Assalamualaikum..berikutbadalah panduan untuk para suami yang akan mendapat cahaya mata.
1. Sebolehnya kosongkan jadual anda sekurang kurangnya seminggu sebelum tarikh due isteri anda. Luangkan masa bersamanya. Bantu isteri anda meregangkan badan,bersenam dan menenangkan mereka. Cuba tenangkan akan ketakutan mereka menanti hari2 genting itu. Ketepikan perkara yang kurang penting.
2. Gembirakan hari isteri anda selepas dia melahirkan bayi anda. Perkara perkara yang simple dan mudah untuk menunjukkan penghargaan anda kepada pengorbanannya seperti mencium dahinya dengan ucapan Terima kasih. Jika ada budget lebih belikan hadiah, jika tiada budget, cukup dengan keperihatinan anda terhadapnya dengan meluangkan masa. Sebelum dan selepas dia bersalin.. Amaran keras..Jangan berperangai bodoh menyibukkan diri dengan hp sewaktu Melawat isteri anda di wad@ menunjukkan anda letih dengan ingin menumpang tidur sekatil dengan isteri anda yang baru melahirkan ( walaupun anda sebenarnya sememangnya lebih macam baru lari maraton 10 pusingan)
3. Gunakan cuti 7 hari yang diberikan majikan kepada anda untuk meluangkan masa dan menolong isteri menguruskan hal rumah tangga walaupun anda ada penolong di rumah Samaada bibik atau adik atau mertua anda. Jika mertua yang datang, Jangan anda bersenang lenang membiarkan mertua uruskan semua dr kerja membersihkan rumah, membasuh baju, menyidai, dan segala sagalanya.. Mertua datang untuk Menjaga bayi dan isteri anda sahaja. mungkin juga utk menolong memasak dan bertungu ataupun Berbengkung. Anda Jangan menyibukkan diri dengan hal luar rumah, orang lain selain dari isteri, anak anak lain dan rumah tangga. Ingat mertua bukan datang untuk menjadi bibik di rumah anda.. Apa guna cuti 7 hari anda jika semuanya memgharapkan mertua dan anda sibuk dengan aktiviti dli luar pula.jangan biarkan mertua atau isteri anda merasa anda pemalas dan langsung tidak menghargai susah payah mereka dtg menolong, Malah anda Makin culas menjaga rumah tangga.
5. Jangan sesekali menyakiti hati isteri anda di saat melahirkan dan berpantang. Hanya suami yang dungu sahaja yang mementingkan orang lain di Saat isteri melahirkan.
6. Gunakan masa cuti yang diberikan untuk belajar menunggu isteri. Walaupun anda tidak pandai dan tidak biasa, Cuba lihat dan tunjukkan minat hendak belajar semasa Bidan/mertua datang bertungku. Anda boleh menolong isteri sendiri selepas itu. Sampai bila hanya mengharapkan Bidan atau mertua yang datang menungku isteri anda bersalin. apa yang anda buat untuknya, Itulah yang amat dihargai dan diperlukan oleh isteri anda dalm berpantang.
Selamat menjadi bapa yang penyayang.

No comments:
Post a Comment