Abang muaz balik sekejap jwnguk baby anas. Gembira abang Muaz dapat baby Boy.
Dalam kereta kawan menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Jam 10.30 pagi. Hati berkecamuk Antara Takut sakit dan risau apa yang akan berlaku nanti sebab suami tiada di sisi. napela mata saya sepet aja, macam xleh buka..hahahaha menahan gelora dan kerisauan.
Gambar kenangan. Bby anas masih dlm perut mama.. Bahagia mama rasa.
Alhamdulillah, berjaya masuk ke ward walaupun hanya ward ke3. Hilang satu kebimbangan akan kenangan tahun lepas dihalau balik walaupun jalan dh terbuka 3cm. Terus dipakaikan jarum. Nurse kata in case tumpah darah atau nak masukkan air atau ubat lepas/sblm bersalin.. Sakit sangat. Nak solatpun susha. Tawakal.ambil wuduk hanya sebagai syarat utk solat yang wajib. Lepas bersalin, kena qada semula. Moga Allah ampunkan mama.
Terima kasih kawan dan sahabat.
K.noriah dan kak hartini noh kerana sudi menghantar mama ke hospital.. Rindu abah di Saat ini.. Mama really need him.
Assalamualaikum dunia..
nama saya Anas bin Md Zulkifli.
Berat saya Memula keluar 2.99kg.
Hari ke 14 baru tanggal tali pusat. Jenuh tok umi dan mama service tali pusat saya.
Jaundis saya pada hari k13 adalah 148. Hari ke 14 tak pergi ambil darah. Abah sibuk. InsyaAllah 2,3 harilagi baru nak pergi. Mama bagi susu kambing dengan harapan kuning akan hilang..InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment