Apa khabr semua…diharap sentiasa sihat walafiat di samping anak-anak dan orang yang tersayang….
Saya baru balik menziarahi anak sepupu yang baru dilahirkan. sebenarnya dalam mood sedih dan terharu dengan penderitaan adik Wan Siti Zainab (nama anak sepupu) yang baru berusia 41 hari….adik Zainab dilahirkan dengan penyakit yang masih tidak diketahui oleh doctor punca dan sebabnya….ingat nak snap gambar…tapi tak tergamak pula memandangkan suasana sedih itu) sungguh comel sekali…hidung yang mancung…bibir mulut nipis dan kulit yang putih gebu….tetapi……
Keadaan Adik Zainab sangat mengharukan…keluarnya dia ke dunia ini dalam keadaan anggota badan yang melecur…..
Rasa pelik jugakkan….. separuh anggota badan adik zainab melecur bagai terkena minyak panas….doktor kata memang dalam perut lagi dah begitu.
mula-mula timbul biji berisi darah(tapi dalam gmbar ini adalah air)...
setelah pecah...akan jadi begini
apabila nak kering, lukanya jadi seperti ini...pada waktu ini, Umminya terpaksa membalut luka tersebut dengan kain kasa agar tidak berdarah bila b..tapi ergesel dengan anggota lain
(p/s: semua gambar ini diambil dari google....bukan gmbar adik Wan Zainab....xsampai hati nak snap ketika itu..tetapi begitulah luka yang dialami oleh adik Wan Zainab...
Bila melepuh tu dah pecah….maka terserlahlah isi tanpa kulit itu.maka kuarlah darah dan air dari luka itu…meraunglah adik zainab kesakitan. Yang lebih mengharukan lagi, bila dah sembuh melepuh itu…akan naik di tempat lain pula…ada yang timbul di tempat baru…ada yang tumbuh ditempat yang sama…
Hendak menitis air mata saya bila melihat adik Zainab sukar untuk menghisap susu ibunya kerana lepuh itu sudah naik ke bibirnya…..merengek2 kelaparan, tapi bila di sua puting susu…dia akan menangis….
Tetapi berat mata yang melihat …berat lagi bahu yang memikul…..Ummi Siti Zainab sungguh tabah orangnya. Sebenarnya Ummi Zainab telah kehilangan kakak Zainab 3 tahun lalu. Kakak zainab juga mengidap penyakit yang sama tetapi lebih teruk daripada Zainab….dia meninggal 2 hari selepas dilahirkan…seluruh tubuhnya melecur teruk…doctor tidak tahu apa puncanya….sebelum kakak Zainab….Umminya sudah 2 kali keguguran…ketika kandungan berusia 6 bulan dan 4bulan.Zainab adalah anakke 6….(anak ke3 yang hidup)
Alangkah tabahnya hari Ummi Zainab…Saya tidak mampu menanggung ujian sebegitu….Saya harap semua yang menziarah blog ini….mendoakan keselamatan kepada adik Wan Siti Zainab..semoga penyakitnya sembuh dengan cepat…semoga doctor dapat mengenalpasti penyakitnya dan menemukan penawar yang terbaik untuknya…Doakan juga ketabahan buat Umminya yang sudah lama mahu menimang cahaya mata perempuan…memandangkan anak-anak lelakiya sudahpun menjangkau darjah 6 dan 5.(Alhamdulillah….keduanya dilahirkan normal)
Amin ya Allah………………………..
4 comments:
Di luar jangkauan fikiran manusia atas apa yg terjadi dan dihadapi oleh adik Zainab dan keluarga... Perancangan Allah pastinya ada hikmah. Kita yg membaca kisah dan realiti kehidupan ini, marilah sama2 berdoa mg adik Zainab akan terus membesar dan disembuhkan dr penyakit yg dihadapi tadi. Banyak2 bersabar dan bertawalkal pada Allah buat keluarga Adik Zainab.
~Roba~
Ya Allah...kesian adik zainab. bila baca entry akak ni, saya cuba membayangkan keadaannya....tabah sungguh umminya. Semoga Allah merahmatinya....
ya naimatul...setiap kali saya teingatkan kesakitannya....terasa sebak di dada....
semoga Allah balas setiap kesabaran baby zainab dan umminya sekeluarga dgn balasan syurga. bukan sebarang org yg layak menerima ujian sebegini.
Post a Comment