Saturday, July 29, 2017

RAMAI DAH RETIRED

Assalamualaikum semua.

Bercakap mengenai retired ni, harini di sekolah kami menyambut hari perpisahan seorang guru yang akan pencen Ustazah Sarimah bt Shahir pada usia 55 tahun. seronoknya melihat beliau dah pencen. seorang yang sangat tekun, teliti dan rajin dalam bab mengajar, membuat RPH dan juga merait buku latihan.. masya-Allah.. sungguh beliau seorang yang berjiwa guru. saya tabik springgg kat dia. dalam hati berkata, jauhnya semangat dia jika nak dibandingkan dengan semangat saya guru muda yang baru 10 tahun bergelar guru ni. huhu saya sangat tidak tekun. Rph huduh ya amat. sekali tulisan lawa, sekali mcm cacing kerawit. buku murid lama baru rait.. dlm seminggu di hantar baru rait...  nasib xbaik, nak masuk minggu kedua kumpul baru rait dan pulangkan.. itupun menguap 40x 100 kali kuasa dua nak habiskan sekelas... macamana nak buattu.. mengajar saya suka..semangat mengajar.. suara memang habis dan nak semua paham. lepas mengajar, rasa mcm nak ambik bantal dan baring sebab semua tenaga dah kehabisan.

Cakap pasal retire jugak... sedih juga. ramai sudah, kawan2  blogger saya yang sudah retired dari dunia blogger... kak mahani dengan blog homeschooling nya, kak baiti juga dengan blog perjalanan home schooling dia semasa berada di brunai.. sekarang dia telah berpindah ikut suami yg bekerja di Mekkah.. rumah sewanya hanya beberpa kilometer shaja dari Baitullah..seronokkan.. blogger Keluargaku Sayang milik  ( lupa dah namanya, kalau xsalah ana nama depannya) ibu muda dr sekinchan yang punyai kehidupan mewah tapi tidak sombong. gayacakapnya langsung tak eksen tapi rumah dan isi rumahnya...mak oiiiii... sangat mewah.. seronok mendengar dia buat laporan tentang perjalanan hidup sehariannya yang sibuk berkejaran dgn urusan anak2 ke sekolah dan memasak..tak lupa juga percutian mewah dan makan2 kat luar. boleh buat hatipun gumbira bila baca ceritanya.. kita xdengki dengan org macamtu, tapi kita turut sama bahagia bila melihat dia bercerita tentang kehidupan dia...tapi dalam nada langsung bukan utk menunjuk2...baguskan...tapi alangkah xbestnya mereka semua dah x nak berblog.. dah pencen.. satu lagi blogger yang saya ikuti tp juga sudah berhenti berblog atas alasan yg tidak diketahui...antara 2 benua kalau xsilap nama blognya... dia punayi seorang suami mat salleh dengan 2 anak perempuan yg rupa ikut bapanya.. ibu ini suka men share masakan ala melayu, ala jawa dan westernnya.. bestttttttttt tau.. suaminya buatkan kotak  lampu khas untuk dia ambik gambar masakannya.. jadi semua gambar masakannnya persis gambar profesional yg masuk tv2 tu..clear dan mengancam bentuk badan..huhu

semuanya tinggal kenangan shj sekarang.. dan kini saya keseorangan di sini.. tak rajin nak melawat blog orang lain sekarang. dihambat kesibukanpun ia jugak..kerja sekolah banyak sekarang woooooooo. lain betul dgn zaman bapak saya jadi guru dulu.huhuuhhuhu.
xapala.. saya still di sini... walaupun dah berzaman x update.. bila rasa nak update,saya bukaj uga ruangan ini..xkisahla ada org baca atau tidak. saya tulis mcm diari aja...

supaya masa saya boring nanti, bolehla baca coretan saya sendiri dan nilaikan sendiri kebodohan penulisan saya ni.huhuuhu..
saya kongsikan sedikit gambar  koleksi  majlis perpisahan Ustazah Sarimah tengahari tadi. kami bertema arabian you alss..hahahhhahahahah .saya huduh sekali



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails