Monday, June 24, 2019

HAMPIR KEMALANGAN 2 KALI WAKTU BALIK SEKOLAH

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan saya nyawa untuk hidup atas muka bumi ini. 
balik sekolah pukul 2 tadi saya hampir kemalangan 2x di sepanjang perjalanan balik rumah. semuanya gara-gara nak cepat sampai untuk susukan Thoriq.

seperti yang telah diberitahu minggu lepas, kami ada mesyuarat HEM harini. sesi petang adalah pukul 12.30 tengahari dan sesi pagi adalah pada 1.00 petang. saya [ula sudah habis semua kelas pada pukul 11.50.

saya mendapat misscall daripada umi di rumah. hati rasa tak sedap. mungkin Thoriq menangis kelaparan. semalam saya ke klinik untuk dapatkan injection Punimococol dokse ke 2 Thoriq dan sejak balik, badannya dedal-dedal. peel pun berubahm tak mahu duduk. atas dokonganpun dia merengek-rengek. selamam Thoriq tak lalu makan, mungkin kah harini langsung Thoriq tak makan? jadi saya cuba untuk masuk meeting awal agar boleh balik seperti biasa pukul 12.15. kalau nak tunggu masuk meeting bersama rakan sesi pagi pukul 1 petang, tentunya pukul 2 juga boleh balik.. kasihan Thoriq , lamanya menunggu di rumah.

make teh story short, saya tak dapat keluar dari mesyuarat sehingga habis. jdi saya bergegas keluar punch card dan terus balik.

dalam perjalanan menaiki bukit yang agak tinggi, 2 kenderaandi depan saya adalah kenderaan yang besar. jentolak dan juga lori sampah. slownyalah. bila saya lihat tiada kereta dari depan ke sini, saya teris memotong. tak sangka di kemuncak bukit, mucul 1 kereta. nasib baik ada ruang antara jentolak dan lori, saya masuk ke situ.. marah juga kereta yang mahu turun bukittu. siap lagi hon lagi. fuhhhh lega. tapi saya tahu, mungkin kenderaan2 itu banayk marahkan saya. huhuuh. maaf ya pakcik2 dan abg drebar. saya kecemasan sebebnarnya.

bila naik buit lagi 1 yang dah hampir sangat dengan rumah, 2 buah motor murid sekolah menengah bergerak secara bersaing penuh 1 jalan kedepan. bila taksabar, saya terus melintas, rupanya muncul lagi seorang kereta lain di hadapan. seperti tadi juga, kenderaan itu berhenti supaya saya boleh masuk ke lorng yang sepatutnya. 

selamba badak aja budak sekolah menengahtu gelak ketawa atas motor bila saya bagi hon 2 kali.

sampai sahaja di rumah, saya terdengar Thoriq menangis nak tidur. kasihan umi saya , kepenatan menjaganya yang menangis dari pagi tadi.

bagainama nak ditinggalkan kepada pengasuh. hujung minggu ini mak nak kena balik kampung kerana tok chek sakit ( jantung dan lelah) di hospital kuala krai kelantan. umuarnya sama dengan tun Mahadhir Mohammad. dah tua benar. risau juga. jadi Umi nak balik. makanya saya perlu fikirkan ke mana Thoriq hendak di hantar atau siapa yang akan menjaganya.. Cik Linda ataupun ke rumah mengasuh. Allah sesungguh nya ia sesuatu yang amat berat untuk di putuskan. memandangkan Thoriq juga tak mahu langsung minum dalam botol sekarangni menyulitkan saya membuat keputusan.

kawan-kawan pembaca mohon doakan Allah lorongkan jalan penyelesaian untuk masalah saya iniya.. amin.. saya selalu berdoa moga Thoriq nak minum susu dari botol. aminnnn

Saturday, June 22, 2019

THORIQ DAH MULA MAKAN

Assalamualaikum semua.

Rajin pula saya ber blog sehari dua ni. Hehe. Walaupun tiada pembaca, saya lebih suka mengabdikan gambar anak-anak di sini, dengan cerita ceriti yang tak berapa hot dan adakalanyanyang sudah basi. Hahaha. 

Harini dah 3 hari Thoriq mula di beri makanan. Tok umi masak gandum buat Thoriq. 

Kueh gandum

Bahan-bahan: 

Gandum 2 cawan. ( buat lebih, simpan dalam bekas kedap udara.  senang bila- bila boleh guna) 
Gandum di goreng atas api tanpa minyak. 
Goreng sampai perang. 

Cara memasak
1. Ambik beberapa sudu yang diperlukan utk makan 1 haritu. Boleh masak utk 2x makan terus. Separuh simpan. Separuh makan. 
2. Campur beberapa sudu air masak. Kacau. Tengok sehingga adunan melekat sedikit pada sudu. 
3. Masak di dalam periuk kecik@ ceper
4. Kacau kacau dan masukkan sedikit madu@gula perang@kurma lenyek, kacau sehingga likat. Jangan terlalunkeras.  Biar adunan keras sikit macam kuih  talam. Sejukkan sebelum diberi kepada bayi. 

Alhamdulillah. 3 hari ini nampaknya Thoriq berselera makan. Yang lucinya Thoriq senang minum dalam cawan. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan kami menjaganya. 

Kena letak dia atas car seat. Kena lapik , kalau tak kotorla car seatnya. Tak larat nak pegang. Lenguh 🤣🤣🤣🤣




Dah kenyang suka hati. 😋😋😋






Kekenyangan sudaaaa. Alhamdulillah.

Thursday, June 20, 2019

IBU MENYUSU JANGAN TERTIPU LAGI

Assalamualikum semua ibu-ibu.  Post ini dikhaskan kepada semua ibu-ibu yang sedang menyuskan anak. Tahniah kepada semua ibu-ibu kerana anda sedang berusaha gigihuntuk menyusukan anak anda ealaupun kepenatan bekerja, mengepm,menyimpn stok bukanlah suatu kerja tang mudahkan. Mencuri curi masa itu amat perlu. Kalau tak curi masa dan mengirbankan rasa malas, kami ibu ibu tidak akan berjaya untuk menyukan bayi kami secara ekslusif. Dia doakan kami berjaya hingga ke 2 tahun. Aminnnnn

Bila kita seorang ibu yang bekerja, buat stok , mengepam dan mengepam adalah wajib. Jadi mula kita mengeluarkan perbelajaan yang tidak sedikit.  Beli pam. Beli hotol stok susu, plastik simpan susu, beli pam kedua incase tertinggal@ untuk sesuaikan dengankeadaan  semasa mengepm dan lokasi untuk pam. 

Saya guna 2 jenis pam. Pam lacte duet yang dibeli dengan harga rm5++ pada tahun 2016 dan oam cup  untuk handsfree brand tpucup. Semuanya untuk memberi hasil terbaik dan untuk sesuaikan dengan masa penghunaannya. 

Bila melihat akan kegiguhan kita membelibeli ni kan, sudah tentu kerisauan terhadap kualiti susu juga selalu diminta ibu ibu. Jadi berapa ramai ibu ibu yang menggogle untuk mencari apa nak buat untuk dapatkan kualiti susu yang terbaik,anak cepat kenyang  dan susu pekat. Sapa pernah buat sila angkat tetek. Opsss. Hehehehe. Gurau je. 

Ik saya dpat article ni kat website pama. 

Saya snapkan dalam bentuk gambar untuk mudah di baca.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails