Saturday, June 25, 2016

RAMADHAN DAH NAK PERGI.

MALAM KE 10 AKHIR.. WAHAI RAMADHAN KAU DAH NAK PERGI..ALLAHU...ALLAHU..
MASIH BANYAK YANG KAMI BELUM BUAT.. IBADAH KAMI MASIH SEDIKIT. CEPAT BENAR IA BERLALU.

Layan sebentar- Ramadhan....
 best lagu nie. akan di cadangkan kepada Penyelaras Ihya Ramadhan untuk pasang laguni dalam MajlisPenutup..hehehhehe.




Friday, June 10, 2016

KEGUGURAN- kandungan ke 7

       Semalam saya terjatuh dengan kuat di depan pintu rumah kami. Kesnya Asma' terjatuhkan otol susu nya, pecah tudung, maka semua susunya tumpah. saya pula, terus jirus air sebab tak mahu semut hurung. dalam 3 jug jugalah. kemudian azan berkumandang. maka tak dan saya nak mengelap air yang bekas jirus tu. terus ke dapur untuk berbuka puasa.

        Sedang berbuka puasa, si Anas kat atas pula menangis beria , baru bangun tidur. berlari ke atas untuk ambil dia pula. sampai kat ruang tamu,dia still menangis yang amat.....sambil nyonyot jari, nak susula tu. saya terus buatkan susu. nampak kelaparan sangat, xsempat nak telan dah sedut yang lain. kasihan saya tengok. macamla puasa jugak.xsampai sekerat botol dia nyonyot, suami dan anak-anak balik dari masjid.. saya cuba letakkan anas, dia menangis sebab marahkan cabut botol dari mulut. dia belum pandai pegang sendiri botolnya. 

         kerana kasihan saya pun mendukungnya dan ke pintu untuk bukakan kunci pintu. saya terlupa yang air tadi belum di lap.. makanya.. dummmmmmmm, saya jatuh  sambil pegang anas, untuk menahan anas dari jatuh saya terus terduduk...saya pun tak sedar macammana saya boleh terjatuh begitu. ia berlaku sangat pantas. malam tu, sebelum tidur, saya terperasan sedikit darah keluar. em... saya tak sedap hati, tapi tidur juga.
keesokannya makin banyak darah keluar. 

           saya ke klinik berdekatan. Doktor kata saya mungkin keguguran. dengan kandungan 5 minggu, mungkin tak perlu DNC... hopefully lah.. mak-mak kata kalau DNC rahm aka jadi nipis.. gerunpula mendengarnya. hari ini hari kedua, darah makin banyak keluar. sakit perut, cram makinmenjadi-jadi. anas pula bunyi weezing dada nya yang berkahak makin jelas.. Ya Allah, nak menangispun ada....betul-betul menduga kesabaran saya.....saya terpaksa menahan sakit untuk menyiapkan fail PBBB untuk dihantar hari Isninni. Saya mungkin terpaksa MC lagi memandangkan masih bleeding, namun fail ini tetap kena hantar juga.
tak mampu saya lakukan rasanya... sakit perut saya cuba tahankan. 

anas yang tak jadi nak jadi abang..

 gambar beberapa hari sebelum saya jatuh. orang nak jemur baju,dia sibuk nak menolong. letak dia ke situ. hhahhaha
10 bulan dah saya, masih tak boleh jalan. dah boleh merangkak dengan laju....
Alhamdulillah alal kullihal..mungkin ada hikmahnya kenapa saya keguguran, tapi untuk melepasi ujian ini, perit sekali.. serabut saya pikir pasal fail PBBBB nie.. xada kawan yang boleh tolong keran amasing-masing juga nak siapkan fail sendiri.. markah prestasi tuuu.. moga Allah menolong saya. Kawan-kawan tolong doakan saya dapat siapkan dan hantar fail PBBB dengan sempurna walaupun dalam ujian yang begini hebat.. 

oh ya, saya mahu kongkikan HUKUM SOLAT UNTUK KEGUGURAN YANG KANDUNGANNYA MASIH BELUM TERBENTUK MANUSIA.

ini adalah hasil pertanyaan saya kepada DOKTOR yang merawat saya semalam. 

ibu yang keguguran yang mana kandungannya masih awal iaitu belum terbentuk janin , ia dikira haid. maka tidak boleg melalukan semua perkara yang diharamkan kepada wanita yang dalam keadaan haid. ia akan berterusan sehingga hari ke 15. jika darah masoh keluar selepas hari ke 15, hukumnya sudah bertukar menjadi darah istihadah. maka wajib ibu tersebut membersihkan diri, mandi wajib dan bersolat seperti mana tatacara solat wanita istihadah.



p/s:  ibu-ibu boleh google ya hukum darah wanita. kita kena rajin mentelaah hukum darah darahni. wanita, ibu, perempuan memang tidak dapat lari daripada masalah darah-darahni.

hhuhuuh fail PBBBBBBB !!!!!!!!

Sunday, June 5, 2016

SELAMAT HARI GURU-BACK DATED






 Hehehehe, walaupun dah terlepas lama, saya ingin kongsikan di sini untuk tatapan anda dan untuk tatapan saya di masa hadapan... selamat hari guru buat semua insan yang brgelar guru. kami di sekolah  buat aktiviti sukaneka, pertandingan gubahan, masak bersama-sama di sekolah , dan sedikit anugerah guru paling....paling dan palinggg... antara ketegorinya adalah guru Hensome, guru Cantik, Guru Garang, Guru Sporting, dan beberapa lagi.

 In adalah Guru besar kami ( Puan Raja) dan GPK 1 ( En Azman) 
mereka sungguh sporting. best.

 5 lagi jejaka SKSTB akanberpindah..alahai dahla SKSTB kekurangan guru lelaki dah....huhuhu

 haaa,ni dia gubahan buah yang berbentuk pokok  tamartu, rare kan?



Majlis Rewang-rewang

 saya dan sahabat dunia akhirat insyaAllah, k.la...selalu menasihati dan membimbing saya tanpa jemu.


 ibu-ibu dara yang sedang memasak dan akan memasak.


 yang pakai tudung biru tu mak kenduri. bagi seekor lembu kat diapun, dia boleh buat. serba boleh, semua gubahan dia boleh, gubahan bunga, buah, makanan... you named it....all she's can do


 wuhuuu, dapat makan kebab free di sponser oleh seorang guru yang akan berpindah sekolah kerana naik pangkat kepada GPK HEM, En. Khasrin. moga success selalu abang Rin yea....


 Petugas Kebersihan sekolahkami juga amat sporting...semuanya datang tolong menolong.. nie semua rakyat Malaysia maaaa....


 Jejaka tulangbelakang dan penyeri SKSTB yang masih ada di SKSTB..... yang disebelah kanan tunamanya Cikgu Tarmizi...dia mendapat 3 tahun berturut-turut gelaran Guru Paling Hensome.  kalau nak tahu mukanya sebijik macam hero cerita rindu awak 100%..ape dah namanya...zain ke hape namanya...


 GPK 1 kami yang rajin.. jarang dapat jumpa pentadbir yang sanagt menajga kerja, bertanggungjawab, amanah dan easy going..alhamdulillah, moga beliau tidak pindah ke mana-mana lepasni.. dahla hensome..  uhooppppp......tp bila nak marah,kami semua rasa macam nak masuk bawah meja..huhu



ini saya kongsikan beberapa gambar seputar kejadian menggubah makanan

 gubahan pokok tamarni mnedapat nombor 1 ya..unik sekali.. masani hias xhabis lagini. saya xada pic yang dah siap hias. bila tengok semula dah habis di ngapp..


 
 sungguh mengiurkan .. buah naga...

 yan ni cantikkan. spernah tengok di FB..ada guru yang cuba bentukkan begini..cantik

 aoyo... cantiknya burung putih dikelilingi telur burung.hhehehehhe




ok...itu sahaja ...bye-bye


dapat hadiah pertama daripada anak murid. Umairah namanya.. se ciut namanya.. tq umairah.
selamat hari guru buat semua ya.









KURMA ALHADDAD -SAHARA

Assalamuaikum semua..

bersiaran sekali lagi, kini untuk memperkenalkan.. si SAHARA yang sedapmanis leting...segar dari ladang.... KURMA Al-HADDAD yang telah tiba sempena bulan Ramadhan ini....



klik untuk tumbesarannya :)

pernah dengar KURMA IRAN? ya.. kamijuga telah memboikot kurma daripada negeri SYIAH pembunuh orang Islam itu....

kenapa kena beli KURMA SAHARA ALHADDAD? 

bagi saya 1 yang special dengan kurma ini, ia adalah segar daripada ladang. ALHADDAD telah menempah 1 kontena sahaja Kurma ini dari Negera ALgeria, bila ia sampai,  kami terus jual. alhaddad tiada tempat simpanan yang besar untuk KURMA ini.. kerana itu harganya sedikit mahal..ala, rm17 aja pun... xapakan..

Mengikut CEO Alhaddad, kenapa YUSOF TAYOOOB murah kurmanya, kerana syarikat YUSOF TAYOOOB mempunyai tempat simpanan yang besar untukkermanya.  Kurni ni kalau nak murah kena beli borong.. jadi bila YT beli banyak, dapat murah. bila dah banyak, kurma yang dijual pada tahun ini adalah kurma yang dalam simpanan nya yg mungkin daripada tahun-tahun lepas. kat negara asal dah dalam penstoran juga, kat MAlaysiapun dalam penstoran juga. kerana itu , jalan pelik jika anda makan kurma, dan temui macam sarang labah-labah di dalamnya ataupun ada binatang kecil...ya kerana pemborong sudah menyimpannya beberapa tahun yang lalu sebelum ia dipasarkan..

Ok, jadi kawan-kawan yang nak memiliki kurma ini untuk bulan puasa ini khasnya... bolehla dapatkan daripada stokis alhadad yang terdekat ya.. penduduk Sri Gombak bolehla men whatappp saya ya.. tq guysss... tq kerana sudi membaca. :)





CUTI CUTI SEKELUARGA

Alhamdulillah, cuti minggu pertama ni, kakak saya dari kelantan datang bertandang sekeluarga. Sudah tentu ditemani Ummi saya :) sungguh bahagia sekali.....

Mereka ke Zoo Negara. Ya, sudah lama kami semua tak ke Zoo negara.  rasanya dah 8 tahun kami tak ke sana. oleh kerana kereta Kaklong tak muat untuk semua, masa hanya kirimkan anak-anak 4 orang sahaja untuk pergi berjimba ke sana. saya, anas dan ummi kat rumah sahaja. suami kerja, kalau tak, mesti dapat saya ikut sama..... org kerja swatakannnnnn....ya..kakak dan suaminya dua2 guru...bahagiaaaaa..kan... 

Oh ya, tiketnya...mahallllll sekali ya.  dewasa  rm44. Budak rm16 ( 4 tahun ke atas ) memang kopak duit kalau ramai-ramai ke sana.

Maka saya kongsikan beberapa gambar mereka nanti. Harini pula, kami semua ke Ulu Yam pula. 


foto ke Zoo Negara yang Mahal ituw.....
 ini Panda yang Bertuah. Nak masuk ke sini sudah diingatkan beberapa kali kepada anak-anak, berjalan perlahan-lahan, jangan buat bising, Panda ni sensitip.hehehe. kakalong macam nak jumpa anak raja pulak. ya...anak raja China. ;)
Terima kasih kaklong sekeluarga yang sudi menyaport tiket2 mahal utk anak saudara ni. nak masuk lain tiketnya. nak naik keretapipun lain wehhhhh... rm4 seorang ya anak2 sekalian....


Oh ya, Zoo Negara ada buat promosi untuk bulan Ramadhan . yang pastinya sungguh murah. tapi bulan puasa, hahahahha, siapala yg rajin nak pergi..hahahhah.


SEPUTAR KISAH PETANG SEMALAM>>>>ULU YAM


 kih..kih..kih.. nie minah senget idung kembang mana  pakai kain sarung jadi tudung nih!!!!!..alkisahnya sibuk menyediakan baju dan towel anak, sudahnya baju, tudung dan towel mak sendiri terlupa maa...maka disebabkan nak mandi juga... menyelam ler..masa orang tukar baju saya tukar seluar panjang yang basah dengan kain sarung dan alahmdulillah kain sarung bawa dua helai.. makanya sehelai lagi saya wat tudung..kakakakakka..agaknya korang tergamak tak buat cengginie dpn org.hahahhhhaa...
ada orang belanja aiskrim lepas mandi...sejuk2 pun makan aiskrim ;)



 Ummiku sayang


 
 abang Muaz

 Kami nan 3 beradik. kasihan kaklong kami.. mohon doa semua agar kaklong sentiasa sihat dan sembuh dari penyakitnya ya. saya yang paling...... GUMUKSSsss


moga kami diberi kesempatan untuk berkumpul lagi dilain masa..dalam keadaan sihat walafiat.
 Suami kaklong- abang Adib


usai makan, mandi, makan dan mandi... jam 12.00 kamipun balik...alhamdulillah.... 

Wednesday, June 1, 2016

AYAM LAGI.....

Assalamualaikum, sekali lagi saya war-warkan jihad  kami anak beranak untuk menyepelai kan
( supply)  kepada kawan-kawan kejiranan semua iaitu  AYAM AZZAIN  dan AYAM USTAZ.

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni kan, maka lemahlah segala lutut dan sendi mak-mak serta suri rumah. apolah yang nak di masakkan massa sahur dan berbuka. yang paling digemari anak-anak....tentunya AYAM lerrrr....

bila dah nama nya ayam, nak membeli ayam yang memang dijamin patuh syariah penyembelihannya agak sukar juga. 

Tidaklah saya katanya ayam di pasar segar, pasar borong, pasar malam tu haram... 

cuma... mungkin penyembelihannya kurang jelas. kadang-kadang tukang sembelihnya orang Myanmar.... kadang-kadang pakai aja songkok, bila suruh mengucap, sengeh ajooo

insyaAllah kalaulah penyembelihannya betul-betul patuh syariah, bagaimana pula dengan kendalian ayam tersebut serta proses nak rebus, cabut bulu dan sebagainya????

kebanyakan bila sembelih ayam sekaligus dengan banyak, mereka akan masak air dlm kawah besar, ayam yang sudah syahid akan terus dicampakkan dalam  kawahtu, untuk proses cabut bulu. bila dah cabut bulu, dah togel, licin putih  gebu , baru mereka akan belah isi perut dan keluarkan segala usus dan najis. maka kita akan lihat air panas hasil rendaman ayam -ayam syahid tadi, sudah bercampur gaul semaksimumnya dengan segala najis2 daripada abdomen dan hasil tinja ayam itu sendiri. 

bayangkan, dalam keadaan berendam dengan air panas tersebut, air2 najis meresap masuk ke dalam daging si ayam tu.. huhuhuuu.. tak lalu rasanya nak makan..kesucian nya juga diragui....

maka kami sediakan kepada anda Ayam AZzain serta Ayam USTAZ.

datanglah kepada kami.. ayam-ayam halalan toyibba ini sedang menunggu anda...ekkekekekk (xmenahan sungguh iklannya)

untuk penghantaran sekitar SRI GOMBAK juga boleh, tapi belila banyak sikit.  kalau seekor dua..adeh......kasihanla kami juga. sekarang semuanya ber kos.. InsyaALlah kalau tuan puan ambil banayk sikit, kami hantar tanpa kos penghantaran. (hujung minggu atau waktu mlm bekerja)

Kami juga sangat happy jika anda membeli Tamarcocoa dan menyelitkan juga pesanan utk belian ayam halal ini....

Harini DADA AYAM AZZAIN telah SAMPAI...
maka produkkami sekarang adalah:
1. AYam Daging AZZAIN (seekor dipotong 8)
2. AYam AZZAIN ( peha)
3. AYam AZZAIN ( Peha atas)
4. AYam AZZAIN (Dada) - bukan boneless ya sebab pembekal kata  ayam nya   
    kecil , xdapat nak bagi isi dada yang boneless)

5. AYAM USTAZ.










ayam Ustaz ni pula, bukan seekor ya, tapi beberapa bahagian dengan berat 1.1kg +-


harga??????


AYAM USTAZ  RM16.80
AYAM  DAGING AZZAIN  RM17.50
DADA ATAS    RM 12.50
DADA AYAM  RM12.50
PAHA         RM15.20

JOM DAPATKAN YANG HALALAN TOYYIBA. 

MENCARI HALAL ITU FARDHU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails