah kesihatan si isteri, bayi yang ada masalah jaundis yg perlukan suami bwa ke klinik, Urusan rumah tangga,anak anak dan sebagainya.

Nak kata cetek aqal, belajar tinggi2, kesedaran sivik Tu tidak ada.. Bossy kuku besi.

Suamipun dah tahu masa banyak habis dengan kerja di pejabat, bila sampai di rumah, reti retila letak hp Tu. Di ofis mengadap kerja, di rumah mengadap hp, baik xpyah balik rumah.Sama aja..roh xada,jasad je yg ada. Betul tak.....

Saturday, August 8, 2015

PERJALANAN KELAHIRAN BAYI KE 6

Setiap kelahiran bayiku sentiasa ada kisahnya yang tersendiri berupa pancaroba pahit dan manis. Perjalanan kelahiran bayi ke 6 ini juga tidak lepas dari dugaan itu.

Tanggal 4 0gos, malam 12.00, kakak ipar menelefonku memberitahu nenek tok mok Joh ( nenek suami) sudah meningal dunia kerana sakit tua.memang sudah lama Mok Tok Mok Joh sakit tua. Kak ipar kata tolong sampaikan kepada Jo ( suamiku) Kalau Kalau dia nak balik kelantan.. Aku memegang perutku yang sudah beberapa hari terasa sakit..gusar hati memikirkan perut yang hanya menunggu saat kelahiran...

Bersambung......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails