Sunday, October 11, 2020

TERASA KESEORANGAN


Saya sering kali terasa keseorangan di sekolah. Saya memang tahu, saya jenis yang tak pandai berkawan sangat. Dan sebab itu jugalah saya selalu keseorangan. Lone ranger ke tu??? Lone ranger juga mmg terasa kesepian dalam perjalanan hidupnya , di tempat kerja mahupun di mana sahaja yang dia hadir. 

Di sekolah, saya tersepit di kalangan 3 golongan. Golongan adik2, golongan sama baya dan golongan guru guru yang bertaraf gpk ( samaada memang sudah apply gpk@ yang tak mahu apply GPK ats semua sebab2 ). 

Di sekolah ada kumpulan guru2 muda yang sangat aktif dalam semua gerak kerja yang diberikan. Selalu cepat siap dan sempurna. Saya selalu bertanya apa lagi yang terbaru dan yang dah nak due date, kerana saya selalu ketinggalan. Di rumah dah tak boleh buat kerja. Di sekolah pun asyik kelur pkul 12.30 kerana nak ambil anak. Paling lambatpun sejurus selepas mesin punch kad nyanyi menandakan dah boleh punch out. Untuk duduk stay back selesaikan kerja2 lain memang tak dapatlah. Kadang-kadang adik adik ni suka berseronok dengan kawan-kawan. Suka keluar ber me time, pergi spa bersama2 untuk sauna dan facial treatment. Sesekali teringin untuk ikut serta , tapi jadual ambil da hantar anak2 tidak mengizinkan. Rata2 adik2 ni anak baru 2. Bukan 6 macam saya. Kadang2 terpinggir melihat mereka memapainbaju sabella cantik sedondon. Lupa mengajar saya katanya. Saya sedar diri saya sudah tidak semuda mereka utk terus berjimba. Sedih itu saya letak ke tepi sambil mengeluh kecil. Bila diberitahu suami, suami kata depa tak apala anak2 sikit lagi. Kita dh ramai. Ya ramai. Sebab di rumahpun saya dilayan seperti saya seorang wanita bertulang besi , berurat dawai dan tanpa hati dan perasaan. Dia boleh main hp bial-bila masa. Saya nak duduk pun sekejap2 sahaja. Suami mungkin terlepas pandang akan perasaan saya kerana pandangannya adalah kepada hal2 yang lebih penting dari itu dan kepenatannya sangat teruk berbanding kepenatan saya yang balik tengahari bukan seharian suntuk di pejabat sepertinya. 

Guru seusia saya juga ada beberapa. Namun mungkin pencapaian saya dan sifat tak matang saya tidak memberikan saya tempat untuk berada dalam group selfie mereka, group me time mereka dan juga group sambutan birthday mereka.  Jangan tak percaya tidak pernah sesiapapun yang pernah wish harijadi saya. Kecuali memang ada program sekolah penyayang yang menjemput guru yang birthday bulan tersebut untuk bersama2 menyambut dengan murid2 di atas pwntas. Itupun tahun lepas aja buat. 
Yup. Saya selalu ketinggalan. Dalam kalangan group seusia saya, mereka sudah menjadi KP, ketua bahagian2 tertentu dan sebelah kaki sudah berjinak2 ke kumpulan GPK walaupun mereka belum ada keinginan untuk menyunting jawatan itu. Mereka selalu ber piknik beramai2 di jeram2 , projek potluck dan sebagainya. Suami saya memang tidak akan join kumpulan begitu. Alasannya tidak mengenali sesiapa dan tidak pandai nak cakap apa. Dan golongan ini semestinya sudahpun memegang sijil Augerah Cemerlang dalam prestasi. Walaupun dicanangkan mutu kerja di mata Allah bukan diukur dengan Anugerah di atas sekeping sijil dan rm1000 saguhati APC, namun untuk guru yang mencakupi umur 40an, tanpa sijil itu menampakkan mutu kerjanya amat lemah, tiada keistimewaan dan sebagainya. Ya. Itulah saya. 

Jika tidak dapat meletakkan kaki ke group seusia, apakah mampu saya untuk meletakkan diri ke dalam golongan mereka yang berbisa, ada kaklong kawasan, banglong kawasan , menanti pnggilan GPK, sudah  mencair ilmu dalam menjadi penyelaras, PK dan sebagainya. 

Jadi saya adalah makhluk yang terpinggir di sekolah, di rumah dan juga di mana mana jua. Saya terasa orang tidak memandang saya sebagai seorang yang istimewa. Apatah lgi seorang yang berguna.  di rumah juga begitu. Saya ini apa sahaja., tiada rasa dan jiwa yang boleh dimarahi dan diarah sesuka hati. Tidak penting untuk ucapan kemaafan jika pernah tersinggung hatinya, tidak perlu difahami golakan kemarahan dan kepenatannya. bila merajuk sendirian,saya tetap memulakan bercakap selepas 3 hari kerana berpegang kepada peringatan Nabi tidak boleh tidak bertegus sapa melebihi 3 hari, saya keringkan air mata yang dah 3 hari tumpah senyap2 itu. Saya cuba berlakon bagai tiada apa yang berlaku dan cuba memujukhati melupakan.

Ku usir segala rajuk,
Ku usir segala hiba,
Ku usir segala amarah di dada ,
Ku telan segala rasa tidak adil semua kerja rumah dan jaga thorq khasnya  
Tidak diambil tahu sakit tubuh badan dan kepenatanku. 


Ya Allah saya hanya berserah kepadaMu atas segala semua yang berlaku. Saya tidak bodoh untuk diperbodohkan. Saya cuma selalu belajar melupakan pada apa yang saya selalu diperlakukan supaya hidup saya diteruskan dengan tenang tanpa dendam dan kesedihan. Namun selalu sedih itu datang kerana memori hiba itu berulang2 berlaku kepada saya.  Kerana 
tiada yang  memahami isi hati saya, keluhan saya, permintaan tolong saya, apatah lagi rajuk sakit hati @ kemarahan saya. .

Saturday, October 3, 2020

Mari Berinfaq dan berwaqaf

*๐Ÿข Infaq Lantai Dewan Terbuka Ibnu Sina, SK Sungai Tua Baharu* ๐Ÿข

๐Ÿ”นPIBG SK Sg Tua Baharu sedang melancarkan program *Infaq Lantai Dewan terbuka Ibnu Sina*

๐Ÿ”นIanya bertujuan bg *mencari dana utk memasang tiles di lantai dewan* tersebut. Ini sgt penting agar murid-murid lebih selesa menjalankan pelbagai aktiviti di dlm dewan tersebut. Sebelum ini lantai hanya simen,bila duduk baju dan seluar berhabuk putih simen.

๐Ÿ”นDana yg diperlukan adalah sebanyak *RM12,000*. Kami masih memerlukan RM8K lagi. 

๐Ÿ”นInfaq yg ingin dibuat boleh terus disalurkan secara online ke akaun PIBG SK Sg Tua Baharu;
*Maybank*
*SK Sungai Tua Baharu*
*562508508181*

๐Ÿ”นAtau terus berurusan dengan Bendahari PIBG SKSTB iaitu Cikgu Nor Azura. Phone no: 0133846649

๐Ÿ”น Semoga segala usaha kita utk menambahbaik infrastruktur sekolah dipermudahkan Allah Taala. 

Terima Kasih.


Thursday, September 10, 2020

Penangan Jualan InaQalisya 9.9



Hahahah, penangan Jualan Pakaian Baju Kurung menepati syariah, tangan bercaff dan lebih labuh daripada `sabella kurung. Malam ini kedai ini menjual baju kurung tak perlu gosoknya yang berharga RM120 dan RM140 dengan harga RM99 sahaja sempena 9.9.2020. Siapa yang tak gila..... saya termasuk salah seorangnya... tapi walaupun tak sanggup membeli lagi, saya tetap menjadi penunggu setia mereka . Menonton setiap baju yang ditunjukkandengan mata terbuntang dan hato yang dup dap dup dap...berkenan...... lebih kepada berkenankan harganya yang menjuman ke paras RM99... bahaya oooooo.

Dan  Ratu InaQalisya ni, bagi saya adalah sicantik manis Mia. Seorang remaja berusia 19 tahun. Akan sambung Degree dalam bidang halal (makanan kot) di UITM bulan 10 ini. Ssangat polite, murah dengan senyuman dan tidak penat melayan segala pertanyaan customer walaupun 2 jam bersiaran tanpa henti.. teringin nak dijadikan menantu.kalaulah ada anak jantan yg dah dewasa dan kerja baguskannnnn. Iyelah prosuk kita kena bagus jika mengidamkananak orang yang lawa dan penuh sopan santun. Tak gitu.

Sanagt murahlah malam ini. Tapi disebabkan sayapun sudah membeli untuk diri sendri 6 pasang pada hujung bulan 8 yang lalu, termasuk 2 helai utk si anak dara .....makanya ...iman saya perlu kuat.

Maghrib tadi hampir saya terbeli sebenarnya. Tapi keyboard Pc tu tak boleh nak taip pula..Mungkin Allah memnag dah tak bagi saya membazorkan duit yang memang dah nak kering sebenarnya.. pakaian ni banayk-banyak memang seronok. Senang hati dan gumbira nak memakainya. Tapi bila dipandang baju suami yang sama aja setiap minggu..  haihhhh bersalahtu mengaum-ngaum datangnya.. oklah kita stop dlu untuk bulanini beli baju.

Kita skodeng FB inaQalisya ulan depan plk.... eh.... silap-silap.. skodeng tu wajib hari-hari, cuma membelinya bulan depan.. keh keh keh. 

Tapi di hati masih ada barangan yang masih terasa berguling-guling nak beli especially 9.9 ni.. tp setakat mlmni ajalah nk kena beli dan buat payment pun kan.. huhuhuhuhu.

1. Lighting untuk buat video. Lampu ring @ soft light box... masih pening
2. Gimbal ke apatah namanya . Monopod yg boleh bergerak . Swich to landscap dan biasa dengan cepat dan tidak bergegar tu. 
3. Microfon boya m1@ MM1. Ni dah lama diminati/ konon senang nak buat video  dengan suara yang jelas.
4. Housing untuk Ipad. Senang utk tukar ipad kepada housing yg xada keypad jika suami nak bawa pergi bisness jual rumah dia. Tak perlulah guna yg ada keyboard kalau nk buka file atau gambar depan pelanggan kan. Tapi masih lagi xbeli2.

Entahlah masa dah pkul 12. Agaknya sale pun dah habis...huhuhuhuhuh



Wednesday, September 9, 2020

ANAS DAN ALBARQI

Kasihan anakku Anas selalu ketinggalan,
Saban malam memintaku ajarkan,
Albarqi yang guru pesankan,
Baca di rumah dan lancar lancarkan,
Akan semak disekolah stiker cantik menjadi taruhan.

Malam tadi dan begitu juga malam-malam sebelumnya,
Baru nak buka al-Barqi, si Thoriq juga dah bersiap siaga,
Nak baca sekali sibuk tangan menerpa, 
Nak membelek-belik muka surat buku orang tak tentu hala,
Pernah dibiarkan , akhirnya terkoyak koyak terus tak sempat nak buat apa.

Tiada apa yang mampu mama lakukan,
Tiada kudrat untuk membahagikan perhatian ,
Antara anas yang mahu diajarkan,
Dengan si Thoriq yang tengah melasak sehari-harian,
Ku tunggu hingga di kecil ketiduran. 

Setelah itu ku cari Anas , namun anakku itu jua sudah terlena menunggu giliran,
Untuk ibu ini memberinya perhatian.
Ya Allah berdosanya aku mensia-siakan,
Nikmat zuriat yang Engkau kurniakan,
Dikala ada wanita yang tidak mampu mengandung dan melahirkan, 
Namun aku pula lemas dalam tanggungjawab yang diberikan.

Sejuta kekesalan menerpa di dada, 
Melihat Anas balik dengan kepala hiba,
Saat kepalanya mendongak terlihat matanya berkaca-kaca,
Mulut muncung mengadu " hari ini anas masih tak dapat stikeee (stiker utk orang yang baca lancar)
Maafkan mama anakku yang tak mampu membuatkanmu bahagia.

Adakalanya Anas rajin mengaji,
Bila dah lancar  senyumannya manis sekali,
Mengimpikan stiker ustazah ditepek di buku komunikasi,
Alhamdulillah pergi sekolahpun semangat berapi-rapi.
Tapi untuk dapatkan stiker kena bacaan lancar dan betul semasa bertalaqqi,
Balik nanti, Anas sekalilagi mengadu masih tak mampu dimiliki.

Dengan speach delay dan sedikit gagap,
Dapat bertutur 3-4 patah perkataanku ibu ini dah syukur sangat,
Tahun ini baru nampak laju sikit bercakap,
Agaknya dah suka  berbasikal nak cari sahabat.

Alangkah bagusnya jika guru pandai membeli jiwa ,
Perlu ada stiker untuk yang pandai dan yang sedang berusaha,
Tak semua anak dilahirkan dengan kecergasan yang sama,
Mereka juga punyai emosi dan rasa,
Ingin memiliki apa yang si pandai ada,
Walaupun itu hanyalah stiker,
Bagi mereka itulah harta yang berharga,
Setelah penat lelah berusaha ,
Walaupun result usahanya tidaklah serupa,
Yang dihargai dan di rai adalah usaha, untuk anak-anak yang sederhana pencapaiannya.

Done beremosi... sekian.... 


Dalam 30 minit saya tidurkan `thoriq, keluar cepat2, dah ketiduran nas ni ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tuesday, August 25, 2020

BERFIKIRAN NEGETIF AKAN NEGATIF JADINYA

Assalamualaikum . 

Muka blogku. 
Datangku ingin mengadu,
Hatiku yang terluka di rodok sembilu,
Kesan menguji insan melulu,
Rupanya salah telahanku.

Hati menjerit pedih marah,
Terasa dada panas berdarah,
Budiku macam tak ada faedah,
Baruku tahu kau tak pernah ada kesah,
Memang manusia tak mampu berbaik sementelah yang tiada hubungan darah.

Namun, tiba-tiba hatiku sedikit perit,
Teringat Nasihat yg agak pahit,
Mengiyakan sifatku yang agak sempit,
Terlalu negatif yang buatkan hatiku terseksa sakit.

Selalu beragak yang tidak-tidak,
Apapun yg difikir  bagaikan diajak-ajak,
Muncul terus biar hati menolak,
Kuasa firasat negetif jangan diasak-asak.

Lalu ku hadam salahku sendiri,
Inginmenguji insan yg telahku berbudi,
Harapkan insan itu boleh berbasi-basi, 
Rupanya memnta-minta yang lebih tinggi,
Hatiku meruap menggila sendiri,
Konon insan itu tak mensyukuri rezeki, 
yang ihsanku melebihi khidmat yang diberi,
Walhal aku bukan bini menteri,
Tapi ingin melihat insan itu happy,
Ya..... pengajaran itu pahit sekali.

Lantas..... aku is REDHA,
Ku timbang tara harga yang diminta,
Walaupun tak logik dengan jumlah hari yang ada,
Less is better than pay more but jiwa mengamuk gila,
Well... lain kali jangan mengada,
Sebut je harga dan sebab yang nyata,
Hatii tak perlu menguji segala,
Bila teruji, terseksa  TERASA,
Akhir sekali padan muka.

Sekian terima kasih. Terima kasih buat dia yang tidak memberi muka. Tanpa sedar aku membencinya.........









Monday, August 17, 2020

HAPPY SATURDAY

Permulaan hari sabtu semalam, suami keluar beli nasi berlauk. Heheehe. Saya bangun lewat dengan gembiranya bersama Thoriq kerana Allah bagi cuti solat subuh. Lepas bangun,, makan nasi gulai ayam dan ada pula kuih cek mek molek, hati meronta2 nak makan. Air liur tak sudah2 keluar. Dalam hati bila lagi nak makan cek mek mklek ni. Sure air fangan orang kelantan yg buat. Kuih cekmeknya cantik di goreng garing dan tidak berminyak. runcing tajam dikedua2 hujungnya. Makanya intermmited fasting saya tertunda lagi buat kali ke 3. Susah betul nak sihat dan kurus ni. Adehhhhhhhh.

Tengahari dalam pukul 12.30, asma' memujuk ayahnya untuk keluar berjalan. Terus abahnya kata bersiap!!!!!!. Saya tgk jam haihhhhh dah nak zohorni.. Tengahari pun onnn ke nak berjalan?? Sayapun tukr baju yg selesa sikit. Tgk baju bajan yang belum selesai.... Haihhhh bila masa nak settlekan hanger yang dah dibasuh dan nak basuh, yang belum di basuhni. Yang derhaka bakulpun adoooo.... Macam busut di tepi bakul dek acara menggali baju oleh umar dan anas. Haihhhhhh

Kenderaan kami menghala keluar dari gombak. Mcm menuju ke bentong. Eh abahnya.... Nak cari mUsang king ke, pandang saya berkerut kepada abahnya.  Senyum simpul abah kata kita makan situ harini ya... Hahaha.. Jauhnya cari lunch.

Adehhh... Kalori bukan berkurang dah ni. berhuhu saya dengan lemang, rendang dan ayam bakar cicah yang sedap. Umar pula lepas habis lemang terjenguk-jenguk ke arah nasi orang sebelah. Abahnya pi tanya umar nak nasi ke.. Melebar aja senyuman umar. Abah ambik  nasik sepinggan rumbu bHasa kelantannya. Maksudnya 1 pinggan penuh. Digandingkan pula dengan semangkuk ikan patin masak tempoyak bahagian kepala. Memula jemput ikan skit dgn hirupan kuah kuningnya sesudu. Adeh... Sedap lemak manis masam masinnya sedap sekali. Xpernah makan patin rasa lemak macamtu. Heret satu pinggan kosong. Akhirnya saya yang menhabiskan saki baki keoala ikan. Sayang sebab abahnya tak mahu makanpun. Tengokkkkk!!!!!!? Siapa yang tambah kalori???? SAYA JUGA. Tapi perut happy. Huk huk huk. 

On the way balik, Asma tanga dah nak baljkke abah ? Saya kata iyelah.. Perut dah kenyang. Asma muncung cepatnya nak balik dah. Tak nak balik lagi. Nak jalan-jalan. Hummm mengada punya asma'. 

Tak perasan pun jalannya, tiba-tiba abahnya kata eh.... Kita kat manani๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚?? Buat2 terkejut. Kami menjenguk ke liar tingkap. Asma verslrsk riang.. Abah nak pergi genting highland๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. 

Maka kamipun ke GPO. tak beli apopun.. Cari aiskrim ajkla. Sambil merasai kedinginan suhunya yg dah xberapa dingin.. Macam aurcond dalam kereta ja. Tapi tetap gembira dengan pemandangan cantik hjfsn dan bukit bukaunya. 
Si asma' ambil gambar kami ๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„. Gerammmm
Mama ambil gambar dia cantikjeeee
walauoun muka gelap  hahaha

Sesi beraiskrim.


 Saya kongsi dengan si Thoriq. Kongsi??? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ ok fine. Bkleh jilat sekali je. Mengepaw yang anas punyalaaa  sebab anas kata xlalu makan aiskrim. Tertindih2lemak yang masuk tambah yg sudah ada.. Huhuhu. Matanya dah nampak kedai toys yg mahal2 si situ. Hurmmmmm. Memang tak dapat belila kannnnnn. Jadi abah belikan anas waffer stick rm5 sebatang  woiiii kayala abang bangla tu.... Waffer sama mcm passr malam ajapun. Tp bentuk lain skit. Mcm stick... Stick je punnnn. Abah pulak menambah karbo nya dengan ubi maddu bakar. Xapa๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ubi madu seketul rm10, walaupun mahal bagi says, saya tak marah  sebab maddu nya pada ubi   hekekekekeke. 

Sekali lagi bergambar. 1st time adik Thlriq angkat tangan nak tiru buat peace  tp jdi tiang 2 batang  hahaha. 



Pengajarannya= kalau nak diet makin kuat sebenarnya ujian makanan yang datang memggoda. Huhuhh. Semua baju dan kain dah ketat. Nasib bajk boleh sendal dengan zip lock. Aternyaaaaa bila nak mula dietni๐Ÿค”

Thursday, August 6, 2020

IMAN YANG TIPIS

Ni kalau ummi saya tahu ni,mewng kena bebel separuh hari. 

Entah beberapa ketika ini , saya tak boleh serabut . Serabut dengan rumh yangberlecah sedangkan tenaga saya tiada untuk mengemas. Nak minta asma dan umar yang tolong bersihkan,seperti minta tolong budak5 tahun kemas rumah. Malasnya bukan main.buat kerja pun macam tak sudah aka. Tidak menepati apa yang saya mahukan. Saya bukanlah seorang ibu yang terlalu mementingkan kekemasan. Saya pun tak pengemas orangnya.tapi kalau dah sampai tahap bersepah dan kepala saya serabut...saya terasa ingin menangis... meraung dan lenyap dari realiti kebersepahan ituw.

Jika panadol itu adalah ubat untuk membuatkan sayaboleh hilangkan keserabuta ini, ingin saya telan 2 biji agar hilang semua keserabutan ini. Dan saya rasa ingin sangat menelan pil ajaib itu jika ada. Saya stress. Saya malas untuk kemas rumah. Saya penat untuk mengutip segala kasut2 dan barang yang Thoriq bawa amauk dalam ruah dan atas karpet. Saya xlarat nak kutip semua pinggan, sudu dan cawan2 yang ada di sekliling saya. Saya malas nak bersihkandapur gas yang berminyak dan berkeladak itu. 

Saya ingin terbang. Saya ingin bercuti di tempat yang indah . Syaratnya sebelum tinggalkan rumah, rumah perlu kemas dan bersih. Tiada baju @ pinggan yg kotor atau di dalam sinki.  Bila balikpun saya tak mahu lihat longgokan kain baju kotor yang perlu saya heret ke atas , basuh sidai dan sebagainya. 

Apa bagusnya jika pergi bercuti tapi rumah yang ditinggalkan tidak rapi. Balik bercuti dari syurga pun, kembali ke rumah yang tidak kemas ditambah dengan baju baju kotor .... no point at all. Duit yg dilaburkan tidak memberi manfaat langsung.  

Sekarang saya rasa saya faham kenapa orang yang stress dan mengambil dadah untuk hilangkan stress dan nak lupakan masalahnya. Walaupun masalah tak akan hilang, bila sudah buntu dan tidak nampak jalan penyelesaian, itulah jalan terdekat. Harapan bila dah sedar nanti mood akan jadi lebih baik dan kita bangun semula untuk memberulkan keadaan. Bangun semula dengan semanagt untuk membersihkan rumah, merapikannya dan berehat dengan tenang. 

Nasib baik iman senipis kulit bawang ini masih ada.  Ku kuatkan hati ini, ku pujuk emosi ini, ku rawat keserabuta ini dengan mandi , buka aircond dalam bilik, kunci pintu,  baring seketika. Of course dgn sinThoriq yang tak boleh berenggang. Ckuplah 5 minit me time sebelum si thoriq kembali melekat dgn ku. 

Ya Allah berikan aku jiwa setabah siti khadijah. Berikan aku tenaga sekuat siti fatimah, sabar seperti asiah dan kekuatan seperti siti maryam untuk terus bangkit menjadi ibu yang terbaik utk anak2 dan suri yang cekap dalam urusan rumah tangga serta guru yang  berdedikasi dan ikhlas utk anak didik. Amin

Sunday, May 31, 2020

HARI MEMBERSIHKAN PETI AIS

Assalamualaikum semua . `syawal ke 7 hari ini ya. Alhamdulillah masih sihat dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Peti ais ibu-ibu semua berapa kali di bersihkan dalam masa setahun? Hahaha... nak mengakuni, tahuni bbaru harini nak bersihkan. Kotornya malu nak cakap. Kalau orang datang tengokpun, mesti kata apalah isteri tuan rumah ni, pemalas betul. Jijik melihatpeti ais dia. Bukan setakat orang luar, saya sendiri tengokpun lemah longlai rasanya. Ada niat nak basuh, tapi bila dah mop lantai, masak, basuh semua alatan memasak, si thoriiq dengan karenahnya..... hurmmmm  tak ada kudrat dah nak membasuh peti. 

Jadi harini, suami cuti. Pagi-pagi lagi dia pergi beli sarapan. Nasi lemak dan nasi ayam gulai.... jadi hati saya riang sekali.. tak payah buat sarapan hari ini. Bab membeli, memang suami saya minat. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang baik dan memahami. Saya nak rehat setelah 1 minggu non stop masak pagi dan mlm kan. 

Makanya mulah kami memunggah barang makanan daripada peti ais ke sinki dan cabut semua perkakas dalaman peti ais . Letak di belakang rumah utk di siram air dan basuh kotoran pada semua part tersebut.\suami juga meolong, kemaskan stok makanan mana yang bleh di simpan, dan mana yang perlu di buang. Bab ini saya memang surrender. Kalau tak, mungkin 99% stok makanan tersebut saya akan masukkan balik dalam peti ais. Sayang benda sampai penuh peti ais adalah amalanyang buruk ya. Tapi.. saya lah tu (tak dapat nak ubah) kalau lauk tak habis, selagi tak berkulat simpanlah dalam peti. Nak buang sayang, nak makan tak lalu lagi. Maka berkeraklah peti ais.

Peti yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Umurnya sudah menjangkau 10 tahun . Umur si `umar. Alhamdulillah masih elok dan masih sejuk. Cuma peti bahagian frezzer tu agak longgar sikit dah suction @ magnet masa nak tutup dan buka. Mungkin sebab si `thoriq selalu main buka tutup pintu. Manalah nak cari kunci peti ais`. Ada jual ke? Bertahanla wahai petiku sayang untuk 15 tahun lagiya. Tunggula sampai saya pencen ke... masa tu anak2 semua dah xada. Bolehla saya tukar peti kecik, cukup untuk kami suami isteri aja. Nak kemas pun sonang kalau kecik. Barangpun tak leh nak humban bayank2 sampai berkulat dalam tu. 
 Hahahahah... adoi malunya mak.. tunjuk kemalasan sendirikan.

Tadaaa... alhamdulillah.. seperti baharu. Barula seronok nak kemas baham makanna lepasnikan. Nk buh semua dalam tupperware. Biar lawa. Kalau xckup tipuwarepun boleh. Buat apa simpan ajakan.. membazir. Baik rosak sb guna.hehehe.

Tuesday, May 26, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1441H

Alhamdulillah, syukur kehadrt Allah kerana dengan izinnya dapatlah kami sekeluarga berpuasa Ramadhan, bersahur, ber terawih dan berbuka  puasa bersama sama selama sebulan ini. Tiada nikmat lain yang lebjh disyukuri bila 2 anak yang berasrama dapat balik dan berpuasa sekali. Paling gembira bila abang Muaz mengimami 30 malam solat terawih kami berselang seli dengan abhanya. Alhamdulillah juga kami selesai membaca  30 juz al-Quran sepanjang berterawih 30 malam ini. Baca tengok al-Quran ya.. bukan dari hafazan abang Muaz. Hehhehehe. Takut tak inagt dan salah katnaya. Jdi sebelum Ramadhan saya duk godek shopee. Dapatla beli stand muzik untuk letak al-Quran buat pak imam baca semasa mengimamkan solat kmai seharian selama 30 hari.

Berhari raya dalm pkpb ni agak sedihla sikit. Tak dapat meround . Hihihi.  Kamimhanya berjalan sekejp ke rumah  2 orang abag ipar. Meriahnya mereka membuat juadah. Alahai..malu pula saya. Semu juadah di rumah adalah yang tunjuk- tunjuk je. Daripada lemang, rendang untuk lemang, rendang ayam, daging dendeng, kerepek, popia simpul semuanya ditunjuk- tunjuk oleh abah melalui rakan ofis dan geng jemaah nya. Kami hanya buat biskut coklat chip. Itupun sekejap aja di ngap oleh anak anak. Biskut ciklat chip yang tak berapa nk jadi. Mixer guna lengan sado mak dan anak perempuan no 2 saya . Naik musle lelemak sayani. Nampaknya kena cari sejibik untuk buat biskut. Entah tahun bilalah pula nak berbiskutnya.

Raya kedua anak buat kek batik dan cubaam buat conflek madu dan conflek coklat. Tapi kedua duanya hangus. Aduhai...maknya tak reti nak guna oven dan microwave tu. Xstudy cara guna. Nak tekan butang manapun terkial kial. Raya kedua  baru kami sekeluarga keluar rumah utk cari ilham bergambar. Susah wooo nak kumpulkan semua anak anak sekali. Ahlamdulillah bolehla. Guna hp cap ayam untuk mengabdikan Raya aidilfitri pada tahun ini. 

So.... selamat hari raya buat semua kawan kawan ya. Maaf atas segala salah silap jika ada tersalah tutur kata, tulisan mahupun apa sahaja yang mengecilkan hati semua. Maaf zahir batin.


Tuesday, February 18, 2020

TAK MAMPU

Bila kita biarkan rumah bersepak peringkat kuasa 2&3,  maka kita akan rasa sangat penat dan malas untuk mengemas. Huhuhu. Sesungguhnya saya rasa amat penat sekali untuk mengemas rumah ini. Anak yang adapun bukannya ramai. Ada 4 orag aja dalam rumah ni. Tapi tukang yang sepahnya 6 orang lah termasuk saya. Yang paling tukang sepah adlah dia. 
Bila dia dah tak nak makan, ditaburkan sesuka hati, tangan di lqp sesuka hati. Di pijak-pijak pula. Adududududu. Lmtai berkeladak lah dengan kesan makanan dia. 

Sungguh saya dah rasa tak mampu nak mengemas rumah ini. Atas meja kopi penuh dengan barang-barang. Entah di mna saya mampu simpan barang-barangtu lqgi. Stor yg dlu saya dah kemas, suami pulak  angin rajin nak mengemas rumah, ditabur semua dalam stor tu. Nqk hulur kaki untuk masukpun dah tak boleh.  Meja makan 8 seat juga penuh dengan buku dan barang sekolah anak-anak. Ini semua kerana di Thoriq yang dah pandai jalan dan memunggah semua buku2 abg kakak yang ada atas rak buku. Adoiiii.  

Saya sudah tak larat nak mengemas lamtai dapur. Sinkinya taknpernah tak ada pinggan mangkuk. Bilq saya stop sekejap bertimbun. Bila bertimbun, ada pula sampah makan dalam sinki tu. Penat dah mengingatkan. Sampah masuk plastik dulu sebelum masukkan pinggan dalam sinki. Tak jalan juga. 

Penat sudah melihat barang mainanan besar dan kecil berselerak atas lantai. Nak suruh anaknsemuankepenatan balik sekolah pun dah ptg

Ya. Buat sikit sikit. Saya tahu. Tp rasanya bukan badan saya penat ini. Emosi dan perasaan yg penat. Perangaipun pemalas. Huhuhu

Bagaimanakah utk mengubah semua ini. Saya dah tak larat nak kisahkan semua. Mlmni nak masak apaya? Agaknya mee goreng ajalah

Sunday, February 2, 2020

BERIADAH PAGI AHAD

Assalamualaikum  
Orang beriadah berpagi pagi  kmi dekat pukul 11 baru sampai ke taman Tasik Titiwangsa . Panas dah . Tapi dah namanya budak, diaorang main juga terutamanya anas dan umar  adik Thoriqpun tak ketinggalan menerai kasut baru ny  1st time beli umur dia ni , memandangkan adik Thoriq dah pndai jalan. Alhamdulillah  jadilah  1 jam di sana, saya ajak blik. Kasihan tgk anas, dah pwnh muka ya. Bimbang esok demam pulak, tak pergi sekolah , diapl yang nak kaga, kalau boleh saya nak simpaah dulu Crk  tu  Adik Thoriq tk boleh dijngka bila kena selsema  huhh mooga semua ank2 sihat walafiatt sepanjang tahun ini. Sedikit gambar kenangan kqmi ke sini. 
  



Balik dari taman, singgah hantar stok tamarcocoa ke kedai Muslim Dr Zainol di Batu Caves. Nama baru setelah  ditukar nama kedai dari kedai azzain. Dapat makan aiskrim. Sedapnya. Tak tahu berapa sebatang. Tapi panjang, lembut dan sedap. Yang paling special adalahlah cara ikatannya. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails