Wednesday, August 29, 2012

LEBIH BAIK DIAM

Ya....dalam berumahtangga lebih baik diam dari bercakap perkara yang akan menimbulkan pertelingkahan atau perbahasan yang mungkin menjadi lebih kronik....

Seorang rakan saya...yang sangat penyabar. Dia jarang sekali menjawab teguran suaminya....sehinggakan kita yang tak ada kena mengenapun terasa gatal juga mulut mahu menajar cara menjawab.....ish ish ish..syaitantu dah jahat...kita pula yang nak tiru perangai syaitan..nak menghasut orang jadi jahat...

Apapun...kita kena tiru perangai yang baik-baik tau.jangan orang baik, kita nak cocok jadi jahat pula..apa-apapun diam lebih baik....

Baiklah semua...konklusinya malam ini.....diamlah dari bercakap agar tidak timbul perkara yang lebih buruk yang boleh mencalarkan hati sesiapa sahaja.

Bagaimana dengan rasa tak puas hati dan rasa sebal di dada? Kalau dipendam akan jadi gunung berapi..kan...ala...itulah faedahnya kartun shin chan yang selalu memberi impak buruk pada anak-anak kitatu...carilah kebaikannya....iaitu...shin chan gali lubang...bercakaplah di dalam lubang.hahhahaha...pastikan Pelahan sahaja..jangan berteriak sampai bergegar dunia bawahtu..hahahahahahah....

Kalau kita nak membawa perubahan yang baik ke dalam ahli keluarga ,xmengapalah nak menegur atau berkongsi. Tapi jika kita rasa percakapan itu tidak mengubah apa-apa bahkan makin mencipta kepanasan...janganlah menambah api yang nak merebak..hangus nanti....jangan bermain dengan api...bahayanya kita tak dapat jangka..

Moral of the story...diam itu lebih baik dari bercakap.

Pssss...paling geram bila time kita mengajar caw2 dalam kelas ada murid bercakap..kita rasa dah best dah...naik peringkat je7 dah tahao sedaptu,ruoanya syok sendiri aje..walhal murid xkisahpun ilmu yang kita nak bagi.

Geram pagi tadi..saya berceritaa kepada 5s tentang si anak yang hendak membuang ibu ke hutan...bagaimana kasih sayang ibu yang telah tua itu...sanggup mengumpulkan tenaga mematahkan ranting2 pokok di sepnjang jalan ke hutan itu..sedangkan si ibu itu dalam gendongan belakang anaknya kerana tak mamou berjalan lagi ...ketika mahu berpisah..si ibu memberitahu bahawa kasihsayangnya pada si anak tetap seperti ank nya kecil dahulu..bukn tujuan si ibu untuk balik semula ke rumah..tetapi ranting itu dibuat agar anaknya tidak sesat ke dalam hutan semasa perjalanan balik..saya sendiri sebak membacakan kisah itu..budak2 5s...tak terasa apapun..malah ada yang berpura2menangis....geramnya saya....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

serabut

Kenapalah rasa serabut sangat harini..fikirkan banyak kerja..tapi diri ini masih mengadap fb..mencari berita2 penting dari kawan-kawan..membalas utang-utang sms yang ada dua tiga ketul..nak balas punyelah lama menaip..taip2,delete...edit itu ini...baru send..

Aduihai..kenapalah saya suka buang masa begini..pakaian sebakul.belum bersidai....baju nak balik raya belum dikemas dan dimasukkan dalam beg...sesungguhnya saya dalam kerugian..tapi mana nak mula dulu..huhuhuhu..

Serabut mmikirkan giliran berhari raya juga....apa2pun saya tak sanggup lama2 berpisah dgn ummi bila sahaja mnnjejakkan kaki ke bumi kelantan...xsanggup..huhuhuhu....saya lebih sanggip tak berjalan ke mana2 pda hari rayani asal boleh disuk di depan imi yerchinta..berbual tentang kehidupannya sepanjang oeninggalan saya..maklumlah dia seorang diri..banyak yang dia nak luahkan kepasa saya nanti...tapi..maklumlah balik beraya bukan bokeh duduk lama2 di rumah dengan umi..ada sahaja jemputan beraya dan kwnduri kendara..mana mingkin saya bokeh berdua dengan ibu tuaku itu...masa..manusia...tanggugjawab amat cemburukan aku dan umiku....semoga Allah merahmati ummiku dan memberi kesihatan kepadanya...aminnnn
Published with Blogger-droid v2.0.6

BERAKTIVITI

sibuk betul kakak Faquhah mahu beraktiviti..kasihan dia..saya pula sibuk dengan si kecik Umar..bila dah ada gam..ada gunting..ada kertas hasil guntingan,ada pensil warna dan sebagainya..makin ligat umar ingin mencapainya....haru dan kenguh saya dibuatnya..kalau pakai kain batik...silap-silap haribulan boleh melurut ke bawah dibuatnya..huhuhu

mahu tak mahu saya harus melarikan Umar ke atas..dan berusaha untuk tidurkan dia...biasakah bila dah nak bagi tidur...nk bermain pula.risau memikir 3beradik di bawah dengan gunting-gunting yang tajam itu...saya berpesan..jangan acah-acah gunting..gunting hanya untuk gunting kertas...jagan tumpahkan gam.jangan letak gam banyaj sangat atas kertas dan bla..bla..bla...

dari atas saya dengar mereka berebut...entah apa yang direbutkan..si abang marahkan si.kakk..kakk marahkan adik berebutkan gam...aduyai.....

last sekali saya ajak si.Asma naik ke atas...

sekarang si umar tak mahu tidur pula..malah si abahnya nie..dah 10.40 tak sampi rumah lagi..lamanya ber morreeh kat masjid nun....atau leps terawih dia ke kedai kopi dengan kwan?

sekejap lagi saya akan skodeng ke bwah...nampaknya si kecikni.tak mahu tidur-tidur lagi..ohhh lupa..ada taik di bontotnyaaa...patutla tak mahu2 tidur..wahahhah

Aktiviti mlmni adalah mẻlukis dn menampal kertas guntingan bewarna ke atas ikan...gambar xsempat nak snao...dah kena koyak dgn asma...ok salam ramadhan
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

SUDAH LENA DIA TIDUR

Alhamdulillah..secara rasminya..benda yang diidamkn olehnya sudahpun di ambil kelmarin...gajah putih...lenala si dia tidur agaknya semalam yea

Saya senyum dalam resah. Anak-anak melompat gembira.

Semoga Allah mempermudahkan kami untuk melangsaikan hutang kami . Semoga nikmat yang Allah berikan ini menjadikan kami hamba yang lebih tawadduk dan lebih bersyukur..jauhilah kami dari menjadi kufur nikmat..dan menanggung hutang lapuk.huhuhuhu


Sukalah orangtu...harini secara rasminya dia pi kerja dgn gajahputihnya...

Dh pakai kereta meredah jem pagi petang...sediaakan jeala duit minyak yea....semoga Allah pemudahkan segalanya....

Selamat beribdah pada malam ke 18 ye semua...saya dh solat terawih td...susah nk khusyuk skarangni...entajla..matamenjeling aje kat si asma bila dia try nak buat umar...kepada Allah jua kita berserah..semoga ada sdikit markah di sisiNya buat saya yang serba lemah ini


marilah kita amalkan doa2 untuk mudahkan kita melangsaikan hutang..saya kongsikan dengan rakan sekalian...ala..yang saya google jugak..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

GADGET TERBARU

Alhamduliilah...hasil dri duit yang dikumpulkan daripada ahli-ahli pendidikan Islam kat sekolah..dapatlah kami membeli sebuah lagi printer baru serta ink..ini gara-gara nak buat abm di bilik jqaf...

tiada peruntukan untuk pembelian orinter dan alatan ict kata guru besar...tapi bilik j-qaf hendaklah dicantikkan..ppd nak datang tengok...masuk pertandingan....kena guna harta dan duit sendiri...orang senang cakap..ala bila lagi nak buat kebajikan...yelah kebajikan..kebajikan jugak...tapi kalau semua benda kat selolah dan tugasan rasmi nak guna duit sendiri...apa kerajaan buat untuk tolong memartabatkan institusi pendidikan..

rasanya berdentam dentum kerajaan war-warkan up kan budget untuk sekilah sampai berjuta-juta....mana dia...xder nampakpun..

kat pra sekolah sekarangni pun dah diberhentikan semua pembantu pra sekolah. alasannya ppd tak aada peruntukan untuk gaji pembantu pra...guru yang berpindah dan bersalinpun dah sebulan tiada pengganti..bila rujuk ppd,ppd kata tiada peruntukan untuk guru ganti...wahahahaha....i smell something fishy right there...guna byk duit tabur utk raih undi PRU 13 sampai semua budget lain digunakan ke????

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

CUBA SHAKLE.SET PENYuSUAN

Bila naik bulan Ramadhanni....susu sudah berkurangan...stok beku sudh habis digunakan...

Mahu tak mahu, saya terpaksa membeli susu formula ANMUM kepada bs untuk Umar...
Maafkn mama ye Umar..mama sudah tak mampu untuk membekalkan susu kepadamu...tapi i.Allah mama masih berusaha untuk memberi sekurang2nya 1botol untukmu di waktu pagi..

Kini saya sedang mencuba set Shaklee yang diketahui ramai...mahal...bgi yang bergaji sederhana dan beranak ramai seperti saya..1set penyusun shaklee beharga rm411. Mana nak cari duit untuk makanan tambahn yang semahal itu..namun saya tekad..bila memikirkan kesihatan dan perkembangan Umar...walaupun susu tidak banyak...ia boleh menmbahkan zat dn kepekatan susu sy..sekaligus dapat mengenyangkan Umar....segala nutrisi lengkap yang disokong oleh shaklee ada di dalmnya...

Setakat ini..alhmdulillh..walaupun susu sy tidk menunjukkan pertambahn menddak..tetapi sejujurnya...susu cepat memenuh...bukan seperti awal puasa dulu...melepek kekeringan ajeeee kantung 'itu'...heheheheh..sekarang bila UMar hisap...cepat sahja ia memenuh.

Sehingga nak berbuka...rasa susu masih ada..wahh...mama bahgia bila tahu umar mendapat cukup susu di rumah dan berzat.. Kalau nak harapkan pemakanan mama yang sangat tidk seimbang...(kerana mama xsuka sayur)..manalah nak dapatkan susu penuh pelbagai khasiat kan....alhamdulillah...saya akan cuba continue dan mula menabung untuk stok shaklee yang seterusny bila ia dh habis nanti..semoga Allah permudahkan usah mama ini..aminnnn

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 31, 2012

BErPESATUAN.....????

Saya emosional hari ini...berkenaan tajuk di atas.

buat apa punya persatuan yang hanya nak mengutip duit....
buat apa persatuan yang diletakkan nama kebajikan kalau masa kami susah sorangpun tak boleh hulurkan bantuan....
Kecelakaan yang datang dalam pelbagai macam..kadang kadang untuk kifarah dosa...ada juga utk menguji sejauh mana yang dinamakan kebajikan!!!!

Pertolongan...?????
buat apa kebajikan jika ahlinya hanya pandai kompangkan ..sabarla.....kehilangan itu sebenarnya nk dapat benda baru...kereta baru contohnya......
kalau itu yang dinamakan kebajikan...sumpah...saya tak perlukan...!!!!!!
bukan duit yang saya gelojohkan...
kebajikan yang terpampang mana pula menghilang...tukar sahaja kepada kelab kasihan.

bukan mahu dikumpul duit sehingga dapat gantikan barang yang hilang....
cukuplah memperlihatkan ehsan derma kilat...bagi menunjukkan kebajikan....bukan lantang bersuara menjulang nama kebajikan...tapi kekuatannya hnya bertunjangkan nak kutip dana dan wang...agar boleh bergembira suka ria..tapi jauh sekali nak hiburkan orang yang dalam berduka..

saya???? .....tak pernah gembira dan sukarela masuk ke kelab yang dinamakan kebajikan...moga Allah berikan balasan yang terbaik buat kami...yang rasa susah kumpul duit untuk dana yang dinamakan dana kebajikan..tetapi digunakan khas untuk dana kegembiraan..melupakan kesedihan...

Pelik...bolehkah melupakan kehilangan dan ksedihan...bersuka ria sampai bila???..tolong orang bijak pandai di sana yang jawabkan.pelik juga..bila orang lain kenduri kawin boleh pula mengideakan kutip rm100 seorang buat hadiah si oengantin...ohhhh..mungkin itu dinamakan kebajikan yang pada saya.....membebankan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 30, 2012

CAPEkkkkk

Sungguh Canggih dan sistematik sekali dasar pendidikan negara mutaakhir ini...semuanya sudah ISO...terbaru diperkenalkan....SPSK...Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti..

Semuanya kena ada bukti bercetak..berfail keras..nampak gayanya kerajaan bersyak wasangka akan tugas guru yang kononnya goyang kaki sahaja...ada masa rehat (relif time) yang boleh bersembang sembang.gelak2 tiada kerja..bila cuti tiba mereka rasa tak sedap hati melihat guru yang kononnya horay-horay. maka mereka berikan kerja baru...SPSK ..merwka tak tahu sebeban kerja2sekolah.cikgu cikgi terpaksa angkut ke rumah...mana nak layan anak..suami..family.

terbaru juga guru diberi tugas baru mengukur setiap inci bangunan dan kawasan dalam sekolah...nama programnya....daftar aset tak alih..maka gurupun mula memegang pita ukur dan belajar serba sedikit ilmu kejuruteraan...untuk mengukur dan melakarkan plan bangunan yang dipertanggungjqwabkan...bimbang akan ketidakeandahan/keingkaran guru kepada tugas...maka pihak atasan mengeluarkan sijil khas kepada guru atas tanggungjawab yang diperturunkan...sokong membawa rebahlah kepada guru-guru seantero negara.

bebanan kerja yang berlebihan sehingga kepada tugas bukan mengajarpun diberikan kepada guru...macammana guru mahu konsentrat kepada tugas major iaitu mendidik dan membangunkan akhlak murni murid-murid....

sekarang memang kami tak menang tangan...untuk memyelesaikan pelbagai tugasan yang diberi..sedikit sebanyak tugas mengajar....menasihat dan mendidik akhlak terpaksa kami ketepikan dahulu..kerana selalu diberi due date untuk tugasan..kadang kala PPD hendak datang memantau sistem failling..keceriaan bilik khas..merekod alatan bbm yang baru sampai..nak dilupuskira...nombor siri...cop mengecop dan banyak lagi....dan sebagainya....semua itu sudah menjadi tugas guru.tetap dan berpencen.

akhir sekali...kami dihidangkan dengan kenaikan pangkat yang paling lambat berbanding pekerja kerajaan yang lain...guru tidak boleh merotan..menyentuh apalagi mendenda murid..sekarang sudah ada pula sistem murid memberi penilaian markah kepada guru!!!!! sungguh canggih sekali sistem yang kita guna..sekarang guru tiada kuasa untuk memarahi murid..bahkan murid have the power to put gred to their teacher...bagaimanalah bentuk anak-anak yang akan datang....sama-samalah kita renungkan..

kawan saya ada cara tersendiri untuk releasekan tention dari beban kerja yang banyak dan menyesakkan dadanya...nk tengok??? ni dia..koleksi beg berjenamanya...saya boleh tengok aje...tengokpun buat hati gumbira....sekurang2nya udah terubat sedikit keletihan kerja


couch rm1000


Bonia...rm5++


Sembonia rm 4++


jam.tangan CK.rm4++ kot(lupa dah)

dan yang akan dihantar oleh posmen esok...jeng..jeng...jeng.


coach...rm6++

itu beg yang sempat saya ambik pic...yang saya terlepas banyak lagi...rasanya ada 4bijik lagi begnya yang berharga rm4++-6++.. senang hatikan....melihat beg-beg itu..itu koleksi untuk tahun ini sahaja..entah berapa bijik lagi tuan dia akan beli untuk habiskan sehingga bulan 12 ni...hihihi...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

MAAf TANPA DENDAM???? mampukah??

sangat sukar untuk memaafkan kesalah orang kan.....
tapi bila hati sudah memaafkan...kenapa masih timbul rasa kurang senang bila bertembung dengannya...

perlukah kita maafkan orang yang telah mengeji kita dihadapan orang yang dibelakang kita dan dia tak pernah tahu bahawa kita tahu mengenai perkara tersebut? sesiapa boleh bagi saya nasihat....

sudah 2minggu saya mengetahui akan perkara itu..dan bila iman saya sedikit baik..saya masih melayannya seperti biasa walaupun layanannya jua tidak.seberapa..dalam hati saya niatkan "biarlah.....kesian dia hati dia busuk dengan dengki" saya ingin memaafkannya...tapi bila tiba waktu iman sya nipis....hati saya menyampah dan tak hinggin terserempak apatah lagi berbul.dengannya....kerana terkenangkan perbuatannya..dah banyak kali dia kencing saya terang terangan....saya masih wak bodo aje .La haula wala Quwwata billah.....

apakah saya perlu bersemuka dengannya dan ceritakan bahawa saya sudah tahu akan hal itu..dan menerangkan kepadanya yang saya bukan seperti dicakapkan dihadapan orang ramai. Dan selepas itu baru saya maafkannya?

bukankah itu kemaafan bersyarat?.... Bagaimanakah sebenarnya dikatakan memaafi tanpa dendam...bolehkah?mampukah?



Wajah tuannya xleh ditunjuk...tp hasil karyanya amat chantikkk...saya sendiri tak mampu melakarkan panorama sepertinya...

Aku ingin bebas dari sakit hati dan dendam....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

JOM CUBA KHATAM QURAN di BULAN RAMADhAN

Jom kawan-kawan muslimin dan muslimat, kita cuba khatam al Quran pada bulan ramadhannie...cuba try cara mcm dalam pic nie.nak beli pen digital al Quran yg rege ratus tu pun boleh juga...untuk.senangkan pembacaan...saya pun tak arif setakat mana orang yang duk war-warkan.

Tapi bagi saya pembacaan dengan suara asli melalui kerongkong lagi banyak pahala kerana tenaga untuk mengeluarkannya boleh mendahagakan tekak..hahhahahahah....sebenarnya kalau beli pen boleh baca tupun orait jugak...Allah bagi phala banyak jugak sebab kita korbankan duit untuk membelinya. Lagi baik dri membeli benda yang tak berfaedah..kan...

Ada orang yang sibuk.mempromosikan pen itu kepada saya..pada.hemat saya..itu sebenarnya bukan keperluan kepada kita yang boleh membaca alQuran...pen itu kemungkinan berguna untuk orang yang nak baca al Quran tapi masih belum .lancar dan mereka yang nak tengok sahaja ayat dan mndengar pen itu yang baca...Allahu Alam...

Tapi saya kena lebih husnu DZhan...kan...i Allah..saya akan cuba beli pen tersebut untuk menyẹlami.kebaikannnya...orang kata tak kenal maka tak cinta..kannn.boleh juga dihadiahkan kepada orang nanti

Published with Blogger-droid v2.0.6

NAK MENYENTAL

Assalamualaikum.....selamat berpuasa pada 2 Ramadhan al kareemmm...

Hari ini mood nak menyental bilik air sudah datang...entahlah kenapa sejak kelmarin..rasa kebersihan bilik air sangatku minati....yelah..kata irang nak tengok tuan rumah oengotir atau tidak...cubalah ke bilik airnya....hohohoho...malu rasanya kalau ttamu datang dan masuk bilik air yang kotor...

Tapi malas nak menyental kuat-kuat..abis tenaga nanti..kedekut renaga puasa2 ni...nanti tak larat nak meg control rakyat jelata dan memasak nanti...apakah agaknya bahan oencci tandas dan lantainya yang kuat...xoerlu sental kuat...ada sapa2 tahu tak?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

SUDaHku SAnGKa....CEmPEDak Jadi NANGKa.

No komen....agak2 rumahtu ikut rebah sekalike tak...sangat-sangat membahayakan keselamatan....



Kalau 2,3 hari lagi hujan berterusan...alamatnya tinggal tiang jer banglo ni....
Published with Blogger-droid v2.0.6

MEMANG TAK DENGAR KATA

"jangan main buluh tu ibrahim"...umi melaung dari jauh. Aku teringat adik bongsuku beberapa puluh tahun yang lalu. Terlompat2 dia atas tangga sambil memegang buluh. 2minit lepas itu....dummm...adikku jatuh...buluh yang ada ditangan tertikam di bawah hidung....darah memercik keluar...sekarang ibrahim...sudah berada di UMK.tahun 2..sapa nk wat calon menantu, angkat tangan..hahahaha..hensem bergaya.xnampakpun parut ..pada masatu xpergi jahit ..bubuh ubat gamat jahhhh...
Nah ni dia orangnya.sudah segak bergaya...
.


Ini laluan nk ke sekolah men sg kertas....disebelahnya dulu adalah lembah...lalu di timbus tanah...tnggi sangat...bayangkan timbus tanah yang tinggi...tanpa ada di tanam sebarang pokok atau rumput...baru 2,3 bulan timbus..dah buat banglo pulak di lereng bukit itu....conferm kalau minta lesen dgn MPS tak lulus..agaknya secara haram lah kot rumahtu di bina..setiap kali hujan...air tanah merah meluncur laju turun dari lereng bukit menyebabkan banjir lumpur...murid2 yang nak prgi dan balik sek menjadi mangsa...kasut xpayah nk cakap ...berlumpur...ada yang tergelincir licin dan tak kurang pula memercik terkena baju....

Petang semalam hujan kebat..walaupun sudah dibuat benteng simen...oleh kerana keadaan tanah itu berbukit...inilah jadinya...di atas tebing itu di bina rumah banglo 2 tingkat .....harap tiada kecelakaan yang akan berlaku akibat tak dengar kata ....harap tiada tanah runtuh atau bangunan yang runtuh...kebih teruk lagi kalau ia runtuh di atas orang yanglalu atau kenderaan..semoga semuanya selamat.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

FENOMENA PERASAN hEBAT

Dunia sekarang dalam peperangan.Negara Syria dilanda pembunuhan beramai2..Thailand bergelodak dengan tentera membunuh sewenang wenangnya..

.di Malaysia juga setiap minggu tak sah kalau tak ada berita mayat ditemui...mayat tanpa kepala...bakar hangus dan sebagainya...Secara tak langsung...murid sekolah rendah juga terpercik akan rasa hebatnya berada dalam pertempuran....

Perasan hebat dan gagah dalam pertempuran...tanpa memahami kenapa perlu bertempur dan masa yang wajib untuk bertempur...sehingga dalam kelas pun fenomena bertempur ini sering menjadi kegilaan murid sekolah rendah...



Permainan tembak-tembak... Bila saya perhatikan mereka bersungguh-sungguh berlawan membuat simbol dengan tangan masing masing..simbol perisai,simbol pistol..hebat sungguh. Bila yang menang tu kira nampak machoo la kot..

kembang kempis hidungnya..tangan yang membuat gaya pistol selepas dapat tempak orang....amat menggelikan hati...siap wat adegan tiup mincung pistol sambil muka machoo...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

PERHIMPUNAN GELOMBANG HIJAU MENUJU PUTRAJAYA



Masya Allah....terkedu lidah saya...sebak hati saya bila melihat segelombolan mereka yang sedang sujud solat memohon doa kepada Allah agar diberi kemenangan dalam pilihanraya ke 13 ini...masya Allah....sungguh tenang dan hening sekali...tak dapat digambarkan jika saya juga di sana.

pada saat ini suamiku dan suami serta ramai serikandi2 pejuang Islam yang berkumpul di sana termasuk ipar duai dan anak sepupuku...semoga semuanya selamat pergi dan selamat pulanh.

baru mendapat sms dari teman rapat...K.La yang turut ke sana bersama keluarga dan 5 ank kecil mereka..

" Salam da,k.la ank branak duk kat hmpunan hijau ke putrajaya d stadium kuala s,gor.takbirr..allahu akbar"

sungguh bersemangat sekali..takbir Allahu akbar...

ya Allah..kami sujud kepada Mu..berikanlah kami kemenangan dalam menentang kemaksiatan dan penindasan serta penipuan UMNO BN.Menangkanlah kami dalam pilihanraya ke 13 ini..smoga kami dapat membangunkan kerajaan pemerintahan yang lebih baik...aminnn

'>Published with Blogger-droid v2.0.6
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 13, 2012

BERHENTI DI SIMPANG JALAN....

Kita sebagai manusia semestinya pernah merasa takut untuk membuat atau memilih sesuatu keputusan oenting yang hendak di buat.....

Takut kalau-kalau kita tersalah buat keputusan...bimbang kalau tersalah pilih arah...akan merana seumur hidup

Allah telah memberi pelbagai jalan memohon petunjuk termasuk solat istikharah...sejauh mana kita memohon doa dan membuat solat istikharah di atas setiap keputusan yang hendak di buat... Sebelum memilih jalan..berhentilah sekejap cuma dipersimoangan..mohonlah petunjuk Allah..agar jalan yang dipilih adalah jalan yang terbaik .

Atau pernahkah kita buat tak tahu atau malas untuk memohon...atau kita lebih suka takdir yang menentukan laluan arah hidup dan pilihan kita....

Pilihan di tangan kita sendiri...aku sendiri sudah berserah kepada takdir...sudah penat rasanya ....biarlah dia sahaja yang beristikharah...berdoa....aku cuma berdoa memohon diberikan kebaikan di dunia hingga akhirat sahaja...

Orang kata kalau dah di hati sudah ada pilihan....buat istikharahpun...itulah juga yang diigau2kan .....

Bab berhenti di simpang jalan tunggu turn...aku sendiri acap kali terlepas pandang...petang tadi nyaris aku dimaki hamun...yelah jalan orang lain..aku pulak yang laju menonong keluar simpang sehingga kereta tu berhenti sebab aku makan jalan. Dia..aku mintak hampun le bebanyak...aku memang kurang cekap membawa kereta..bahkan sudah lupa pelajaran undang2 JPJ dulu.ampun maaf dipinta..janganla marahkan daku yang selalu tergopoh gapah ini....daku mengaku daku insan bersalah...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

SAKIT URAT

sempena hari 1murid 1sukan pada selasa (semalam)...sayapun xhingat apa...syoknya ber aerobik bersama murid danguru-guru perempuan di oerkarangan sekolah...selepas aerobik...kami bersama murid-murid berjalan lenggang kangkung pusing 1kampung sungai tuani...bukan main lenguh lagi....

atas kebijaksanaan ki guru-guru...kami ambik jalan pintas..wakakakakaka...itupun seksa nak menapak ke sekolah...

balikje dr sekolah...amboi...urat saraf mengembang dan kesakitan mulai di rasa..lenguh betis..pinggang dan kaki berdendang2...nak masakpun tak lalu...

alhamdulillah..jumpa bunga kembang..air kayu yang kawan bagi...org panggil nenas batu...alhamdulillah.lroas minum air rebusannya..pagini saya sihat walafiat...



inilah wajah nenas batu..baik uk kecutkan rahim selepas bersalin...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 7, 2012

APAKAH INI TAKDIRNYA.....

sudah 2x kami melepaskannya..kali ke tiga ..aku sudah tidak lagi mampu untuk menghalang....tengahari tadi...aku menemaninya untuk berjumpa orang yang diw akilkan oleh encik Jamal itu.....memang betulla.namanya unta sungguh......dahla naikkan harga ambik untung..disuruh kulinya pula yang uruskan kami...bila dah kuli kami nak minta kurang macam harga sebenarpun tak boleh..alasannya..saya hanya menurut perintah.....benci betull....

Sepatutnya bila benci tinggalknjelah kan...tapi cik somi dh demam 2bulan minatkan bendatu..dan setelah diservey..hanya di situ tempat yg paling murah.(somi yg sevey..bkn saya) kupun terpaksa tutup mata mengenangkan si untatu dapat untung atas angin 1k.....

masa cik somi memberikan wang pendahuluan...aku tak dapat duduk di situ..aku benciii sekali...aku keluar...bergenang dan melimpah jua air mata ku ke bumi tengahari tadi..sambil duduk di atas kakilima kedai tersebut sambil memegang umar....dalam hatiku..ku berdoa agar di jauhkan semua bala bencana di masa hadapan dgn keputusan yang kami ambil ini...semuanya demi keselesaan kami sekeluarga...

bermula dari bulan ini kami harus berdikit dikit..berjimat cermat agar tidak menanggung hutang yang tak mampu dibayar....

yang pastinya aku dan kancilku tetap.bersama.setiap.pagi..setia menghantar anak anak dan diriku ke sekolah...semoga perjalanan kami diberkati Allah dan selalu....aminnn.... ku harap anak-anakku tetap komot macam aku...aku malu duduk dl.kereta begitu..kerana sesungguhnya kami tidak laayk...tetapi memandangkan ank sudah ramai dan tuntutan perjalanan yang sangat jauh..nun ke kelantan....anak-anak tidak dapat bertahan dengan kancil lagi... ya ROBB yassir a'laina...wala tua'sirr alainaa....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Akhirnya dia datang jua.....

alhamdulillah..walaupun sekejap cuma dan .ianya sedikit berbeza....akhirnya ayah terchinta sampai juga ke teratak burukku......

aku sungguh berbesar hati menerima ziarahnya...merangkap tumpang bermalam selama 3hari 2malam dirumahku....

maafkan aku ayah..aku tidak pandai memasak makanan yang sedap-sedap untukmu....maafkan aku kerana tidak boleh menyediakan layanan yang terbaik untukmu kerana kekangan masa kerja dan juga anak kecil...

alhamdulillah...ayah boleh juga jejakkan kaki ke rumahku setelah 8tahun lalu....aku berhijrah kerana mencari rezeki ke kuala lumpur.

aku nampak sirna kasihsayang yang masih tersisa di dalam dirinya...aku juga amat menyayangi dirinya...

tetapi cinta kasihnya sudah diambil orang....besar harapanku agar kasihnya masih ada buat ummiku......



aku terkenangkan kasih ayangnya padaku dulu.....ayah tak pernah berkira pasal duit dgn anak isteri....bila mndapat 3A dlm upsr 1993 .dihadiahkannya aku sebuah kamera olympus yang pada masatu sangat canggih dan tidak layak untuk kanak2 berusia 12 tahun sepertiku..



semoga Allah menyihatkan tubuh badannya dan memanjangkan umurnya dalam kebaikan dan keberkatan..semoga dirinya selamat dunia akhirat dan tidak di sakiti oleh mana2 manusiapun....aminnn ya Robb......

sesungguhnya aku amat menyayangimu ayahhh....
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

BAHAYA

Bahaya betul anak-anak memain hp kita yang ada internet nih....menggelabah saya dan suami pagini....7.11pagi..bila buka fb..ada gmbar saya!!!!!!! ank tertekan dan terupload gambar saya yang tidak pakai tudung....huh bukan main besar di dada fb...

Terkejut beruk saya dan suami..melompat terjun tangga buka pc utk delet gambar tu..dlm masa 2,3minit juga pic tu ada di seantero fb...huhuhuh..ampuni doasaku ya Allah...aku xsengaja....

Bahayala ambik gambar tak pakai tdung kat hp..dan hp plk berinternet..dan ank plk suke memain...huhuhuhu....just one touch...all can be uploaded to fb and internet...

Lain kali msti berwaspada..delet sume gambar yang tak menutup aurat walaupun di hp kitaye ibu2...malang sungguh tidak dapat dihidu
Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails